,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Thursday, 14 August 2014

APA BEZANYA SIFAT BURUK KITA DENGAN SIFAT BURUK YAHUDI?


22 Sifat Buruk YAHUDI Dalam AlQuran...



DALAM Al-quran, sudah demikian jelas sedikitnya disebutkan 22 sifat buruk bangsa Yahudi. Apa saja? Berikut di bawah ini:

1. Keras hati dan zalim (Al-Baqarah:75,91,93,120,145,170; An-Nisa:160; Al-Maidah:41)

2. Kebanyakan fasik dan sedikit beriman kepada Allah SWT (Ali Imran:110; An-Nisa:55)

3. Musuh yang paling bahaya bagi orang-orang Islam (Al-Maidah:82)

4. Amat mengetahui kekuatan dan kelemahan orang-orang Islam seperti mereka mengenal anak mereka sendiri (Al-An’am:20)

5. Mengubah dan memutarbalikkan kebenaran (Al-Baqarah:75,91,101,140,145,211; Ali Imron:71,78; An-Nisa:46; Al-Maidah:41)

6. Menyembunyikan bukti kebenaran (Al-Baqarah:76,101,120,146; Ali Imron:71)

7. Hanya menerima perkara-perkara atau kebenaran yang dapat memenuhi cita rasa atau nafsu mereka (Al-Baqarah:87,101,120,146; Al-Maidah:41)

8. Ingkar dan tidak dapat menerima keterangan dan kebenaran AlQuran (Al-Baqarah:91,99; Ali Imron:70)

9. Memekakkan telinga kepada seruan kebenaran, membisukan diri untuk mengucapkan perkara yang benar, membutakan mata terhadap bukti kebenaran dan tidak menggunakan akal untuk menimbangkan kebenaran (Al-Baqarah:171)

10. Mencampuradukkan yang benar dan yang salah, yang hak dan yang batil (Ali Imran:71)

11. Berpura-pura mendukung orang Islam tetapi apabila ada di belakang orang-orang Islam, mereka mengutuk dengan sekeras-kerasnya (Al-Baqarah:76; Ali Imran:72,119)

12. Hati meraka sudah tertutup akan Islam kerana dilaknat oleh Allah SWT yang disebabkan oleh kekufuran mereka sendiri (Al-Baqarah:88,120,145,146)

13. Kuat berpegang pada rasa kebangsaan mereka dan mengatakan bahwa mereka adalah bangsa yang istimewa yang dipilih oleh Tuhan dan menyakini agama yang selain daripada Yahudi adalah salah (Al-Baqarah:94,111,113,120,135,145; Al-Maidah:18)

14. Tidak akan ada kebaikan untuk seluruh manusia jika mereka memimpin (An-Nisa:53)

15. Tidak suka, dengki, iri hati terhadap orang-orang Islam (Al-Baqarah:90,105,109,120)

16. Mencintai kemewahan dan kehidupan dunia, bersifat tamak dan rakus, menginginkan umur yang panjang dan mengejar kesenangan serta takut akan kematian (Al-Baqarah:90,95,96,212)

17. Berkata bohong, mengingkari janji dan melampaui batas (Al-Baqarah:100,246,249 Ali Imran:183,184; An-Nisa:46)

18. Berlindung di balik mulut yang manis dan perkataan yang baik (Al-Baqarah:204,246; Ali Imron:72; An-Nisa:46)

19. Mengada-ada perkara-perkara dusta dan suka kepada perkara-perkara dusta (Ali Imran:24,94,183,184; Al-Maidah:41)

20. Berlaku sombong dan memandang rendah terhadap orang-orang Islam (Al-Baqarah:206,212,247)

21. Tidak amanah dan memakan hak orang lain dengan cara yang salah (Ali Imran:75,76; At-Taubah:34)

22. Selalu melakukan kerusakan dan menganjurkan peperangan (Ali Imran:64)
 

 

Pakat Warning dan Menggeletek Belaka Bagaikan Ungka Buruk Belakang.


