,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Wednesday 13 August 2014

HARGAILAH JASA ANWAR - ANWAR TELAH BANYAK BEKORBAN UNTUK PENYATUAN PAS DAN UMNO


PAS Ganti UMNO VS Anwar Ganti Khalid

ANWAR - PAS dan UMNO, jagalah baik-baik Selangor ni....

Allah Taala Akhirnya Menganugerahkan Selangor Kepada Jemaah Islam PAS


Mungkin ramai yang tidak sedar realiti perkara ini sedang berlaku di Selangor.

Tiada lagi kerajaan campuran PKR-DAP-PAS di Selangor, sebaliknya yang ada hanyalah Kerajaan PAS Selangor. PAS berjaya memperolehi peluang untuk mentadbir Selangor sepertimana yang diinginkan selepas kita menang buat kali pertama kerusi Kerian pada tahun 1955 menerusi Almarhum Tuan Guru Haji Ahmad Tuan Hussein.

Dari roh dan semangat perjuangan Hizbul Muslimin yang diharamkan oleh Inggeris pada 1948, PAS yang ditubuhkan pada tahun 24 November 1951 dan didaftarkan secara rasmi pada 31 Mei 1955 terus bergerak seiring dengan perubahan masa. PAS kini bukan lagi parti serban sebakul, kain pelikat atau purdah ala Pashtun. Dan perjuangan PAS juga sudah berubah daripada konvensional kepada gabungan tradisional dan digital.

Segala pancaroba telah PAS lalui. PAS juga telah melakukan pelbagai eksperimen termasuklah menjadi penyelamat UMNO pada tahun 1969 sebelum ditendang dengan penuh tragis pada tahun 1978 apabila UMNO semakin kuat. PAS telah bekerjasama dengan serpihan UMNO iaitu Semangat 46 pada tahun 1990, berada dalam gabungan APU, kemudian secara tidak langsung dalam Gagasan Rakyat, bekerjasama dan merupakan pemain aktif dalam Barisan Alternatif yang menjadikan PAS sangat dominan di kalangan DAP dan PKR pada tahun 1999 dan kemudian dikecilkan dan dihina menerusi Pakatan Rakyat melalui PRU 2008 dan 2013.

Apa lagi yang PAS tidak lakukan demi menunjukkan kepada rakyat Malaysia bahawa jemaah Islam PAS adalah sebuah organisasi perjuangan yang kalah bukanlah ditakuti, kemenangan disyukuri dan kegemilangan ditunggu dengan penuh tawadduk?

Perancangan Allah Taala itu adalah sebaik-baik perancangan. Maka benarlah seperti yang difirmankan bahawa tiada bergerak barang sezarah pun melainkan atas Kehendak-Nya.

Siapa boleh menjangkakan, PAS akhirnya menjadi sebuah Kerajaan Negeri di Selangor. Percubaan demi percubaan menerusi Pilihanraya telah kita lalui di Selangor, tetapi tidak pernah menjadikan PAS sebagai penguasa unggul jumlah majoriti kerusi-kerusi DUN Selangor.

Namun atas Kehendak dan Perancangan-Nya, Khalid Ibrahim dipecat dari PKR, menjadi ADUN Bebas tetapi masih menguasai jawatan Menteri Besar Selangor dan sekarang ini mempunyai empat orang Exco, jumlah minimum yang diperlukan untuk meneruskan tugasnya sebagai Menteri Besar.

Tanpa perlu memasukkan ADUN-ADUN UBN ke dalam barisan Exco, kalau Khalid Ibrahim mengotakan janjinya untuk masuk PAS, maka baki enam lagi Exco, boleh dilantik terus daripada 11 orang ADUN PAS yang lain, yang tidak kurang kalibernya melainkan beberapa orang PARASIT yang telah dikenalpasti seperti Saari Sungib, ADUN Hulu Kelang.

Jangan tolak UBN begitu sahaja. Kalau pada tahun 1969, UBN menggunakan kita untuk menegakkan haknya memerintah negara menerusi kewujudan Barisan Nasional di mana PAS adalah perintisnya, maka pada tahun 2014 di Selangor, kita boleh menggunakan UBN hanya untuk menyatakan sokongan kepada Kerajaan PAS Selangor.

Yang perlu sekarang ialah, bertindak bijak dan tidak terpedaya dengan mainan serta hasutan daripada DAP serta PKR selain berwaspada dengan tindak tanduk kaum munafik yang berpakaian PAS tetapi berbadan dan berhati Anwar Ibrahim serta Lim Guan Eng.

Namun yang paling penting ialah, jangan kita leka dan lalai, bahkan sering-seringlah mengingati pesanan Allah Taala dalam firman-Nya yang bermaksud:

Dan belanjakanlah (apa yang ada pada kamu) kerana (menegakkan) agama Allah, dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil) dan baikilah (dengan sebaik-baiknya segala usaha dan) perbuatan kamu kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya. (Al-Baqarah Ayat 195)

Jika Islamelayu tidak berani MENYANGGAH kenyataan ini, baerti CINA telah mendominasi POLITIK dan menjadi TUAN BARU kepada Malaysia



BANG MAD - Jika diam sahaja dan tidak berani melawan hujah DAP ini, maka apa gunanya Bang Mad menyandang jawatan sebagai orang nombor dua dalam PAS. Mengapa Bang Mad tidak berani lawan DAP?

Surendrann mahu PAS bersama DAP dan PKR sekarang


Naib Presiden PKR, N. Surendran hari ini menggesa PAS supaya bersama dengan DAP dan PKR bagi menyatakan ketidak percayaannya terhadap Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.




"Memandangkan deklarasi sokongan UMNO terhadap Khalid, PAS tidak perlu menanti hingga 17 Ogos ini untuk bermesyuarat. PAS perlu bersama DAP dan PKR sekarang!" tegasnya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Katanya tindakan Abdul Khalid memecat enam anggota Exco negeri merupakan serangan terang-terangan dan anti-perlembagaan ke atas Pakatan Rakyat di Selangor.

Surendran yang ahli Parlimen PKR-Padang Serai turut menyifatkan tindakan Abdul Khalid itu sebagai 'pengkhianatan paling teruk' dalam sejarah politik Malaysia kerana Pakatan Rakyat telah pun mendapat mandat rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu.

"Khalid telah menunjukkan dia langsung tidak menghormati hak demokratik rakyat Selangor yang telah menyatakan pilihan mereka melalui peti undi," katanya.

Katanya PAS perlu berdiri bersama dalam menegakkan demokrasi serta menyelamatkan Pakatan Rakyat di negeri Selangor, dan tambahnya sebarang pilihan oleh PAS selain ini akan hanya merugikan mereka.

Abdul Khalid pada Sabtu telah memecatdua exco PKR dan tiga exco DAP kerana tidak bersetuju bersama pasukannya mentadbir negeri.

Beliau menyatakan, semua surat yang dihantar kepada lima exco itu berkuat kuasa serta merta.

Ujar Khalid, surat juga sudah dihantar kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang meminta supaya exco berkenaan tidak meneruskan kerja Kerajaan Negeri Selangor.

Bagaimanapun, Abdul Khalid menyatakan masih belum menulis surat kepada ADUN Batu Tiga, Rodziah Ismail kerana berada di luar negara.

Terbaru, Sultan Sharafuddin telah punmemperkenan pemecatan lima Excokerajaan negeri daripada DAP dan PKR yang dibuat oleh Abdul Khalid.

Perkara itu disahkan beliau dalam satu sidang akhbar Abdul Khalid hari ini. Bagaimanapun kedudukan Rodziah masih belum ditentukan.
- See more at: http://thekl-chronicle.blogspot.com/2014/08/terdesak-dan-biadap-nsurendrann-mahu.html#sthash.5ZUmbxXf.dpuf

PAS Ganti Umno: Rasional Dan Tindakan

Pas dan Umno merupakan parti yang menjadi persaingan dalam politik Malaysia. Umno ditubuhkan pada  11 Mei 1946, manakala Pas ditubuhkan pada 24 hb Nov 1951. Sasaran kedua-parti ini adalah orang Melayu yang beragama Islam. Masing-masing cuba untuk meraih sokongan. Pas sebagai sebuah parti yang menjadikan Islam sebagai dasar, sedangkan umno berjuang atas perjuangan bangsa. Walaupun amalannya lebih kepada kebendaan dan tidak menjadikan Islam sebagai rujukan dalam tindakan. Maka sudah sampai masanya Pas menggantikan umno, ertinya orang melayu perlu menyertai Pas sebagai wadah penyelamat di negara ini.

