Kata-kata Hikmah Prof. Zulkifli Muhammad
“Kita tidak
kurang tukang angguk,kita tidak kurang tukang geleng, tapi kita kurang
orang yang nak membuat apa yang sudah diangguk, orang yang mencegah apa
yang sudah digeleng.”
"Islam di Tanah Melayu tidak
akan boleh dibangun dan tidak akan mencapai keagungannya melainkan
dengan dua jalan. Yang pertama melalui pendidikan dan pelajaran, dan
yang kedua melalui kuasa politik yang wajib dimiliki oleh umat Islam.
Beliau menekankan, jangan sesiapa mengharapkan Islam akan terbela di
tanah air kita ini, kalau kuasa pemerintahan negara tidak umat 100%
Islam yang memegangnya.”- Professor Ustaz Zuikiflli Muhammad
OLAK LEMPIT, Sabtu 26 Muharram 1435 = 30hb November 2013. Sengaja penulis mulakan dengan Kata-kata Hikmah dari Prof. Zulkifli Muhammad. Bagi penulis, inilah Pejuang yang sebenar-benarnya.
Nampaknya pertahanan kita mengenai ISLAM dan MELAYU dah lama tenggelam kerana nak membalas dendam dan budaya menuding jari sesama sendiri. Melihat VIDEO bertajuk "NAK BERPADU SANGAT.....Ambikkau!! dari Utube sangatlah mengejutkan. Fakta yang di beri adalah dari persepsi "Ustaz" yang bergelar Dato' yang dengan jelas menuduh UMNO adalah punca segala perpecahan Umat Melayu Malaysia. Katanya Setiap kali UMNO menghulurkan tangan tanda PERPADUAN kononnya adalah kerana UMNO di dalam keadaan tertekan atau terdesak.
Tuduhan UMNO sebagai "PUNCA" perpecahan Melayu adalah satu tuduhan yang amat berat dan ini penulis sifatkan FITNAH BERPANJANGAN seperti tuduhan-tuduhan lain, umpanya "Negara Nak Bankgrap", Cincin Rosmah, 40,000 Bangla, samalah juga dengan pembohongan-pembohongan lain yang di reka cipta mereka sendiri..... Lebuh Raya Rakyat, Batu Asas jambatan yang tak di bena, Harta Yamashita, Minyak di bawah Pasar, Nak tutup Kilang Arak di Shah Alam dan Nak Laksana Hudud.... samalah juga dengan Kutipan Tabung Jihad yang akhirnya menjadi "Habuan" penceramah, penganjur dan Pemimpin yang tidak rasa berdosa mengambil duit hasil keringat Paktani-paktani, nelayan, buruh kasar dan pemanjat kelapa yang di umpan dengan "Perjuangan Islam", jihad, menderma masuk syurga malah mati kerana jatuh semasa menggantung "BENDERA PAS dan DAP" pun masuk syurga.
Baiknya sedikit UMNO ni dia tak janji Syurga dan tak mengemis menadah PLASTIK mengutip dari mereka selayaknya ASNAF yang menerima ZAKAT. Masih ramai yang menghulur dari meminta. Dari soal jahil seperti tuduhan "mereka" ini rasanya sudah ramai dalam UMNO yang lebih berilmu dari PAS. Tapi dasar orang berilmu masih menyembunyikan "KUKU".
Ustaz Dr. Fathul Bari bin Mat Jahya |
Di saat-saat MCA dan MIC tidak mampu memberi kemenangan besar dan "Seakan-akan" MCA dan MIC sudah bersedia untuk meninggalkan BN, di kala ini UMNO dapat membaiki Prestasinya dengan sokongan Melayu "MELONJAK" dari 79 kerusi Parlimen kepada 88 kerusi. Di saat-saat PAS sedang merayakan penerimaan kaum KAFIRUN dengan PAS FOR ALL, orang Melayu mula meninggalkan PAS.
Dari 24 kerusi pada PRU ke 12, PAS cuma meraih 21 kerusi sahaja pada PRU ke 13. Kemerosotan 3 kerusi berti puluhan ribu Orang Melayu sama ada dari penyokong itu sendiri atau mereka yang di atas pagar dengan ini jelas memberi isyarat kepada PAS, kerjasama yang mereka lakukan dengan KAFIRUN di tentang oleh Orang Melayu melalui "MEJORITI SENYAP". Ini jelas Melayu sudah mula menolak PAS dari politik Tanah Air.
