,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Friday 8 August 2014

PAS BERHAK KE ATAS KERUSI MB SELANGOR


Olak Lempit - Jumaat 12 Syawal 1435, catitan subuh hari ini, penulis bersarapan di kedai mamak Banting. Kebetulan ada berita rengkas di TV....terpampang Gambar Khalid MB Selangor.....

"Perrrhh menyampah aku dengan cerita budak-budak ni." rungut se orang pelanggan.
"Ini ada yang tak masyokkkk ni...tu pakat duk bising.....Khalid ni kedekut dan pandai buat duit" pelanggan ke 2

Jelas disini rakyat dah jemu dengan permainan-permainan POLITIK sepanjang tahun ni. Penulis rumuskan, untuk berlaku adil dan untuk kebaikkan semua, kembalilah Kerusi MB ni kepada yang berhak. Walau pun Majlis Syuro PAS hendak mengekalkan Khalid......orang yang paling layak untuk Kerusi Panas MB Selangor ini adalah milik PAS. Pesuruhjaya PAS Selangor Ir. Iskandar Abdul Samad adalah orang yang paling layak.

MAJLIS SYURA PAS TETAP MAHU KHALID IBRAHIM SEBAGAI MB SELANGOR!



Inilah penutup kepada kemelut politik di Selangor.  Hasrat PKR dan DAP mahu singkir Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ditolak PAS. Datuk Seri Anwar Ibrahim dan beberapa pegawai di ibu pejabat PKR lepas ini boleh letak jawatan beramai-ramai dan bersara dari politik.
Majlis Syura Ulamak PAS yang bersidang di Kota Bharu semalam membuat keputusan bahawa Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim wajar dikekalkan sebagai Menteri Besar Selangor selagi tidak disabitkan sebarang pelanggaran terhadap amanah.
Dalam kenyataan yang ditandantangani Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan juga Timbalan Mursyidul Am Tuan Guru Datuk Dr Haron Din itu menyatakan, keputusan itu dibuat berasaskan hukum syarak dan melihat kepentingan rakyat yang mesti mendahului kepentingan individu dan parti.
Bagaimanapun kata kenyataan itu, jika sekiranya ada pertuduhan yang disabitkan bersalah kemudiannya oleh pihak yang berautoriti seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau mahkamah, maka Majlis Syura Ulamak bersedia untuk menilai kembali kedudukan Khalid.
Berikut adalah kenyataan penuh.
Kenyataan Majlis Syura Ulamak
Merujuk kepada Fasal 3 Perlembagaan PAS, bahawa dasar PAS ialah Islam, dan Fasal 6(2) bahawa antara usaha PAS adalah "memperjuangkan Islam sebagai aqidah dan syariat serta menjadikannya sebagai panduan berpolitik dan bernegara" ,
Maka, Majlis Syura Ulamak PAS yang telah bersidang pada 9 Syawal 1435 bersamaan 6 Ogos 2014 di Kota Bharu telah membuat keputusan berasaskan hukum syarak dan melihat kepentingan rakyat yang mesti mendahului kepentingan individu dan parti seperti berikut:
"Bahawa jawatan Menteri Besar Selangor adalah hak bersama yang telah dipersetujui oleh ketiga-tiga parti komponen Pakatan Rakyat untuk meneruskan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar di Selangor bagi penggal kedua selepas Pilihanraya Umum ke-13. Maka selagi tidak disabitkan sebarang pelanggaran terhadap amanah yang mewajarkan Menteri Besar itu digugurkan, Majlis Syura Ulamak PAS memutuskan untuk mengekalkan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.
Jika sekiranya ada pertuduhan yang disabitkan bersalah kemudiannya oleh pihak yang berautoriti seperti SPRM atau Mahkamah maka Majlis Syura Ulamak bersedia untuk menilai kembali kedudukan beliau.
Majlis Syura Ulamak menegaskan sekali lagi bahawa PAS akan tetap istiqamah dengan dasar dan prinsip perjuangan Islam sebagaimana yang termaktub di dalam perlembagaannya dan terus  memberi komitmen bersama Pakatan Rakyat .
Datuk Bentara Setia Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat
Al-Mursyidul Am, Parti Islam Se-Malaysia
Datuk Dr Haron Din
Timbalan Al-Mursyidul Am, Parti Islam Se-Malaysia
Sumber: Agendadaily

SISTEM DIKTATOR SEDANG DI PUPUK DI DALAM PKR

PKR bukan lagi waah perjuangan demokrasi, tapi sebaliknya PKR sekarang ke arah sistem diktator. Hampir setahun selepas PRU KE 13, Selangor seolah-olah tiada Kerajaan. Jangan sesekali masuk ke lorong belakang....malah kalau anda pergi sebelah malam di beberapa kawasan di Kelang.....anda akan nampak tikus-tikus sebesar kucing berkeliaran di kawasan awam. Malu dan menjijikkan. 

Sampah, jangan cakap la dan rumput2 panjang di gigi jalan.....perkara seumpama ini kita tidak pernah lihat sebelum ini. Selepas PRU KE 12, nampak masih ada kesungguhan mereka menjaga kepentingan awam,....tapi sekarang dah setahun berlalu, hampir semua wakil rakyat sukar untuk berjumpa di Pejabat Khidmat Adun. Mereka seolah-olah di pukau dengan permainan Ketua Umum PKR. Banyak kerja-kerja yang di lakukan adalah untuk kepentingan Ketua Umum dan Keluarganya...sedangkan Khidmat Kepada Rakyat di abaikan begitu sahaja.

