,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Friday 15 February 2013

HUDUD SEMAKIN HAMPIR PERLAKSANAANNYA - KEMENTERIAN HAL EHWAL ISLAM KEMENTERIAN BARU DI BAWAH KABINET NAJIB




 



Ucapan setinggi-tinggi tahniah buat bekas Presiden PAS Ustaz Haji Nasharuddin Mat Isa yang telah diwar-warkan bakal dilantik sebagai Menteri Pertama Kementerian Hal Ehwal Agama Islam iaitu sebuah kementerian baru yang akan diperkenalkan sebaik sahaja Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dinaiktaraf kepada Kementerian dalam masa yang terdekat.


Tidak lupa ucapan tahniah kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan JAKIM kerana kewujudan stu entiti ditahap kementerian yang benar-benar menjaga hal-ehwal Islam dalam negara ini dapat direalisaikan lebih-lebih dengan keadaan terkini dmana Malaysia bagaikan dilanda "wabak isu" yang melibatkan hukum hakam Islam yang sensitif.


Keputusan menaiktaraf JAKIM kepada taraf Kementerian diputuskan didalam satu mesyuarat tertutup kabinet baru-baru ini secara langsungnya juga telah merealisasikan usaha kerajaan BN selama berpuluh tahun yang bermula sejak kepimpinan Tun Abdul Razak lagi untuk mendapatkan keputusan sebulat suara menubuhkan kementerian khas untuk Agama Islam akhirnya membuahkan hasil.


Cadangan ini akan dibawa kepada Yang Dipertuan Agong sebagai Ketua Agama Islam dan juga Majlis Raja-Raja untuk menyelaraskan struktur pentadbiran baru antara negeri-negeri di dalam negara.


Dengan adanya kementerian sebegini, maka hukum-hakam tentang Agama Islam boleh diselaraskan dan dikawal termasuk isu-isu yang melibatkan hal ehwal agama Islam juga boleh dikawal dan dilaksanakan dengan secara menyeluruh di peringkat kebangsaan isu-isu senstif terkini seperti Kalimah Allah, Bible di dalam bahasa Melayu, Murtad dan pelbagai lagi kini boleh dicegah daripada berulang kembali.

Berbalik kepada khabar Uzstaz Nasha yang akan dilantik menjadi Menteri Kementerian Hal Ehwal Agama Islam , jika ianya drealisasikan ini adalah kali pertama di dalam sejarah pada mana ahli dari parti pembangkang dilantik sebagai menteri di dalam sesebuah kerajaan dan ini tidak pernah dilakukan oleh mana-mana kerajaan di dalam dunia ini meskipun tidak pernah dihalang oleh peruntukan perlembagaan.


Jika dilihat di dalam Perlembagaan Persekutuan Perkara 43: Jemaah Menteri dimana; (1) Yang di-Pertuan Agong hendaklah melantik suatu Jemaah Menteri untuk menasihatinya dalam: penjalanan fungsinya dan tidak ada satu fasal pun yang menyebut bahawa Perdana Menteri perlu menasihatkan Yang Dipertuan Agong untuk melantik mana-mana individu daripada mana-mana parti asalkan beliau adalah seorang ahli Dewan Rakyat ataupun Dewan Negara.


Maknanya, Najib boleh mencadangkan dan menasihatkan Yang Dipertuan Agong untuk melantik individu yang bukan daripada Barisan Nasional sekalipun dan ianya tidak menjadi isu kerana Dato' Seri Jamil Khir Baharom akan terus berkhidmat sebagai Menteri akan di Jabatan Perdana Menteri seperti mana TS Nor Mohamed Yakcop yang juga memegang portfolio Menteri Di Jabatan perdana Menteri (Ekonomi) walaupun terdapat Kementerian Kewangan.

Pelantikan Ustaz Nasha adalah wajar kerana secara umum mengetahui Ustaz Nasha telah pergi ke luar negara terutamanya Timur Tengah bersama-sama robongan Najib untuk menjalinkan hubungan antara negara-negara tersebut dengan Malaysia dan sekiranya Ustaz Nasha tidak dicalonkan oleh PAS dalam PRU13 kelak sekalipun, Najib boleh melantiknya sebagai Senator ke Dewan Negara untuk mendapatkan khidmat beliau memegang jawatan Menteri Pertama Kementerian tersebut.


SYUKUR - Alhamdulillah....kembali bertaut

Ustaz Nasharuddin pun masih lagi ahli PAS tetapi beliau bakal menjadi Menteri Pertama Kementerian ini dan ini menunjukkan ketelusan sebenar Najib dan usaha murni mereka (Najib dan Ustaz Nasha) untuk mengadakan kerajaan perpaduan harus disokong dan dipuji agar ianya boleh direalisasikan bukannya dengan menghalang atau membantah sepertimana yang telah dilakukan oleh Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat dan PAS yang tidak henti-henti membantah dengan apa cara sekalipun, waima hingga terpaksa "mengeluarkan fatwa-fatwa"nya sendiri demi untuk menghasilkan dalil-dalil yang menyokong penentangan mereka terhadap usaha murni tersebut

AMUKANMELAYU - dengan perlantikan Ustaz Nasha sebagai MENTERInya (Jika Benar seperti yang di war-warkan) dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..... ISLAMELAYU kembali bersatu dan PAS/UMNO kembali bertaut adalah menjadi doa setiap Islamelayu Tanah Melayu ini. ALLAHHUAKBAR...................