,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Wednesday 13 August 2014

KISAH GOLONGAN PETUALANG POLITIK PALING HAPRAK DI MALAYSIA


SEJARAH KHALID MENJADI MB

Dakwaan PKR Berniat Jahat dan Keterlaluan - Khalid

Posted by MELANAU BLOGGER
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada Isnin menyifatkan dakwaan Parti Keadilan Rakyat terhadap integriti beliau sebagai tidak benar, berniat jahat dan keterlaluan.
"Saya memandang serius tuduhan salah laku ini dan menafikannya kerana tidak benar sama sekali," katanya menerusi satu kenyataan media pada petang Isnin.
Khalid berkata demikian bagi mengulas kenyataan PKR yang akan mengedarkan nota penjelasan mengandungi masalah integriti beliau kepada pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat sebagai alasan menggantikan kedudukannya dengan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar yang baharu.
Penjelasan dipercayai sepanjang lebih 50 muka surat yang ditulis oleh Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail akan diedarkan kepada pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat esok (Selasa).
Antara alasan yang terkandung dalam penjelasan itu membabitkan kes hutang Khalid sebanyak AS$18 juta (RM66.67 juta) dengan Bank Islam Malaysia untuk membeli saham syarikat ketika beliau menerajui Kumpulan Guthrie Berhad.
Selain itu, turut disenaraikan adalah penjualan tanah milik kerajaan negeri Selangor oleh Khalid kepada Eco World dengan harga lebih murah dari nilai pasaran.
Jelas Khalid, sekiranya dakwaan itu benar, Saifuddin dan PKR sepatutnya mengemukakan laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis Diraja Malaysia dan Bank Negara dengan segera.
Malah, Khalid turut meminta Saifuddin untuk mendedahkan semua bukti bagi mengukuhkan segala dakwaan salah laku tersebut.
"Jika mereka gagal berbuat demikian, tindakan itu hanya akan mengundang kontroversi. Malah ia dilihat sebagai bermotifkan politik dan berniat jahat," katanya.
Pada masa sama, Khalid yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang turut menyatakan kesediaan untuk memberikan kerjasama sekiranya beliau disiasat.
"Saya berjanji akan memberikan segala komitmen untuk bekerjasama dalam apa jua siasatan terhadap saya.
"Saya ingin mengingatkan rakan-rakan supaya berhati-hati dalam membuat tuduhan kerana saya berhak mengambil tindakan undang-undang terhadap kenyataan fitnah yang dilemparkan," katanya.
Pada masa sama, Khalid berjanji akan memberikan khidmat terbaik kepada rakyat Selangor selain mentadbir negeri itu secara telus dan bertanggungjawab. -mStar
- See more at: http://www.melanaublogger.com/2014/08/dakwaan-pkr-berniat-jahat-dan.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MelanauBlogger+%28MELANAU+BLOGGER%E2%84%A2%29#sthash.ly0BdYqA.dpuf

Dakwaan PKR Tidak Benar, Berniat Jahat, Keterlaluan - Ini Khalid lah..............

Diterbitkan: Isnin, 4 Ogos 2014 4:30 PM

Abdul Khalid Ibrahim
Abdul Khalid Ibrahim.



PETALING JAYA: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada Isnin menyifatkan dakwaan Parti Keadilan Rakyat terhadap integriti beliau sebagai tidak benar, berniat jahat dan keterlaluan.
"Saya memandang serius tuduhan salah laku ini dan menafikannya kerana tidak benar sama sekali," katanya menerusi satu kenyataan media pada petang Isnin.

Khalid berkata demikian bagi mengulas kenyataan PKR yang akan mengedarkan nota penjelasan mengandungi masalah integriti beliau kepada pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat sebagai alasan menggantikan kedudukannya dengan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar yang baharu.

Penjelasan dipercayai sepanjang lebih 50 muka surat yang ditulis oleh Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail akan diedarkan kepada pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat esok (Selasa).
Antara alasan yang terkandung dalam penjelasan itu membabitkan kes hutang Khalid sebanyak AS$18 juta (RM66.67 juta) dengan Bank Islam Malaysia untuk membeli saham syarikat ketika beliau menerajui Kumpulan Guthrie Berhad.

Selain itu, turut disenaraikan adalah penjualan tanah milik kerajaan negeri Selangor oleh Khalid kepada Eco World dengan harga lebih murah dari nilai pasaran.
Jelas Khalid, sekiranya dakwaan itu benar, Saifuddin dan PKR sepatutnya mengemukakan laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis Diraja Malaysia dan Bank Negara dengan segera.

Malah, Khalid turut meminta Saifuddin untuk mendedahkan semua bukti bagi mengukuhkan segala dakwaan salah laku tersebut.