Ada beberapa sebab:

1. Anwar sudah tidak boleh cakap dan arah-arah sesiapa lagi. Sejak hadi enggan dengar arahan dia, Anwar terpaksa minta Lim Kit Siang untuk arah 4 exco PAS supaya tidak pergi. Lim Guan Eng juga diminta Anwar untuk talipon exco-exco PAS supaya tidak pergi mesyuarat....

.... tapi mereka tidak akur.

2. Sedarkah anda Lim Guan Eng nampak lebih menggelabah dari orang lain. Bukankah Tony Pua dah buat komen dan amaran yang kira bijak juga kepada PAS? Kenapa dia perlu sampai warning-warning?

Lim Guan Eng tahu bahawa dirinya akan dikaitkan jika Khalid mula membersihkan namanya. Khalid mahu dituduh ambil duit dari Tropicana tetapi kenapa tidak diungkit oleh Rafizi dan Saifuddin? Sebaliknya mereka ungkit mengenai Eco World yang mana telah beli tanah lebih mahal dari Tropicana.

Ada udang disebalik batu kan ....

Tropicana = Danny Tan dan Danny Tan rapat dengan Guan Eng. Untuk Danny Tan nak dapatkan tanah murah dari kerajaan Selangor, mestilah ada yang telah diberi pada Khalid dan diberi copy untuk study oleh pegawai Khalid.

Jeng jeng jeng .... simple logic saja.

3. Beberapa nak muda dan kini tersebar bahawa Anwar mahukan MB Inc yang ada RM3 billion untuk diguna sebagai political funding. Siapa yang sudah minta duit dari Khalid tak henti-henti?

Ye ... PKR dan DAP.

Dan PAS tiada apa-apa bagi mu tapi tak faham kenapa ada pemimpin mahukan Wan Azizah yang dungu dan bakal beri modal kepada BN untuk lanyak PR.

Orang yang selalu meminta dari Khalid dan permintaan itu sering tanpa resit adalah Lim Guan Eng untuk biayai program politik DAP. INi yang Khalid terpaksa stop pasal dah melampau hingga jejas duit rakyat!!!

4. Lim Guan Eng takut dirinya yang sudah tahap Tok Pekong pada pengundi cina akan mula hilang dan terhakis kepercayaan mereka. Dia tahu orang CIna boleh berubah dan mereka pasi akan rasa mual bila lihat DAP pun 2 x 5 dengan persepsi negatif yang mereka lihat terhadap BN.

BIla cina mula congak balik, Guan ENg tahu boleh pecah undi cina dan DAP pun boleh terbarai. Hanya tinggal pemula saja dan banyaklah akan terbarai.

Itu baru sikit saja kami tunjuk ... hehehe

Oleh itu baik PAS usah terkait dengan DAP-jal ini. Nanti terpalit sekali bila hal ini terbarai. Masa ada hingga November untuk terbaraikan. Jika PAS nak pusing 17hb.... cepat semua ini terbarai dan PAS ikut sekali terbarai.



Yang Professor ini pula ... dah baik-baik pencen tapi nak ngada komen benda dia tak tahu. Jangan rumah Kg Tunku terjual dan hang duduk rumah orang tua-tua ...  

6 Sifat Buruk Najib pada pandangan PR.....


Najib Tun Razak masuk bakul angkat sendiri. Kenyataan terbarunya bahawa sepanjang 3 tahun membuatkan rakyat mula percaya pada kepimpinannya...haha...korang percaya ke?
Bagi penulis, sepanjang 3 tahun pemerintahan Najib amat ketara beberapa perkara dan perangai Najib:

1. Guna duit untuk capai sesuatu cara mudah. Zaman Najib mana ada wakil rakyat BN berani keluar parti. Beberapa kes sebelum ini seperti Adun Bota  dan Adun Perlis tak jadi keluar dan masuk semula  parti. Najib akan lakukan apa saja bagi menghalang wakil rakyatnya keluar parti. Pengaruh wang sangat ketara.

