,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Saturday, 2 February 2013

LEGASI KESILAPAN UMNO AKAN DI TERUSKAN OLEH PAS


PAS AKAN MELAKUKAN KESILAPAN YANG SAMA YANG TELAH DI LAKUKAN OLEH UMNO!!!


kali ini saya nak sentuh tentang teks yang di amanat kan oleh HAJI HADI AWANG..sila baca teks di bawah ini..adakah sesat nya PAS atau tidak,kita saksikan bersama...

Saudara-saudara sekalian,Percayalah ! kita menentang UMNO bukan kerana nama dia UMNO, kita menentang Barisan Nasional,bukan kerana nama Barisan Nasional.Kita menentang dia kerana dia mengekalkan Perlembagaan penjajah,mengekalkan peraturan kafir,mengekalkan peraturan jahiliah".
apa cerita ni???adakah akan datang PAKATAN boleh mengubah semua perlembagaan tu sedangkan PAS bersama DAP???apakah bezanya perlembagaan yang ditetap kan BN skarang ni dengan PAKATAN..sama jer kan??mana ISLE nya ni???
Oleh kerana itulah kita berjuang melawan mereka.Percayalah saudara,perjuangan kita adalah jihad,ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad dan kerana kita berjuang dengan puak-puak ini, kalau kita mati kerana berlawan ini,mati kita adalah mati syahid, mati kita adalah mati Islam.
mati syahid ker???habis tu kalau berjuang dengan DAP mati syahid ker???derrrr??kalau berjuang dengan DAP mati lah ko dengan malaysia malaysian tu yek...apa kejadahnya tu...
Kita tidak payah masuk Yahudi,kita tidak payah masuk Kristian,kita tidak payah masuk Hindu, kita tidak payah masuk Buddha,tetapi kita menjadi kafir dengan mengatakan politik agama suku
kelab penyokong PAS???macam mana pulak tu???macam-macam agama ada..kan PAS FOR ALL..memang lah tak yah masuk agama lain..tapi agama lain tu boleh lak masuk PAS yek???derrr???PAS makin terdesak...

Penerangan PAS Kelantan merakamkan ucapan Haji Abdul Hadi di Banggol Peradong,Kuala Trengganu pada 7 April, 1981 dan dijadikan siaran bercetak (dalam tulisan jawi) semasa kempen pilihan raya kecil Selising dan Kemumin,Kelantan (8 September 1983) lalu
ANDA RENUNG-RENUNG KAN LAH...
POST BY WAYNE...



Lirik lagu Keliru Ramli Sarip


ditepian simpang ini sejenak aku terhenti
terbayanglah bagaimana pengembaraan ku bermula
ku tingalkan segala yang kusayang dan cinta
hanya untuk mencari satu identiti diri yng murni

setelah tejerat dalam dilema aku mengerti
bagaimana sukarnya mengenal diri sendiri
hanyutlah aku dalam arus hidup yang tak menentu
maka timbul kesedaaran yang aku selama ini keliru


kupandukan cahayamu dari mu ilahi
aku bersujud mohon doa mohon rahmat memohon restu mu
kau senangkanlah mudahkanlah perjalanan hidup ku
selama ini aku terpedaya dan keliru

ABBY KELIRU


Emm... biar pun dah agak lama Si Ostazah Abby masuk PAS, tapi masih jugak ada pihak yang keliru dengannya.

Betul ke dia masuk parti yang memperjuangkan Islam? Betul ke dia masuk parti yang nak menegakkan hukum Islam di Malaysia ni?

Kata dia, parti dia masuk tu boleh menjanjikan sorga. Betul ke? Siapa yang dapat bagi jaminan tersebut? Dia ke yang boleh jamin orang masuk sorga tu?

Nah! Macam - macam lagi persoalan yang boleh dibangkitkan mengenai parti yang  Ostazah  masuk sebenarnya. Meh kita baca dengan lebih lanjut:
FAKTA 1 : PAS DIKUASAI ANWAR IBRAHIM

Hasan mendakwa Pas yang kini dikuasai lebih 70 peratus kumpulan pro-Datuk Seri Anwar Ibrahim, sudah tersasar daripada perjuangan asal semata-mata demi kuasa politik



FAKTA 2 : PAS GADAI ISLAM DAN ALLAH DEMI KUASA

Sebagai buktinya, dedah beliau, beberapa hari sebelum dipecat, seorang wakil Pas Pusat datang menemuinya dan meminta agar segala penguatkuasaan bagi mencegah kemungkaran di Selangor, dikurangkan kerana khuatir ia menjejas sokongan terhadap pembangkang.


“Datanglah wakil Pas Pusat bertemu dengan saya, suruh saya kurangkan operasi dan penguatkuasaan (cegah maksiat). Apa dia kata, dia kata yang penting Dr. Hasan, kita kena tawan Putrajaya dulu. Ini orang Pas yang bercakap, masya-Allah... lillahitaala, itulah bahasanya.



FAKTA 3:PAS DAN PAKATAN TIDAK MAMPU SEBAR DAN TINGGIKAN SYIAR ISLAM

“Di Selangor ini yang Menteri Besar orang Islam, Exco kerajaan negeri (terdiri) lima orang Islam dan Exco agama juga orang Islam pun tak boleh nak dilaksanakan tindakan mencegah kemungkaran, apa yang kita (Pas) boleh buat kalau kita tawan Putrajaya?


“Saya tidak kata Putrajaya itu tidak penting tetapi jangan sampai gadai agama. Perintah Allah kita junjung, keinginan manusia kita kelek (usung) bukan sebaliknya seperti Pas hari ini. Keinginan siapa? Keinginan seorang rakyat Malaysia yang terlalu nak jadi Perdana Menteri,” -Hassan Ali.



FAKTA 4: PAS "BERTOLAK ANSUR" DAN RELA UMMAH DIMURTADKAN

Hasan yang juga bekas Pengerusi Hal Ehwal Agama Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam itu juga mendedahkan seorang personaliti Pas Selangor telah menasihatkan bekas Ketua Penerangan Pas Selangor, Hasan Basri Mohd. supaya jangan bercakap soal gerakan Kristian.


Katanya, nasihat tersebut dibuat ketika Hasan Basri dan personaliti berkenaan berceramah di pentas yang sama beberapa bulan lalu dan bekas Ketua Penerangan Pas Selangor itu dikehendaki bercakap mengenai demonstrasi Bersih 3 serta perlu memuji Datuk S. Ambiga.



FAKTA 5: PAS TAKUTKAN DAP BERBANDING HUKUM ALLAH SWT

Dalam pada itu, Hasan memberitahu, pemecatan beliau daripada Pas disebabkan ‘dosanya’ menyekat penjualan arak menyekat orang berjudi di Selangor serta tegas menyatakan yang benar itu benar, yang batil itu batil, adalah sesuatu dibenci oleh DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR). - BroJinggo
AMUKANMELAYU : Jangan taksub sangat dengan parti yang kita nak sokong ni. Waima PAS ke, UMNO ke, tak perlu taksub. Jangan jadi jumud dan rasa diri tu perasan berasa bagus sangat dari orang lain!!! -