,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Monday 25 November 2013

PAS GANTI UMNO - PAS MENGGIGIT JARI BILA UMNO MENGGANTIKAN PAS TANPA MENINGGALKAN PUTRAJAYA





PAS ganti Umno, Umno ganti PAS 

OLAK LEMPIT, Isnin 21 Muharram 1435 = 25hb November 2013, Bermula pada  6 Jun 2011 Wira Arjuna dalam Malaysiakini meramalkan PAS akan melakukan perubahan yang amat dratik dan kini PAS dilihat semakin bergerak ke tengah dalam spektrum ideologi, berubah menjadi semakin liberal dan inklusif.

Walaupun kenyataan ini masih tertakluk kepada perjalanan sejarah yang panjang, ia satu akibat yang semakin boleh dibayangkan dan difikirkan.

Agamawan dalam PAS masih mempunyai pengaruh yang kuat di peringkat akar umbi, dan dijangka akan memberikan respons kepada hasil pemilihan yang baru berlangsung. Walau bagaimanapun, dalam sejarah panjang kedua-dua parti PAS dan Umno, dapat diperhatikan perubahan pendekatan dan haluan parti-parti mewakili Melayu-Muslim utama di negara ini.
HIJAU ke PUTRAJAYA - PAS GANTI UMNO

Berbanding tahun-tahun 1980-an, PAS kini sudah jauh berubah daripada garis keras dan sikap kurang menerima realiti plural masyarakat dan pengundi negara ini.

Dari satu sudut, PAS dilihat semakin berhikmah dalam menyampaikan mesej Islam, tetapi pada sudut lain, PAS dilihat semakin tunduk kepada keperluan politik pragmatik, terutama melibatkan sokongan dalam pilihan raya.

Kenyataan ini juga masih boleh diperdebatkan, tetapi semakin mudah diakui oleh ahli-ahli dan pemerhati parti Islam ini.

Di seberang lain, Umno kini, sama ada benar atau salah, semakin mengambil isu-isu Islam sebagai bahan kempen, dan semakin mengambil berat hal ehwal berkaitan masyarakat Melayu-Muslim yang sebelum ini dikuasai PAS dan diabaikan parti etnonasionalis itu.

Sebagai bahan kempen untuk pilihan raya umum akan datang, keprihatinan ditunjukkan oleh Umno dalam hal Melayu-Muslim berpotensi memberi manfaat kepadanya.

Sama ada berdasarkan sebab pragmatisme atau kesedaran sebenar, Umno semakin dekat dengan isu-isu yang sebelum ini berada dalam domain eksklusif PAS.

Walaupun berdepan cabaran komponen yang lebih asertif dan kuat menentang elemen Islam, Umno dilihat semakin terdorong untuk mengambil haluan yang lebih dekat dengan beberapa isu dasar Islam. Pilihan-pilihan yang dibuat berdasarkan keperluan semasa itu, akhirnya, berpotensi pula menjadi antara ciri penting parti-parti terbabit, dan mengubah kedudukan kedua-dua parti itu dalam lanskap politik tempatan. "DENYUT NADI RAKYAT" perlu di dengari adalah SLOGAN Najib yang membawa UMNO kembali DOMINAN dengan WADAH PERJUANGAN MELAYU tanpa mengambil HAK Orang.

Janji UMNO untuk membantu Melayu dengan melihat kepada REALITI yang kaum lain telah jauh kehadapan membuatkan PERJUANGAN UMNO itu terus BERTEMPAT di hati Melayu setelah di tinggalkan oleh PAS,  sedangkan dalam perjuangkan PAS dengan Idealogi barunya dalam PAKATAN RAKYAT adalah kesamarataan akan membuat HAK Melayu terus di beri kepada Kaum Lain sedangkan HAK Mereka terus berada dalam tangan mereka. Ini menjadikan Melayu akan tersisih di Tanah Airnya sendiri dan Perjuangan PAS ini bagaikan MENYOROT 30 tahun ke belakang.



UMNO ganti PAS sudah hampir

Akibatnya, PAS berpotensi menjadi lebih pragmatik, manakala Umno menjadi lebih lantang bersuara dalam beberapa hal ehwal Islam. Malah HUDUD yang selama ini di KAWAL oleh PAS di lihat sangat bermanafaat di jadikan sebagai "MODAL KEMPEN" juga sudah berani UMNO bersuara untuk melaksanakannya. Lihat FB "Sinar Harian" pada 3 July 2012 di bawah ini.


