,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Sunday, 17 February 2013

RAMPASAN KUASA - MALAYSIA DI AMBANG PERANG SAUDARA



SPECIAL SQUARD ‘Hebat’ Dari Filipina dan  Empat Bekas Pegawai Tinggi ATM Bergabung!

anwar-wolfowitz2
Anwar Ibrahim tidak pernah menafikan dia mempunyai hubungan secara langsung dengan anasir-anasir luar yang mahu menjajah negara ini. Malah Anwar Ibrahim secara terbuka pernah mengumumkan bahawa dia akan mempertahankan negara haram Zionis Israel serta mengecam umat Islam yang menentang pendudukan haram Zionis Israel dan negara haram itu sendiri. Anwar Ibrahim juga secara terbuka pernah menyuarakan sokongannya kepada pemusnahan dan penghapusan umat Islam di beberapa negara seperti di Iraq, Sudan, Afghanistan mahupun di Pakistan atas nama JUSTICE menurut acuan Amerika Syarikat dan Zionis.

Usahanya untuk membawa campurtangan asing ke negara ini pada tahun 1997 setelah kelihatan berjaya pada mulanya menerusi serangan mata wang dan kewangan negara membabitkan penyangak matawang George Soros serta pelabur-pelabur ‘atas angin’ yang telah memecahkan gelembung atau belon indeks BSKL, akhirnya berjaya disekat oleh Tun Dr. Mahathir yang pada ketika itu masih lagi berupa Perdana Menteri Malaysia. Tindakan yang paling tidak disangka-sangka oleh Anwar Ibrahim akan dilakukan oleh Mahathir adalah dengan mengikat matawang Amerika Syarikat dengan Ringgit Malaysia pada harga RM3.80 bersamaan dengan USD1.00.

Mahathir dan pentadbirannya selepas mengenepikan Anwar Ibrahim selaku Menteri Kewangan, tidak berhenti setakat itu sahaja. Sebaliknya Mahathir dan pasukannya telah ‘merombak secara besar-besaran’ hukum ekonomi dengan mengamalkan perbelanjaan secara besar-besaran bagi menjanakan kecairan domestik, sekaligus menggalakkan rakyat berbelanja dalam negara. Mahathir juga telah menggiatkan ekonomi dengan pengumuman banyak projek mega yang disifatkan sebagai gajah putih termasuklah Putrajaya dan Cyberjaya.

Anwar dan IMF serta Bank Dunia yang pada mulanya mengecam Mahathir, akhirnya melopong. IMF dan Bank Dunia mengakui kaedah yang digunapakai oleh Mahathir lebih berkesan berbanding kaedah mereka. Manakala Anwar Ibrahim pula hilang muka hendak disorokkan kerana dia ternyata tidak faham suatu apa pun tentang prinsip ekonomi, melainkan sepertimana yang telah diberitahu kepadanya oleh tuan-tuan besarnya.

Kegagalan menyerang Malaysia menerusi struktur ekonomi tidak mematahkan semangat Anwar Ibrahim. Dia sedar, dia sangat lemah dalam bidang ekonomi meskipun kerap kali dia mendabik dada kononnya dialah yang paling jaguh dan kononnya dialah yang paling tahu, walaupun sepanjang dia berkhidmat selaku Menteri Kewangan dahulu, yang ada di belakangnya adalah MTEN dan Daim Zainuddin. Dia cuma tukang baca skrip!

ANWAR SCORPENE
Tahun 2008, Anwar Ibrahim cuba menyerang sistem pertahanan dan ketenteraan negara selain beberapa instrumen penting negara yang lain. Belum pernah berlaku dalam sejarah mana-mana negara moden, pihak pembangkang akan menyerang dan berusaha mendedahkan apa-apa sahaja tentang sistem pertahanan dan ketenteraan negara.

