,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Monday 18 August 2014

BUBUQ SYURO MAJLIS SYURA BETABUQ DEKAT U TURN ISTANA RAJO


Nak U Turn kat mana ni?
KENYATAAN AWAL MAJLIS SYURA ULAMAK PAS

Merujuk kepada Fasal 3 Perlembagaan PAS, bahawa dasar PAS ialah Islam, dan Fasal 6(2) bahawa antara usaha PAS adalah “memperjuangkan Islam sebagai aqidah dan syariat serta menjadikannya sebagai panduan berpolitik dan bernegara” ,
Maka, Majlis Syura Ulamak PAS yang telah bersidang pada 9 Syawal 1435 bersamaan 6 Ogos 2014 di Kota Bharu telah membuat keputusan berasaskan hukum syarak dan melihat kepentingan rakyat yang mesti mendahului kepentingan individu dan parti seperti berikut:


“Bahawa jawatan Menteri Besar Selangor adalah hak bersama yang telah dipersetujui oleh ketiga-tiga parti komponen Pakatan Rakyat untuk meneruskan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar di Selangor bagi penggal kedua selepas Pilihanraya Umum ke-13. Maka selagi tidak disabitkan sebarang pelanggaran terhadap amanah yang mewajarkan Menteri Besar itu digugurkan, Majlis Syura Ulamak PAS memutuskan untuk mengekalkan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.
Jika sekiranya ada pertuduhan yang disabitkan bersalah kemudiannya oleh pihak yang berautoriti seperti SPRM atau Mahkamah maka Majlis Syura Ulamak bersedia untuk menilai kembali kedudukan beliau.
Majlis Syura Ulamak menegaskan sekali lagi bahawa PAS akan tetap istiqamah dengan dasar dan prinsip perjuangan Islam sebagaimana yang termaktub di dalam perlembagaannya dan terus memberi komitmen bersama Pakatan Rakyat ."

Datuk Bentara Setia Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat
Al-Mursyidul Am, Parti Islam Se-Malaysia

Datuk Dr Haron Din
Timbalan Al-Mursyidul Am, Parti Islam Se-Malaysia

U-TURN. MAJLIS SYURA ULAMA TERDIAM DISERGAH MAT SABU!!!


KEMELUT krisis MB Selangor semakin hampir dihujung penamatnya apabila PAS semalam membuat keputusan bersetuju untuk mengangkat Azizah sebagai Menteri Besar yang baru bersama satu lagi calon LELAKI, Azmin Ali.
Seperti yang dijangka juga, Azmin Ali terus menarik diri daripada dicalonkan sebagai MB kerana menghormati keputusan Anwar agar impian Anwar supaya Azizah sebagai MB tercapai.
Kalau sebelum ini PAS berkeras melalui Majlis Syura Ulama mahukan Khalid Ibrahim kekal sebagai MB, namun semalam dalam Mesyuarat AJK PAS Pusat mereka terpaksa berdiam diri kerana puak anwarisme sudah meresap dalam Pas yang menyarankan agar Majlis Syura Ulama ikut keputusan majoriti Pas.
Apa nak dihairankan apabila Pas tiba-tiba boleh buat pusingan 'U-Turn' dalam keputusan MSU.
Dari dulu sejak bergabung dengan Pkr dan Dap keputusan yang dibuat tidak lagi mengikut acuan MSU.
MSU hanyalah sebagai penumpang. MSU terpaksa akur dengan keputusan pimpinan PAS yang sudah hilang serban dan jubahnya. PAS kini ditadbir oleh golongan liberal.
Tidak menghairankan kalau selepas ini akan ada banyak lagi pusingan U yang berlaku.

Nik Aziz u turn ,sokong keputusan Pas Pusat



 

unnamedNik Abdul Aziz Nik Mat hari ini telah menyatakan sokongan tidak berbelah bahaginya terhadap keputusan Pas Pusat yang menamakan Wan Azizah dan Azmin ali sebagai calon MB Selangor.

Kenyataannya dibuat selepas perjumpaan dengan Hadi Awang dan Mustafa Ali pagi tadi.

Sebelum ini Nik Aziz telah menyatakan sokongannya kepada Khalid Ibrahim sebagai MB Selangor.
Mesyuarat pimpinan Pakatan Rakyat semalam bagaimanapun telah menamakan Wan Azizah sebagai calon tunggal MB Selangor.


KENYATAAN AKHBAR ISTANA.

  

DYMM Sultan Selangor hanya akan menerima penghadapan Khalid Ibrahim apabila baginda sudah berada dalam negara.

Anwar Ibrahim dan Wan Azizah semakin resah  memandangkan DYMM Sultan Selangor langsung tidak memberikan petunjuk yang baik untuk Khalid turun dari kuasa dan menyerahkan kuasa di Selangor kepada Azizah@Anwar Ibrahim dan PKR.

Jelas kelihatan DYMM Sultan Selangor mahu mengajar Anwar Ibrahim bahawa Selangor berada di bawah kuasa baginda dan Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng selaku orang luar sebenarnya hanyalah tukang penyibuk yang cuba merampas kuasa DYMM Sultan Selangor yang merupakan Duli Yang Di-Pertuan Negeri Selangor!




AMUKANMELAYU - Jangan ingat Tuanku tidak memerhatikan apa yang berlaku di luar pagar Istana.  Dah lama Tuanku menurunkan Amanah kepada Ahli Politik untuk mengurus TADBIR Negeri.....janganlah lupa pada yang Esa....