PAS juga tidak mampu membina JENAMANYA sendiri. Apabila LEBAI di jadikan Imej PAS, orang-orang yang tidak berpolitik yang mendapat lebih kesannya. Kerana nak menampakkan "dia" orang PAS, maka di pakainyalah Kopiah Lebai. Bercakap bagaikan dia seorang ustaz atau orang yang tinggi ilmunya dan KEBODOHAN itu semakin menyerlah bila Rujukan ilmunya hanyalah dari Ustaz-ustaz PAS yang sememangnya hidup dengan "menipu dan menjual Ugama".
Professor Ustaz Zuikiflli Muhammad |
Sikap tidak tetap pendirian Kepimpinan PAS juga menambahkan luka di hati Ahli-ahli PAS bawahan. Seperti issu KALIMAH ALLAH. Ada yang kata tidak boleh di gunakan oleh KAFIRUN dan ada pula yang kata boleh, pada mulanya semua kepimpinan kata tak boleh, tiba-tiba selepas satu mesyuarat dengan DAP dan PKR....tiba-tiba sahaja menjadi boleh.
LKY Bersongkok |
Bagi penulis, inilah sebenarnya "HALANGAN" yang perlu di selesaikan dahulu. Inilah sebenarnya AGEN PERPECAHAN Islamelayu. Mereka ini di lihat lebih kepada menjaga kepentingan dan keuntungan peribadi. Secara jujurnya mereka ini sedar siapa mereka.
Jika PR berjaya mengambil alih PUTRAJAYA, apakah jawatan yang sesuai untuk mereka ini? Dari sejarah Singapura, Osman Wok adalah penyokong kuat LKY dan menjadi penasihat untuk "PECAH dan TAWAN" di kawasan Melayu. Sehingga LKY BERSONGKOK di kawasan Melayu dan akhirnya..........
Osman Wok dan LKY |
Osman Wok mendapat habuannya sebagai Menteri yang menjaga Kebajikan Melayu yang pada hakikatnya di beri satu Pejabat dan ada seorang KAFIRUN dari Pejabat LKY yang menjalankan kerja-kerjanya. Dalam bahasa mudah, Osman Wok makan gaji buta selepas Melayu tergadai. Janganlah salahkan Tengku, tapi carilah siapa yang menjadi dalang kepada perpecahan Melayu Singapura.
Ustaz Dato' Dr Mohamed Fadzli Hassan |
Nilai keikhlasan mereka.
Menyedari tak semua suka tonton video kerana sangat maklum akan kualiti internet di malaysia, admin ambil inisiatif menulis semua isi penting yang menjadi hujah pemimpin PAS dalam video tersebut. YB Ustaz Dato' Dr Mohamed Fadzli Hassan
Inilah "Kononnya" hujah bernas beliau,
"Penyelesaian penyatuan umno dengan PAS ini sentiasa datang apabila umno berada dalam keadaan tersepit. Apabila umno berada dalam keadaan tenang, mereka menindas kerajaan PAS, mereka menindas orang melayu, mereka menindas umat islam. Bagaimana umat Islam, orang melayu....................................." katanya.
" Tuan puan yang dihormati sekelian, saya nak bagi tahu.... apabila nak disatukan dengan umno, sentiasa menuding jari kepada PAS. Kononnya pas tidak mahu bersatu".
"Saya nak bagi tahu kepada hadirin hadirat bahawa, yang menyebabkan Melayu berpecah ........................... Dan juga cuba lihat sejarah. Sejarah menyebut bahawa setiap sepuluh tahun sekali, umno akan menyebabkan pepecahan melayu.
"Tetapi, UMNO dengan tiba-tiba menjadi tali barut kepada British. Mengkhianati perjuangan umat Islam, mengkhianati perjuangan Melayu. Mengkhianati perjuangan umat Islam dalam Hizbul Muslimin dan mengkhianati perjuangan Melayu dalam Parti Kebangsaan Melayu Malaya sehingga pimpinan-pimpinan tertangkap.
"Dr. Burhanudin Helmi kena tangkap, Ustaz Abu Bakar Al-Baqir kena tangkap. Tengok-tengok dia yang naik jadi Perdana Menteri. Pengkhianatan pertama UMNO kepada orang Melayu dan juga kepada umat Islam sebelum kemerdekaan.
YB Ustaz Dato' Dr Mohamed Fadzli Hassan memang hebat berhujah. Anda juga akan dapat lihat wajah-wajah panel lain yang 'terbelehek' akibat kena TAJI...tapi adakah kita melihat sejarah yang sebenarnya.
Hujahnya lagi ......"Apabila berlaku peristiwa 1969, 13 Mei.. Apabila UMNO merasakan bahawa kuasa mereka terjejas, sebab mereka kalah di Kuala Lumpur dan beberapa tempat lain; mereka mengajak PAS bersatu atas dasar penyatuan umat Islam. Kononnya ada ancaman daripada orang bukan Islam.