Ini memandangkan umno semakin kehilangan arah. Umno telah menjadikan ahlinya semakin kehilangan fokus, tidak lebih daripada mengejar status dan kemewahan. Agenda perjuangan sudah tidak ada, kalau pun mereka bercakap soal memperjuangkan bangsa, tetapi tetap menyalah bangsa lain. Sedangkan apa yang mereka buat hampir setengah abad kepada bangsa sendiri ketika mereka diberi kuasa mereka buat tidak faham. Inilah yang menjadi tanda tanya di kalangan anak-anak muda, walaupun bapa mereka penyokong tegar umno namun generasi yang terdedah dengan maklumat dan hidup dalam dunia yang berbeza dengan zaman bapa mereka. Orang melayu perlu mencari bahtera penyelamat, maka parti yang mempunyai landasan yang jelas, terbukti dan teruji ialah Pas.

Rasional Kenapa Umno Perlu Diganti Dengan Pas

1.Islam Tidak Menjadi Dasar Umno
Sejak awal lagi penubuhan Umno ialah untuk melawan Malayan Union sahaja. Bukan untuk mempertahankan Islam. Islam hanya alat,  bukan sebagai satu asas dalam perjuangan. Kalau Islam sudah menjadi asas perjuangan, tentu mereka akan merujuk kepada Islam dalam semua hal, tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Kalau soal tudung yang menjadi nas yang qat’i dalam al-Quran, pemimpin wanita, puteri dan isteri pemimpin tidak ambil kisah. Maka apa yang hendak diharap untuk mereka bercakap perkara yang lebih besar mengenai Islam. Apabila Islam tidak mendasari dalam perjuangan maka modal pembangunan akan lapok, kerana minda rakyat semakin berubah dan maju terutama generasi muda, mereka tahu apa tanggungjawab sebuah kerajaan yang memerintah. Siapa yang memerintah semuanya akan membuat pembangunan. Hujah pembangunan hanya sesuai di zaman 60an sahaja dan kawasan majoriti orang jahil. Sedangkan Islam relevan sepanjang masa sehingga hari qiamat.

2.Dasar Umno yang pragmatis (ikut suasana)
Kita pun tidak tahu apa dasar Umno yang dipakai sekarang, Islamkah, Melayukah, mempertahan tanah airkah. Cuma seperti yang disebut oleh seorang pemimpin umno, perjuangan Umno hanya untuk perut sahaja dalam satu forum. Maka sekarang  mereka bergaduh bukan kerana bangsa tidak terbela, agama dihina. Tetapi kerana perut sekarang sudah keroncong. Tiga negeri sudah jatuh ketangan Pakatan rakyat. Maka banyaklah peluang terlepas, terutama negeri Selangor, Kedah dan Pulau Pinang. Tidak hairanlah kepada kita bekas  Menteri Besar Selangor sudah naik minyak dan berani lawan arus. Kerana lubuk emas sudah terlepas ke tangan orang lain. Contohnya Datuk Seri Khir Toyo marah kenapa terlalu banyak tol, dan harga barang terlalu mahal, suaranya semacam suara kita sahaja.

3. Islam hanya kuda tunggangan Umno
Ia bukan menjadikan Islam sebagai pedoman. Peralatkan Islam untuk kepentingan politik. Oleh kerana pengundi Manik Urai adalah orang yang kuat berpegang dengan agama maka tajuk Islam yang menjadi fokus dalam kempen. Sehingga Tan Sri Muhyiddin mengatakan undi BN juga masuk syurga. Kita boleh melihat pemimpin Umno turun naik ke masjid dan surau. Wanita Umno dan puteri Umno turut bertudung dan berbaju kurung. Di Manik Urai dan Galas mereka tidak pakai seluar ketat baju sendat fasal kawasan ini kuat agama. Berbeza di Permatang Pauh, Bukit Selambau dan Bukit Gantang kerana kawasan itu kurang sikit penghayatan agamanya. Inilah wajah Umno boleh bertukar corak, kerana mereka menjadikan Islam sebagai tunggangan.

4. Program Islam Sebagai Alat Politik
Memperkenalkan slogan Islam seperti Islam hadhari yang merupakan program penerapan nilai-nilai Islam, yang dipakej semula dengan botol baru.  Waktu diistiharkan penerapan nilai-nilai Islam berlakunya zaman kebangkitan Islam abad ake 15. Kebangkitan rakyat Afghanistan menyerang Russia yang menceroboh negara mereka. Mereka bangun dengan senjata iman dan kelengkapan yang serba dhaif. Waktu itu juga Revolusi Islam Iran yang berjaya menggulingkan regim Shah Iran di bawah kepimpinan seorang ulamak Al-Marhum Ayatullah Khumaini. Bahang kebangkitan ini juga menjalar di kalangan rakyat Malaysia, suara untuk menyeru pihak pemerintah supaya kembali kepada Islam yang syumul kedengaran segenap rantau. Terutama di kalangan generasi muda yang berada di kampus dalam atau di luar negeri.

Waktu itu Dr Mahathir atas nasihat pakar-pakar strategi telah melancarkan penerapan nilai-nilai Islam bagi membendung kebangkitan Islam. Beliau sedar arus ini tidak boleh dilawan kalau tidak ia akan hanyut di bawa arus. Maka beberapa program atas nama penerapan nilai Islam ditubuhkan antaranya mendirikan Universiti Islam Antara Bangsa, Takaful, Bank Islam, Kursus Bina Insan. Pada peringkat awal memang nampak hebat dengan adanya Slogan  Bersih Cekap Amanah, Kepimpinan Melalui Teladan, mempercepatkan jam selama  30 minit untuk melihat dan mengejar kemajuan. Sebenarnya projek seperti ini diadakan ialah hendak  melambatkan kebangkitan Islam sahaja dan perkara ini bukan menjadi matlamat asas mereka untuk melaksanakan Islam secara menyeluruh. Ini hanya program politik untuk mengekalkan kuasa dan memperalatkan agama untuk memancing sokongan rakyat.

Kenyataan Dr. Mahathir dalam bukunya “The Malay Dilema” dalam halam 15,  membuktikan dakwaan ini “Kerajaan masih lagi melaksanakan projek-projek seperti mendirikan masjid dan balai raya. Pelaksanaan projek ini dijalankan bukan kerana segala kemudahan tesebut difikirkan perlu, tetapi kerana anggapannya yang salah kononnya langkah-langkah ini  dapat memancing undi di di dalam pilihanraya yang akan datang”

5. Peralatkan Melayu Untuk Kepentingan Peribadi
Kononnya atas  nama Melayu untuk bela Melayu, walaupun pada hakikatnya, hanya batu loncatan sahaja. Menggunakan Perkara 153 dalam perlembagaan untuk mengaut keuntungan peribadi dan keluarga, akhirnya melayu terus merempat di bumi sendiri. Di mana tempat umno kuat disitu melayu merempat. Contohnya apa yang berlaku di Kampung Plentong Tengah  Johor Baharu hampir 290 buah rumah yang ditolak dan dihalau, walaupun mereka sudah tinggal di situ hampir 30 tahun. Yang menjadi pendinding dan perunding  ialah pemimpin Pas, PKR dan DAP. Seramai 28 orang ditangkap kerana mempertahankan rumah mereka daripada diroboh pada 16/10/2009. Pemimpin Umno hanya datang 5 tahun sekali untuk hendak menagih undi.

Mereka membiarkan melayu susah, maka senang untuk mendapat keistimewaan  untuk membantu melayu. Sebab itu berbagai-bagai dasar yang dibuat gagal untuk membela melayu. Seolah-olah ia dirancang supaya mereka senang untuk memfaridkan harta negara dengan membiarkan orang melayu susah.

6. Sikap Individualistik
Sikap yang hanya pentingkan diri dan kaum keluarga bukan untuk bangsa dan agama. Akhirnya rakyat sudah naik mual dengan gelagat pemimpin Umno. Parti hanya menjadi sebagai batu loncatan untuk memperkaya anak menantu, sedangkan rakyat di bawah kais pagi makan pagi. Matlamat masuk Umno ialah untuk mengumpul kekayaan sebanyak mungkin. Sikap metrealistik yang sudah berakar umbi dalam Umno sukar untuk diubah. Memegang jawatan sebagai tiket untuk kaut keuntungan.

