,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Saturday 30 August 2014

NEPOTISME HANYA ADA PADA UMNO

OLAK LEMPIT - Sabtu 4 Zulkaedah 1435H, esuk MERDEKA, sebelum esuk penulis nak kata sikit jerr.... Allah sedang menzahirkan pada kita tentang perjuangan mereka. Mereka tidak amanah dan mereka juga tidak WALAK.....mereka mendustai RASULLULLAH. Mereka menggunakan Ugama untuk di perdagang dalam politik murahan mereka dan kini Allah sedang menghukum mereka. BALIKLAH.......jangan melayang nafsu sarakah dan menggunakan Islam untuk menghalalkannya.

Nasrudin Tantawi "TIBAI" Anwar Ibrahim

Anggota jawatankuasa PAS pusat Nasrudin Hassan Tantawi hari ini menyarankan Datuk Seri Anwar Ibrahim belajar daripada Pas dalam menguruskan isu nepotisme dan kronisme.

ghanijanganketawa-708446
Dalam tulisan terbarunya di Facebook, Nasrudin meneruskan kritikannya atas tindakan Anwar mahu melantik isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ke jawatan menteri besar Selangor sebagai satu nepotisme yang sukar dimengertikan.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Temerloh itu menyatakan PAS pernah berhadapan dalam isu yang sama mengena nepotisme namun mengambil sikap terbuka menamatkan amalan tersebut pada 2009 apabila ia menjadi kontroversi.

Beliau merujuk kepada isu pelantikan menantu kepada Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menteri besar Kelantan pada 2009 ke jawatan ketua pegawai eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan.
Sewaktu Tuan Guru Nik Abdul Aziz menjadi Menteri Besar Negeri Kelantan, menantunya Ir Abdul Ariffahmi Ab Rahman pernah dikritik hebat kerana dilantik sebagai CEO PMBK pada tahun 2009 dan akhirnya membawa kepada pengunduran beliau. Istilah nepotisme menjadi asas kritikan. PAS Pusat menasihati Kelantan dan Ariffahmi akur. Apakah selepas 5 tahun, Nepotisme tidak lagi menjadi isu pada hari ini ? atau nepotisme hanya untuk Ariffahmi menantu TGNA , tidak kepada yang lain ?

Nasrudintantawi-FB

Malah lebih garang dan sini, Nasrudin turut meletakkan pautan kritikan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali, ke atas Wan Azizah dan Anwar Ibrahim yang mengamalkan nepotisme dan kronisme dalam memilih Menteri Besar Selangor pada 2013.

Rafizi Akui Pakatan Rakyat Amalkan “Nepotisme Halal”

Oleh Riana Abd Aziz


Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rafizi Ramli menyatakan adalah tidak adil mendakwa parti itu mengamalkan nepotisme kerana semua parti komponen Pakatan Rakyat mempunyai isu yang sama.

“Sekiranya Wan Azizah dipersalahkan sebagai satu kes nepotisme, maka saya rasa kesemua tiga parti komponen Pakatan Rakyat boleh tutup kedai.” kata Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli dalam temubual eksklusif bersama Roketkini.

“Apabila berdepan tugas menjatuhkan sebuah rejim gergasi yang sudah lama berkuasa, selalunya seluruh keluarga akan terjebak sama,” katanya sambil memberi contoh penglibatan politik anak-anak pimpinan kanan Pakatan dalam PAS dan juga DAP.

Itulah Rafizi, panglima perang Anwar yang tidak pernah jemu bermain kata-kata memuji ‘bosnya’ dan juga tidak pernah ada rasa takut melontar rekayasa tentang sesuatu isu memburukkan UMNO dan BN.

Setinggi langit nampaknya Rafizi melambung Wan Azizah demi untuk mengekalkan kedudukan beliau sebagai Pengarah Strategik parti Pkr. Beliau dilihat sudah boleh menarik nafas lega berikutan Pas akhirnya tunduk kepada kehendak Dap dan Pkr tentang kedudukan Wan Azizah.

Idea “Langkah Kajang” yang kononnya ciptaan beliau pada mulanya ditentang hebat oleh akar umbi Pkr kerana dilihat sebagai “Langkah Perpecahan Parti” bukan langkah yang mampu menguatkan perpaduan dalam Pkr itu sendiri. Hinggakan ada desakan agar Rafizi dipecat dari jawatan tersebut.