2. Najib juga  gemar membeli Wakil Rakyat pembangkang. Lihatlah sendiri sepanjang beliau menjadi PM. Najib seolah-olah bangga melihat seorang demi seorang pengikut Anwar berpaling tadah.

3. Najib merupakan seorang yang penakut terutama dikatkan dengan debat. Sememangnya sejak dari zaman beliau menjadi MB Pahang dulu lagi. Najib masa tu sangat suka dengan pertubuhan silat.  Mana-mana pertubuhan silat di kawasan Parlimen Pekan ketika itu wujud, mesti dapat banyak peruntukkan. Perangai yang sama ditunjukkan bila beliau pegang jawatan PM.  Pertubuhan Silat tertentu mengambil kesempatan pergunakan Najib untuk kepentingan mereka.

4. Najib sangat ketara banyak mengikut telunjuk isteri beliau, Rosmah. Hianggakan apa saja  Rosmah minta, ditunaikannya  dan seolah-olah lembu dicucuk hidung.

5. Najib dikatakan seorang yang suka dipuji. Siapa kuat memuji dan membodek, alamat masyukk la projek.  Sebab itulah dengan pujianlah Najib nyaris tewas ketika di Parlimen Pekan tahun 1999 dulu.

6. Banyak lagi maklumat tentang Najib yang anda mungkin belum tahu. Penulis dulu merupakan ahli UMNO kawasan Pekan. Banyak rahsianya yang penulis  tahu. Kawan penulis, Arwah Ahmad Mokhtar yang pernah jadi Pejuang UMNO Pekan dan Pejuang Semangat 46 Pekan, banyak tulis buku mengenai Najib. Tapi sayang Najib telah arah polis merampasnya. Tapi rahsianya tetap kami tahu.

Semoga  Najib terus dibuai mimpi. bangun saja dari mimpi sudah bertukar status dari Perdana Menteri jadi Ketua Pembangkang. tak mustahil kan...
Najib: ‘Selepas 3 tahun rakyat mula percaya’

Add caption
PHNOM PENH - 3 April 2012, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menganggap tempoh tiga tahun beliau menerajui tampuk pemerintahan negara sebagai suatu pengalaman yang mengujakan dan penuh cabaran.

"Kami telah melalui perjalanan yang panjang dalam tempoh tiga tahun. Apabila kita bermula, kami bermula daripada kedudukan yang penuh cabaran, dengan tsunami politik dan terdapat banyak kewahaman dan kesinisan.

"Tetapi selepas tiga tahun, rakyat mula lebih percaya dan yakin dengan kerajaan. Rakyat percaya kami boleh melakukannya dan kami telah pun membuktikannya," katanya kepada wartawan Malaysia pada satu sidang media di sini.

Perdana Menteri berada di sini untuk menghadiri Sidang Kemuncak Asean ke-20 yang berlangsung selama dua hari.

Beliau berkata, angka makro kelihatan sangat baik dan sektor swasta telah memberikan respons yang memberangsangkan.

Najib mengambil alih pucuk kepimpinan kerajaan daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Perdana Menteri berkata pelaburan langsung asing telah mencapai rekod tertinggi selepas 10 tahun dengan nilai pelaburan berjumlah RM120 bilion direkodkan dalam masa satu tahun.

Beliau berkata Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) juga mencapai tahap tertinggi dan kerajaan berupaya mengurangkan defisit fiskal.

"Semua ini memberi petunjuk bahawa kami telah mencipta satu momentum baru sepanjang tahun berkenaan. KDNK kita baik. Kesemua NKRA telah melebihi sasaran dan cabaran seterusnya adalah untuk meneruskan momentum kerana kita telah mencapai banyak kejayaan dalam masa tiga tahun.

"Insya-Allah, berikan kami lima tahun lagi, kami akan melakukan lebih banyak lagi," kata beliau.

Najib berkata beliau terkejut kerana sudah tiga tahun berlalu.

"Saya rasa berpuas hati kerana (anggota) Kabinet telah banyak member sokongan. Saya tidak dapat melakukannya sendirian. Rakan-rakan saya telah menyokong saya selama ini.