A copy of the letter which PKR wants its state assemblymen in Selangor to sign to solidify support for party president Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.

BUKAN SEMUA PEMIMPIN PAS PEJUANGKAN ISLAM - Pesuruhjaya Pas Selangor Kene Tikam Belakang


Sumber klik sini.



Foto: Sekadar Hiasan.



"Simpati kepada Perjuangan oleh pihak Gereja" bukti bukan semua pemimpin2 Pas mahukan Islam.... 




https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjbbr6WsQeDuuMfLQJ3qi5c6k8FFc4NM74gK6RDqOWLuJkGueyWJA1O9V7HLYNfbNIF24f95t4dYqYy0yXRLETFnwEHWYgtiqlTWjv8H2Vz09UGStRyPH6Y1aRAsgoWsmAGcyI12mebiw/s1600/Slide1.JPG 
Iskandar : Selangor 'negeri PAS' juga

    Iskandar Abdul Samad
    • Iskandar Abdul Samad


PAS lebih layak terajui Selangor


PAS perlu menuntut jawatan Menteri Besar Selangor daripada Pakatan Pembangkang kerana faktor jumlah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) adalah memihak kepada PAS

“PAS perlu menuntut mendapatkan kuasa kerana jumlah kerusi yang dimenangi parti itu. Pada pandangan penulis Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Abdul Samad, adalah individu paling layak mengetuai kerajaan negeri berkenaan, lebih-lebih lagi Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor mensyaratkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mestilah dalam kalangan orang Melayu.
Jika PAS terus tunduk kepada PKR atau DAP dengan melepaskan jawatan Menteri Besar seperti tiada persaingan, ini membuktikan PAS tidak layak memerintah Negara dan duduk di Putrajaya. Untuk apa perjuangan dan Berjuang bersama PAS, bila menang beri kat Orang. PAS yang suatu ketika berangan-angan menggantikan UMNO tidah lebih dari seorang budak Gemuk di kampung, sentiasa di buli, menjadi belasahan dan diperkotak-katikkan rakannya sedangkan sebenarnya dia amat kuat dan bertenaga,

PAS bukan lagi Parti ‘belasahan’
“Jika PAS terus tunduk kepada PKR atau DAP dengan melepaskan jawatan Menteri Besar (selepas Khalid), ia membuktikan parti itu sentiasa menjadi belasahan dan diperkotak-katikkan rakannya dalam pembangkang,” 

Pada PRU-13, PAS dan DAP masing-masing memenangi 15 kerusi DUN manakala PKR 14 kerusi sekali gus menjadikan PESURUHJAYA PAS SELANGOR, Iskandar Abdul Samad adalah calon terbaik ari PAS untuk menerajui Selangor.
 
Pesuruhjaya PAS ini juga pernah berkata Selangor juga merupakan ‘negeri Pas’ memandangkan jumlah kerusi parti Islam itu di Dewan Negeri yang dimenangi adalah hampir sama dengan rakan komponennya, PKR dan DAP, katanya.

“Selangor adalah unik kerana selain menjadi ‘negeri Pas’ ia juga ‘negeri DAP’ dan ‘negeri PKR’. Tidak ada parti yang boleh mengakui negeri ini ‘negeri mereka’ kerana jumlah kerusi Dewan Negeri setiap parti adalah hampir sama. Ia adalah ‘negeri Pakatan Rakyat (PR) ’ yang sebenar.

“Pas di Selangor pada PRU13 telah memenangi 15 kerusi Dewan Negeri, sama banyak jumlah kerusi Pas di Terengganu dan melebihi kerusi PAS di Kedah,” katanya dalam satu kenyataan akhbar.

Dalam pada itu, Iskandar yang juga Timbalan Pesuruhjaya I Pas Selangor berkata, ahli dan pimpinan Pas seluruh negara juga mesti menganggap Selangor sebagai sebuah ‘negeri Pas’ sebagaimana di Kelantan, Kedah dan Terengganu.

“Oleh yang demikian, pimpinan Pas terutama pimpinan tertinggi parti mesti memberi tumpuan yang sama kepada Selangor sepertimana tumpuan yang mereka berikan kepada Kelantan, Terengganu dan Kedah.

“Isu-isu negeri Selangor mesti turut dibincangkan dan dibahaskan secara panjang lebar pada mesyuarat pimpinan tertinggi dan Muktamar sepertimana dilakukan pada mesyuarat pimpinan tertinggi dan Kongres PKR atau DAP,” katanya.

Menurutnya, ahli parti sudah bekerja keras mengukuh dan mengembangkan pengaruh Pas di Selangor dan mereka mengharapkan lebih perhatian dari pimpinan tertinggi.
AMUKANMELAYU - Walau pun bukan semua Pemimpin PAS sukakan Islam, tapi dengan kebijaksaan Tok Guru dan TGHH telah dapat memerangkap mereka yang menjadi TALIBARUT di dalam PAS. Kesian.........