,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Saturday 16 November 2013

Pemilihan Timbalan Presiden PAS - KAFIRUN CHEAKMATE ULAMAK PAS


Pemilihan Timbalan Presiden PAS, 

Antara Sunnah Lawan Syiah - Yang Menang KAFIRUN.


OLAK LEMPIT, SABTU 12 Muharram 1435 = 16hb November 2013. Pemilihan untuk jawatan timbalan presiden pas makin hangat, antara calon Ahli Sunnah nik amar lawan calon syiah mat sabu, agak-agak korang siapa yang perwakilan pas akan pilih.?
Pertandingan merebut jawatan timbalan presiden kali ini cukup menarik, ia akan menentukan nasib pas, sama ada pas kekal sebagai sebuah parti Ahli sunnah atau pas akan menjadi sebuah parti syiah yang akan bersekongkol dengan puak-puak liberal dalam pakatan...
Seperti yang pernah penulis jelas dalam entry-entry yang lalu, gaya Politik Melayu PAS tidak mampu untuk mengunci pergerakan kafirun, sebaliknya PAS yang leka dengan DEWAN HIMPUNAN PENYOKONG PAS akhirnya telah memerangkap ULAMAK dan PERJUANGAN ASAL PAS. 
Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS, Hu Pang Chow yang merupakan bekas guru berusia 58 tahun menjadi salah seorang ahli bukan Islam dalam PAS
berkata:

"Jika Golongan Ulamak Menguasai Pas, Penyokong Bukan Islam Akan Menolak Pas" 

Sekarang beliau dah mampu tersenyum apabila sokongan dalam kalangan orang bukan Islam terhadap parti itu meningkat selepas pilihan raya umum 2008 yang dianggapnya sebagai menggambarkan dasar PAS yang lebih terbuka.
 “Mereka (ahli PAS) tahu saya masih makan ‘bak kut teh’ (daging babi salai). Tetapi kami menghormati antara satu sama lain.

Umat Islam Mengikuti Jejak Langkah Yahudi Dan Nasrani

Peristiwa Akhir Zaman, Hadis 5
HADITH RIWAYAT MUSLIM


Ertinya:
Daripada Abu Sa’id al-Khudri r.a berkata, “Rasulullah S.A.W bersabda, “Kamu akan mengikut jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka.”
Para sahabat bertanya, “Ya Rasulullah, apakah Yahudi dan Nasrani yang Engkau maksudkan?” Nabi S.A.W menjawab, “Siapa lagi kalau bukan mereka?”
Hadith riwayat Muslim.

From Abu Sa’id al-Khudri reported that, “The Prophet said,” You will follow the footsteps of the nations before you, span by span, cubit by cubit until if they entered a lizard’s hole you would follow them too. ”
The companions asked, “O Messenger of Allah, the Jews and the Christians that you mean?” The Prophet said, “Who else if not them?”
Hadith narrated by Muslim.

Keterangan:
Umat Islam akan mengikuti jejak langkah ataupun gaya hidup orang-orang Yahudi dan Nasrani sehinggakan dalam urusan yang kecil dan perkara yang tidak munasabah. Contohnya; seandainya orang Yahudi dan Nasrani masuk ke lubang biawak yang kotor dan sempit sekalipun, orang Islam akan terus mengikuti mereka. 

Pada masakini kita dapat menyaksikan sendiri kenyataan sabdaan Rasulullah S.A.W ini. Ramai orang Islam yang kehilangan pegangan di dalam kehidupan. Mereka banyak meniru ‘cara hidup’ Yahudi dan Nasrani sama ada secara sedar atau tidak. Ramai orang Islam yang telah terperangkap dengan tipu helah Yahudi dan Nasrani malah ramai pula di kalangan kita yang menjadi alat dan tali barut mereka.

Ya Allah, selamatkanlah kami daripada mereka!

Ada Karisma jika di bandingkan dengan Mat Sabu
 Di petik dari mynewshub Perang pemilihan di MUKTAMAR PAS kini sudah bermula antara kumpulan fundamental dan liberal bagi pemilihan PAS yang akan diadakan tidak lama lagi setelah senarai calon bertanding telah dikeluarkan.

Jawatan Timbalan Presiden menunjukkan penyandang, Mohamad Sabu yang juga dikenali sebagai Mat Sabu dicabar oleh Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah – penentu arah tuju PAS bergantung kepada pemenang bagi jawatan ini.

‘Perang’ yang sama juga dapat dilihat bagi jawatan Naib Presiden dimana tiga penyandang, Datuk Husam Musa, Datuk Mahfuz Omar dan Sallehuddin Ayub dicabar oleh anggota fundamental iaitu Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan ahli Dewan Ulama PAS, Abu Bakar Chik.

PAS sememangnya telah lama dicemari dengan jurang antara kumpulan veteran fundamental serta kumpulan liberal di mana kedua-dua kumpulan sering cuba untuk membawa arah tuju parti menurut apa yang mereka mahukan, hinggakan ahli parti sendiri berpecah-belah dan masing-masing mula mengikut kumpulan mereka sendiri.

