,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Tuesday 12 August 2014

KES MB SELANGOR - CIKGU BAD SAMAN TGHH UNTUK DI PERANGKAP ANWAR


Pakatan Rakyat tidak pernah WUJUD dan didaftarkan sebagai sebuah organisasi.  Sebaliknya, Pakatan Rakyat hanyalah persetujuan longgar untuk merampas kuasa daripada Barisan Nasional.
residen PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang (gambar) diarahkan membayar saman RM2,000,000 oleh Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu dalam penghakiman ingkar yang diperolehi oleh Mohd Shamsul bin Mat Amin, calon PKR DUN Bukit Besi, Terengganu.
Selain itu, Abdul Hadi juga diarahkan membayar 5% faedah dari writ difailkan sehingga penyelesaian penuh dan kos tindakan sebanyak RM1,500.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/presiden-pas-diperintah-bayar-rm2-juta-dalam-penghakiman-ingkar#sthash.Io75zN2J.dpuf
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang (gambar) diarahkan membayar saman RM2,000,000 oleh Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu dalam penghakiman ingkar yang diperolehi oleh Mohd Shamsul bin Mat Amin, calon PKR DUN Bukit Besi, Terengganu.
Selain itu, Abdul Hadi juga diarahkan membayar 5% faedah dari writ difailkan sehingga penyelesaian penuh dan kos tindakan sebanyak RM1,500.
Ini berikutan kegagalan Abdul Hadi memfailkan pembelaan terhadap saman yang dikemukakan oleh Shamsul sebelum ini.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/presiden-pas-diperintah-bayar-rm2-juta-dalam-penghakiman-ingkar#sthash.Io75zN2J.dpuf

Presiden PAS diperintah bayar RM2 juta dalam penghakiman ingkar



Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang (gambar) diarahkan membayar saman RM2,000,000 oleh Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu dalam penghakiman ingkar yang diperolehi oleh Mohd Shamsul bin Mat Amin, calon PKR DUN Bukit Besi, Terengganu.
Selain itu, Abdul Hadi juga diarahkan membayar 5% faedah dari writ difailkan sehingga penyelesaian penuh dan kos tindakan sebanyak RM1,500.
Ini berikutan kegagalan Abdul Hadi memfailkan pembelaan terhadap saman yang dikemukakan oleh Shamsul sebelum ini.

Bagaimanapun, Peguam PAS, Asmuni Awi ketika dihubungi The Malaysian Insider berkata, pihaknya akan memfailkan permohonan untuk mengenepikan perintah itu di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu esok. "Kita menerima perintah itu hari ini dan kita akan failkan permohonan untuk mengenepikan perintah itu esok juga.
"Saya yakin perintah ini boleh diketepikan berdasarkan etika pengurusan kes ini," kata Asmuni kepada The Malaysian Insider.
Abdul Hadi disaman oleh Shamsul ekoran dakwaan Abdul Hadi bahawa ada calon PKR yang menjual pil kuda menjelang pilihan raya umum ke 13 lalu.
Ekoran dakwaan itu, PAS telah meletakkan calonnya di tiga kerudi DUN di Terengganu yang sepatutnya ditandingi oleh PKR.
Ia menghasilkan pertandingan tiga penjuru antara calon BN, PAS dan PKR ditiga DUN Di Terengganu termasuk Bukit Besi yang ditandingi Shamsul.
Sebelum ini, menjelang pilihan raya kecil Kuala Besut, Shamsul meminta Abdul Hadi menarik balik dan memohon maaf berikutan kenyataannya menjelang pilihan raya umum itu kerana orang ramai menganggap beliau yang didakwa Abdul Hadi itu.
“Saya minta (Datuk Seri) Abdul Hadi Awang, dedahkan siapa yang dia fitnah sebagai pengedar pil kuda dan sokong komunis ketika berceramah di Tebakang, Alor Limbat, ketika kempen Pilihan Raya Umum (PRU) lalu,” kata Shamsul dalam sidang media itu.
Ekoran kegagalan Abdul Hadi berbuat demikian, beliau telah memfailkan saman itu.
Permohonan saman Shamsul diuruskan oleh Tetuan Vasudevan & Co yang berpangkalan di Kajang, Selangor. – 23 Februari, 2014.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/presiden-pas-diperintah-bayar-rm2-juta-dalam-penghakiman-ingkar#sthash.Io75zN2J.dpuf

Presiden Pas Di Saman Lagi Oleh PKR.

image

Belum pun habis dengan kes saman ahli PKR yang lepas,Presiden Pas sekali lagi disaman oleh PKR.
Kali ini chegubard atau lebih dikenali sebagai Bardtuya..
Tindakan ahli PKR menyaman presiden Pas dibuat sudah pasti mendapat kebenaran pimpinan tertinggi PKR..
Mana peguam peguam Pas?Mana penyokong dan ahli Pas? Ada yang tak kena dengan penganut Pas..mereka akan bermati matian pertahankan Karpal,Kit Siang,Guan Eng,Anwar hinggalah kepada Ambiga..ada dikalangan mereka hingga sanggup berguling diatas jalan..ada di kalangan mereka sanggup merosakkan harta benda awam hinggalah mencederakan anggota Polis..
Malang.. Presiden Pas dibiarkan.