7. Melahirkan pemimpin yang tidak berakhlak, penuh dengan skandal.
Seperti yang berlaku kepada bekas ahli parlimen Gombak, bekas ahli Ampang Jaya dan Ketua Wanita Umno Kelang.  Kebetulan mereka ini tidak bernasib baik kerana media dapat tahu. Banyak lagi kelakuan yang tidak senonoh yang dilakukan oleh pemimpin mereka. Malahan apabila kita bercakap dengan ahli Umno mengenai gejala yang tidak bermaruah, maka mereka mengatakan ini  adalah lumrah.

8.Umno Tidak Membela Agama.
Kita boleh melihat apa yang Umno sudah lakukan untuk membela agama. Orang murtad Umno diam membisu. Nampaknya Umno sanggup berdiam dalam isu murtad. 62 tahun kewujudan Umno kita tidak dengar Umno bertindak sesuatu untuk mengadakan undang-undang murtad. Isu pengabaian terhadap agama mengenai murtad adalah satu contoh sahaja. Banyak lagi isu mereka yang mengguris perasaan orang Melayu Islam.

9. Orang Agama (ulama’) Umno hanya subang tembaga.
Peranan golongan agama hanya untuk menjadi peluru melawan Pas sahaja dan tidak lebih daripada itu. Peranan mereka hanya untuk tukang baca doa, tahlil dan marhaban. Mereka bukan dijadikan rujukan untuk mengemudi negara. Sebaliknya sijahil yang menjadi kepala, manakala si alim menjadi pengikut. Apabila ini terjadi banyak dasar yang bertentangan dengan Islam telah berlaku.

Ketika Datin Rosmah Mansur menjadi penaung kepada Festival Fesyen Islam di Monte Carlo Monarco pada 9 Ogos 2010. Orang agama di dalam Umno membisu, seolah-olah mulut penuh dengan sagon, tidak berani tegur. Mana suara ustaz umno apabila  kerajaan BN di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Razak yang mahu menjadikan Malaysia sebuah hub pusat hiburan malam bagi memacu industri pelancongan mengikut Program Transformasi Ekonomi (ETP).  Banyak lagi bukti orang agama di dalam umno hanya menjadi tukang baca doa dan marhaban sahaja tidak lebih daripada itu.

Pas mencabar umno berikan bukti, peranan orang agama di dalam umno berkesan untuk mempertahankan Islam dan menentang kemungkaran. Orang agama di dalam umno hanyalah membesarkan tembolok sahaja. Mereka hanya mencari hujah untuk melawan dengan Pas. Hujah mereka mengenai orang bukan Islam tidak boleh masuk masjid, ditolak dengan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan sendiri yang mengharuskan orang bukan Islam masuk ke dalam masjid.  Hujah berkenaan dengan sumber judi telah makan diri sendiri. Rakyat mula berkata, umno haram duit judi, tetapi halalkan judi. Pendapatan judi 2009  2.3 bilion. Rakyat Malaysia berbelanja arak RM1.7 bilion setahun, nombor 10 tertinggi di dunia.  Ke manakah pergi orang-orang agama di dalam umno yang berkelulusan tinggi, antaranya ialah Dr Hamid Osman, Dr Abdullah Mohd Zin, Dr Yusuf Nor, Ustaz Zainal Abidin Abd Kadir, Datuk Dasuki Haji Ahmad, Ustaz Fadhil Hanafi, Dr Amran Kasimin. Persoalannya di manakah suara mereka sekarang. Perkasakan Islam di dalam umno. Kenapakah isteri Presiden Umno tidak bertudung mereka membisu,  tenangkah jiwa orang agama di dalam umno  yang bergelomang dengan parti yang menyuburkan maksiat.  Ilmu yang mereka belajar bertentangan dengan parti yang  mereka sertai.

 10.Dasar Umno putera bukan bumiputera.
Diskriminasi sesama bangsa hanya kerana berlainan ideologi, akhirnya telah menempatkan bangsa merempat di bumi sendiri. Kita tidak pernah dengar bagaimana pemimpin kaum lain yang menindas kaum sesama bangsa kerana berlainan ideologi. Tetapi ini berlaku dalam Umno akhirnya peratus kemiskinan di kalangan bumiputera meningkat. Seperti yang dinyatakan oleh bekas Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar Dan Wilayah Dato’ Zainal Osman China 0.6%, India 2.9%, Melayu 8.3%.   Diskriminasi terhadap kerajaan yang sebangsa dan seagama di Kelantan sebagai satu contoh yang ketara. Wang royalti dicabul, sebanyak 118 projek kerajaan Pusat dibekukan sejak RMK 6 1991. Apakah layak Umno hendak mendakwa mereka sebagai tulang belakang orang Melayu. Apakah slogan kuat Umno perkasa Melayu menjadi realiti?

11. Gagal Meningkat Ekonomi Bumiputera
Sepatutnya apabila negara sudah merdeka 53 tahun, pencapaian ekonomi semakin baik. Apa yang berlaku sebaliknya. Rancangan Malaysia  sudah mencecah RMK 10, perbelanjaan sudah dihabiskan lebih daripada RM1 trilion, peningkatan ekonomi setara dengan bukan bumiputera tidak berlaku.  Apa sudah jadi dengan Dasar Ekonomi Baru (DEB) ketika tamat  1990 ekuiti Bumiputra ada 18% tetapi telah merosot kepada 15% sahaja pada tahun 2000. Begitu juga dengan nilai saham RM54 bilion yang hanya tinggal RM2 bilion sahaja. Sekiranya saham ini digunakan dengan betul ekuiti saham bumiputera akan meningkat melebihi 40%. Kemana hilangnya ekuiti ini? Siapakah yang menjadi perompak disiang hari.  Pas terbukti berjaya mengangkat martabat rakyat  Kelantan daripada nombor dua kepada nombor enam termiskin di Malaysia. Sewaktu memerintah Trengganu daripada negeri kedua miskin menjadi nombor empat termiskin di Malaysia walaupun royalti minyak dirompak.

Umno perlu rasa malu selepas 53 tahun merdeka gagal melahirkan ramai usahawan jutawan. Sedangkan yang menjadi anggota kabinet 2/3 adalah orang Melayu, exco majoriti Melayu, Pegawai Tadbir Diplomatik Melayu. Kenapa ini berlaku, jawabnya ialah kerana sikap umno yang menyebabkan terjadinya demikian rupa.

12. Khianat Bahasa Sendiri.
Umno sudah membunuh bahasa sendiri sebagai bahasa ilmu. Sudah berbilion wang negara dihabiskan untuk memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, tetapi Umno memusnahkan dengan memperkenalkan Methematik dan Sains dalam bahasa Inggeris pada tahun 2003. Memperkenalkan pengajaran Sains dan metematik dalam Bahasa Inggeris satu lagi agenda virus pembunuh terhadap pelajar melayu dan pelajar luar bandar. Pada waktu diperkenalkan dahulu merekalah yang bersorak dan bersetuju kerana yang menjadi presiden Umno ialah orang yang telah mengkhianat pendidikan orang melayu dengan memperkenalkan mathematik dan sains dalam bahasa Inggeris. Walaupun usaha ini ditentang oleh pemikir dan ahli akademik yang berwibawa seperti Prof Ainudin Wahid, Prof Zainal Abidin Wahid, Prof Dr Abdullah Hasan  dan Prof Dr. Shahril Mohd Zin anak Melayu pertama mendapat Phd dalam metematik dan lain-lain tokoh yang banyak kalau hendak disebut. Akhirnya orang melihat apakah ini perjuangan sebuah parti yang hendak diharapkan. Maknanya yang menjahanamkan bahasa Melayu bukannya Lim Guan Eng, tetapi adalah pemimpin Melayu Umno.

13.Politik khianat bangsa. Yang penting ialah kuasa, samaada mengorbankan kepentingan agama dan bangsa lain bicara. Persempadanan semula dalam pilihanraya 2004, bagaimana Umno telah mengkhianat orang Melayu-Islam semata-mata untuk melawan Pas. Kenapa kerusi parlimen di Kelantan, Terengganu dan Kedah tidak bertambah. Contohnya Parlimen Baling pengundinya melebihi 70 ribu, keluasannya boleh buat jama’ qasar.

