,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Sunday 24 February 2013

BILA ANAK AL MARHUM USTAZ FADZIL NOOR MULA BERSUARA




ANAK FADZIL NOOR DESAK UMNO & PAS BINA KERAJAAN PERPADUAN.

Seorang pendakwah yang merupakan anak bekas presiden PAS, Ahmad Fauwaz Fadzil membangkitkan semula soal kerjasama antara PAS dan Umno, didakwa demi kepentingan Melayu dan Islam.

Malah, organ kedua-dua parti, Harakah dan Utusan Malaysia juga patut bekerjasama, kata anak bekas presiden PAS Datuk Fadzil Noor itu dalam satu wawancara yang disiarkan Mingguan Malaysia.

"Jika kita sayangkan negara ini, lebih baik kita bersatu dan bekerjasama sesama Islam demi memegang amanah dalam menjaga negara ini," katanya dalam wawancara bersama akhbar milik Umno itu.
Beliau juga berkata PAS dan Umno mempunyai "slogan" tersendiri dalam soal agama Islam, Melayu dan negara kebajikan.
"Tetapi apa apa yang lebih penting adalah kita perlu praktik dan bukan hanya sekadar slogan,"

"Kita perlu melihat perpaduan itu sebagai 'saya sebahagian daripada kamu dan kamu adalah sebahagian daripada saya'," katanya menerusi laporan media Pro Pembangkang Malaysiakini.

Isu perpaduan PAS dengan Umno itu kembali dipromosi selepas lebih setahun menyepi.


AMUKANMELAYU - pedulikan yang tua-tua tu FAUWAZ.....ente yang muda-muda tu mulakannya. Zaman Rasullullah dulu ada juga yang pendapat mereka di terima Rasullullah.....dan ramai juga yang Rasullullah memberi tanggung jawab kepada pemuda Islam walau pun umur mereka baru belasan tahun...............