Anwar janji TPM kepada Cina – Nanyang Siang Pau
Oleh The Unspinners Di atas
adalah kenyataan Anwar yang disiarkan Nanyang Siang Pau semalam Mei 26
Jun, 2010. Maaf saya pasti anda tidak faham apa yang tertulis. Berikut
adalah terjemahannya.
Pendikata,
Anwar sedia menawarkan pada Cina jawatan Timbalan Perdana Menteri Dua
dari DAP, jika Pakatan Rakyat memerintah. Siapa pula ditawarkan jawatan
Perdana Menteri Pertama?
Mana dia tahu DAP yang mempunyai
lebih kerusi dari PKR sekarang sedia terima jawatan TPM2 dan bukan
jawatan PM itu sendiri atai TPM1?
Bantuan penuh untuk sekolah Tamil – Anwar
(Oleh Norutul Ilham)KUALA LUMPUR 15 FEB: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan untuk mengangkat kembali taraf hidup masyarakat India melalui tawaran pendidikan seperti kaum lain apabila berjaya membentuk kerajaan.
Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sri Andalas, Dr Xavier Jayakumar, jaminan itu kata Anwar akan memberi peluang kepada masyarakat India untuk memperbaiki taraf hidup mereka.
“Beliau (Anwar) beri jaminan sekolah-sekolah Tamil akan menerima bantuan penuh daripada kerajaan seperti sekolah-sekolah lain.
“Melalui pendidikan percuma seperti yang ditawarkan Pakatan Rakyat, orang India masih berpeluang menyambung pelajaran walaupun miskin. Ia tidak akan berlaku seperti sekarang kerana mereka masih di dalam taraf kemiskinan,” kata Xavier ketika dihubungi.
Terdahulu, Anwar berucap pada sesi dialog dan soal jawab bersama editor-editor akhbar bahasa Tamil di Midlands Tamil School Convention Centre, Seksyen 7, Shah Alam, malam tadi.
Dalam sesi dialog “If I Become the Prime Minister – Q & A – Addressing Policy Issues Affecting Tamils” tersebut, Anwar memberi penerangan dan menjawab soalan-soalan yang dikemukakan editor.
Kata Xavier yang juga Exco Kerajaan Selangor, keprihatinan Penasihat Ekonomi Selangor itu membuka peluang masyarakat India mendapatkan semula hak mereka yang dinafi BN, malah dilayan sama rata seperti kaum lain.
“Soal pendidikan memang menjadi keutamaan masyarakat India. Apabila mendapat hak sama rata seperti kaum lain, persaingan sihat akan berlaku dan kita dapat membangunkan negara bersama-sama,” kata Xavier.
Dalam majlis itu, Anwar juga menjawab soalan berkenaan penyerapan kaum India ke agensi kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC), yang akan dibincangkan kelak.
Hadir sama antaranya, Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa; Ahli Parlimen Teluk Intan, M Manoharan dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Port Dickson, M Ravi.
Sedap sungguh ‘janji’ Anwar kononnya kalau Pakatan Rakyat memenangi PRU13, maka tiada balas dendam akan dilakukan. Malah menurutnya lagi, segala kekayaan negara ini akan dikongsi dengan rakyat dengan penuh keadilan.
Itu janji sebelum berkuasalah. Bila dah berkuasa lain pula ceritanya…
Sejarah telah membuktikan, Anwar tidak pernah ‘cakap serupa bikin’. Pada tahun 1974, dia menampilkan dirinya sebagai pejuang rakyat. Dia sanggup dipenjarakan semata-mata kerana memperjuangkan rakyat. Tetapi itu hanyalah sandiwaranya semata-mata. Anwar sebenarnya hanya mahu mendapatkan perhatian dan label yang dilekatkan kepada dirinya.
Apabila pada tahun 1982 dia menyertai UMNO dan kemudian diangkat sebagai anggota kabinet, lain pula yang dibuat dek Anwar Ibrahim. Dia mulai mengumpul kekayaan untuk ahli-ahli keluarga serta kroni-kroninya. Tidak sedikit yang Anwar Ibrahim rompak, sebaliknya berbilion-bilion telah dicurinya dan disembunyikan dengan menggunakan undang-undang.
