,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Tuesday, 26 November 2013

KURANG AJAR - SUDAH PUAS MENCEROBOH KINI SINGAPURA MELAKUKAN RISIKAN KE ATAS MALAYSIA


Selepas Jet Pejuang Singapura Ceroboh Malaysia 2,508 Kali - Ahmad Zahid


OLAK LEMPIT, Selasa 22 Muharram 1435 = 26hb November 2013 di petik dari mStar Online (Isnin Jun 20, 2011), Sebanyak 2,508 pergerakan pesawat tentera udara Singapura dikesan menceroboh ruang udara negara sejak tahun 2008, kata  Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Katanya Malaysia telah mengemukakan bantahan diplomatik terhadap pencerobohan tersebut oleh pesawat udara republik itu.

Menurutnya setiap pergerakan pesawat tentera udara Singapura yang mencurigakan dipantau dengan menggunakan kelengkapan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan juga kelengkapan Jabatan Penerbangan Awam Malaysia.

"Pada tahun ini sahaja(2011) iaitu sehingga bulan Mei, sebanyak 19 pergerakan pesawat (menceroboh) dikesan dengan purata sebanyak empat pergerakan pesawat sebulan," katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) di Dewan Rakyat hari ini.

Katanya sebanyak 985 pergerakan pesawat Singapura dikesan pada tahun 2008, 1,286 pergerakan (2009) dan 218 pergerakan pesawat (2010). Beliau juga berkata bantahan tersebut bermula setelah Mahkamah Keadilan Antarabangsa memutuskan hak kedaulatan ke atas Pulau Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan pada 23 Mei 2008.

Siasatan Menyeluruh Kegiatan Intip Malaysia – Anifah

Hari ini Anifah Aman mengaran Kuasa Usaha Singapura mengadap kerana "Singapura di dapati melakukan kerja-kerja RISIKAN ke atas Malaysia.

Singapura melakukan RISIKAN ke atas Malaysia.
 Malaysia akan meminta klarifikasi dari Singapura atas tuduhan-tuduhan negara kota itu telah memainkan peran dalam memfasilitasi melakukan kerja-kerja RISIKAN ke atas Malaysia.

Kementerian Luar Negeri Malaysia mengatakan akan memanggil Duta Besar Singapura untuk meminta penjelasan tentang kegiatan yang tidak bertanggung jawab ini.

Dokumen-dokumen rahasia yang dibocorkan oleh mantan kontraktor NSA Edward Snowden mengisyaratkan Singapura telah membantu jaringan PERISIKAN yang dipimpin AS mengenai komunikasi asing, dengan Malaysia menjadi salah satu targetnya, kata laporan-laporan media terbaru.

Malaysia telah menyuarakan keprihatinan atas laporan sebelumnya Amerika Serikat (AS) dan Australia menyadap Malaysia dari misi diplomatik mereka.

"Pihak berwenang Malaysia kini menyelidiki secara menyeluruh laporan-laporan media terbaru tentang keterlibatan negara-negara lain, khususnya Singapura, dalam kegiatan RISIKAN terhadap Malaysia," kata Kementerian Luar Negeri Malaysia dalam pernyataannya.

"Ini tidak boleh dibiarkan. Melakukan kerja-kerja RISIKAN teman dan tetangga yang baik  tidak dapat diterima dan bertentangan dengan semangat sejati serta komitmen untuk hubungan bertetangga yang baik," jelas Kementerian Luar Negeri Malaysia. (Antara)


Anidah Berang dengan Singapura
Pihak berkuasa Malaysia sedang menyiasat secara menyeluruh mengenai laporan terkini media berhubung dakwaan pembabitan negara lain, terutama Singapura, dalam kegiatan mengintip Malaysia. Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata kerajaan sangat bimbang mengenai laporan dakwaan pengintipan oleh beberapa negara terhadap Malaysia.

Katanya jika dakwaan terbabit dapat dibuktikan, Malaysia sudah pasti menganggap perkara itu sebagai suatu yang sangat serius yang ditolak dan dikecam keras oleh kerajaan.
Kementerian akan memanggil pesuruhjaya tinggi Singapura esok untuk mendapat penjelasan berhubung dakwaan itu, katanya dalam kenyataan di sini.

“Keselamatan dan kedaulatan Malaysia menjadi perkara paling utama kepada kerajaan. Apatah lagi kegiatan mengintip terhadap kawan baik dan jiran yang sudah pasti tidak dapat diterima dan bertentangan dengan semangat dan komitmen dalam hubungan berjiran,” kata Anifah.
Anifah menegaskan hubungan Malaysia dan Singapura pada masa ini adalah teguh dan saling memberi manfaat, seperti yang dicerminkan menerusi hubungan baik antara kedua-dua perdana menteri dan perluasan bidang kerjasama.

Sebuah portal berita melaporkan mengenai dokumen rahsia yang dibocorkan oleh pemberi maklumat Amerika Syarikat, Edward Snowden, mendedahkan bahawa Singapura membantu kumpulan perisikan yang didakwa terbabit dalam aktiviti mengintip di Malaysia.

- Bernama -

AMUKANMELAYU - Putuskan dulu hubungan PERDAGANGAN dengan Singapura. Kita lihat siapa yang memerlukan siapa. Sudah sampai masanya Malaysia SEDIKIT KERAS dengan Singapura. Penulis amat berharap sesekali KEMENTERIAN LUAR dapat bertindak tegas dan berani.