Anwar memang berbeza sama sekali. Dia tidak peduli dan dia cuba mengaitkan semuanya dengan jawatan Perdana Menteri yang sangat diidam-idamkannya. Anwar Ibrahim melihat isu kapal selam Scorpene sebagai isu utama untuk melakukan serangan. Isu kapal selam tersebut kemudiannya dikaitkan dengan kematian model Mongolia, Altantuya Shiiribu dan Anwar Ibrahim secara terbuka menuduh Perdana Menteri Malaysia, Najib Abdul Razak dan isterinya, Rosmah Mansor terlibat dalam pembunuhan tersebut.
Semuanya digarap sebaik-baik mungkin untuk dipersembahkan kepada masyarakat.
2
Dan tidak lama kemudian, beberapa orang bekas pegawai tinggi tentera mulai seperti anjing sawan yang kelihatan takut-takut di hadapan Anwar Ibrahim. Antara mereka adalah Abdul Hadi Al-Khattab yang sebelum ini turut dikaitkan dengan  skandal penjualan enjit jet tempur F-5E, Imran Abdul Hamid yang sebelum ini dikaitkan dengan pembinaan friged di Lumut dan Abdul Ghafir Abdul Hamid yang dikaitkan dengan beberapa kontrak dan tender pembekalan untuk Tentera Darat.
Walaupun sebelum ini terdapat khabar-khabar angin mengatakan ketika berkuasa dan masih dalam jawatan, pegawai-pegawai tinggi tentera tersebut terlibat dalam penjualan maklumat keselamatan negara selain bekerjasama dengan pihak asing, bukti-bukti tidak dapat diadakan dan khabar-khabar angin tersebut kekal menjadi khabar-khabar angin semata-mata.

Namun melihat kepada kehadiran pengawal-pengawal peribadi upahan Anwar Ibrahim yang didatangkan khas dari Filipina serta mempunyai pelbagai kemahiran tinggi terutama dalam bidang perisikan, ketenteraan dan persenjataan, wujud semula tanda tanya apa kaitan antara pegawai-pegawai tinggi ATM itu dengan pengawal-pengawal peribadi Anwar Ibrahim?
Keempat-empat pengawal peribadi Anwar Ibrahim yang didatangkan dari Filipina itu telah pun dikenalpasti.
spyanwar9 
1. Daniel Cruz

Berkhidmat selama lima tahun sebagai Pegawai Kes dengan National Intelligence Coordinating Agency (NICA) dan lima tahun sebagai Penyiasat Penjenayah dengan US Drug Enforcement Administration (DEA) di Kedutaan Amerika Syarikat di Manila. Dia merupakan warganegara Filipina pertama yang menjalani Kursus Hostage Rescue and Explosive Entry di Tactical Explosive Entry School (TEES) di Memphis, Tennessee pada tahun 1992 dan Combat Tracking Level 1 & 2 Courses di bawah Tactical Tracking Operations School (TTOS) yang diadakan di Guam di bawah US Marshals Service (USMS) Program pada tahun 2002.

Dia merupakan perintis ‘Pinoy Peek’, sejenis kaedah penurunan tali yang sekarang ini digunapakai secara meluas di seluruh dunia. Dia juga merupakan ahli National Tactical Officers Association (NTOA) dan The International Association of Bomb Technicians and Investigators (IABTI) semenjak 1992.

Telah mengendalikan latihan di seluruh dunia untuk suku pertama tahunan bagi Kewaspadaan Ancaman dan Perlindungan Peribadi untuk wartawan lapangan GMA1 Network News termasuklah sebagai Hakim Mahkamah di bawah Philippine Judicial Academy (PhilJA) dan telah mengendalikan Kursus Penurunan Tali PSO dan Taktikal secara tahunan untuk kebanyakan anggota SWAT dan PSO Banko Sentral ng Pilipinas (BSP) semenjak tahun 2004.
Dalam bidang Operasi Perkhidmatan Perlindungan (PSO), Daniel Cruz pernah berkhidmat kepada Bill dan Melinda Gates. Sekarang ini dia berkhidmat dengan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim semenjak Pilihanraya Kecil Permatang Pauh pada tahun 2008.

Dia telah menulis dua artikel taktikal berjudul, “Tactical Rappelling: The Pinoy Peek – A New Ingress/Egress Technique Developed in the Philippines (1994) dan First Explosive and Tactical Entry Course in the Philippines (1995). Kedua-dua artikel tersebut telah diterbitkan oleh Tactical Edge, sebuah penerbitan tiga bulan sekali dengan penerbitnya adalah US National Tactical Officers Association.
Daniel Cruz sekarang ini merupakan Konsultan Sekuriti Senior untuk Orion Support Incorporated. (OSI)
spyanwar8 
2. Noel Del Rosario