Anwar Ibrahim cuba menyerang Tun Dr. Mahathir dan anak-anak bekas Perdana Menteri keempat itu. Bagaimanapun, dia gagal memberikan pencerahan berhubung kedudukan isteri dan anaknya sendiri. Anwar seperti terlupa bahawa Presiden PKR adalah isterinya sendiri, manakala Naib Presiden pula adalah anak kandungnya sendiri yang bernama Nurul Izzah.
Barangkali juga Ketua Umum PKR itu terlupa tentang seribu satu nama yang telah digunakan sebagai proksinya untuk melarikan wang negara. Kamaruddin Jaafar, Khalid Jaafar, Kamaruddin Mohd Nor dan Khalid Ahmad, hanyalah beberapa nama antara puluhan yang lain yang Anwar Ibrahim gunakan mereka sebagai penyimpan amanahnya.
Bagaimana pula dengan saudara-saudara lelakinya, bapanya sendiri dan bapa mertuanya yang tiba-tiba sahaja menjadi kaya-raya walaupun sebelum itu, mereka hanyalah dari golongan pertengahan? Bukankah kesemua kekayaan dan kesenangan yang mereka perolehi asalnya daripada penyelewengan pelbagai geran, peruntukan saham Bumiputera, DEB dan sebagainya yang telah disalahgunakan oleh Anwar Ibrahim ketika dia menjadi Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri?
Anwar bercakap tentang penghapusan rasuah dan penyelewengan. Anwar bercakap tentang penghapusan pemusatan kuasa, kronisme dan nepotisme, walhal kesemua itu ada padanya. Malah dia mengamalkannya sepanjang masa.
Mengapa agaknya Anwar Ibrahim tidak bersuara apa-apa apabila ditanya mengapa hierarki dalam PKR mestilah berasaskan kepada keluarganya? Mengapa pula dia cuba membongkar buruk Mahathir dan anak-anaknya, sedangkan Anwar Ibrahim sendiri tidak berani menerangkan tentang kedudukan isteri dan anaknya.
Diberitakan, seorang lagi anak perempuannya akan diletakkan sebagai calon PKR di salah satu kerusi ‘selamat’ di Pulau Pinang sekaligus menjadikan keluarga Anwar Ibrahim sebagai dominan dalam PKR yang langsung tidak demokratik sebaliknya memusatkan seluruh kekuasaan kepada keluarga Ketua Umum PKR yang tidak ditandingi serta tidak boleh langsung dicabar.
Terlalu banyak kejadian yang memperlihatkan bagaimana Anwar Ibrahim dan konco-konconya, terutama sekali Azmin Ali menghapuskan terus saingan mereka dalam PKR sehingga menyebabkan tonggak kekuatan dan kewujudan PKR sebelum ini, mengambil tindakan drastik keluar dari parti sepertimana yang berlaku kepada Gobalakrishnan, Ahli Parlimen Padang Serai, Zul Nordin, Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu dan sebagainya.
Pemilihan jawatan dalam PKR sudah cukup untuk membuktikan bahawa Anwar Ibrahim dan kroni-kroninya terlalu bersifat kuku besi dan tidak boleh dilawan. Sekarang, Anwar Ibrahim mahu mempersoalkan orang lain pula?
Setidak-tidaknya, tidak ada seorang pun anak Mahathir yang mempunyai kuasa dalam parti dan kerajaan sepanjang pemerintahan Tun Dr. Mahathir. Perniagaan yang mereka ceburi pula, bukannya bersifat mencuri sepertimana yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim untuk diserahkan kepada ahli-ahli keluarganya.
Perlu diakui, Anwar Ibrahim bijak memainkan perasaan para penyokongnya. Dia mahu terus menampilkan dirinya bersih dengan memberikan tanggapan buruk terhadap orang lain. Dia mengungkit segala keburukan saingan dan musuh politiknya bagi membolehkan dia menyembunyikan kejahatan serta keserakahannya.
Anwar tidak akan balas dendam?
Rasa-rasanya, lebih baik Anwar Ibrahim rendam kepalanya dalam tong najis. Bekas Menteri Besar Selangor, Muhammad Taib dan bekas Ketua Menteri Melaka, Rahim Thamby Chik, tentu sekali tersengih lebar sambil menggeleng-geleng apabila Anwar Ibrahim membuat kenyataan itu. Sebabnya mereka tahu, Anwar berkata seperti itu agar seluruh kekayaan yang dipindahkan kepada keluarganya tidak dirampas dan dikembalikan kepada negara oleh UMNO dan Barisan Nasional selepas parti pemerintah mendapat mandat baru pada PRU13 nanti!