"Jika mereka gagal berbuat demikian, tindakan itu hanya akan mengundang kontroversi. Malah ia dilihat sebagai bermotifkan politik dan berniat jahat," katanya.
Pada masa sama, Khalid yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang turut menyatakan kesediaan untuk memberikan kerjasama sekiranya beliau disiasat.
"Saya berjanji akan memberikan segala komitmen untuk bekerjasama dalam apa jua siasatan terhadap saya.
"Saya ingin mengingatkan rakan-rakan supaya berhati-hati dalam membuat tuduhan kerana saya berhak mengambil tindakan undang-undang terhadap kenyataan fitnah yang dilemparkan," katanya.
Pada masa sama, Khalid berjanji akan memberikan khidmat terbaik kepada rakyat Selangor selain mentadbir negeri itu secara telus dan bertanggungjawab.

SURAT TUNJUK SEBAB KENAPA TAK MAHU LETAK JAWATAN
 

photo 1 (1)

 
 

PETALING JAYA: Akibat enggan tunduk terhadap desakan supaya meletak jawatan sebagai Menteri Besar Selangor, Parti Keadilan Rakyat (PKR) memutuskan untuk mengenakan tindakan disiplin terhadap Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Terdesak dengan agenda untuk menggulingkan Abdul Khalid, PKR menerusi Lembaga Disiplinnya pada Selasa mengeluarkan surat tunjuk sebab terhadapnya yang perlu dijawab dalam tempoh tiga hari.
Pengerusi Lembaga Disiplin PKR, Datuk Dr Tan Kee Kwong berkata, tindakan disiplin itu dibuat berdasarkan kenyataan terbuka Abdul Khalid pada 22 Julai lalu yang enggan mengosongkan kedudukannya selaras keputusan parti.
Abdul Khalid perlu menjawab surat berkenaan selewat-lewatnya pada Jumaat ini.
“Mesyuarat Khas MPP pada 21 Julai membuat keputusan sebulat suara bahawa Presiden PKR merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan menjadi Menteri Besar Selangor yang baharu.
“Namun kenyataan media Tan Sri Khalid pada 22 Julai secara terang-terangan telah mengingkari keputusan Mesyuarat Khas MPP tersebut dengan menyatakan keengganan beliau meletak jawatan sebagai Menteri Besar Selangor,” katanya menerusi kenyataan pada Selasa.
Keputusan untuk mengambil tindakan disiplin terhadap Abdul Khalid dibuat pada mesyuarat Khas Biro Politik PKR pada Ahad lalu.
-mSTar
Antara Melayu paling celaka...cukup tak guna sungguh puak-puak ni..!!!!! Mempergunakan orang Melayu untuk tujuan kepentingan peribadi menjelang PRU...Selepas PRU besekongkol pula dengan cina DAP atau golongan pejuang Melayu celaka ini tidak pernah ambil tahu senario politik negara kerana yang mereka cuma tahu..bila poket mereka akan penuh dan bila mereka akan dapat jadi calon PRU!!!!

MB Selangor - Titah Rasmi DYMM Seri Paduka Baginda Sultan Sharafuddin Idris Shah, Sultan Selangor Darul Ehsan.

Wahai anak anak Selangor sekelian. 



Berikut adalah Titah Di-Raja Kebawah Duli Tuanku Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj ibni AlMarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al Haj, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negeri Selangor Darul Ehsan berkenaan PERKENAN Duli Tuanku untuk YAB Tan Sri Abdul Khalid bin Ibrahim untuk kekal berjawatan sebagai Dato Menteri Besar Kerajaan Negeri Selangor.

Titah Di Raja ini turut merakamkan PENOLAKAN Duli Tuanku Sultan Selangor untuk menerima menghadap YB Dato Seri Anwar bin Ibrahim selaku Ketua Umum (KETUM) Parti Keadilan Rakyat dan isterinya Datin Seri Dr.Wan Azizah selaku Presiden parti politik yang sama untuk memberi sebarang penerangan tentang sebab musabab parti PKR @ 'Pecah Kepala Rakyat' memecat keahlian YAB Tan Sri Abdul Khalid bin Ibrahim dari parti mereka.


Titah Di Raja ini jelas menunjukkan kepada kita semua akan kedudukan si polan si polan demikian di mata Duli Tuanku.
Hasil dari keputusan Duli Tuanku Sultan Selangor ini membuatkan dua individu di bawah menyeringai ketawa kesyukuran ... Alhamdulillah!


 

Khalid Dijangka Sertai Pas dan Bubarkan Dewan Dalam Masa Terdekat



Khalid pecat serta-merta semua exco PKR, DAP

 
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memecat semua exco PKR dan DAP kerana tidak bersetuju bersama pasukannya mentadbir negeri Selangor.

Menteri besar Selangor itu menyatakan semua surat yang dihantar kepada lima exco, tiga dari DAP dan dua dari PKR hari ini berkuatkuasa serta-merta.

Bagaimanapun Khalid menyatakan belum menulis surat kepada Rodziah Ismail kerana berada di luar negeri.

"Exco telah membuat beberapa kenyataan dan menandatangani surat supaya diadakan satu blok tujuannya mengurangkan keberkesanan exco.