"Mengambil sikap dasar perpaduan Islam... terima kita... Selepas daripada itu, apa mereka buat?... mereka tendang PAS keluar. Ini juga satu FITNAH yang hebat, di harap pembaca carilah dari sumber-sumber yang lain sama.....inilah yang penulis katakan PESEPSI YB Ustaz Dato' Dr Mohamed Fadzli Hassan. Tapi penulis juga tahu, jika kita dah terlalu TAKSUB kita akan menjadi jumud dan sukar untuk menerima pandangan orang lain.
Katanya lagi "Pada tahun 1987, umno menyebabkan perpecahan Melayu lagi sehingga lahirnya Semangat 46. Pada tahun 1998, sepuluh tahun kemudian.....sekali lagi melayu berpecah disebabkan oleh UMNO.
"Kemudian berlakulah kononnya satu penyatuan Melayu apabila Semangat 46 pimpinan Tengku Razaleigh Hamzah kembali kepada UMNO atas dasar semangat penyatuan Melayu dan Islam.
"Rupa-rupanya dia ajak Tengku Razaleigh masuk umno kerana nak tendang Anwar Ibrahim keluar. Bukannya atas dasar nak menyatukan orang Melayu tapi memecah-belahkan lagi. Ini juga alasan orang yang tak suka kepada pendamaian sesama Islam. Pernahkah dia menyiasat kenapa Anwar di PECAT dari UMNO? Pernahkah di siasat kenapa Ustaz Nasa dan Hassan Ali di pecat dari PAS. Itulah penulis katakan Orang seperti inilah yang perlu di "KAWAL" dalam PAS jika mahu PAS kembali kelandasan asal.
Lihat ini pula:
"Maka dibuat perjumpaan secara senyap-senyap. Orang semua tak tahu... Tiba-tiba Pak Lah yang umumkan "sudah tiga (3) kali PAS dan UMNO berbincang di belakang tabir." Mengkhianati sekali lagi perjanjian, persefahaman. Sehingga PAS terpaksa berhadapan dengan orang-orangnya sendiri. Sehingga PAS terpaksa berhadapan dengan parti-parti dalam Pakatan Rakyat. Apakah salahnya Paklah umumkan 3 kali perjumpaan itu? Adakah salah jika kita terlebih dahulu memberi penerangan kepada Ahli PAS dan kenapa perlunya nak di rahsiakan dari DAP dan PKR?
Dengan situasi sekarang penulis memberi pandangan tanpa memihak kepada sesiapa walau pun nampak penulis condong kepada UMNO, PAS yang tersepit untuk MUZAKARAH ini. Ini jelas di lihat ULAMAK mula di "SINGKIRKAN" secara terhgormat oleh Kumpulan Liberal dalam PAS dan PAS juga tiada KEYAKINAN DIRI dan sejak bersama dengan PR, MORAL PAS dilihat berada di tahap paling bawah bila mereka bersama DAP dan PR. Lihat saja seperti di Selangor, walau pun PAS majoriti kerusi tapi kenapa MB di lantik dari PKR? Untuk mentadbir negeri bukan macam nak tadbir PERSATUAN. Penulis amat yakin yang PAS tidak berani dan tidak bersedia untuk memegang Ketua Negeri seperti Wilayah, Selangor, Pulau Pinang dan Melaka. Tapi mereka akan bersedia di Negeri-negeri seperti Kedah, Perak, Kelantan, Perlis, Terengganu, Pahang dan Johor. Jawapannya sangat mudah.....PAS menganggap Negeri-negeri ni orangnya "KURANG CERDIK" kerana majoritinya orang Melayu.
Bagaimana JIKA PR menawan PUTRAJAYA? Siapakah yang akan menduduki Menteri-menteri Kanan Kabinet? Adakah Saudara/i PERCAYA dengan KAFIRUN bila tiada KUASA MELAYU yang mengawalnya? Jawapan ada pada Iman saudara/i bukanya pada NAFSU Marah, membalas dendam dan menuding jari.
PERLUKAH KITA BERGADUH LAGI SETELAH BERPULUH TAHUN KITA BERPECAH?
SEJARAH RINGKAS PAS
Pas ditubuh sebagai Pan Malayan Islamic Party oleh ulama-ulama UMNO yang kecewa kerana tidak dipilih untuk menjadi ahli Dewan Undangan Persekutuan (Federal Legislative Council) dan dewan-dewan negeri apabila Persekutuan Tanah Melayu mengganti Malayan Union pada 1948.
Kali
pertama Pas meletak calon ialah pada Pilihan Raya Umum (PRU) zaman
British iaitu tahun 1955. Pas hanya menang satu kerusi daripada 52
kerusi yang dibenar British untuk ditandingi.