Tanpa wujud rasa malu dan hina, beliau cuba membuat penafsiran baru tentang apa itu Nepotisme. “Apabila berdepan tugas menjatuhkan sebuah rejim gergasi yang sudah lama berkuasa, selalunya seluruh keluarga akan terjebak sama,” katanya sambil memberi contoh penglibatan politik anak-anak pimpinan kanan Pakatan dalam PAS dan juga DAP.

Kalau dulunya mereka yang sama inilah yang bersungguh-sungguh menyerang mana-mana pemimpin UMNO-BN dalam isu nepotisme dan kronisma. Bagi mereka berdosa dan bersalah besarlah kalau kita benarkan anak pinak diberi keutamaan memegang jawatan dalam pemerintahan ataupun perniagaan yang bersangkut-paut dengan kerajaan.

Bila batang hidung sendiri yang terkena, baik yang bergelar ulama maupun yang bertaraf profesional, semuanya jadi halal. Segala yang pernah dihamun dahulu kepada orang lain, mereka sanggup jilat dan telan. Semuanya kerana perjuangan mengisi tembolok mengatasi perjuangan untuk kebajikan rakyat yang mereka pimpin.

Maka nepotimse dan kronisme hanya haram bila dilakukan oleh Barisan Nasional dan menjadi halal bila dilakukan oleh Anwar Ibrahim. Rakyat Selangor kalau masih belum celik hatinya maka bersedialah untuk melihat kodok menaiki junjung. Jika di perhatikan, apa yang mereka katakan pada UMNO kini berbalik pada mereka dan dengan jelas sekarang nampak semuanya menjadi gawat.
Ketakutan sudah mula ditunjukkan oleh sebahagian besar pemimpin PKR terutama sekali Zuraida Kamaruddin, Rafizi Ramli dan Azmin Ali sendiri. Biarpun Azmin Ali cuba merancang pengakhiran yang terbaik buat dirinya apabila nama Wan Azizah digantikan dengan namanya, namun kebimbangan DYMM Sultan Selangor akan menggunakan kuasa baginda iaitu membubarkan DUN Selangor, membuatkan masing-masing melatah, meloncat dan jadi kelam-kabut sehingga menzahirkan kebodohan masing-masing. Bermacam cara cuba di buat untuk mengalihkan ISU MENTERI BESAR kepasa isu lain, tapi semuanya tidak menjadi.

Tuntutan Azmin Ali iaitu menggugurkan Shafee Abdullah daripada menjadi Pendakwaraya dan menggugurkan semua tuduhan ke atas peguam pembantu Peguambela Anwar Ibrahim, N.Surendran hanyalah satu sandiwara yang membayangkan ketakutan luar biasa Anwar Ibrahim yang disuarakan oleh Azmin Ali.

Sungguh menarik apabila Azmin Ali menggunakan alasan ‘PEGUAM UMNO’ hanya semata-mata untuk mencetuskan persepsi yang Najib terlalu takutkan Anwar Ibrahim, padahal hakikat yang sebenar adalah sebaliknya.

Bukankah lebih baik sekiranya, Azmin Ali mencari alasan terbaik bagaimana air mani Anwar Ibrahim boleh berada dalam dubur Saiful Bukhari Azlan sedalam 4 cm daripada dia terus merepek dan membuat tuntutan yang bukan-bukan. Sementara kajian MERDEKA CENTLE pula menyatakan kajian yang di lakukan Wan Azizah di tolak rakyat atau lebih tepat lagi PENGUNDI pening lalat.

Merdeka Centre mendapati 75 peratus (%) daripada jumlah 808 pengundi Selangor tidak memilih Wan Azizah sebagai pengganti kepada Khalid Ibrahim.

Meskipun Wan Azizah mendapat angka tertinggi antara pilihan yang diberikan iaitu 25%, hakikatnya lebih ramai rakyat Selangor mahukan orang lain yang menggantikan Khalid Ibrahim, dan bukannya Wan Azizah.

Statistik yang paling menggerunkan dan perlu diberi perhatian ialah 32% yang menjawab “tidak pasti” melebihi angka yang diperolehi Wan Azizah. 