Noel telah berkhidmat dengan Pasukan Polis Kebangsaan Filipina selama lebih dua puluh tahun dengan tugas utamanya adalah dalam Special Weapons And Tactics (SWAT). Dia telah menghadiri banyak seminar latihan dan worksyop di seluruh Filipina dan di seluruh dunia, terutama dalam memperkemaskan skil penggunaan senjata, penyiasatan, mempertahankan diri dan beberapa skil menentang terrorisme.
Dia pernah memenangi kejuaraan menembak dan mewakili Filipina dalam International Practical Shooting Confederation (IPSC) dan di International Defensive Pistol Association (IDPA).
spyanwar5 
3. Alfred Sese

spyanwar7 
4. Bong Oteyza

Malam tadi, keempat-empat pengawal peribadinya ada bersama-sama Anwar Ibrahim ketika Ketua Umum PKR itu berceramah bersama-sama beberapa orang bekas pegawai tinggi ATM di Taman Rekreasi, AU3. Turut hadir dan memberikan ceramah adalah Ibrahim Yaakub, bekas calon PKR Parlimen Setiawangsa merangkap Ketua Staf Pejabat Anwar Ibrahim, Dr Tan Kee Kwong, calon PKR Wangsamaju dan Anwar Ibrahim sendiri.
Secara keseluruhan, ucapan-ucapan mereka lebih menjurus dan menekankan tentang apa yang mereka dakwa sebagai kronisme dan korupsi serta nepotisme  termasuklah dalam isu Projek Kapal Selam, NFC, penahanan Nick Xenophon di LCCT, isu pembinaan KLCC, pembelian kapal selam, kehilangan enjin jet dan isu duit LTAT.

Dengan keempat-empat pengawal peribadi Anwar Ibrahim dan keempat-empat pula bekas pegawai tinggi ATM berada setempat, adakah Anwar Ibrahim sedang memberi isyarat kepada pegawai-pegawai ATM yang lain terutama yang memang mempunyai ‘kes’ agar bekerjasama dengannya kalau mahu selamat?

Persoalan terbesar ialah, apa sebenarnya hubungkait antara keempat-empat bekas pegawai tinggi ATM itu dengan keempat-empat orang pengawal peribadi Anwar Ibrahim yang kini diketahui bukan sebarangan pengawal peribadi? Apakah buah dan rahsia yang telah digunakan oleh pengawal-pengawal peribadi Anwar Ibrahim itu sehingga empat orang bekas pegawai tinggi ATM terpaksa menurut sahaja bagaikan anjing sawan?

Untuk apa Anwar perlu mengupah pakar bom, pakar penembak tepat, pakar taktikal, pakar serangan terroris dan segala macam pakar lagi? Walhal belum pernah di Malaysia berlaku sebarang serangan terhadap figur-figur politik dengan Anwar Ibrahim sendiri sebagai buktinya yang bebas bergerak ke sana ke mari? Adakah kehadiran mereka berempat membuktikan bekas petugas keselamatan seperti anggota tentera dan polis di Malaysia tidak mempunyai kelayakan serta kehebatan seperti keempat-empat pengawal peribadi Anwar Ibrahim itu, walhal dari segi kejayaan, ATM dan PDRM jauh lebih berjaya membanteras ancaman terhadap keselamatan negara dan jenayah berbanding tentera dan polis Filiipina.

Apakah keempat-empat pengawal peribadinya itu mempunyai kaitan dengan keengganan Malaysia untuk melatih tentera Marin Amerika Syarikat di hutan belantara sini? Apakah keempat-empat pengawal peribadi itu bekerjasama pula dengan keempat-empat bekas pegawai tinggi ATM dari keempat-empat sektor secara lebih akrab?
Keempat-empat pengawal peribadi Anwar Ibrahim itu aktif berada di banyak tempat sepertimana yang dipaparkan dalam gambar-gambar di bawah.
spyanwar1

Empat pengawal peribadi upahan dari Filipina bersama-sama pengawal peribadi Anwar Ibrahim yang lain.

spyanwar2
spyanwar3
spyanwar4
spyanwar6

AMUKANMELAYU - Haffiz/Farrah, Mattin/Ikin, Nadia, Ayu, Ika, Wawa, Iman dan Isteri-Isteriku......bersedialah kita mempertahankan Tanah bertuah ini. InsyaAllah.....syahid semakin mudah......mereka sudah membawa masuk musuh-musuh Islam ke Negara kita....mereka memudahkan anasir-anasir subresif ini untuk menghancurkan Ugamabangsa dan Tanah Air kita ini.....jangan gentar.....Allah bersama kita....kita tunggu pun mati dan kita melawan pun mati..... Allahhuakbar.............