,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Wednesday 13 August 2014

PAS DAN UMNO MENDAPAT EHSAN ALLAH SWT DI SELANGOR DARUL EHSAN.




ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Amukanmelayu 17 Syawal 1435H - Olak Lempit, Kecelaruan Politik dan menyundalkan politik nampak sangat ketara sekarang ini khususnya di Selangor Negeri Darul Ehsan. Sememangnya EHSAN......Perebutan Kuasa MB Selangor sememangnya memberi Ehsan kepada PAS dan UMNO Selangor. Allah telah memberi laluan yang mudah untuk PAS dan UMNO untuk melaksanakan HUKUM ALLAH di bumi Selangor ini. 

Persoalannya sekarang, APAKAH yang PAS dan UMNO perjuangakan? Semenjak Selangor di bawah Pentadbiran UMNO, Negeri ini telah di makmurkan dengan DUNIAWI dan PAS sering memberontak kerana UMNO hanya menumpukan pembangunan ZAHIR dan mengenepikan pembangunan BATIN. Dalam erti kata lain, UMNO mengenepikan Pendidikan Akhirat dan menolak Islam. Sedangkan PAS memperjuangkan Islam sepenuhnya. Sejauh mana kebenaran ini?

Tapi amat malang bagi PAS, setiap Pemilihan di Muktamar PAS, seakan-akan ujud PAS dengan dua Kumpulan. 1. PAS JAWI, iaini PAS yang memperjuangkan Ugama, Bangsa dan Negara dan satu lagi PAS RUMI yang berfahaman LIBERAL yang sama saja dengan UMNO seperti lama sudah PAS mengatakan UMNO LIBERAL.

PAS JAWI - Mereka ini masih mengangkat ULAMAK di tempatkan di Saf kepimpinan Tertinggi

PAS RUMI - Mereka ini adalah Kumpulan yang banyak bercelaru dalam PAS. Mereka berfahaman Liberal, ada yang Syiah, Wahabi, Khawarij dan mereka ini kebanyakkannya tujuan masuk politik adalah meyimpan cita-cita dan maksud yang tersembunyi. Mereka inilah yang sering mengungkapkan "Setiap perkara mesti DAHULUKAN PARTI". Mereka bukan seperti PAS Jawi yang sering mengatakan "Lillahitaala".

Dalam kemelut Perebutan Kuasa Menteri Besar di Selangor, jelas sekarang ini.... Kumpulan PAS RUMI bersama Anwar dan PAS JAWI bersama KHALID. Kebijaksanaan TGHH dan Tok Guru Nik Aziz telah memerangkap kumpulan PAS RUMI. Dan jika PAS JAWI membiarkan PAS RUMI terus dengan dasar Leberal mereka, pada pendapat penulis....PAS JAWI akan di telan PAS RUMI. Dengan itu apa yang di katakan Hassan Ali adalah betul dan PAS JAWI perlu menggunakan PELUANG ini sekarang bersama UMNO untuk kembalikan Selangor kepada Orang Islam secara TOTAL dan laksanakan HUDUD di Selangor dan bersyukurlah dengan EHSAN yang Allah telah berikan ini.

Dr Hasan Ali : 72 Peratus Kepimpinan PAS Menyokong Anwar..


AIDCNews – 06/02/12 – “Ulama tidak menyokong Anwar..”, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali membetulkan soalan wartawan yang meminta penjelasan lanjut tentang kenyataannya yang mengatakan 72 peratus kepimpinan PAS kini dikuasai oleh golongan sekular yang sanggup ‘tidur sekatil’ dengan DAP dan PKR serta sanggup mengenepikan perjuangan asal PAS semata-mata untuk menyokong Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bercita-cita mahu menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum Ke-13.
“Saya nak betulkan itu..yang 72.28 peratus tu..itulah orang-orang..kalau nak tafsirkan parasit pun..parasit lah..mereka adalah majoriti (kepimpinan yang menguasai PAS)…mereka yang mengenepikan perjuangan asal PAS.

“Sekarang ulama (hanya) tinggal 30 peratus..itu golongan yang mahu mempertahankan perjuangan asli PAS”, katanya, dalam sidang akhbar di rumahnya, Taman Dun Dr Ismail, 4 Feb.
Menurutnya, golongan ulama yang berada dalam lingkungan 30 peratus tidak mampu mengatasi keputusan golongan pemutus dasar 72.28 peratus.

