,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Wednesday 20 August 2014

KUASA DAN SEX - ADAKAH INI PEMIMPIN ISLAM?




Nampak simbol BOLA PINGPONG sila buat U TURN.
ARKIB : 06/06/2011

Video seks: Hadi berdolak-dalik


Datuk Seri Abdul Hadi Awang


KUALA LUMPUR 5 Jun - Pas terus berdolak-dalik dalam soal rakaman video seks yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila menganggap video tidak boleh menjadi saksi kerana tiada mata dan telinga.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, video meskipun memaparkan aksi seks, tidak lebih hanya sebuah besi sedangkan Islam berpegang kepada konsep empat saksi.

“Kita berpegang kepada konsep empat saksi yang adil dalam kes zina dan liwat. Video tidak boleh jadi saksi kerana video ini besi, dia tiada mata dan telinga. Kalau kes khalwat dengan wanita dan lelaki, ada saksi dia dan yang boleh selesaikan kes ini adalah syariat Islam,” katanya semasa menyampaikan ucapan penangguhan Muktamar Pas Ke-57 di sini, hari ini. Mengulas lanjut skandal tersebut, Abdul Hadi bagaimanapun menasihatkan kepada semua ahli Pas supaya jangan terlalu beremosi, sebaliknya perlu berdepan dengan ‘fitnah’ itu secara berilmu.

Dalam pada itu, Presiden Pas tersebut sekali lagi terpaksa ‘bersilat’ untuk menyakinkan ahli Pas bahawa barisan kepimpinan baru parti itu bukan kumpulan yang menyokong Anwar. Langkah itu terpaksa dibuat secara berterusan oleh Abdul Hadi, memandangkan penjelasannya semalam gagal menghentikan tafsiran pelbagai pihak bahawa pengaruh Anwar semakin mencengkam Pas.

“Ada yang mengatakan bahawa kepimpinan baru ini adalah kumpulan erdogan (pro Anwar). Saya katakan ini bukan kumpulan erdogan. Ini kumpulan Nik Abdul Aziz (Datuk) dan Abdul Hadi Awang. “Saya mengucapkan tahniah kepada rakan-rakan yang dipilih, saudara perwakilan telah melakukan pemilihan yang sangat bijak,” jelasnya. Sementara itu, dalam usaha yang dilihat cuba untuk meredakan kebimbangan golongan ulama selepas kumpulan pro Anwar menguasai pucuk pimpinan Pas, Abdul Hadi berkata, calon yang tewas akan turut diberi tempat.

Katanya perlembagaan parti membenarkan enam Ahli Jawatankuasa (AJK) Pusat, empat Anggota Dewan Ulama dan 14 pesuruhjaya dilantik daripada calon yang kalah bagi turut sama berperanan di peringkat pusat.
Sebagai rekod, semua calon ulama tewas dalam perebutan jawatan Timbalan dan Naib Presiden, manakala daripada 18 anggota AJK Pusat hanya lapan sahaja mampu diisi oleh wakil ulama. - Utusan Melayu (M) Bhd
 
Sejak dari kenyataan ini dan seterusnya.....banyak lagi kesilapan TGHH, tabahan pula bila Tok Guru di muliakan bagaikan Pemimpin Sekular yang lain.........

Kenyataan TGHH mengatasi PAKAR


APISOD AWAL(PENGENALAN)

 






EPISOD 1
 

EPISOD 2

 

EPISOD 3



 EPISOD 4

  

EPISOD 5

  

EPISOD 6



EPISOD 7
  

EPISOD 8




KATA ANWAR
“Sekarang, Umno sedang bertungkus-lumus untuk menghalang peguam-peguam saya dari menyebut tentang keterlibatan Najib (Razak) dalam konspirasi ini,” katanya.
Sedangkan, kata Anwar, dalamnya daripada kandang tertuduh, beliau menyebut bahawa keseluruhan proses itu “konspirasi” Perdana Menteri Datuk Sri Najib Razak.
Ia juga didakwa bertujuan menghapuskannya daripada persada politik dengan “cuba memasukkan ke dalam penjara” , menurut kenyataan Anwar itu lagi.
“Kenapakah ia satu kesalahan untuk peguam saya menyebut perkara yang akan menjadi dasar pembelaan saya dalam rayuan kes Fitnah 2? ”


Bila kena kopi ngan karipap pusing semuanya baik belaka. Apasal ngko tak tumbuk jer Najib semasa duk minum kopi ni? Kamu sedap-sedap menghirup kopi yang di tanam oleh Mak Tua Kg. Chepor selepas kamu laga-lagakan rakyat supaya berpecah dengan dasar kamu....Ingat, kamu bertiga(termasuk PAS)....akan di dakwa di akhirat kelak kerana membiarkan Islamelayu menjadi hancur kerana KEGILAAN Kuasa yang ada pada kamu.....
Mahkamah Persekutuan menetapkan tarikh 28 dan 29 Oktober 2014 sebagai tarikh rayuan Anwar untuk mengenepikan sabitan dan hukuman bagi tuduhan Liwat II dan rayuan balas pihak pendakwa untuk menambah hukuman itu.

Tarikh baru ini diberi kerana Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa peguam beliau, Sulaiman Abdullah cuti sakit sehingga 13 Oktober 2014.

Namun petang ini, Anwar mendakwa Umno cuba mengganggu proses rayuan terhadap sabitan kes liwatnya di Mahkamah Persekutuan dengan dengan menyerang peguamnya. Katanya, sejak ditetapkan tarikh rayuan, Umno melalui bahagian-bahagiannya di seluruh negara membuat beratus-ratus laporan polis terhadap N Surendran (bawah) dan rencana di akhbar mahukan tindakan serta-merta terhadapnya.




AMUKANMELAYU - KUASA, HARTA dan WANITA......banyak negara tersungkur kerananya...