Sinar Harian · 547,946 like this.
3 July 2012 at 08:24 ·
Ayub cadang Johor terajui hukum hudud #SHPolitik
 
Ayub cadang Johor terajui hukum hudud


 Dengan "like sebanyak 547, 946 bukanlah satu jumlah yang sedikit. UMNO yang dulunya di lihat sudah tidak RELEVAN lagi kepada Orang Melayu seperti yang di canangkan oleh PAS, tiba-tiba menjadi dahan tempat BERPAUT oleh orang Melayu dan Rakyat Malaysia.

Bilangan kerusi UMNO pada  PRU Ke 12 adalah 79 kerusi dan kini menjadi 88 kerusi, berlaku penambahan 9 kerusi berbanding  PAS 21 kerusi sedangkan pada PRU Ke 12 PAS menang dengan 24 kerusi, berti PAS mengalami kemerosotan 3 kerusi.


Ini adalah realiti. Dengan PAS 21 kerusi sedangkan UMNO 88 kerusi, bagaimana PAS hendak menggantikan UMNO? Maaf kalau penulis mengatakan PAS bagaikan bermimpi di sianghari dan Warisan angan-angan Mat Jenin kini di warisi oleh PAS. Terlalu pahit untuk di telan. 

UMNO pada suatu ketika menghulurkan tangan tanda persepakatan dan bermaafan amat memerlukan PAS sebagai sahabat dunia dan akhirat. PAS dengan sombong "Menepis" tangan yang di hulurkan UMNO. Sebaliknya PAS lebih rela "Makan Babi dengan Lim Guan Eng dari makan ayam bersama Najib". Sedih dan sayu UMNO berlalu pergi membawa diri "mungkin di ketika itu Muhyiddin menangis mengenangkan nasib bangsa bagaikan TELUR Di HUJUNG TANDUK".......

Pemuda PAS tolak usul kepimpinan ulama



PENOLAKAN USUL "mempertahankan kepimpinan ulama atas alasan teknikal" oleh Pemuda PAS dalam MUKTAMAR PAS 2013 bagi penulis merupakan satu Titik Hitam tanda PAS sedang mengalami perubahan yang mungkin amat merugikannya dan Perjuangannya malah juga kepada Islamelayu. 

Pengerusi tetap Muktamar Pemuda PAS, Misbahul Munir menyatakan usul tersebut ditolak kerana bertentangan dengan perlembagaan parti serta kurang jelas dan perlu diperbaiki sebelum diterima sebagai usul.

"Ini tak bermakna Pemuda PAS tolak ulama, kalau media lapor (itu) kami saman," seloroh beliau ketika menyatakan keputusan tersebut. Selorh ini bukannya dapat mengembalikan PEMIKIRAN yang telah di momokan dengan "KEGILAAN KE PUTRAJAYA"......

Sejurus sebelum keputusan tersebut, usul Zuraimi Abd Karim (Gombak) itu menimbulkan perdebatan hangat di kalangan perwakilan muktamar sehingga perlu melakukan undian berbelah bahagi setelah undi rawak menunjukkan jumlah hampir sama.

Zuraimi menyatakan usul tersebut dipilih kerana banyak serangan ke atas golongan ulama masa ini.

Bagaimanapun hujah Zuraimi dibantah oleh Sheikh Umar Ali (Kluang) dan Fakrulrozi Hasan (Lumut) yang menyatakan usul tersebut kurang jelas dan mempunyai agenda orang tertentu.

Haris Alimudin (Sandakan) pula menyatakan secara teknikal Fasal 25 dalam Perlembagaan PAS yang menyatakan jawatan presiden dan timbalan presiden PAS perlu terdiri daripada ahli PAS dan tidak tercatat perlu dari golongan ulama atau profesional.

"Kalau nak buat semua (ulama), perlu tukar perlembagaan," ujar beliau sebelum menarik perhatian dengan membaca fasal 86 parti yang menjelaskan cara meminda perlembagaan parti.