14. Rasuah dalam pemilihan kepimpinan.
Supaya sedap dengar maka jenamakan dengan politik wang. Amalan ini boleh memusnahkan Umno.  Mereka yang dipilih bukan berdasarkan kewibawaan masing-masing dalam mempertahankan bangsa dan agama. Tetapi siapa yang ada memiliki wang dialah yang menjadi ketua.   Apabila mereka menjadi pemimpin maka mereka bukan menjadi pemimpin orang Umno tetapi menjadi boneka kepada tauke-tauke yang memberi wang kepada mereka akhirnya inilah yang memusnahkan bangsa dan agama.  Pengerusi Jawatankuasa Disiplin Umno Tengku Ahmad Rhidaudin mengatakan Umno diserang dengan politik wang sejak 20 tahun yang silam. Apa tidaknya Datuk Seri Ali Rostam yang disabit kesalahan oleh Jawatankuasa Disiplin Umno masih dikekalkan sebagai Ketua Menteri Melaka dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Melaka.

15. Tun Musa Hitam mengatakan Umno dilanda penyakit “Ketuaan” ertinya Umno sudah sampai umur nyayuk yang sikit masa lagi sudah tidak kenal antara air milo dengan air longkang.

16. Gagal Mengatasi Masalah Akhlak
Kelahiran anak haram seramai 17303 orang pada tahun 2009, bermakna setiap hari anak luar nikah 48 orang, setiap jam 2 orang. Dalam setahun tidak kurang 34,606 orang penzina. Ini bilangan rasmi, belum lagi dicampur yang tidak rasmi. Maknanya apa akan terjadi kepada generasi akan datang dari segi nasab dan keturunan. Apa jaminan bakal menantu masyarakat di negara ini tidak terlibat dengan gejala ini.  Wal’iyazubillah.   Perangkaan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, daripada 65 kes pembuangan bayi di seluruh negara sepanjang  tahun ini (ogos 2010), 26 bayi lelaki, 25 perempuan dan 14 lagi tidak diketahui jantinanya dengan sebahagian besar kes membabitkan kematian. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata, sepanjang tahun lalu, 79 kes direkodkan di seluruh negara membabitkan 25 bayi lelaki, 29 perempuan dan 25 lagi tidak diketahui jantinanya. Katanya, sepanjang lima tahun lalu, 472 kes pembuangan bayi dilaporkan di seluruh negara dengan 214 bayi berjaya diselamatkan dan 258 lagi ditemui mati.(Utusan Malaysia 17/8/10)

17. Keselamatan Sosial Semakin Merosot
Masalah jenayah meningkat sehingga ketenteraman dan keselesaan sudah tidak ada. Perasaan takut dan risau sentiasa menyelebungi rakyat Malaysia. Sehingga ada kata-kata rakyat Malaysia hari ini, miskin pun susah, kaya pun susah. Jika miskin, susah pula untuk membeli keperluan hidup kerana kos sentiasa meningkat, kaya pula tidur tidak nyeyak kerana perompak sentiasa memerhati untuk ambil kesempatan. Maknanya nikmat ketenangan Allah sudah diangkat, keberkatan sudah hilang. Dalam erti kata yang lain kaya mangsa perompak, susah mangsa Umno. Banyak wang negara terpaksa dibelanjakan bagi memerangi jenayah di negara ini. Contohnya 176 CCTV diletakkan di Putra Jaya  untuk mencegah jenayah. Kerajaan akan belanja wang negara sebanyak RM344 juta untuk memasang CCTV seluruh negara. Alahai! alangkah eloknya kalau wang sebanyak ini didirikan rumah yang berharga RM30,000  sebuah kepada rakyat yang tidak ada rumah, bermakna 1333 buah rumah untuk rakyat. Seramai 1333 biasiswa percuma untuk pelajar IPTA selama  empat tahun.

18.  Peranan Masjid Dimatikan
Sepatutnya sebagai sebuah parti Melayu, mestilah memakmurkan masjid, kerana ini adalah pengkalan rang melayu untuk meningkatkan jati diri dan syaksiah, apa yang berlaku ialah mereka hanya membina masjid (kerana masuk duit projek) , bukan mereka memakmurkan masjid. Kelas pengajian malap, kerana ajaran Islam yang syumul akan memakan diri sendiri, akhirnya masjid di bawah pemerintahan umno mati sebelum manusia mati. Melantik ahli jawatankuasa masjid bukan ahlinya. Guru-guru yang berwibawa tidak dibenarkan mengajar dan hendak ditangkap. Contohnya Almarhum Datuk Ishak Baharum, Datuk Dr Harun Din dan Datuk Ismail Kamus diburu macam pendatang tanpa izin sewaktu umno berkuasa di Selangor. Sebaliknya negeri yang dipimpin oleh Pas di Kelantan, Kedah, Selangor, Pulau Pinang menggalakkan umat Islam memakmurkan masjid dan
memberi sokongan moral dan material.

19. Menyuburkan Industri Maksiat
Kerajaan Bn di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Razak yang mahu menjadikan Malaysia sebuah hub pusat hiburan malam bagi memacu industri pelancongan mengikut Program Transformasi Ekonomi (ETP). Ini adalah petanda pemimpin negara ini sudah bangkrap idea dan muflis akhlak sehingga sanggup memperjudikan moral rakyat di negara ini. Kenapa pemimpin BN  sanggup untuk mencadangkan idea yang melawan arus dan berpaling ke belakang seolah-olah tidak ada jalan lain untuk menjana kewangan di negara ini. Ketika semua pihak memikirkan mengenai keruntuhan akhlak seperti buang bayi, perzinaan, gadis hilang, gadis lari rumah, pembunuhan, lumba haram dan sebagainya, tiba-tiba kerajaan boleh mencadangkan program yang boleh diibaratkan seperti meletak baja  di sebelah tangan kanan dan mencurah racun di sebelah kiri. Apakah ini sabahagian daripada cadangan APCO Yahudi yang memang hendak menawan dunia melalui penaklukan moden tanpa pertumpahan darah sebaliknya dengan membunuh benih iman dan akhlak di negara ini.

Mereka mencari jalan pintas dengan mencadangkan perkara tersebut untuk meningkatkan pendapatan negara  sebagai sebuah negara maju 2020.  Lebih mengejutkan lagi Projek Penggerak Ekonomi (EPP) juga mencadangkan penubuhan zon hiburan di Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang, Genting Highlands, Pulau Pinang, Langkawi dan Kota Kinabalu bagi menggandakan pendapatan hiburan malam Malaysia kepada RM1.8 bilion menjelang 2020. Walaupun projek ini untuk menarik pelancung luar negara berhibur dan berbelanja, namun kesannya tetap akan dirasai oleh rakyat di negara ini. Langkah itu akan menyaksikan penubuhan enam kelab malam baru yang mampu menampung kehadiran 900 pengunjung pada hujung minggu menjelang awal 2012. Dua lagi akan beroperasi pada 2013 dan 2014. Menjelang 2014, akan terdapat sekurang-kurang 10 kelab malam di zon hiburan. Ini akan menghasilkan impak pendapatan kasar negara RM0.7 bilion dan mewujudknan 5,614 pekerjaan baru menjelang 2020.

Bukan menjadi satu kepelikan kepada umno Bn, sebagai sebuah parti  yang tidak ada dasar agama sehingga  judi yang jelas haram secara qat’i umno boleh halal, maka tidak menjadi hal soal kelab malam. Penting kepada mereka ialah wang, kerana inilah dasar mereka. Soal halal dan haram bukan persoalannya. Samaada rakyat dan negara hancur ini bukan perhitungan hidup  mereka. Apa yang penting nafsu serakah mereka yang perlu dipenuhi. Rakyat tentu masih ingat ketika Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengemukakan garis panduan hiburan, maka pemimpin umno yang mengetuai negara ini  telah membakul sampahkan sahaja.

20. Gagal Mengatasi Rasuah Sehingga  Menjadi Barah
Sebagai sebuah parti yang menjadi tunggak dalam Bn menyebabkan pembawaan di dalam parti terbawa-bawa ke dalam pentadbiran negara. Sehingga masalah rasuah tidak ada pembaikan, walaupun nama Badan Pencegah Rasuah (BPR) ditukar kepada  Suruhanjaya Pencegahan Rasuah  Malaysia (SPRM) . Selagi SPRM tidak bebas dan kuasa pendakwaan masih berada di bawah Peguam Negara selagi itulah yang menjadi mangsa hanya bilis, ikan jerung sentiasa terlepas. Kesannya  Indeks Persepsi Rasuah (Corruption Perception Index)  sentiasa merudum contohnya  indeks 2010  (4.4/10) berbanding tahun 2003 (5.2/10).  Kenapa kedudukan Malaysia dari segi ukuran Indeks
Persepsi Rasuah (CPI), tidak berubah tetapi makin memburuk? Bagi Tan Sri Ramon Navaratnam, Presiden Transparency International Malaysia, seorang yang berpengalaman dalam sektor awam, terdapat tiga sebab kenapa ia berlaku yang melibatkan peranan kerajaan. Pertama, kerajaan tidak mengekang politik wang. Kedua, tidak menjadikan urusan pembelian oleh kerajaan lebih telus; dan ketiga, kerajaan tidak merombak Akta Rahsia Rasmi.

