ANWAR BAWA MASUK DANA DAN NGO-NGO LUAR KEDALAM NEGARA UNTUK APA?
Dalam pada masa yang sama beliau turut membidas akhbar tersebut berhubung dengan surat Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2007 yang dihantar kepada National Endowment For Democracy (NED).
"Surat yang didedahkan itu tidak pun menimbul kontroversi, malah akhbar arus perdana itu hanya memetik dari laporan blog yang juga milik pro Umno.
"Malah kandungan surat tersebut adalah di mana Anwar menyatakan keperluan proses pilihan raya yang bersih dan adil.
"Serta menyeru NED iaitu sebuah agensi dwi-parti Amerika Syarikat untuk menyokong usaha rakyat tempatan yang mahukan pilihan raya bersih dan adil," jelasnya.
Menurutnya lagi, ketempangan proses pilihan raya yang diluahkan oleh parti-parti pembangkang serta badan-badan bukan kerajaan menerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) kini turut diakui kerajaan.
"Reaksi dari BERSIH maka Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah menubuhkan Jawatankuasa Terpilih Parlimen (PSC) bagi memperbaiki sistem pilihan raya negara ini," sambungnya.
Beliau yang juga Adun Seri Setia berkata laporan berita tersebut merupakan usaha media Umno untuk mengalih perhatian rakyat ekoran pendedahan surat menyurat Dr Mahathir kepada pemimpin-pemimpin Yahudi Israel.
Nik Nazmi akui Anwar meminta wang dari NED
Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad hari ini mengakui dan mengesahkan pendedahan tiga pucuk surat kepada pengurus dana Yahudi itu ditulis oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. “Surat yang didedahkan itu tidak pun menimbul kontroversi, malah akhbar arus perdana itu hanya memetik dari laporan blog yang juga milik pro Umno.
“Malah kandungan surat tersebut adalah di mana Anwar menyatakan keperluan proses pilihan raya yang bersih dan adil.
“Serta menyeru NED iaitu sebuah agensi dwi-parti Amerika Syarikat untuk menyokong usaha rakyat tempatan yang mahukan pilihan raya bersih dan adil,” katanya seperti dilaporkan KeadilanKini.
NED bukan hanya sebarang agensi dwi parti untuk mempromosi demokrasi tetapi agensi yang mempunyai kaitan dengan CIA dan rangkaian kuasa Yahudi Zionis di Amerika. Lihat kembali gambarajah berikut:
NED adalah badan sayap yang menjalankan kerja-kerja rahsia yang pernah dijalankan oleh CIA untuk menjatuhkan negara asing.
Demikian juga yang dikatakan oleh Dr Mahathir mengenai NGO asing membantu mahu menjatuhkan kerajaan dan melakukan 'regime change."
Nik Nazmi yang juga Adun Seri Setia memperakui tiga pucuk surat yang bertanda tangan Anwar yang dihantar kepada dua pengurus dana berbangsa Yahudi yang berpengkalan di Amerika Syarikat (AS).
Dua pucuk surat bertarikh 18 Jun 2007 dan 29 Julai 2007 menggunakan kepala surat AIA syarikat milik Anwar berpengkalan di AS ditujukan kepada Carl Gershman, Presiden NED (National Endowment for Democracy) yang beralamat di 1025 F Street NW, Suite 800, Washington DC 20004.
BERSIH - Kotor atau bersih?
Bekas Ketua Polis
Negara, Tan Sri Musa Hassan mendakwa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar
Ibrahim kemungkinan besar mewujudkan semula Akta Keselamatan Dalam
Negeri (ISA) sekiranya Pakatan Rakyat (PR) menang pada Pilihan Raya Umum
ke-13 (PRU13) nanti.
Beliau berkata, ia
berikutan tindak tanduk Anwar dan kenyataan PR yang sering berubah-ubah
dalam sesuatu isu, maka tidak mustahil akta tersebut diwujudkan semula
jika mereka berkuasa.
Menurutnya, ia berikutan
ISA diakui oleh ramai pihak sebagai satu undang-undang pencegahan yang
berkesan, malah banyak negara termasuk Amerika Syarikat meniru akta
tersebut.
"Kita tidak tahu apa yang ada dalam hati beliau (Anwar), tidak mustahil ISA boleh diwujudkan semula jika mereka memerintah.
"Kenapa saya berfikiran
begitu, kerana mereka sudah memulakan budaya huruhara, memainkan isu
perkauman, agama dan memainkan soal keselamatan negara," katanya ketika
ditemui Sinar Harian, semalam.
Kelmarin, bekas Perdana
Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan berkata, beliau gembira ISA
tidak lagi wujud kerana PR tidak boleh lagi menyumbat orang ke dalam
penjara jika mereka berkuasa.
Dakwa Dr Mahathir lagi,
perkara pertama yang pembangkang akan lakukan jika berkuasa adalah
menutup pintu keluar masuk negara dan menangkap pemimpin lawan.
Selain itu, Musa turut
menegaskan 'Arab Spring' boleh tiba di negara ini sekiranya kerajaan
tidak mengambil langkah pencegahan berkesan daripada sekarang.
Katanya, jika perkara tersebut berlaku, segala pembangunan dan kemajuan yang dikecapi negara sejak 56 tahun lalu sia-sia.
"Sebagai rakyat, semua
pihak perlu menjaga keamanan negara, jangan termakan hasutan yang mahu
menghuru-harakan negara. Dalam hal ini kerajaan kena pastikan ia tidak
berlaku.
"Saya juga melihat ada usaha pihak luar yang mahu negara kita hancur dari dalam, melalui musuh yang halimunan," katanya.
Ditanya mengenai musuh halimunan ini, Musa berkata musuh ini sukar dikesan kerana mereka bergerak di kalangan rakyat negara ini.
"Ancaman itu semakin
lama semakin besar, mereka bercita-cita menawan negara ini. Jadi tugas
sekarang adalah menyedarkan rakyat tentang bahaya perkara ini dan apa
perancangan mereka untuk rosakkan negara.
"Dulu pihak luar
bergerak melalui CIA untuk musnah negara lawan, sekarang tidak lagi
kerana semua sudah tahu, mereka sekarang bergerak melalui NGO-NGO yang
berada dalam negara," katanya.
AMUKANMELAYU - penyuluh, tali barut, gunting dalam lipatan, pengkhianat, talam dua muka, tikam belakang dan pembelot adalah membawa maksud yang sama...ia itu membawa pihak luar atau membenarkan diri di gunakan untuk menjajah semula TANAH MELAYU, negara yang "SEPARUH MERDEKA INI".....................