PAS JAGA MELAYU

PAS JAGA MELAYU - Satu ucapan yang amat melucukan

 Ucapan Ustaz Idris Ahmad "PAS jaga Melayu jika UMNO kalah dalam PRU 13" katanya dan di tambah lagi " Najib selaku Presiden UMNO jangan duduk perasan UMNO sahaja boleh menjaga Melayu" , ucapan Ustaz Idris Ahmad ini sungguh melucukan.

 Sudah bertahu bertahun-tahun PAS menjaja UMNO sebuah Parti Assobiyah, mementingkan Bangsanya sahaja dan UMNO di pandang JIJIK, kotor dan zalim tanpa rasa bersalah PAS menolak apa saja yang di buat UMNO. Doktrin UMNO zalim, jahat, Assobiyah, Kafir dan tidak amanah menjadikan Melayu itu berpecah dua.

Dengan bermacam gelaran yang di berikan pada UMNO dan sehingga banyak kariah yang Bersolat Dua imam....bagaimana PAS nak berlaku adil dan "NAK JAGA MELAYU" seperti yang di ucapkan, sedangkan secara dasarnya saja ini bukan KEYAKINAN UMNO. Kerana UNDI KAFIRUN  kita mengharapkan MAKHLUK dan kita sanggup bersama mereka yang JELAS MENCERCA RASULLULLAH hanya kerana terlalu mengharap untuk ke PUTRAJAYA.

Sedangkan orang yang kamu kata KAFIR, Assobiyah dan TAUGHUT ini mereka beriman kepada Hari Kiamat. Mereka tidak mengharapkan pada MAKHLUK, kerana makhluk tiada KUASA. Sudah lama Bangsa Melayu ini menyerahkan dirinya kepada Allah dan tidak pernah mereka menyerahkan diri mereka kepada UMNO dan PAS apatah lagi mengharap PERTOLONGAN KAFIRUN UNTUK MENDAPAT KUASA untuk memerintah. Apa yang UMNO lakukan sejak dulu adalah kerana Tanggung Jawab sebagai Pemerintah dan di Malam Pertama Kesyukuran Kemerdekaan telah di PANJATKAN DO'A kepada ALLAH SWT demi untuk kesejahteraan semua RAKYAT Malaysia. Lihatlah do'a di bawah ini.

Doa Syeikh Ahmad bin Mohd Said (Mufti Pertama) Pada Hari Kemerdekaan 1957


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ وَفِّقْ سَائِرَ العُمَّالِ وَالوُزَرَاءِ وَالسَّلاَطِينَ وَالمُلُوكِ وَالأُمَرَاءِ لِرِعَايَةِ أُمُورِ الدِّينِ وَالمُحَافَظَةِ عَلَى حُقُوقِ المُسْلِمِينَ وَإِقَامَةِ العَدْلِ فِى الأَحْكَامِ وَالتَّمَسُّـكِ بِفَضَائِلِ الإِسْلاَمِ،
اَللَّهُمَّ وَأَصْلِحْ بِهِمْ شُئُونَ الأُمَّةِ المَلاَيُوِيَّةِ حَتَّى تَتَرَقَّى وَتَتَقَدَّمَ إِلَى أَعْلَى مَا يَتَحَقَّقُ بِهِ بُلُوغُ الأُمْنِيَّةِ. اَللَّهُمَّ وَانْصُرْنَا مَعَاشِرَةَ الأُمَّةِ المَلاَيُوِيَّةِ وَاهْدِنَا وَسَدِّدْنَا خَيْرَ البَرِيَّةِ وَاهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْـتَقِيمَ صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّآلِينَ،
اَللَّهُمَّ اكْشِفْ عَنَّا الكُرُبَاتِ وَسَـلِّمْنَا نَحْنُ مِمَّا فِيهِ مِنَ الآفَاتِ وَاحْفَظْنَا مِنْ كُلِّ سُوءٍ وَمَلاَمٍ وَبَـلِّغْنَا كُلَّ مَقْصُودٍ وَمُرَامٍ وَأَصْلِحْ بَيْنَنَا وَبَيْنَ غَيْرِنَا حَتَّى تَكُونَ فِى أَمَانٍ وَسَلاَمٍ. وَفَرِّجْ عَنَّا كُرُبَاتِنَا فَرْجًا عَاجِلاً بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ،
اَللَّهُمَّ كُنْ لَنَا وَلَهُمْ وَلِهَذَهِ البِلاَدِ حَافِظًا مِنْ جَمِيعِ البَلاَيَا وَدَافِعًا عَنَّا وَعَنْهُمْ جَمِيعَ الرَّزَايَا، وَانْصُرْنَا عَلَى الأَعْدَاءِ وَالحُسَّادِ وَاحْلُلْ غَضَبَكَ وَنِقْمَتَكَ عَلَى البَغْيِ وَالفَسَادِ اَللَّهُمَّ وَاحْرُسْ بِعَيْنِكَ الَّتِي لاَ تَنَامُ وَاكْـنُفْ بِكَنَفِكَ وَرُكْنِكَ الَّذِي لاَ يُرَام. اَللَّهُمَّ اِرْمِ رَايَةَ الإِسْلاَمِ مَنْشُورَةً وَمَوَاطِنَ الدِّينِ وَالحَـقِّ مَعْمُورَةً.