“72.28 peratus..jadi maknanya dia mempengaruhi keputusan..dia mempengaruhi apa yang nak dibuat oleh pimpinan tertinggi..dia mempengaruhi hala tuju parti..dia mempengaruhi hubungan PAS dengan DAP dan PKR..dia mempengaruhi polisi di peringkat pakatan rakyat..

“Dia mempengaruhi orang-orang PAS..supaya sekarang ini, kita jangan fikir (tentang) Negara Islam..kita jangan fikir hudud..kita jangan fikir moral Islam..kita (hanya) ke Putrajaya..ke Putrajaya”, katanya.
Rujuk minit 32:07 hingga 35:01

Menurutnya akhlak dalam PAS yang menghentam sesama sendiri bukan amalan Islam tetapi telah dibawa masuk ke dalam PAS oleh golongan parasit tersebut.

“Akhlak kita hina menghina sesama pemimpin..akhlak kita jatuh menjatuh..itu bukan akhlak orang-orang PAS sebenarnya, tetapi parasit-parasit telah membawa masuk ‘akhlak’ ini masuk ke dalam PAS.
“Saya tidak bersedia sama sekali untuk bekerja dengan golongan-golongan seperti ini”, katanya
Dr Hasan juga turut menjelaskan terdapat lima katogeri yang termasuk dalam takrif parasit yang sering diperkatanya.

“Parasit ini mudah. ..yang bertanggungjawab mengeluarkan PAS daripada landasannya..orang itu termasuk dalam golongan parasit..yang tunduk kepada DAP dan PKR yang terpaksa membuat pendekatan akomodatif (penyesuaian)..kumpulan itu adalah kumpulan parasit.
“Mempengaruhi presiden dan pimpinan-pimpinan tertinggi..oleh kerana mereka mempunyai bilangan majoriti, maka itu juga saya anggap sebagai golongan parasit.
“Parasit itu selamanya..yang menyatakan..apa juga yang dilakukan bertentangan dengan kehendak mereka..mereka selalu mengatakan ‘itu agenda UMNO..agenda UMNO’..inilah kata-kata yang keluar dari mulut parasit”, katanya.

Ketika menjawab soalan wartawan yang mengatakan Khalid Samad menafikan adanya parasit dalam PAS, sebaliknya mendakwa Dr Hasan adalah parasit, bekas Pesuruhjaya PAS Selangor itu memberi huraian lanjut berkenaan taktif parasit tersebut.

“Saya tidak pernah bersekongkol dengan ‘Ketua Umum’….kalau ada Ketua Umum Pakatan Rakyat..saya tidak pernah bersekongkol dengan orang-orang seperti ini.
“Saya tidak pernah menyokong membabi buta orang-orang yang seperti ini..yang perjuangannya begitu kabur bagi saya..nak bawa orang-orang pakatan ke Putrajaya..saya tak tahu bentuk kerajaan apa yang nak dilahirkan di Putrajaya itu..dengan gambaran yang kabur dengan kehidupan..dengan persoalan yang melanda dengan pemimpin-pemimpin..saya tak tahu nak dibawa ke mana mereka itu..” katanya.

Dr Hasan turut menyentuh dakwaan yang mengatakan beliau berada dalam kedudukan ‘corot’ dalam pemilihan muktamar PAS baru-baru ini.

“Saya reda dengan apa pun..hatta kalau tak dipilih pun dalam muktamar..saya tak merasa apa-apa..
“Dipilih pun..kalau kita berada dalam lingkungan parasit..apa gunanya..dipilih pun..(jika) kita tak mampu untuk bersuara melawan parasit..apa gunanya.

“Dipilih pun..jika kita tunduk dengan DAP..dengan PKR..apa gunanya..dipilih pun..jika kita berkiblatkan kepada ‘pemimpin agung’ pakatan rakyat..apa gunanya..”, katanya.

Mat Sabu Calon Proksi DAP Dalam Pas



Isnin, 11 November 2013 - Keputusan Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa untuk tidak bertanding jawatan Timbalan Presiden benar-benar memeranjatkan semua pihak. Ini kerana pengunduran tersebut bakal menyaksikan pertembungan 2 penjuru antara kumpulanLiberal dan Ulama parti itu.

Namun keputusan Husam itu, mungkin disebabkan ingin mengelakkan undi kumpulan Liberal berpecah, sekali gus menyebabkan kumpulan ulama kembali menguasai parti. Sebagai contoh ketika pemilihan parti pada Muktamar Pas yang ke-55, penyertaan Husam untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden telah menyebabkan Nasaruddin Mat Isa berjaya menduduki jawatan no-2 itu.

