,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Thursday 14 August 2014

PAS BAGAI SI KUDUNG MENDAPAT CINCIN.




AMUKANMELAYU - Olak Lempit 18 Syawal 1435H, Saudara sebangsa seagamaku....Jangan dirisaukan sangat tentang diri saudara kamu yang dipandang olehmu sejijik khinzir ini. Allah telah memberi pada PAS kemudahan yang tidak di berikan kepada orang--orang yang lain sebelum ini. Berkat dengan sabar dan tawadduk PAS, Allah telah anugerahkan kejayaan pada PAS di sebalik polimik MB Selangor. Sesungguhnya ada kejayaan di sebalik sesuatu musibah. Selangor adalah anugerah Allah kepada PAS, ianya ibarat hidangan yang enak di hidangkan Allah dihadapanmu......ambik dan nikmatilah dan jangan "PELAHAP" dan GELOJOH. Rancang dan tadbirlah negeri Selangor ini sebaik mungkin demi Kesejahteraan Rakyat yang memilihmu, demi bangsa dan agama suci Islam.

Sementara itu UMNO pula jangan terasa hati, cukuplah setakat ini UMNO menadah tangan memanjat & mensyukuri rahmat dan perancangan Allah untuk keselamatan bumi Selangor ini. Harapan rakyat seperti penulis pula, jika "Kerbau Di Pegang Pada Tali dan Semestinyalah, Manusia Di Pegang Dengan Janji", dengan harapan menggunung, jadikan Selangor ini sebagai bumi ambia dan bumi para solihin, kami yang "JAHIL" ini akan sentiasa memberi sokongan dan dorongan dan jauh sekali untuk menabur ranjau dijalanan. Janganlah terikut-ikut dengan politik cara KAFIRUN. Janganlah HARAMkan perkara yang HALAL dan janganlah di Halalkan perkara yang HARAM.


Kami umat yang tidak berparti ini amat faham ketakutan & fobia dijiwa PAS itu diatas kekotoran dan kefasikan yang dilihat melalui kornea mata politik, tapi dalam jiwa kami masih tetap mengESAKAN ALLAH SWT dan RASUL yang sama iaitu NABI MUHAMMAD SAW dan masih BERKHIBLATKAN ke BAITULLAH.  Jangan di gundah-gulanakan, walau pun UMNO sering di momokkan dengan segala DOSA dan Noda, tapi kami percaya yang UMNO tidak  sanggup untuk memakan daging sandaranya sendiri dan RELA menggadaikan jiwaraganya untuk Ugama sama saperti saudara juga.

Jika politik dunia mesempadankan persaudaraan kita, biarkanlah jika kita selesa begitu. Tetapi jika harus kita mati dijalan Allah, munkin saudara gugur dikanan, kami gugur dikiri,namun masih jalannya yang satu. Biarkanlah jika ianya amat selesa untuk PAS beranggapan begitu. Sedangkan dunia ada Maliki, Hanafi,Hanbali dan Shafie...disini kita hanya berdua, kamu dan kami.

Tadbiruruslah Selangor ini dengan baik. Tunjukkanlah satu URUSTADBIR yang bersih dan di segani. Janganlah apa yang berlaku pada Tan Sri Khalid akan berlaku pada kamu. Walau pun kamu berada di bawah Khalid, tapi kamu mampu untuk menasihati Khalid jika kamu lebih PANDAInya dari Khalid. Sudah beberapa kali Allah memberi kamu peluang, Kelantan, Trengganu, Kedah dan Perak....tapi  PAS ....."SEPERTI SI KUDUNG MENDAPAT CINCIN".


AMUKANMELAYU - Berlaku adillah kepada semua. Jangan amalkan Politik Balas Dendam dan jangan mempamerkan KEBODOHAN kita di saat kita menjadi HERO.