Yang bermaksud, Ya Allah! Anugerahkanlah taufiq kepada sekelian pentadbir awam, jemaah menteri, para sultan dan raja, serta pemimpin negara bagi memelihara kehendak-kehendak agama, memelihara hak keistimewaan umatnya, menegakkan keadilan dalam undang-undang dan berpegang kepada keindahan Islam.

Ya Allah! Jadikanlah mereka agen perubah hal keadaan orang-orang Melayu, agar bangsa ini meningkat maju dan kehadapan sehingga tercapai cita-cita yang diidam-idamkan. Ya Allah! Bantulah bangsa Melayu, bimbinglah serta jadikanlah kami menjadi sebaik-baik manusia. Tunjukkanlah kami jalan yang lurus, jalan yang telah Engkau kurniakan kepada umat Islam yang telah menikmatinya, bukan sebagaimana orang yang Engkau murkai dan bukan juga orang yang sesat.

Ya Allah! Hindarilah kami daripada sebarang kesusahan, sejahterakanlah kami daripada segala yang boleh memudharatkan, peliharalah kami daripada segala buruk lagi keji dan tunaikanlah segala yang diharap dan dihajati. Harmonikanlah antara kami dan bangsa lain selain kami hingga kami sentiasa dalam keamanan dan keselamatan. Bebaskanlah kami dengan segera daripada segala kepayahan dengan rahmatMu wahai Tuhan yang Maha Merahmati segala yang penyayang.

Ya Allah! Jadikanlah bagi bangsa kami, kaum yang lain dan negara ini penjaga daripada segala bala, yang menghalang kami dan mereka daripada sebarang pencerobohan. Bantulah kami menewaskan segala musuh dan orang yang dengki. Zahirkanlah kemarahanMu dan kemurkaanMu kepada orang yang melampau dan yang melakukan kerosakkan. Ya Allah! Awasilah dengan penglihatanMu yang tidak pernah lena dan bentengilah dengan perlindungan dan bentengMu yang tidak mudah diterima.

Oleh,
Al-Marhum Syeikh Haji Ahmad bin Muhammad Said, doa ini dibaca ketika pengisytiharan Kemerdekaan Negara di Stadium Merdeka oleh Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj pada 31hb Ogos 1957.


Lihat Pula Apa yang di perkatakan oleh Tok Guru:

Nik Aziz pernah berkata dalam satu sidang media pada 2009:

“Bangsa Melayu, perjuangan bangsa Melayu tidak boleh dibawa ke akhirat. Kalau bangsa Melayu boleh dibawa ke akhirat. Nabi Muhammad lah pejuang Arab. Tapi Nabi Muhammad tidak pejuang Arab, Nabi Muhammad pejuang Islam. Jadi macam mana kita sebagai umat Nabi Muhammad tak pasal-pasal nak perjuang Melayu, tinggal Nabi Muhammad. Akhirat kelak nak cari siapa? Nak cari orang Melayu ke nak cari Nabi Muhammad. Akhirat kelak bangun dari kubur orang cari Nabi Muhammad, orang tak cari Inggeris dah, orang tak cari Melayu dah. Orang cari Nabi Muhammad. Nak kenal Muhammad macam mana kita duduk lawan Muhammad atas muka dunia!”
 Selepas itu satu UCAPAN yang menjadi Issu panas kepada Kebanyakkan Pendakwah yang di kira satu Penghinaan Kepada Rasullullah Oleh Nik Aziz.