"Oleh itu saya menulis surat kepada sultan meminta supaya exco ini tidak meneruskan kerjanya dalam kerajaan negeri Selangor," katanya.

Senarai exco dipecat

DATUK TENG CHANG KHIM
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian & Penyelidikan

RODZIAH ISMAIL
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan Dan Hal Ehwal Wanita

EAN YONG HIAN WAH
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian & Perdagangan, Pembangunan Kampung Baharu, Pemutihan Kilang Haram

ELIZABETH WONG KEAT PING
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna Dan Alam Sekitar

DAROYAH ALWI
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pembangunan Usahawan, Sains, Teknologi & Inovasi

GANABATIRAU VERAMAN
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pekerja Ladang, Kemiskinan Dan Kerajaan Prihatin

Nafi mohon masuk PAS

Sebelum ini keenam-enam exco ini telah mengeluarkan kenyataan bersama untuk kekal dalam jawatan mereka tetapi tidak mahu menemui Khalid untuk bekerjasama kecuali dalam mesyuarat rasmi exco.

Sementara itu Khalid menafikan khabar angin beliau menyerahkan borang keahlian PAS hari ini.

"Saya tak sertai PAS. (Dakwaan) itu tak benar," kata beliau. 


SEMBAH DURHAKA terjadi di Selangor

Khalid Tangguhkan Pemecatan  Rodziah Ismail

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini berkata Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan Dan Hal Ehwal Wanita, Rodziah Ismail dari Parti Keadilan Rakyat masih dialu-alukan untuk meneruskan khidmat dalam pentadbiran kerajaan Selangor sekiranya beliau setia kepada pentadbiran kerajaannya.

Menteri besar itu berkata beliau masih menunggu ADUN Batu Tiga itu kembali dari luar negara untuk membincangkan perkara itu.

“Tunggu dia (Rodziah) kembali dari luar negara dan kita akan buat keputusan.
“Jika dia pilih untuk bekerjasama, dia akan teruskan (Exco),” kata beliau dalam sidang media selepas mesyuarat Exco hari ini.

Semalam Khalid memaklumkan kesemua ADUN PKR dan DAP dipecat dan akan dimaklumkan segera. Surat pemecatan Rodziah akan diserah sebaik beliau pulang dari luar negara

  


1. Bukti 12 Kotak bukti rasuah era mahathir, KENCING !!!
2. Akuan Sumpah Azizan, KENCING !!!
3. Akuan Sumpah Umi Hafilda, KENCING !!!
4. Anwar & Keracunan Arsenik , KENCING !!!
5. Awar & Kerusi Roda @ patah tengkok, KENCING !!!
6. Permohonan Maaf Ghafar Baba, KENCING !!!
7. 16 Sept 2008 tubuh Kerajaan Baru Malaysia, KENCING !!!
8. DYMM menyokong Kerajaan Baru 16 Sept 2008, KENCING !!!
9. ATM sokong Kerajaan Baru 16 Sept 2008, KENCING !!!
10.”We Got the Numbers”, KENCING !!! (2008)
11. Konspirasi membunuh Anwar sejurus Saiful membuat Laporan polis, KENCING !!!
12. Isu Apco, KENCING !!!
13.FELDA Bangkrap KENCING!!!
14. Akuan Sumpah Rahimi, KENCING !!!
15. Akuan Sumpah Rasid, KENCING !!!
16. Ketelusa Pemilihan PKR 2010, KENCING !!!
17.Katanya dia tak kenal Saiful, KENCING!!!
18.Mengaku tidak akan bertanding dengan Tun Ghaffar utk jawatan Timb.Pres.UMNO,KENCING.!!
19.Mengaku tak songlap wang rakyat, tetapi pengakuan Dato Murad menyimpan RM3 billion utk boss, KENCING!!!
20.Melibatkan DS Najib dgn pembunuhan Altantuya, KENCING!!!
21.Berjanji dengan penduduk Kg Buah Pala sebelum PRU12. Kg buah pala tinggal kenangan. KENCING!!!
22. Kata tak kenal Dato Eskay. KENCING!!!
23. Kata Jam Omega ada kat rumah. KENCING!!!
24.Kata anti Zionist, Diam-diam buat Apology. KENCING!!!
25.Kata anti Zionist, tapi kawan baik dia HARDCORE Zionist(Paul Wolfowiz). Kencing!!!
26. Kata Mau bersara kalau PR kalah PR 2013. KENCING!!!!!
27.PRU 2013 Blackkout? KENCING!!!
28. PRU 2013 40,000 Bangla? KENCING!!!
29. Kata mahu Azmin ganti Khalid sebagai MB Selangor selepas PRU 2013.KENCING!!!!!
30. Kata Anti Nepotism TAPI LANTIK Bini Jadi MB. KENCING!!!!

Lihatlah betapa SLOWnya URBANITES yangg celik IT konon.!!!

Dah kena kencing banyak kali masih mau MINTAK petunjuk lagi kaaa?!!!


AMUKANMELAYU - Sembah DURHAKA ....Ular Lidi nak telan Naga.................