Pisau kata “elok bubarkan Pas saja pi masuk PKR atau Dap kalau tadak teluq”
    

Khalid Hanya Perluan 4 Exco Untuk Kekal MB Selangor

Buat kali pertama dalam sejarah moden negeri Selangor, Menteri Besarnya adalah seorang yang tidak berparti. Khalid Ibrahim telah dipecat oleh PKR pada Sabtu lepas dan Anwar Ibrahim yang mahukan isterinya menjadi Menteri Besar Selangor, sudah berkira-kira untuk masuk menghadap DYMM Sultan Selangor mempersembahkan berita tersebut bersama-sama 35 orang ADUN yang diuar-uarkan lebih awal.

Malangnya, Anwar Ibrahim, Wan Azizah dan 35 orang ADUN yang dicanangkan oleh Anwar Ibrahim, tidak muncul-muncul di pintu pagar Istana Alam Shah. Sebaliknya yang muncul untuk menghadap DYMM Sultan Selangor adalah Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor.

Menjelang petang, keputusan dicapai. Khalid Ibrahim kekal sebagai Menteri Besar dan Kerajaan Negeri di bawah pentadbirannya kekal walaupun dengan hanya 4 orang Exco dari PAS sebagaimana yang diperuntukkan oleh Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor.

 
Melopong Anwar Ibrahim menerima berita yang tidak disangka-sangkanya itu. Dia akhirnya memutuskan untuk bertemu dengan Presiden PAS di Rusila, Marang pada jam 4:00 petang tadi, menaiki pesawat FireFly menuju ke Kuala Terengganu.

Hadi Awang tidak berada bersama-sama kepimpinan PAS lain ketika majlis rumah terbuka peringkat PAS Pusat. Sebaliknya yang menguasai majlis tersebut adalah kumpulan Anwarinas yang cuba menghasut ahli-ahli PAS agar bersama-sama mereka menyokong Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor.

Jangkaan bahawa pemecatan Khalid Ibrahim dari PKR akan lebih memudahkan kerja menaikkan isterinya sebagai Menteri Besar Selangor, nampaknya meleset sama sekali. Penghalang terbesar hasratnya itu adalah DYMM Sultan Selangor yang terus memberikan perkenan kepada Khalid Ibrahim untuk meneruskan tugasnya selaku Menteri Besar Selangor.
 
Lebih malang buat Anwar Ibrahim ialah, DYMM Sultan Selangor akan berlepas ke luar negara untuk tempoh yang agak panjang iaitu sehingga 23 November.

3 ADUN PKR Akan Umum Keluar PKR Jadi Bebas Sokong Khalid Ibrahim...?

 

Benarkah ketiga tiga Adun PKR itu kesemuanya Exco yang dilantik oleh Khalid Ibrahim...?
Adun Bukit Lanjan - Elizabeth Wong
Adun Sementa  - Dr Daroyah Alwi
Adun Batu 3 - Rodziah Ismail

Kini giliran Khalid pula mendapat kelebihan apabila dia meminta agar mana-mana Exco dari PKR atau DAP yang enggan bekerjasama dengannya, agar meletak jawatan. Sebagai Menteri Besar Selangor yang bebas dari parti, Khalid boleh melantik mana-mana ADUN sebagai barisan Exconya.

Justeru, tidak mustahil sekiranya, barisan Exco yang baru nanti terdiri daripada campuran muka PAS dan UMNO memandangkan kelompok inilah yang dikatakan menyokong Khalid sebagai Menteri Besar Selangor.

Melopong lagilah Anwar Ibrahim dan puak-puak PKR Selangor apatah lagi, semakin ramai rakyat Selangor yang menzahirkan kemarahan mereka kepada Anwar Ibrahim, PKR dan Pakatan Rakyat yang berfungsi hanya untuk mengejar kuasa dan membolot kekayaan Selangor, bukannya memberi khidmat kepada rakyat.

Tony Pua dan Saifuddin Nasution menyatakan, rakyat "BERSAMA" Pakatan Rakyat

Biarpun Tony Pua dan Saifuddin Nasution dalam kenyataan bersama terbaru mereka menyatakan, rakyat telah memilih Pakatan Rakyat, hakikatnya Pakatan Rakyat tidak pernah wujud, tidak pernah didaftarkan dan tidak pernah wujud secara organisasi seperti Barisan Nasional. Sebaliknya, Pakatan Rakyat hanyalah persetujuan longgar untuk merampas kuasa daripada Barisan Nasional dengan motif utamanya adalah menaikkan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri sebelum Anwar Ibrahim mati.