Sebenarnya punca kerosakan besar dalam sebuah negara dan runtuh tamadun dalam sebuah negara berpunca daripada rasuah sehingga melibatkan keselamatan negara terancam, kerana rasuah semuanya boleh berlaku. Kes pemalsuan kad pengenalan, terbolosnya sempadan, maklumat negara terlepas kepada tangan asing, masalah dadah, penjenayah terlepas dan berbagai jenayah yang lain.
Kesimpulannya rasuah dapat diminimakan dengan mengambil kira perkara-perkara berikut: Pertama, pemisahan yang jelas(dikotomi) antara ‘politik’ dan ‘pentadbiran’; kedua, pembangunan ekonomi mesti selari dengan pembangunan politik; ketiga, pimpinan yang berintegriti di peringkat nasional dan global. Ketiga-tiga faktor penting ini tidak ada pada kerajaan Malaysia pimpinan BN umno

21. Mengkhianati Hak Orang Miskin
Umno tahu selagi rakyat miskin, selagi itulah rakyat akan menjadi abdi kepada umno. Kerana ada dua senjata yang umno pegang iaitu ,miskin dan bodoh. Kes terbaru agensi untuk bela penderitaan  rakyat susah juga dikhianati seperti Felda.  Wang Felda telah susut sebanyak RM2.75 bilion dalam masa 5 tahun. Pada tahun 2004 wang Felda ada RM4.08 bilion telah mengucup kepada RM1.35 bilion pada tahun 2009. Kita pun tidak tahu macam mana kos tanam semula di Felda lebih tinggi berbanding dengan ladang lain di negara ini. Sebagai contoh kos penanaman semula di Felda RM10,503 sehektar berbanding dengan ladang IOI hanya RM1,988 sehektar (lebih murah daripada Felda RM8511) dan ladang Sime Darby pula Rm3,120 sehektar (lebih murah daripada Felda RM7,383).

Wang Felda yang sepatutnya di manfaatkan dengan lebih baik untuk peneroka dan anak-anak peneroka telah digunakan antaranya mendirikan bangunan di tengah-tengah badaraya Kuala Lumpur RM662 juta. Menggunakan wang Felda untuk projek basmi kemiskinan di Sabah sebanyak RM253 juta. Sedangkan Felda banyak di Pahang, Johor, Perak dan Terengganu, kenapa pula Sabah sahaja yang dapat manfaat. Kemana pula hasil minyak dan balak di Sabah, sehingga terpaksa mengemis dengan Felda. Tepuk dada, kocak pokok kelapa sawit.

Sebelumnya wang PPRT lesap RM32 juta, kalau wang untuk orang susah pun dikebas begitu sahaja, apa hendak diharap untuk menjaga kepentingan rakyat marhain di negara ini.Kalau pemimpin memahami derita rakyat, mereka tidak akan mencari jalan mudah untuk dapatkan wang dengan menaikkan harga  minyak, tepung, gula, menghapuskan subsidi, mengenakan saman ekor dan  GST. Sebenarnya apabila kapal hendak karam baru pemimpin sedar siapakah diri mereka.

22. Membayar Wang Rakyat Kepada Syarikat APCO Israel
Ketika rakyat Palestin dibunuh setiap hari oleh Israel Yahudi, tiba-tiba pemimpin umno boleh mengambil APCO Israel  sebagai penasihat komunikasi dengan bayaran RM77 juta setahun. Sikap talam dua muka yang berpura-pura menentang yahudi tetapi tangan belakang menggamit yahudi. Kita tidak dengar penentangan secara ageresif oleh umno terhadap langkah kerajaan mengambil APCO sebagai penasihat negara.

23. Harta Negara Tergadai Di Tangan Asing
Hanya Allah yang tahu, tindakan pemimpin umno yang  menyerahkan  telaga minyak blok L dan M pada Brunai, bernilai RM320 bilion (kalau perbelanjaan negeri Kedah RM400 juta, dapat belanja selama 700 tahun),  terlepas Pulau Batu Putih pada Singapura, 217 hektar tanah Keretaapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) diserah pada Singapura, serah 50 peratus kepada Singapura untuk membangun Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI). Maknanya kedaulatan dan khazanah negara tergadai hasil pengkhianatan pemimpin umno.


Kenapa Pas Perlu Mengganti Umno
Usia Pas sudah menjangkau 59 tahun, mengambarkan kematangan Pas yang terbukti dan teruji. Keunggulan Pas sebagai sebuah harakah Islamiah di negara ini dan  tonggak kepada kekuatan gerakan Islam dan siasah di Asia Tenggara. Walaupun menempuh dengan berbagai cabaran dan dugaan dan liku-liku yang pahit. Namun Pas telah berjaya meletakkan dirinya dalam krangka politik yang berjaya menyaingi Umno di negara ini. Sebab itu ia menjadi kajian kes di kalangan penganalisa politik  Malaysia samaada dari kalangan sarjana barat atau timur. Kerana parti yang seangkatan degannya sudah menyembah bumi dan hilang dalam lipatan sejarah, namun Pas tetap unggul dan segar.

1. Islam Sebagai Dasar Perjuangan.
Seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Pas Fasal 3. Dasar Pas ialah Islam
Hujah ini diperkuatkan lagi melalui muqaddimah Perlembagaan Pas,
“Bahawa sesungguhnya adalah diistiharkan demi untuk menyempurnakan takwa kepada Allah dengan kebaktian sesama manusia yang dijadikan dengan menegakkan al-Amru bil Ma’ruf wa al-Nahyu ‘anil munkar dalam kehidupan masyarakat dan bernegara yang di namakan Parti Islam Semalaysia”.

Islam yang diperjuangkan oleh Pas ialah Islam yang lengkap (syumul), merangkumi semua perkara samaada ibadah, politik, ekonomi, akhlak. Dalam erti kata yang lain yang merangkumi urusan hidup dan mati. Pas mahu memperjuangkan Din wa daulah (agama dan Negara)
Justeru itu perbezaan Umno dan Pas bukan perkara , solat, puasa, zakat dan haji. Tetapi perbezaanya, Umno mengamalkan Islam yang sempit. Islam yang diperjuangkan hanya berhubung dengan sembahyang, puasa dan zakat. Sedangkan penghayatan Islam oleh Pas luas merentasi daripada hubungan dengan Allah hatta dengan manusia. Islam yang diperjuangkan oleh Pas mengajar supaya semua perkara yang diamalkan di dunia akan dihitung di hadapan Allah SWT justeru itu tidak ada pemisahan hidup dengan akhirat.

Pas menerima konsep Islam secara keseluruhan “syumul”, bukan tempelan.  Pas bukan menerima Islam pada perkara puasa tetapi menghalalkan judi. Pas bukan parti yang menerima hukum zakat tetapi tidak beriman dengan ayat  hukuman zina. Pas bukan parti yang menerima hukum wajib puasa tetapi menolak ayat mengenai pengharaman arak. 