Barangkali mereka yang tergolong dalam kategori ini ingin menyebut bahawa mereka lebih suka Abdul Khalid dikekalkan. Tetapi, nama Khalid tidak ada sebagai satu pilihan di dalam kajian yang dibuat.

Selain daripada 32% peratus yang “tidak pasti”, Wan Azizah juga berdepan dengan 38% rakyat Selangor yang lain yang inginkan orang lain menggantikan Abdul Khalid.

Di dalam 38% tersebut, yang mengejutkan Pakatan Rakyat ialah 15% memilih calon Umno, 12% memilih calon Pas, 6% memilih Azmin dan 5% lain-lain. 

Sehingga hari ini, PKR dan Anwar Ibrahim tetap bertegas bahawa calon yang akan menjadi pengganti kepada Khalid Ibrahim hanya seorang iaitu isteri beliau Wan Azizah. 

Melihat pada keputusan kajian Merdeka Centre, rakyat perlu bertanya apakah itu satu tindakan yang adil? Kajian Merdeka Centre diambil berat oleh para pemimpin Pakatan Rakyat selama ini. 

Jadi, tidak mudah untuk mereka menidakkan kesimpulan bahawa majoriti rakyat Selangor (75%) sekata menyatakan mereka lebih suka orang lain yang menggantikan Abdul Khalid berbanding Wan Azizah. Apa pula dengan PAS? Bagaikan sudah jatuh di timpa tangga dan yerpalit pula dengan tahi ayam.....

Pada mulanya PAS dalam keadaan MORAL yang amat tinggi dengan mengambil tindakkan yang amat berhati-hati yang jelas menampakkan kematangan politik PAS. Tapi bagaikan kata-kata RASULLULLAH:
 
Peristiwa Akhir Zaman, Hadis 5

Hadis Akhir Zaman (5)


Ertinya:
Daripada Abu Sa’id al-Khudri r.a berkata, “Rasulullah S.A.W bersabda, “Kamu akan mengikut jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka.” 

Para sahabat bertanya, “Ya Rasulullah, apakah Yahudi dan Nasrani yang Engkau maksudkan?” Nabi S.A.W menjawab, “Siapa lagi kalau bukan mereka?” - Hadith riwayat Muslim.

From Abu Sa’id al-Khudri reported that, “The Prophet said,” You will follow the footsteps of the nations before you, span by span, cubit by cubit until if they entered a lizard’s hole you would follow them too. ”
The companions asked, “O Messenger of Allah, the Jews and the Christians that you mean?” The Prophet said, “Who else if not them?”
Hadith narrated by Muslim.

Keterangan:
Umat Islam akan mengikuti jejak langkah ataupun gaya hidup orang-orang Yahudi dan Nasrani sehinggakan dalam urusan yang kecil dan perkara yang tidak munasabah. Contohnya; seandainya orang Yahudi dan Nasrani masuk ke lubang biawak yang kotor dan sempit sekalipun, orang Islam akan terus mengikuti mereka.

Pada masakini kita dapat menyaksikan sendiri kenyataan sabdaan Rasulullah S.A.W ini. Ramai orang Islam yang kehilangan pegangan di dalam kehidupan. Mereka banyak meniru ‘cara hidup’ Yahudi dan Nasrani sama ada secara sedar atau tidak. Ramai orang Islam yang telah terperangkap dengan tipu helah Yahudi dan Nasrani malah ramai pula di kalangan kita yang menjadi alat dan tali barut mereka.

Ya Allah, selamatkanlah kami daripada mereka!

MALANG sungguh bagi PAS, selepas bersusah payah meletakan PAS sehingga di peringkat ini, akhirnya ia tersungkur dengan "KELICIKAN" politik Anwar....nyata PAS terperangkap dengan TIPU MUSLIHAT Anwar. PAS akhirnya diperlekeh, malah Kongress PKR di Shah Alam diberitahu, bahawa PKR tidakpun memerlukan sokongan PAS untuk melantik Wan Azizah Wan Ismail sebagai MB Selangor, kerana Presiden PKR itu mempunyai sokongan 30 ADUN daripada 56 ADUN Selangor. 30 ADUN itu terdiri daripada 13 PKR dan 15 DAP dan 2 ADUN Pas yang membelot, dua ADUN Pas itu malah mencabar partinya untuk memecat mereka, kerana ingkar kepada arahan parti sendiri.
Hadi Awang, Nik Aziz, Majlis Syura, terpaksa menelan kahak sendiri, walau pun nampaknya PAS cuba mengendurkan asakan kepada PKR, namun masih lagi diperlekeh. Hilang sudah maruah Pas. Mana perginya PERJUANGAN ASAL yang hendak menegakkan Negra Islam, mana pergi HUDUD, mana perginya PERJUANGAN untuk Ugama? Semuanya sama sahaja. PAS, UMNO, DAP, PKR, MCA dan MIC tiada bezanya, semua ini adalah PARTI POLITIK.