Tuan Guru Nik Aziz : Kerana Nabi Muhammad 'waktu dia beranak' tu serupa Muhammad-Muhammad lain. Po kampung kita ada Muhammad, situ ada Muhammad. Ada Mad ; -ore Melayu Kelate panggil Mad, Mad anak kita, Mat budak kampung kita dengan Mad bin Abdullah di tanah Arab tu, 'waktu dia beranak' tu serupa jaa.

 Nabi Muhammad s.a.w. dalam hadith shahih berikut:
 
سَأَلْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ , فَقُلْتُ : يَا رَسُولَ اللَّهِ , أَمِنَ الْعَصَبِيَّةِ أَنْ يُحِبَّ الرَّجُلُ قَوْمَهُ , قَالَ  لَا , وَلَكِنْ مِنَ الْعَصَبِيَّةِ أَنْ يُعِينَ الرَّجُلُ قَوْمَهُ عَلَى الظُّلْمِ

"Bertanya seorang lelaki kepada Rasulullah s.a.w. : Adakah perbuatan ‘asabiyyah seseorang itu suka (kasih) kepada kaumnya (bangsanya)? Tidak, tetapi ‘asabiyyah itu ialah orang yang menyokong (menolong) kaumnya melakukan kezaliman." [HR An-Nasai']

Mengapa kita suka mengambil jalan memusuhi, memperlekeh serta menidakkan naluri kecintaan dan peranan bangsa dalam mentadbirkan kelangsungan hidup di dunia yang menjadi jambatan kehidupan di akhirat?
Siapalah kita untuk cuba menghapuskan pengenalan bangsa sedangkan Allah Taala sendiri mengiktiraf kewujudan manusia yang dijadikan oleh-Nya berbangsa-bangsa dengan tujuan untuk saling kenal-mengenal di antara mereka. Allah Taala ada berfirman:



"Wahai manusia! Sesungguhnya Kami (Allah) menciptakan kamu daripada seorang laki-laki dan seorang perempuan, dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya yang paling mulia antara kamu di sisi Allah ialah yang paling bertakwa antara kamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal." [Surah al Hujurat:


Kepimpinan PAS hari ini menerima tamparan hebat apabila ada perwakilan yang mendesak supaya isu berkaitan Melayu dibincangkan secara mendalam dan komprehensif dalam muktamar parti itu.

Perwakilan PAS Perak, Dr Mohd Nuri Al Amin berkata soal berkaitan Melayu perlu dibincang dan dibahaskan kerana kumpulan tersebut merupakan pengundi teras kepada parti itu.

"Kita sebenarnya tidak berjaya sepenuhnya untuk menawan undi Melayu dalam pilihan raya umum yang lalu. Isu teras ini tidak dibangkitkan oleh mana-mana perwakilan pun sepanjang muktamar ini," katanya.

Mengambil contoh Perak, beliau berkata PAS mengalami kemerosotan sokongan daripada orang Melayu pada pilihan raya umum yang lepas iaitu lima peratus selain menyaksikan peningkatan sokongan bukan Islam sebanyak 20 peratus.

PAS dulu-dulu
"Apakah maknanya ini? Mahu tak mahu, kita kena bincang soal orang Melayu ini dalam muktamar kerana mereka merupakan pengundi teras kita," katanya.

Hakikatnya agenda pemerkasaan orang Melayu dan bumiputera tidak mendapat tempat di dalam muktamar PAS untuk dibincangkan.

Selain Dr Mohd Nuri, perwakilan PAS Terengganu Hishamuddin Karim berkata kekalahan parti itu di negeri tersebut adalah kerana UMNO lebih berjaya menyakinkan orang Melayu bahawa parti itu pembela nasib bangsa.

"Terengganu mencadangkan agar ditubuhkan satu petugas khas yang dapat memain peranan penting untuk mengembalikan sokongan orang Melayu," katanya.