Islam yang diperjuangkan oleh Pas bukan rekaan mana-mana pemimpin. Tetapi ia bersumberkan kepada apa yang diajar oleh Nabi Muhammad SAW yang mengajar dan mendidik melalui wahyu yang disampaikan kepada manusia. Kerana Islam bukan satu doktren rekaan mana-mana pihak. Dengan itu apa sahaja tindakan yang kita lakukan ia bertitik tolak kepada apa yang diperlakukan oleh Nabi dan Rasul S.A.W. Islam yang diperjuangkan bukan satu yang hendak dipolitik atau mainan politik semata-mata. Oleh itu Pas berusaha untuk memertabatkan Islam apabila ia diberi kuasa. Bukan kita memperalatkan Islam untuk mencari sokongan.[2] Justeru itu Pas perlukan kuasa. Jika ada  kuasa maka kita boleh melaksanakan apa yang diperintahkan oleh Allah SWT kepada kita.  Sebaliknya kalau kita tidak mendapat kuasa maka segala kecantikan Islam hanya boleh terdapat dalam kitab feqah dan lipatan tamaddun Islam sahaja
Dalam hal ini Dr. Shafie Ibrahim berpendapat,

“Bahawa Pas boleh dikatakan sebagai sebuah parti agama kerana perjuangannya hendak mendaulatkan Islam. Jika Islam yang ditafsirkan seperti yang dilakukan oleh Pas maka ia adalah lebih daripada sebuah parti agama. Dan Islam adalah ideologi partinya maka ia mempunyai  kefahaman dan tafsirannya yang tersendiri yang mempunyai istilah agama. Parti itu melihat Islam secara keseluruhannya. Ini bermakna bahawa Pas percaya  dengan semua ajaran Islam dan menerimanya sebagai ideologi yang lengkap. Ia tidak percaya kepada sebahagiannya sahaja, tetapi pada keseluruhannya iaitu semua espek ajaran Islam seperti politik, ekonomi, nilai-nilai sosial  dan lain-lain lagi. Dari sudut pandangan ini Pas berbeza daripada  Umno. Sekiranya pemimpin Umno mendakwa mereka orang Islam, ini bermakna mereka berjuang  untuk melaksanakan ajaran Islam bukan sahaja dalam bidang ibadah, juga dalam bidang politik dan lain-lain lagi. (Shafie Ibrahim, 1986: 79)

Pas hanya menyampaikan apa yang Allah SWT arahkan untuk disampaikan kepada manusia. Pas mengajak manusia untuk mengenal Allah SWT dan mengabdikan diri kepada Allah, bukan memperhambakan diri kepada pemimpin PAS.

Justeru itu Islam yang hendak diperjuangkan oleh Pas ia bukan hanya bersifat dogmatik tetapi perlu dilaksanakan berdasarkan matlamat dan objektif yang jelas. Ini diakur sendiri oleh seorang penulis John Funston, Universiti Monash Australia yang membuat  kajian mengenai PAS dan UMNO
“….Dengan perjuangan yang berlandaskan politik Islam ia dianggap oleh semua penulis sebagai parti yang mempunyai ideologi yang jelas..” (John Funston, 1980: 161)  

Di dalam Perlembagaan Pas fasa 5. Tujuan Pas ialah:
(1) Memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan  hukum-hukumnya menuju keredaan Allah SWT.
(2)Mempertahan kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan negara.
Fasal 6. Usaha-Usaha Pas ialah:
  1. Menyeru umat manusia kepada syariat Allah dan sunnah RasulNya melalui dakwah secara lisan, tulisan dan amalan
  2. Memperjuangkan Islam sebagai akidah dan syariah serta menjadikannya sebagai panduan berpolitik dan bernegara serta memperkenalkan nilai-nilai keIslaman dalam usaha menegakkan keadilan dan kemajuan di segenap bidang termasuk pemerintahan dan pentadbiran, ekonomi dan sosial serta pelajaran dan pendidikan.
  3. Memupuk dan memperkuatkan ukhwah Islamiah dan menyuburkan rasa perpaduan di kalangan rakyat bagi memelihara kehidupan politik dan masyarakat yang sihat dan berkebajikan.
  4. Mengajak dan menggalakkan badan-badan, pertubuhan-pertubuhan dan orang-orang perseorangan bagi mengenali dan memahami serta memperjuangkan konsep dan pandangan hidup Islam.
  5. Menyediakan rencana-rencana dan bertindak bagi memperbaiki susunan serta intitusi-institusi masyarakat, bentuk politik, keadilan ekonomi dan negara, untuk membela kepentingan umat Islam dan rakyat seluruhnya.
  6. Menyertai dan bekerjasama dengan badan-badan persatuan-persatuan atau pertubuhan-pertubuhan yang tidak berlawanan tujuannya dengan Pas bilamana dan selama ianya mustahak dan sesuai serta tidak bercanggah dengan undang-undang Negara.
  7. Mempertahankan Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi Negara yang tunggal dalam amalannya di samping berusaha mengembangkan bahasa al-Quran.
  8. Memperjuangkan wujudnya kebudayaan negara berasaskan nilai-nilai yang tidak bercanggah dengan ajaran-ajaran Islam.
  9. Memperjuangkan hak dan kepentingan umat Islam di negara ini tanpa mengabaikan tanggungjawab melaksanakan keadilan terhadap seluruh rakyat Malaysia dan tanggungjawab mewujudkan keharmonian antara kaum di dalam Negara ini.
  10. Menyertai dan bekerjasama dengan Bangsa-Bangsa Bersatu dan badan-badan lain yang sah bagi mengekalkan keamanan dan menjamin hak-hak  asasi manusia serta menghapuskan segala macam kezaliman, kepalsuan, perhambaan dan penindasan di kalangan umat manusia.
  11. Melakukan apa-apa jua usaha dan tindakan dalam batas-batas Perlembagaan dan undang-undang negara bagi mencapai semua tujuan-tujuan Pas ke dalam  dan ke luar.

Daripada apa yang tertulis dan yang dilaksanakan jelas, bahawa dasar Pas ialah Islam, tidak pernah berganjak walaupun daripada dahulu sampai sekarang.

2. Memimpin PAS Satu Tanggungjawab.
Menjadi pemimpin dalam Pas hanya hendak mencari keredaan Allah SWT bagi memastikan risalah Islam ditegakkan di atas muka bumi ini. Tidak lebih dari itu. Ia berprinsip “Fastabiqul khairat”  berlumba untuk membuat kebaikan. Menjadi pemimpin Pas bererti membayar dengan harga yang cukup mahal kerana terpaksa mengorbankan kepentingan dunia, Seperti risiko di buang kerja, tukar tempat kerja, turun pangkat, tidak dapat kontrak dan sebagainya. Ini berlainan dalam Umno, orang sanggup melabur sehingga berjuta ringgit untuk mendapat tempat dalam kepimpinan Umno. Tulisan Nakhaei haji Ahmad dalam Berita Harian satu ketika dahulu  yang menyebut banyak broker-broker politik digunakan untuk mendapat tempat dalam hiraki kepimpinan dari atas sehingga ke bawah.  Teguran sinis Tun Ghafar Baba kepada Umno supaya Umno melelong jawatan ketua Bahagian dengan harga RM 50,000 dan Naib Presiden 5 juta ringgit, itulah kayu ukur kepimpinan dalam Umno.

Dalam Pas ahlinya telah dididik bahawa kepimpinan adalah amanah bukan kebanggaan. Memimpin Pas dengan keyakinan bahawa ini adalah amanah Allah. Ia bukan teori semata-mata, kadang-kadang terpaksa membayar dengan harga yang mahal. Gagasan yang dikemukakan untuk memimpin Pas bukan hanya teori semata-mata tetapi mengotakan apa yang ia kata. Ada yang memimpin Pas terpaksa terkorban angkara fitnah jahat musuh  seperti yang berlaku kepada Dr Burhanuddun Alhilmi (di ISA kan kerana dituduh berkomplot dengan Indonesia untuk menggulingkan kerajaan Malaysia). Ustaz Samad Gol mati dikapak, Cikgu Tahrim Pesuruhjaya PAS Perlis yang ditembak mati di rumahnya, Osman Talib yang mati dipukul oleh pasukan samseng dalam pilihanraya kecil Parlimen Padang terap 1984. Ustaz Ibrahim Libya dan anak muridnya terkorban syahid di Memali Nov 1985 membuktikan bahawa memimpin Pas terpaksa membayar dengan harga yang mahal. Firman Allah SWT

“Di antara orang yang beriman itu ada yang bersikap benar dan menunaikan apa yang telah dijanjikan kepada Allah (untuk berjuang membela Islam), maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid) dan di antaranya ada yang nenunggu giliran dan mereka pula tidak mengubah (apa yang merek a janjikan  itu) sedikit pun” ( al-Ahzab 33:23)
Kalau ada di kalangan pemimpim Pas yang tidak jujur dan ada agenda yang tertentu, maka dengan sendiri ia terkeluar daripada saf kepimpinan tanpa dihalau. Mereka yang tidak memenuhi syarat-syarat yang layak untuk memimpin Pas tidak tahan lama, akirnya menghilangkan diri dari arena perjuangan. Begitu juga dengan mereka yang berniat buruk kepada Pas , mereka juga akan tersingkir kerana ahli Pas yang ikhlas tidak boleh menerima kepimpinan seperti ini.