Muktamar yang diadakan pada tahun 2009 itu menyaksikan Ustaz Nasha (Ulama) mendapat 480 undi, Husam (Liberal) 281 undi dan Mat Sabu (Liberal) 261 undi.

Seterusnya pemilihan parti ketika Muktamar Pas ke-57, Mat Sabu berjaya merampas jawatan Timbalan Presiden, apabila menewaskan Ustaz Nasha (penyandang) dan Tuan Ibrahim Tuan Mat. Pertembungan 3 penjuru itu telah menyebabkan kumpulan Liberal berjaya menguasai parti.

Muktamar yang diadakan pada tahun 2011 itu, menyaksikan Mat Sabu (Liberal) mendapat 420 undi, manakala Ustaz Nasha (Ulama) hanya berjaya mendapat 224 undi dan diikuti dengan Tuan Ibrahim (Ulama) dengan 399 undi.

Sekiranya trend 2 pemilihan sebelum ini diambil kira, ia sudah cukup membuktikan, pertembungan 3 penjuru hanya akan menyebabkan perpecahan undi di kalangan perwakilan. Menyedari akan hakikat itu, ulama Pas dilihat mula belajar dari sejarah apabila hanya meletakkan satu calon sahaja bagi mewakili kumpulan tersebut.

Sumber dalaman parti itu sebelum ini juga mengatakan ramai di kalangan ahli Pas dikatakan tidak beberapa senang dengan kehadiran kumpulan Liberal yang pro Anwar ini yang turut dilabelkan dengan pelbagai gelaran seperti Anwarinas dan Endorgan. Malah kegagalan beberapa pemimpin Liberal pada pilihan raya umum yang lalu juga dikatakan sebagai petanda penolakan ahli parti itu secara senyap.

Contohnya kekalahan Mat Sabu di parlimen Pendang, Salahuddin Ayub di parlimen Pulai dan DUN Nusajaya, Dzulkefly Ahmad di parlimen Kuala Selangor dan Husam Musa di parlimen Putrajaya.

Dengan rekod tewas dalam 2 pilihan raya umum berturut-turut iaitu pada 2008 di kerusi Kuala Terangganu dan PRU-13 di parlimen Pendang, Mat Sabu dilihat bakal berdepan dengan laluan yang sukar untuk mempertahankan jawatan Timbalan Presiden. Itu belum lagi diambil kira dengan pendirian Mat Sabu yang cuba mempertahankan komunis sehingga menyebabkan Pas menerima pelbagai cemuhan dan kritikan.

Malah pendedahan beberapa orang ahli parti itu yang mengaitkan Mat Sabu dengan ajaran sesat Syiah, juga dikatakan sebagai gerakan dari kumpulan Ulama untuk membersihkan Pas yang dilihat semakin menyimpang. Atas alasan itu, peranan Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden juga berjaya dikurangkan dan hanya digunakan sebagai penceramah parti bagi menarik hadiran.

Namun begitu, dalam banyak-banyak 'dosa' yang dilakukan oleh Mat Sabu, penglibatan dan hubungan akrabnya dengan pemimpin DAP dikatakan sebagai punca utama gerakan untuk menyingkirkannya. Dia dikatakan sering menjadi jurucakap dan pembela parti ultra kiasu itu bagi menekan Pas dalam pelbagai perkara.

Paling memeranjatkan apabila DAP melantiknya sebagai ahli lembaga pengarah Perbadanan Air Pulau Pinang. Walaupun ada yang mendakwa ia sebagai satu penghormatan kepada Pas, namun ramai yang menyifatkan 'pemberian' jawatan itu sebagai asas untuk mengatakan Mat Sabu adalah proksi DAP di dalam Pas.

Kesimpulannya keputusan pilihan raya umum, PRK Kuala Besut dan baru-baru ini di Sungai Limau telah menyaksikan penolakan ahli dan penyokong parti itu sehingga menyebabkan Pas mula sedar dan insaf. Tahaluf Siyasi yang diadakan dengan DAP dan pengaruh Anwar di dalam Pas telah menyebabkan parti yang kononnya memperjuangkan Islam itu semakin di tinggalkan.

Oleh yang demikian, jalan terbaik untuk menarik kembali sokongan ahli dan penyokong mereka, Pas perlu menjalankan satu gerakan pembersihan dengan menyingkirkan semua proksi DAP dan pengaruh Anwar bagi memastikan parti itu terus relevan.