Jelaslah disini, dalam mencari keuntungan dalam Politik hendaklah berbalek kepada Agenda Bangsa. Cina dengan DAPnya dan HINDRAF dengan Indianya. Dengan mengenepikan ASSOBIYAH adakah PAS menjadi pilihan kepada Cina dan India? Jawapannya adalah tidak. Dalam pesepsi KAFIRUN yang sudah mula mendekati PAS, sokongan Melayu semakin jauh meninggalkan PAS. Di Perak PAS kehilangan 5% sokongan Melayu tapi sokongan KAFIRUN melonjak kepada 20%. Adakah ini yang nak di banggakan PAS?

HARAM - Hukumnya haram bekerjasama dengan KAFIRUN


Dalam PAS sedang ghairah mendapatkan UNDI KAFIRUN, UMNO sedang membina keyakinan diri BERJUANG berlandaskan "ASSOBIYAH" kembali kepada PERJUANGAN ASAL Islamelayu. UMNO bukan sahaja muncul parti terkuat pada PRU 13 dengan memenangi 88 kerusi Parlimen yang hampir menyamai  89 kerusi milik pembangkang yang ada tiga parti PAS-PKR-DAP tetapi peratusan undi diperolehinya juga meningkat.

Menurut Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak, walaupun sukar menentukan secara tepat sebab ada kawasan bercampur-campur, namun berdasar kajian, 30 peratusan peningkatan undi diberikan kepada UMNO berbanding PRU 12. Katanya, berdasarkan itu  mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang pertama selepas PRU 13 petang Jumaat membuat kesimpulan UMNO muncul parti terkuat dalam pilihanraya tersebut.

“Prestasi UMNO bertambah dibandingkan sebelum ini. Bilangan kerusi dari 79 (PRU 12) kepada 88 berbanding pembangkang (dapat) 89 kerusi. Ini bermakna UMNO sebagai parti tunggal menyamai pembangkang yang diwakili tiga parti,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat itu di Ibu Pejabat UMNO, PWTC.

PR 89 KERUSI - PAS hanya 21 Kerusi
Pembangkang diwakili  DAP memperolehi 38 kerusi parlimen manakala PKR (30) dan PAS hanya 21(PRU 12 - 24) kerusi sahaja menjadikan jumlahnya PR 89 manakala keseluruhan kerusi dimenangi Barisan Nasional (BN) adalah 133.

Sepanjang tempoh selepas PRU 12, PEMIMPIN PAS PUSAT terlalu banyak sangat BERKORBAN. Bukan berkorban untuk pertahankan AKIDAH & ISLAM tapi BERKORBAN prinsip menggadaikan MARUAH AGAMA ISLAM kerana menunjukkan kasih sayang yang tak berbalas kepada kafir Harbi DAP dan PKR Sekularisma.

Selama inilah juga puak pas menimbulkan banyak keraguan dan syak wasangka di kalangan umat Melayu Islam sehingga kefahaman ISLAM menjadi celaru dan keliru akibat gara-gara berpolitik dan dalam banyak hal tanpa di sedari PAS mempersendakan ISLAM dalam ceramah-ceramah politik mereka.

Kepada PAS , Pernahkah menceritan yang jelas mengenai PERJUANGAN PAS dulu dan Kini. Dengan hanya 21 kerusi, pernahkah Pemimpin PAS memberi mereka keyakinan yang PAS perlukan sokongan dari KESELURUHAN ORANG MELAYU Malaysia jika hendak ke Putrajaya dan melaksakan HUDUD. Lihat ucapan TGHH ini:

SHAH ALAM: Ahad November 24, 2013 - PAS Ajak Umno Muzakarah, Ariffuddin Ishak menulis dalam MStar, PAS secara terbuka mengajak Umno untuk duduk berbincang mengenai perlaksanaan pentadbiran Islam di negara ini. Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, parti itu sedia menjalinkan tahaluf atau kerjasama dengan Umno demi kepentingan rakyat.

"PAS bersedia untuk muzakarah dengan Umno dalam isu perlaksanaan Islam.
"Kita perlu letakkan hukum Islam di hadapan," katanya sambil disambut laungan takbir.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penangguhan pada Muktamar Tahunan PAS ke-59 di Stadium Melawati di sini. Tegas Abdul Hadi, PAS perlu memainkan peranan dalam mengingatkan Umno supaya mengamalkan ajaran Islam dalam pentadbiran termasuk berkaitan isu ekonomi, perundangan mahupun keselamatan.