3. Ulama’ Teras Tunggak Kepimpinan Pas
Walaupaun Pas ditubuhkan di pantai barat tetapi ia berkembang pesat di negeri pantai timur, kerana disana terdapat pondok dan sekolah agama. Perjuangan ini serasi dengan pengajaran dan pembelajaran mereka yang syumul dengan menerangkan Islam merangkumi persoalan hidup dan bernegara. Sebab itu Ustaz Amaludin Darus yang mempelopori Pas di Kelantan telah berusaha mendekati Tok-Tok guru pondok untuk memimpin Pas.

Ulama’ telah menjadi perantaraan untuk menyebarkan pengaruh dan fikrah perjuangan yang dibawa oleh Pas. Kebetulan mereka adalah orang yang rapat dengan masyarakat dalam menyampaikan Islam. Penghormatan masyarakat  kepada golongan agama ini telah memberi peluang yang baik kepada Pas untuk menyebarkan pengaruhnya. Golongan ulama’ ialah mereka yang rapat dengan masyarakat melalui kelas pengajian mereka yang menerangkan Islam yang tepat. Pembawaan ulama’ telah menjadi ikutan di kalangan anak muridnya. Kedudukan mereka sebagai orang yang berpengaruh dalam masyarakat menjadi esset yang berharga kepada Pas. Justeru itu apabila mereka yang benar-benar memahami Islam yang syumul pasti akan memilih Pas sebagai landasan perjuangan mereka. Sebab itu kita melihat jika ahli Umno yang berpendidikan agama dan hendak mengahayati Islam yang sebenar kebanyakan mereka tidak lama bersama dengan Umno sebaliknya mereka akan berhijrah untuk memperjuangkan Islam melalui wadah Pas.

4. Ahli Yang Ikhlas Dan Istiqamah Dengan Perjuangan
Di antara barang yang paling berharga dimiliki oleh Pas ialah keikhlasan ahli bawah yang tidak menuntut upah dan habuan. Mereka menyertai Pas atas kefahaman wajib mereka bersama dengan perjuangan Pas. Penyertaan mereka bukan kerana taksub kepada mana-mana pemimpin.
Dato’ Samad Idris (Bekas Menteri Kebudayaan) telah memberi komentar mengenai perjuangan Pas seperti berikut,

“Faktor fanatik kepada perjuangan Pas tidak boleh diketepikan begitu sahaja, mereka setia dengan Pas, mereka sanggup dibakar hangus, direndam basah, dicincang lumat, oleh sebab itu Dato’ Mohd. Asri dan Mohd. Nakhaei keluar daripada parti mereka anggap  melukut tepi gantang”
Memang tidak dapat dinafikan bahawa Pas telah berjaya menanamkan kefahaman Islam kepada ahli-ahlinya. Inilah kejayaan tarbiyyah yang dianjurkan oleh Pas. Tidak hairanlah kepada kita beberapa orang pemimpin tertinggi  Pas yang telah mengkhianat perjuangan namun ahli Pas tidak pernah mundur walaupun setapak, malahan sebahagian daripada tarbiyyah untuk melihat sejauhmanakan mereka yang telah tahan diuji semasa dalam perjuangan.

Pemimpin Pas yang keluar daripada Pas hidup menderita apabila mereka melihat sejak ketiadaan mereka Pas semakin berkembang bukan semakin lemah. Ini yang menambahkan barah mental di dalam diri mereka.

Fanatiknya ahli-ahli Pas kerana perjuangan dan dasar yang tidak pernah luntur daripada Islam. Selain daripada itu keikhlasan yang ada di kalangan ahli-ahli Pas jugalah merupakan sebab Allah mengekalkan Pas dan ia mendapat sambutan yang amat menggalakkan, seperti mana wasiat Allahyarham Prof. Zulkifli Mohammad kepada wakil rakyat pada tahun 1964 sebelum beliau meninggal dunia,

“Saya perlu memberitahu saudara satu daripada syarat kejayaan bagi satu perjuangan ialah keikhlasan. Kita mungkin bodoh, mungkin jahil, mungkin tidak tahu apa,  mungkin tidak kuat. Tetapi keikhlasan ada pada kita, maka ada harapan cita-cita ini dapat dilaksanakan. Tidak ada gunanya kita cerdik , pandai, kuat, sekiranya kita tidak ikhlas apa yang diperjuangkan. Kita sucikan tujuan kita kepada itu. Kita ketepikan kepentingan yang lain dari itu, ini perlu pada kita. Keikhlasan yang tidak ada belah baginya  lagi. Keikhlasan yang tidak mengira yang lain selain dari apa-apa yang kita tuju di dalam perjuangan asal kita. Kejayaan orang yang dahulu pada  diri kita, semuanya pada keikhlasan. Amat perlu keikhlasan ini, kita tanam, kita pupuk pada diri kita”.

Justeru itu jika di kalangan ahli yang menyertai Pas mempunyai hajat yang lain orang ini tidak kekal lama dalam perjuangan. Diperingkat ahli, keikhlasan memang tidak dapat dinafikan kerana merekalah tenaga penggerak Pas. Ahli Pas yang datang daripada berbagai peringkat dan darjat. Ahli-ahli Pas ada yang berkelulusan Ph.d hinggalah yang buta huruf. Mereka menyertai Pas bukan hendak dapat benda tetapi kerana cintakan Islam. Mereka sanggup menerima risiko yang berat daripada pihak yang berkuasa seperti tidak diberikan subsidi, anak tidak dapat biasiswa, dipotong bantuan kebajikan, ditukar tempat kerja.

Semuanya mereka sanggup menerima  kerana perjuangan Islam yang dibawa oleh Pas. Kehadiran mereka dalam program ceramah atau program parti tanpa diupah dan disuruh, sanggup untuk berbelanja berbelas-belas ringgit semata-mata untuk mendengar ucapan pemimipin mereka yang dicintai dan menderma kepada perjuangan  walau hidup mereka kais pagi makan pagi. Keadaan inilah yang memeningkan kepala pemimpin Umno sebagaimana ceramah yang dianjurkan oleh mereka tidak mendapat sambutan walaupun disediakan dengan berbagai kemudahan. Ini tidak lain dan tidak bukan kerana perjuangan Pas serasi dengan tabiat Islam yang ada pada  setiap insan.

Ahli yang ikhlas walaupun buta huruf adalah lebih baik daripada mempunyai ijazah berjela-jela tetapi boleh dibeli oleh Umno dengan harga yang murah. Ahli-ahli Pas yang menerima tarbiyyah yang jelas mereka tidak rela membiarkan maksiat dan berkompromi dengan program maksiat. Umno bimbang hendak membuat program maksiat kerana takut kepada Pas yang sentiasa menentang program yang berunsur maksiat.

5. Kepimpinan Yang Menggabungkan Ulama’, Profesional Dan Aktivis
Sebagai sebuah harakatul ummah (gerakan massa) yang mewakili suara rakyat keseluruhannya, maka Pas juga dipimpin oleh ulama’, professional dan aktivis parti. Ketiga-tiga kelompok ini memainkan peranan masing-masing bagi mengukuhkan Pas di semua peringkat. Gabungan antara ketiga-tiga kelompok inilah maka melahirkan satu saf pimpinan yang jitu untuk merangka strategi bagi meraih sokongan rakyat.

Selain daripada mendapat undi sokongan teras golongan agama, Pas juga mendapat tempat di hati golongan profesioanal dan masyarakat awam. Kalau dilihat di peringkat awal Pas pernah dipimpin oleh Dr. Abas Alias yang menjadi Presiden Pas kedua setelah Tuan Guru Haji Ahmad Fuad meninggalkan Pas. Dr Haji Abbas Alias ialah seorang doktor perubatan iaitu seorang professional. Begitu juga aktivis parti walaupun mereka ini tidak bergelar ulama’ atau mempunyai kelayakan profesioanal tetapi telah memberi sumbangan yang begitu berharga dalam perjuangan Pas contohnya Almarhum  Amaludin Darus yang membawa Pas ke Kelantan, beliau hanya sebagai seorang anggota bomba.

Gabungan ketiga-tiga kelompok ini amat penting dalam memantapkan kepimpinan Pas kerana kekurangan dan kelemahan akan dapat ditampung antara satu sama lain. Ulama’ bertugas sebagai orang yang membuat saringan mengenai tektik dan strategi   politik, samaada ia bertepatan dengan Islam atau tidak. Golongan professional memberikan idea-idea dan membuat penerokaan-penerokaan yang baru untuk merangka strategi. Manakala aktivis parti mereka bergerak di tengah-tengah masyarakat dan melaksanakan beberapa polisi yang diputuskan oleh parti.