TAKDIR Allah SWT letakkan PAS menerajui Selangor tetapi PAS masih nak ENGKAR?





ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..



Terus-terang KATAlah, GELARan Lebai-Lebai DUNGU PAS akan KEKAL untuk seLAMA-LAMAnya jika mereka menolak MB GAGAP sebagai MB Selangor.. Ini kerana MB GAGAP ini secara TIDAK langsung sebenarnya telah pun memBERI KUASA kepada PAS sebagai KERAJAAN Selangor melalui 4 EXCO PARTI ini yang diKEKALkan.. 






Dengan KATA lain, PAS sudah boleh menentukan hala tuju NEGERI yang paling KAYA di NEGARA ini.. Jika MB GAGAP menyertai PAS pulak, maka secara TIDAK langsung PAS sudah berKUASA sePENUHnya di Selangor? Malah, SOKONGan 12 ADUN UMNO jugak memBAYANGkan bahawa PAS sudah boleh memerintah Selangor tanpa SEKUTUnya iaitu PKR dan DAP La'anatullah yang buat SERABUT!



Oleh itu, sangatlah BODOH lagi DUNGUnya Lebai-Lebai PAS jika mereka menurut KATA-KATA si pengKHALWAT yang menjadik Timbalan PRESIDEN itu..



"Sekurang-kurangnya selama seminggu Selangor akan diperintah Khalid (Ahli Dewan Undangan Negeri Bebas), PAS dan BN sehinggalah PAS membuat keputusan pada 17 Ogos ini. PKR dan DAP sudah membuat pendirian jelas menolak Khalid, PAS sahaja yang belum.




PAS patut memperSETANkan aje KATA-KATA si pengKHALWAT itu yang sudah sekian LAMA memBUNCITkan PERUTnya dengan DANA-DANA HARAM daripada DAP La'anatullah dan PKR.. Malah sebelum ini pun dia sanggup mengHINA PRESIDEN PAS sendiri dengan meNAFIkan HAK berSUARA PRESIDEN seperti ini..



Sebaliknya, PAS kena FIKIR jika DAP La'anatullah berada pada keDUDUKan PAS ketika ini, apakah mereka akan meLEPASkan PELUANG sebegini BAIK? Walaupun para 'AH-Beng' dan KIASU tak boleh jadik MB kerana SYARATnya yang memerlukan seseorang Melayu berAGAMA ISLAM, tak mustahil DAP La'anatullah akan CARI seorang lagi 'DIYANA Sofea' untuk tujuan ini.. Jika itu berlaku, tak ke BODOHnya PAS pasal menjadi seperti HIKAYAT Lebai MALANG?



PAS TIDAK perlu pun menunggu 17 Ogos untuk membuat KEPUTUSAN.. Pok Nik pun sudah beri LAMPU HIJAU, apa lagi yang nak diTUNGGU? Pok Nik yang dah PENCEN pun SEDAR bahawa inilah PELUANG untuk PAS berKUASA di Selangor.. Kalau PAS mengekalkan STATUS seperti sebelum ini, PAS hanya menjadik penCACAI kepada PKR dan DAP La'anatullah dalam Kerajaan NEGERI Selangor.. PAS langsung TIDAK akan diBERI PELUANG untuk 'LEAD' atau mengetuai dalam mengGUBAL sesuatu DASAR.. SEMUA kena turut orang aje.. Walhal bukan tak ada mereka yang PANDAI dalam PAS tapi yang berKHALWAT jugak diangkatnya!


RUGI ke jika PAS memperSETANkan Timbalan PRESIDEN mereka dalam KRISIS di Selangor ketika ini? Apa yang 'SPECIAL'nya pada manusia yang memPUNYAi REKOD RAKAMan perBUALan SEKS dalam TELEFON ini? Sedangkan PAS sendiri mempunyai RAMAI mereka yang berPENDIDIKan PhD dalam PARTI? Malah, ada yang lebih HEBAT daripada BUDAK 'OX-Bridge' yang diBANGGAkan oleh UMNO! Inilah RUGInya PAS selama ini kerana yang diangkat mereka dalam kePIMPINan PARTI ialah KAKI KHALWAT, KLON Kassim PENTALON dalam FILEM 3 ABDUL dan bekas penolak TROLI di 'AIRPORT' yang takde SIJIL SPM pun? Wallahualam..


AMUKANMELAYU - Kejujuran dan Kebijaksanaan sering terperangkap dengan TIPU MUSLIHAT yang licik, kecuali Allah melindungi mereka yang BERIMAN berjuang kerana ALLAH