"Kami telah mengotakan janji-janji yang kami buat dan ini sangat penting. Apabila kami berjanji, kami menunaikannya," kata Perdana Menteri.

Mengenai cabaran politik yang beliau hadapi, Najib berkata pembangkang akan menggunakan apa jua isu dan mereka pula tidak konstruktif untuk mencari penyelesaian sebaliknya memanjangkan isu-isu sehingga pilihan raya umum akan datang.

"Minda pemikiran mereka bukannya untuk mencari penyelesaian tetapi untuk mencipta dan memanjang-manjangkan isu," kata beliau. – Bernama 

7 daripada 700 sifat buruk Tun Dr Mahathir Mohamad pada pandangan "BUDAK HINGUSAN MP Indera Mahkota"

Friday, February 15, 2013

 

Dasar penswastaan dan polisi Tun Dr Mahathir Mohamad
"Mahathir Mohamad Pengkhianat"
Dasar penswastaan dan polisi Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengkayakan kroni melalui projek mega, punca rizab negara rendah dan hutang negara makin menimbun, “Polisi Mahathir yang menswastakan projek-projek besar seperti kilang besi waja, Malaysia Airlines (MAS), keretapi dan banyak lagi menyebabkan kroni semakin kaya, kos meningkat, rakyat terbeban dan ekonomi mundur,” kata Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail.
Pengerusi KEADILAN Terengganu itu mengulas kenyataan mantan Perdana Menteri kononnya nisbah kadar hutang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berada pada tahap 53 peratus masih dianggap baik.
Beliau malah membandingkan keadaan ekonomi Malaysia dengan Greece.
Mahathir berkata, Bank Negara Malaysia (BNM) kini mempunyai simpanan kira-kira US$140 bilion (US$1=RM3.08) berbanding semasa pentadbirannya hanya sekitar US$30 bilion.
“Itu hanya kenyataan Mahathir untuk bela diri. Dengan hasil kekayaan negara yang begitu banyak seperti minyak, kelapa sawit, hutan berkualiti, negara kita patut mencapai rizab US$1 trilion, dan tidak perlu berhutang,” kata Azan mengulas kenyataan itu.
Menurut beliau, sepanjang 22 tahun pentadbiran Mahathir, rizab matawang, rizab antarabangsa dan rizab emas negara yang sepatutnya tertinggi di dunia mulai terhakis.
AZAN - MP Indera Mahkota
“Ia berdasarkan anggaran belanjawan negara selama 20 tahun dan semua orang boleh rujuk.  Kerajaan mengakui aliran wang keluar yang terlalu banyak tidak dapat dicegah. Bahkan Bank Negara sedang menyiasat perkara ini,” katanya.
“Kadar SDR (Hak Pengeluaran Khas) bertujuan untuk mengawal kadar pengeluaran matawang juga menurun kerana diguna pakai untuk pembangunan dan pelaburan, ekoran keadaan ekonomi negara yang mengalami defisit selama 15 tahun. Dengan hasil negara yang banyak, rizab sepatutnya tak perlu digunakan,” jelas Azan.
Kata Azan lagi, idea penggunaan rizab negara untuk pembangunan dan pelaburan juga diilhamkan oleh Mahathir, dan ditentang Datuk Seri Anwar Ibrahim sewaktu menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.
“Tanyalah Anwar, Tengku Razaleigh (Hamzah) atau mana-mana menteri kewangan di rantau ini, pastinya jawapan mereka bahawa rizab simpanan negara patut lebih tinggi dari sekarang,” katanya.
“Mahathir juga merendahkan ekonomi negara dengan menyamakan dengan Greece. Kenapa tidak bandingkan dengan negara setaraf seperti Singapura yang kini ada rizab sekurang-kurangnya dua kali ganda lebih tinggi dari Malaysia,” soal Azan.
 
 
AMUKANMELAYU - Aku hanyalah Bloggers tua, sekilas ikan di air dapat ku kenali jantan betinanya.