Kumpulan fundamental masih lagi mengutamakan perjuangan utama PAS dengan objektif untuk menubuhkan negara Islam serta perlaksanaan hudud. Liberal pula, mereka lebih berminat untuk menang pilihanraya umum (PRU) dan menguasai Putrajaya.
Parti Islam ini telah bekerjasama di samping DAP sejak era 80-an bagi setiap PRU namun kerjasama ini hanya sekadar untuk nama – meletakkan calon di kawasan berdasarkan pada majoriti kaum di mana mereka tidak pernah mempersoalkan tentang falsafah mahupun konsep kerjasama yang dibuat.
Bagaimanapun, PAS terpaksa menghadapi situasi sukar apabila Parti Keadilan Rakyat (PKR) mula ‘bertandang’ di mana prinsip asas PAS beberapa kali diuji dan ‘dicabar’ yang akhirnya meletakkan PAS dalam situasi sukar.
Hanya karton

Dalam keadaan ini, pemimpin-pemimpin PAS sering ‘bertarik-tali’ dengan kumpulan liberal yang menyatakan sokongan mereka kepada PKR dan DAP terhadap beberapa isu sensitif yang berkaitan dengan Islam sementara kumpulan fundamental masih teguh dengan pendirian mereka, membantah kenyataan yang dibuat oleh kumpulan liberal.

Namun, segalanya mungkin akan berakhir pada pemilihan parti kali ini apabila kedua-dua kumpulan telah mengenengahkan calon mereka untuk dipilih oleh perwakilan parti bagi menentukan siapa yang bakal memimpin PAS.

Memandangkan jawatan Presiden PAS tidak dicabar yang menyaksikan Datuk Seri Abdul Hadi Awang menang tanpa bertanding, jawatan Timbalan Presiden dan tiga kerusi Naib Presiden kini menjadi fokus utama yang bakal menentukan fahaman mana yang akan memimpin arah tuju parti.

Hanya ini QUALITY yang ada untuk PELAPIS Ulamak PAS
Penyandang Timbalan Presiden, Mat Sabu yang dipercayai mempunyai hubungan rapat bersama Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan juga dilabel sebagai seorang liberal, akan dicabar oleh anggota fundamental, Mohd Amar yang pernah menentang Mat Sabu dan Husam yang mahu ahli parti supaya menyokong salah satu daripada demonstrasi Anwar, Black Out 505 Mei lalu.
Pemilihan kali ini bakal menyaksikan perang antara liberal dan fundamental yang akan diundi oleh lebih kurang 2,000 perwakilan parti.

Bagi jawatan Naib Presiden, tiga penyandang akan dicabar oleh dua anggota fundamental yang amat dikenali oleh perwakilan parti berkaitan dengan perjuangan mereka selain sumbangan yang mereka berikan pada PAS.

Tidak boleh dianggap sebagai sesuatu yang remeh, perwakilan parti bagi pemilihan PAS kali ini adalah penentu bagi arah tuju kepimpinan PAS. Adakah liberal atau fundamental?

Jika Golongan Ulamak Menguasai Pas Penyokong Bukan Islam Akan Menolak Pas - Hu Pang Chow


Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS, Hu Pang Chow pada mulanya disifatkan sebagai seorang individu ‘gila’ oleh rakan-rakannya selepas dia membuat keputusan menyertai parti itu.

Hu yang merupakan bekas guru berusia 58 tahun menjadi salah seorang ahli bukan Islam dalam PAS.

“Mulanya kawan-kawan saya tidak percaya saya mahu menyertai PAS. Malah mereka berkata saya bodoh dan akan menjadi anjing suruhan untuk parti. Tetapi saya sahut cabaran itu,” kata Hu.

Namun, beliau mampu tersenyum apabila sokongan dalam kalangan orang bukan Islam terhadap parti itu meningkat selepas pilihan raya umum 2008 yang dianggapnya sebagai menggambarkan dasar PAS yang lebih terbuka.

“Dalam negara berbilang kaum, kita harus belajar untuk memahami hidup antara satu sama lain. Segalanya mengenai sikap saling menghormati,” katanya.

Beliau berkata, itu merupakan faktor utama mengapa dia terus kekal menyokong PAS.

“Mereka (ahli PAS) tahu saya masih makan ‘bak kut teh’ (daging babi salai). Tetapi kami menghormati antara satu sama lain.


Walaupun Hu mempunyai hubungan kuat dengan parti itu, Hu masih tidak mempercayai keberkesanan perlaksanaan mana-mana undang-undang jenayah termasuk hudud yang menjadi agenda utama perjuangan PAS. Hu Pernah mengugut akan meninggalkan Pas jika parti itu melaksanakan hukum hudud.

“Saya tidak percaya hukuman yang boleh menghentikan kegiatan jenayah termasuk hudud. Perkara utama untuk menangani jenayah adalah untuk mengenal pasti mengapa orang terlibat dengan jenayah,” katanya.

Beliau berkata, undang-undang sivil sedia ada dan cadangan undang-undang jenayah syariah lebih ke arah menghukum tanpa mengenal pasti punca di sebalik kegiatan jenayah itu dilakukan.

“Pada pendapat saya, perkara paling penting adalah untuk mendidik, memberi penjelasan dan mencegah. Tetapi sistem sedia ada bertujuan untuk menghukum anda,” katanya.

Pada pemilihan Pas yang dijadualkan pada 22 November ini, Hu berkata, orang bukan Islam akan menolak parti itu sekiranya ia dikuasai oleh kumpulan ulama.

“Pada pandangan orang bukan Islam, kami ingin melihat kombinasi antara golongan ulama dan profesional dalam senarai baharu pucuk pimpinan parti itu.

“Jika presiden sudah terdiri daripada kumpulan ulama, kami ingin melihat golongan bukan ulama memegang jawatan Timbalan Presiden,” katanya 
 



AMUKANMELAYU - Berdasarkan kepada KECERAMUKAN hala tuju PAS sekarang inilah Karpal Singh mahu PAS dibubarkan  atau buka ke Ahlian ke pada semua kaum.