Selaku MB Johor, Khalid Nordin terlebih dahulu menolak PELAWAAN Muzakarah ini. Lihat apa yang telah di ucapkan olehnya.

Isu Politik Semasa · 126,056 like this.
19 May 2012 at 21:02 ·

MUZAKARAH UMNO PAS - Ayat Khaled Nordin ringkas sahaja, tetapi pedihnya menusuk Qalbu

 "Cadangan muzakarah bukan untuk UMNO tapi untuk menakutkan rakan Pakatan yang lain!Khaled Nordin


Kata Datuk Seri Khaled Nordin, tujuan PAS mengajak UMNO bermuzakarah adalah untuk menakutkan DAP dan PKR......Tapi guna nama Umno untuk gempak dua parti itu.

Penulis melihat Gulungan Ulamak dalam PAS cuba membawa sentimen UMNO tak suka Islam. Walhal dengan Penolakkan Ulamak dalam Muktamar PAS itu sendiri yang perlu di selesaikan oleh PAS terlebih dahulu. Situasi ini nampaknya BERBAHAYA. Jika atau sudah sememangnya UMNO menolak PELAWAAN MUZAKARAH ini.

Dengan kempen dan SLOGAN PAS ganti UMNO adalah nampak janggal bila PAS mengajak UMNO bermuzakarah. Apakah PAS rasa tidak cukup kuat untuk MENGHARUNG semuanya ini? Jika dah di canangkan PAS akan terus mendokong DEMOKRASI dan PAS sudah semestinyalah tahu hanya dengan 21 kerusi dia tak mampu nak melaksanakan HUKUM ISLAM, kenapa BERJANJI?

Dengan muzakarah yang di tolak UMNO dan ULAMAK PAS pula seperti di pinggir di dalam PAS tidak mustahil PAS akan berpecah dua. Gulungan Pertama adalah gulungan yang hendakkan perubahan dan di lihat Fahaman Liberalnya tidak ada bezanya dengan UMNO. Sementara gulungan kedua pula adalah Gulungan yang condong kepada Ulamak dan terlalu terdesak untuk melaksanakan PEMERINTAHAN ISLAM sebagai senjata ampuh untuk duduk di pesada Tertinggi PAS. Gulungan ini adalah kecil. Tiada bezanya dengan Ulamak-ulamak dahulu yang bersama dengan UMNO. Bila tidak bersetuju dengan dasar Liberal dalam UMNO, mereka meninggalkan UMNO dan tubuhkan PAS.

Perkara yang sama juga akan berlaku. Pengikut-pengikut PAS yang condong kepada Ulamak dan agak extrim akan keluar dari PAS. Ada beberapa kecenderungan perkara ini akan berlaku. Tidak keterlaluan jika penulis megatakan, Gulungan kedua ini akan berpecah lagi kepada dua gulungan. Pertama yang mahukan "Ulamak yang cool" dan Gulungan yang kedua adalah GULUNGAN yang EXTRIM. Mereka juga mahukan pemimpin yang extrim. Inilah GULUNGAN yang amat di takuti akan timbul dari perpecahan dalam PAS ini. Di bawah ini di ceritakan luahan hati kisah hidup seorang PEJUANG PAS yang telah menceritakan segalanya.:

"Kami diberikan tekanan mental (mental torture) dan brain wash setiap masa agar menyokong PAS. Kami didoktrinkan untuk menyokong PAS dan jika tiba masanya untuk rela mati demi PAS. Pelajaran tidak penting, yang penting hanyalah perjuangan serta kemenangan Islam (read PAS)". 

Ketaatan yang paling utama adalah kepada Presiden PAS (Amir Jamaah) dan bukan kepada Yang Dipertuan Agong malah ibu bapa sekalipun. Malah kami masih ingat dengan jelas bagaimana seorang pemimpin utama PAS sekarang (nama saya rahsiakan, contact personal kalau nak tahu) dengan jelas telah mengatakan bahawa, “Islam ditegakkan dengan dua cara, dengan pedang atau demokrasi. 