Gabungan daripada ketiga-tiga kelompok dalam Pas untuk memimpin Pas telah menjadikan Pas boleh diterima oleh semua lapisan masyarakat. Kerana juru jualnya yang berbagai latar belakang telah berjaya meyakinkan orang kepada perjuangan Pas sebagai wadah yang perlu disokong.
Asas perjuangan Pas yang kukuh iaitu al-Quran dan al-Hadis telah menjadi Pas sebagai wadah perjuangan Islam yang paling unggul di negara ini. Penubuhannya bukan atas dasar tidak puas hati atau ego dengan jamaah yang sedia ada, tetapi ia muncul untuk menyahut seruan Allah dan Rasul yang terdahulu. Pemimpinnya ulama’ yang bertindak berdasarkan ilmu bukan nafsu. Ahli Pas ditarbiyyah bukan untuk taksub kepada pemimpin , tetapi kepada Islam yang diperjuangkan. Kemungkaran tetap ditentang, maruah Islam mesti dibela. Bagi kita yang menjadi ahli Pas bangga dapat menyertai sebuah gerakan Islam dan sebuah parti politik melayu yang paling tua di tanah air kita (sekarang Umno 1988, Umno asal

6. Keahlian Pas Tidak Diwarnai Dengan Batas Kaum Dan Keturunan Semata-Mata.
Pas disertai oleh berbagai lapisan masyarakat dan kaum. Oleh itu peyertaannya tidak terhad kepada bangsa Melayu. Syarat hendak menjadi ahli Pas hanya Islam dan akil baligh. Nabi Muhammad SAW yang menjadi contoh teladan  berdakwah  tanpa memilih kaum atau bangsa. Di antara yang menjadi pengikut nabi Muhammad SAW seperti Bilal Bin Rabah daripada Habshah, Salman al-Farisi daripada Parsi dan Sohib al-Rumi dari Rom.

Tedapat di dalam pimpinan Pas dan aktivis orang yang berbangsa Tionghua. Beberapa aktivis Pas seperti Dato’ Anuar Tan, almarhum Faizal Tan, Kamal Koh, Mohamad Teang dan lain-lain lagi. Oleh itu membuktikan bahawa Pas bukan sebuah parti perkauman seperti yang digembar gemburkan oleh Umno dan BN.

Dengan penubuhan Dewan Himpunan Penyokong Pas membuktikan bahawa Pas adalah relevan dengan tuntutan semasa dalam masyarakat majmuk  di  negara ini. Beberapa tokoh Dewan Himpunan Penyokong Pas yang menjadi penggerak kepada dewan ini seperti  Cikgu Hu Phan Chaw, Saudara Richard Wong, Saudara Balasubramaniam, Saudara Vinson dan lain-lain lagi
7. Perjuangan Pas Menegakkan Keadilan Dan Menentang Kezaliman

Perjuangan yang dibawa oleh Pas ialah perjuangan  meneruskan kerja-kerja yang dilakukan oleh orang-orang yang terdahulu dalam usaha untuk memastikan bumi ini tertegak kebenaran dan menentang kezaliman. Kerana unsur kezaliman adalah masalah yang paling besar, boleh menyekat minda dan kehidupan insan daripada memperolehi kebahagiaan. Pas istiqamah menentang bentuk pencabulan hak terhadap rakyat seperti ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri), AUKU (Akta Universiti Kolej), OSA (Akta Rahsia Rasmi), Akta Mesin Cetak, Akta Pertubuhan,  penindasan terhadap boroh, terhadap peneroka bandar (setinggan). Pas menganggotai Gerakan Mansuh ISA (GMI), Pas juga menubuhkan Lajnah Buruh dan Setinggan untuk mengendalikan masalah penindasan yang berlaku tehadap mereka

Agenda Tindakan
-Pertegaskan kepada rakyat bahawa Pas mampu mengganti umno dan menawarkan lebih baik daripada umno.
- Menjelaskan kepada rakyat segala fitnah yang dilemparkan oleh umno bahawa kedudukan Islam, hak Melayu dan Kedudukan Raja-Raja Melayu tentap terpelihara. Buktinya  Konvensyen Pakatan Rakyat Pertama 19/12/2009 di Shah Alam telah bersepakat
  • Mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan agama- agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai
  • Melindungi kedudukan Istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum lain sejajar dengan perkara 153
  • Mempertahankan peranan dan tanggungjawab institusi Raja Berperlembagaan
  • Memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu sebagai lingua franca serantau, melindungi dan memperkukuhkan penggunaan bahasa ibunda semua kaum
-Memaparkan Islam sebagai dasar yang membawa rahmat.
-Ulamak Pas mesti bekerja dengan lebih agresif untuk menarik sokongan, kerana mereka ialah golongan yang cukup dihormati dan mudah untuk mempengaruhi.
-Merangka agenda yang meyakinkan rakyat dalam aspek politik, ekonomi dan sosial
-Menunjukan Lisanul hal supaya masyarakat tertarik dengan Pas
-Menunjukkan semangat pengorbanan di kalangan pimpinan
-Kerajaan  Kelantan dan Kedah mesti menjadi role model, bagaimana Islam boleh menguruskan masyarakat majmuk.
-Exco Pas di Selangor mesti  menunjukan prestasi yang baik untuk membawa emej parti
-Meyakinkan pegawai kerajaan, swasta dan peniaga tentang kemampuan Pas.
-Imej perpaduan dalam tahaluf siasi
-Parti yang membela rakyat di negara ini
-Parti yang mengambil berat terhadap kesusahan rakyat.
-Bekerja dengan serius untuk pendaftaran pemilih
-Meramaikan ahli Pas.
-Membanyakkan cawangan


[1] Seminar Pas Sedia Ganti Umno  6 Zulhijah 1431H/13 hb Nov 2010 di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam Anjuran Lajnah Penerangan Pas Pusat
[2] Walaupun ada tuduhan Pas merasuah akhirat untuk menarik sokongan kepada perjuangannya. Seperti yang disebut oleh Dr. Mahathir ketika menjadi PM “bagaimanapun orang-orang Umno tak tergamak nak gunakan agama untuk sogokan. Jadi dia guna wang. Kalau Pas, dia sogok syurga kerana tidak ada siapa yang tahu samaada benar atau tida (masuk syurga)… sebab yang pergi ke sana tak balik cerita” Berita Harian 24/7/01: 3. “Rasuah akhirat sukar dibendung:Mahathir”. 

UMNO Ganti PAS

URTA
Perjuang Islam: UMNO Perlu Ganti Peranan Pas!!

KUALA LUMPUR 19 Feb. – UMNO diminta menggantikan peranan memperjuangkan Islam yang ditinggalkan Pas agar parti Melayu tersebut memperoleh sokongan padu daripada umat Islam terutama menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang.

Pensyarah Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah berkata, berdasarkan kajian akademik beliau selama ini, UMNO dilihat mempunyai beberapa kelebihan dari segi politik sekiranya parti pemerintah itu menggunakan pendekatan sedemikian.

Katanya, memandangkan Pas kini telah kehilangan identiti dan perjuangan asal mereka demi kuasa politik, maka UMNO sekarang menjadi tonggak kepercayaan golongan ulama dan cendekiawan Islam sebagai benteng akidah paling hadapan umat agama tersebut.

"Apa yang saya nampak, sekiranya strategi ini digunakan, sokongan terhadap UMNO akan bertambah kerana orang Melayu dan Islam ini tidak boleh dipisahkan.

"Dahulu UMNO dituduh parti bukan Islam, sekular dan sebagainya, namun kini mereka perlu mengambil ruang itu. Saya yakin UMNO dapat mengetuk pintu hati masyarakat apatah lagi ketika ini Pas telah berkawan dengan pihak yang ternyata menentang Islam.

"Pas bertukar ke arah liberal disebabkan strategi berpolitik baru mereka yang bermatlamatkan kuasa. Ini yang berlaku kini, berbeza dengan pendirian parti itu dahulu, yakni begitu fanatik. Kenapa ia berlaku? Kerana mereka nampak ruang dan peluang itu untuk mendapat sokongan daripada skop yang lebih besar," katanya.




AMUKANMELAYU - Terlalu besar PENGORBANAN Anwar demi untuk Bangsa dan Negara