“Huguan Siou” sudah siapkan dana RM2 billion
|
Dalam minggu-minggu kebelakangan ini, ramai wajah baru yang dipanggil
mengadap Huguan Siou di Tropicana. Wajah-wajah yang tak biasa nampak pun
ada. Kata seorang pegawai HQ, ini adalah pemandangan biasa 5 tahun
sekali. Akan ada wajah-wajah baru yang dipanggil datang. Antara yang
semakin kerap berada di HQ kebelakangan ini adalah Rahim Ghouse dan
beberapa orang budak muda (investment bankers) yang diajak masuk
berbincang. Mat saleh pun ada. Tapi jarang-jarang sekali.
Huguan Siou sudahpun memberikan komitmen PERIBADI, bahawa dia sanggup
menyediakan DANA KHAS sebanyak RM2 bilion menjelang PRU kali ini. Angka
ini nampak tidak banyak. Tetapi sebagai seorang Huguan Siou, dia tahu
bahawa ini adalah komitmen yang sangat besar. Usaha sedang dilakukan
oleh Rahim Ghouse dalam menentukan kaedah kemasukan wang yang paling
selamat dan gagal dikesan. Pasaran saham, Bursa Malaysia dijangka
dijadikan alat yang paling penting.
Sebab itu, kalau anda biasa dengan saham, kena perhati sama saham-saham
syarikat ‘kurang penting’ dan bawah radar yang mencatatkan aktiviti
pelaburan yang luar biasa. Perhatikan sahaja. Blog ini boleh namakan
beberapa syarikat, namun percaya agensi-agensi hebat seperti JASA, MKN
dan sebagainya lebih maklum. Biar mereka yang maklumkan.
RM2 bilion ini akan difaraidkan ke kawasan-kawasan Parlimen/DUN yang dirasakan berpotensi dan boleh menang.
SEMENANJUNG
Fokus Huguan Siou pada ketika ini adalah 50 kerusi Semenanjung yang
dirasakan paling mahu diberikan perhatian. 31 kerusi PKR sedia ada; dan 9
kerusi baru 9 kerusi baru yang bakal mendapat dana yang lebih besar
adalah seperti berikut:-
1. Bukit Katil (Shamsul Iskandar)
2. Pandan (Rafizi Ramli)
3. Gelang Patah
4. Alor Setar
5. Temerloh (SA?)
6. Sabak Bernam (Dr Aziz Bari)
7. Lumut
8. Ledang
9. Muar.
10 kawasan lain sedang diperhatian secara halus oleh Saifuddin Nasution. Masih dalam kedudukan ragu.
Shamsul Iskandar, Rafizi Ramli, Dr Aziz Bari dan Temerloh (?) dikatakan
antara kerusi yang dikategorikan sebagai WAJIB MENANG (dan peruntukan
yang lebih dijangka akan diberikan kepada bakal calon dan jentera
kawasan terbabit). Demikian juga untuk 5 kerusi yang lain. Untuk 9
kawasan ini sahaja, Huguan Siou sanggup allocate sehingga RM8 juta jika
diperlukan untuk setiap kawasan Parlimen. Shamsul Iskandar tidak boleh
tewas. Rafizi wajib dipastikan kemenangan. Itu arahan khas Huguan Siou.
Untuk 31 kawasan yang sedia ada menang, peruntukan antara RM3 juta
setiap kawasan adalah memadai. Dana untuk 31 kawasan PKR lain akan
diuruskan secara ‘centralized’ oleh Azmin Ali dan beberapa orang
akauntan bertauliah. Makna kata, dalam jagaan Azmin sahaja hampir RM100
juta. Ini dana untuk jentera/bakal calon semata.
SABAH
Peruntukan Huguan Siou yang lebih besar akan dihalakan ke Sabah.
Huguan Siou mahukan peruntukan besar diberikan kepada setiap kawasan Parlimen – tetapi tumpuan akan diberikan kepada 7 kawasan.
1. Penampang
2. Kota Belud
3. Tuaran.
4. Kota Marudu
5. Putatan
6. Libaran
7. Tawau (masih dalam negotiation).
Untuk 7 kawasan ini; RM5 juta dirasakan memadai. RM35 juta untuk 7
kawasan Parlimen di Sabah adalah satu angka yang sangat munasabah kepada
Huguan Siou.
SARAWAK
Tumpuan akan diberikan kepada 7 kawasan Parlimen:-
1. Stampin (P196)
2. Miri (P219)
3. Lawas (P222)
4. Selangau (P214)
5. Julau (P209)
6. Saratok (P205)
7. Mambong (P198)
Pada asasnya bersetuju menggunakan kaedah sama di Sabah; RM5 juta untuk setiap kawasan Parlimen yang dinyatakan.
Peruntukan dana pilihanraya kali ini akan dikendalikan dengan cermat dan
hati-hati. Tidak mahu ada yang terkesan di atas radar SPR dan agensi
keselamatan lain. Akaun-akaun khas sudahpun diwujudkan bagi memastikan
semuanya dilakukan secara ‘legal’ dan terperinci. Masih banyak lagi dana
yang boleh digunakan. Kalau menurut laporan semasa, setiap DUN PKR juga
akan menerima peruntukan yang besar. Tumpuan, sekali lagi kepada Sabah
dan Sarawak.
Dana Khas Huguan Siou ini tidak termasuk dana Selangorku, dana luar dan
dana politik Pakatan Rakyat. Ini peruntukan khas Huguan Siou. Bantuan
Pilihanraya Huguan Siou (BPHS2013)
AMUKANMELAYU - Islamelayu di FASA terakhir "MEMUASKAN HATI DAN NAFSU AMARAH". Bagaikan berebut "GADIS DESA YANG AYU".......kalau aku tak dapat, kau juga tidak akan dapat, biar kita sama-sama puteh mata........