Dari
sini kita dapat lihat yang Pas tidak pernah menang besar, tidak pun
sebesar UMNO. Tidak pernah terjadi kemungkinan Pas layak menerajui
Kerajaan Pusat.
Walaupun
bekerjasama dengan Parti Semangat 46 dan DAP dalam tahun 1990 dan 1995,
Pas hanya menang tujuh kerusi Dewan Rakyat tiap kali.
Pada 1999 apabila bekerjasama dengan DAP dan Keadilan, Pas menang 27 kerusi tetapi jatuh kepada enam kerusi pada 2004.
Pada 2008 pula meningkat kepada 23 kerusi tetapi jatuh kepada 21 dalam PRU13.
Walaupun
UMNO bertanding sebagai Perikatan dan kemudian sebagai Barisan Nasional
(BN), tetapi jumlah calon UMNO yang bertanding dan yang menang adalah
yang terbesar antara parti komponen Perikatan/BN dan terbesar juga
antara semua parti yang bertanding.
Pada
PRU13, sementara UMNO menang 88 kerusi Dewan Rakyat, Pas hanya dapat 21
kerusi. Hak UMNO untuk mengetuai Kerajaan Pusat tidak pernah
dipertikaikan.
Kemenangan
Jumlah
terbesar kemenangan Pas adalah pada 1999, di waktu Anwar dapat mata
hitam. Pas memenangi 27 kerusi tetapi jatuh semula kepada enam dalam PRU
pada 2004.
Pada
tahun 2008, Pas menang 23 kerusi. Dan pada 2013 - 21 kerusi, jumlah
yang terkecil berbanding dengan rakan Pakatan yang mana DAP mendapat 38
kerusi dan Keadilan 30.
Inilah HAKIKAT SEBENARNYA jika PR mengambil Alih PUTRAJAYA
Daripada
angka-angka ini jelas yang Pas tidak mungkin mengepalai Kerajaan
Persekutuan walaupun berkongsi dengan DAP dan Keadilan. Pas hanya boleh
jadi junior partner jika Pakatan mendirikan Kerajaan. Jika Pas diberi
peluang mengetuai Kerajaan Pusat, ia hanyalah sebagai boneka DAP. Kita
lihat ini berlaku apabila Pas mengetuai Kerajaan Perak.
Penubuhan
Pas hanya berjaya memecah belah orang Melayu/ Islam sehingga mereka
menjadi lemah di negara yang Melayu/Islam menjadi majoriti.
Sebelum
Pas ditubuh, orang Melayu mudah bersatu. Mereka yang berpelajaran agama
pun menyertai UMNO. Demikianlah kekuatan orang Melayu kerana bersatu
melalui UMNO sehingga British terpaksa menggugurkan Malayan Union. Pada
PRU 1955, walaupun Pas bertanding, tetapi penyatuan Melayu dalam UMNO
masih kuat dan hanya satu sahaja kawasan Melayu yang memberi kemenangan
kepada Pas.
Semua
orang Melayu lain yang pada masa itu menguasai 80 peratus kawasan
menolak Pas bulat-bulat. Tetapi pada 1959, apabila Pas menggunakan isu
agama dengan sepenuhnya termasuk mengkafirkan orang UMNO, perpecahan
ketara berlaku di kalangan orang Melayu. Dan Pas berjaya menawan
Kelantan dan Terengganu. Tetapi sejak itu prestasi Pas tidak memberi
gambaran yang Pas akan dapat mengganti UMNO sebagai mewakili orang
Melayu.
Ke
mana Pas? Apakah mungkin dengan sokongan DAP, Pas akan kalahkan UMNO?
Apakah DAP akan menolong Pas supaya jadi terbesar dalam Pakatan dan
mendirikan Kerajaan Islam?
Hanya mereka yang taksub dengan Pas yang masih boleh mimpi parti itu mengetuai Kerajaan Islam yang memerintah Malaysia.
Yang
lain tahu Pas hanya menjadi duri dalam daging bagi orang Islamelayu,
yang akan bernanah, reput dan menamatkan sejarah Malaysia sebagai Tanah
Melayu.-- UM
AMUKANMELAYU - Hujah penulis ini mudah di patahkan, tapi penulis bukan hendak berhujah tapi penulis amat sayang dengan Orang Islamelayu ini kerana penulis adalah sebahagian darinya dan BARANG YANG LEPAS amat sukar untuk di ambil kembali. Lihatlah Sulu, Pattani, Kemboja, Singapura dan Pulau Pinang. Semua Negeri-negeri ini jatuh kepada KAFIRUN ini kerana kita ada Orang-orang yang MENDAPAT, MENCURI PELUANG dan MENDAPAT HABUAN dari PERPECAHAN MELAYU. Wallahhuaklam.