Perjuangan PAS pada ketika ini adalah melalui demokrasi. Jika Pas gagal, maka PAS akan mengangkat senjata! Jika sekiranya saat itu (angkat senjata) tiba, adakah tuan-tuan semua bersama dengan kami?”

"Kami yang sedang mabuk dgn candu PAS bertakbir dan kata kami akan bersama angkat senjata! Kami ditawan serta dibrain wash untuk menjadi tentera-tentera militan PAS. Kami diajar untuk wala’ (taat tidak terhingga) kepada pemimpin PAS, hatta kalau ada exam hari ini dan diarahkan untuk pergi berdemonstrasi oleh Amir Kampus (Presiden PMIUM/Pengerusi Jemaah Islam Kampus JIK), maka kami wajib menurut". 

"Pada akhir sesi Tamrin tersebut, kami dipaksa berbaiah kepada pemimpin PAS dengan bersaksikan Allah, Rasul, Malaikat dan Alam Semesta dan bersumpah bahawa laknat Allah akan menimpa kami jika kami keluar dari ketaatan kepada jemaah iaitu PAS. Dalam keadaan tertawan, ramai antara kami yang terpaksa berbaiah dan akhirnya terikat dengan perjanjian bathil ini"- Dr Rahman Kadir Bekas Penyokong PAS

PAS DAH TERPESONG - Konsert ‘Heavy Metal’ Sempena Muktamar PAS

“Ada ahli PAS ‘terkejut’ konsert Gig Green Zone. Dulu “Membangun bersama Islam”, sekarang “PAS for All”…

Rock metal: Pas masih ikut prinsip 
Persembahan melibatkan kumpulan muzik Underground di Karnival Muktamar Pas kali ke-59, Jumaat lalu, dilakukan untuk menarik anak muda yang minat hiburan dan persembahan itu berlangsung secara terkawal. Ketua Lajnah Kebudayaan dan Kesenian Pas Pusat, Dr Muhaimin Sulam berkata, pengunjung mungkin terkejut dengan salah satu pengisian persembahan malam itu yang berkonsepkan rock metal. 

Namun menurutnya, ia sesuai dengan tema karnival tahun ini, 'Pas For All' (Pas untuk semua) dan persembahan Gig Grid Zon malam itu dikhususkan kepada golongan muda. "Kehadiran empat lima anak muda di atas pentas dengan rambut panjang, seluar jeans, kemeja-T tidak bersongkok dan terenjut di pentas menyebabkan penonton seakan terkena serangan jantung. "Tetapi persembahan itu adalah salah satu cara kita menarik anak muda yang sememangnya sukakan hiburan rancak, namun tidak melanggar prinsip parti," katanya dalam ucapan penggulungan, semalam.
Dulu lain..sekarang dah lain..dulu bantah sekarang dah berubah..wow! sekali lagi..Wow!! kih kih kih!!
Pas yg dulu bukanlah yang sekarang. ..dulu menentang sekarang dah sayang.dulu-dulu-dulu pas itu islam  sekarang  macam orang takdak imannnn......
 Ahli PAS buat nilai yang terbaik...PAS sekarang sudah jauh berubah coraknya.Dulu PAS kata berkata pada UMNO...itu haram ini haram sekarang sudah kembali kepada PAS kembali....Cukup-cukuplah menipu dan berbohong mengenai dasar perjuangan politik kamu tu. Semakin lama semakin mengelirukan kefahaman umum mengenai AGAMA ISLAM.


PERHATIAN - Ini adalah pandangan PENULIS dan ianya tiada bersangkut dengan sesiapa walau pun ada di antara pandangan-pandangan PENULIS lain yang di bawa masuk sebagai pelengkap kepada KAJIAN yang di buat penulis......





 AMUKANMELAYU - Sesuatu yang menjadi Penyakit kepada PAS ialah mulut manis dan  belaian manja LKS dan DSAI dengan lagu untuk menggantikan UMNO membuatkan PAS terlena bagaikan Mat Jenin impikan Puteri Raja....yang jelas UMNO sudah BERSEDIA dengan penuh yakin bersandarkan "PIAGAM MADINAH" sebagai contoh untuk mengantikan PAS tanpa meninggalkan PUTRAJAYA.