AMUKANMELAYU - Perjuangan mereka hanyalah kerana ABU (Asal Bukan UMNO) dan rakyat pula sedang mengatakan ABAI (Asal Bukan Anwar Ibrahim)
nwar gagal dalam usaha menjadi Menteri Besar Selangor setelah hilang kelayakan bertanding di Pilihanraya Kecil (PRK) DUN Kajang sebelum ini dan dikatakan bakal kembali ke penjara setelah didapati bersalah meliwat bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan.
PAS pula dikatakan kini sedang "memendam rasa", marah dan kecewa dengan PKR yang mempermainkan konsep demokrasi di Selangor dan parti itu beberapa kali dimalukan pucuk pimpinan PKR dalam beberapa isu sebelum ini.
Pucuk pimpinan PAS dilihat "lemah", tidak berpendirian dan bagai "lembu dicucuk hidung" apabila terpaksa menurut keputusan PKR dan DAP dalam pelbagai isu sebelumnya, termasuk yang terkini apabila suara Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi dinafikan sekali lagi.
- See more at: http://www.utaranews.com/2014/08/rafizi-takut-khalid-bubar-dun-selangor.html#sthash.uURfC1of.dpuf
tindakan PKR untuk menggulingkan Menteri Besar sedia ada dilihat sebagai tindakan buang masa, tidak perlu dan sengaja diada-adakan oleh parti itu, selain cuba meletakkan Presidennya, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai proksi suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar gagal dalam usaha menjadi Menteri Besar Selangor setelah hilang kelayakan bertanding di Pilihanraya Kecil (PRK) DUN Kajang sebelum ini dan dikatakan bakal kembali ke penjara setelah didapati bersalah meliwat bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan.
PAS pula dikatakan kini sedang "memendam rasa", marah dan kecewa dengan PKR yang mempermainkan konsep demokrasi di Selangor dan parti itu beberapa kali dimalukan pucuk pimpinan PKR dalam beberapa isu sebelum ini.
Pucuk pimpinan PAS dilihat "lemah", tidak berpendirian dan bagai "lembu dicucuk hidung" apabila terpaksa menurut keputusan PKR dan DAP dalam pelbagai isu sebelumnya, termasuk yang terkini apabila suara Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi dinafikan sekali lagi.
- See more at: http://www.utaranews.com/2014/08/rafizi-takut-khalid-bubar-dun-selangor.html#sthash.uURfC1of.dpuf
tindakan PKR untuk menggulingkan Menteri Besar sedia ada dilihat sebagai tindakan buang masa, tidak perlu dan sengaja diada-adakan oleh parti itu, selain cuba meletakkan Presidennya, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai proksi suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar gagal dalam usaha menjadi Menteri Besar Selangor setelah hilang kelayakan bertanding di Pilihanraya Kecil (PRK) DUN Kajang sebelum ini dan dikatakan bakal kembali ke penjara setelah didapati bersalah meliwat bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan.
PAS pula dikatakan kini sedang "memendam rasa", marah dan kecewa dengan PKR yang mempermainkan konsep demokrasi di Selangor dan parti itu beberapa kali dimalukan pucuk pimpinan PKR dalam beberapa isu sebelum ini.
Pucuk pimpinan PAS dilihat "lemah", tidak berpendirian dan bagai "lembu dicucuk hidung" apabila terpaksa menurut keputusan PKR dan DAP dalam pelbagai isu sebelumnya, termasuk yang terkini apabila suara Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi dinafikan sekali lagi.
- See more at: http://www.utaranews.com/2014/08/rafizi-takut-khalid-bubar-dun-selangor.html#sthash.uURfC1of.dpuf