Geram Dengan Big Mama Kertas Usul Dijadikan Kapal Terbang
Kecewa dengan usul yang dikemukakan, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad turut melipat kertas usul dan dijadikan kapal terbang kertas.
Usul yang dibacakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Nancy Shukri turut mendapat sorakkan kuat dari ahli Parlimen pembangkang sambil "tarik balik" berulang kali.
Rosmah Buat Hal Lagi Hangat Di PERLIman
Kerana terlalu KECEWA dan terlalu kempunan nak naik JET tapi malang sering di tinggalkan
Anwar. Hari ini lebih pedih lagi, ROSMAH pula MELARAM dengan JET
Kerajaan,....untuk meluahkan Kekecewaan itu, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid
Samad melipat kertas usul dan dijadikan kapal terbang kertas sebagai tanda protes kepada ROSMAH, ANWAR dan Nik Abduh.
Shahidan Kassim pula terkial-kial menepis asakan Pemimpin PAS dan PKR mengenai Isteri Perdana Menteri dibenarkan menggunakan pesawat kerajaan selepas mendapat persetujuan Jemaah Menteri.
Namun, Ahli Parlimen Gombak Azmin Ali bangkit menegaskan bahawa bukan Jemaah Menteri yang meluluskan sebaliknya ia diluluskan sendiri oleh Perdana Menteri.
"Diluluskan oleh Perdana Menteri, dia adalah pengerusi Jemaah Menteri? Ini adalah konflik kepentingan! Bagaimana Perdana Menteri boleh bagi isteri guna pesawat.
"Mempengerusikan mesyuarat jemaah menteri untuk bagi kelulusan kepada isteri," bidas Azmin.
Azmin mempersoalkan perkara itu dengan merujuk kepada lawatan Rosmah ke program Usahawan Wanita Antarabangsa Qatar Ke-4 pada 10 November baru-baru ini dengan menggunakan pesawat kerajaan.
Ahli Parlimen Sepang Hanipa Maidin bangun mencelah dan mempertikaikan jawapan Shahidan yang menyebabkan Perdana Menteri boleh didakwa oleh Mahkamah.
"Adakah YB Menteri sedar dengan jawapan itu, ia boleh didakwa ke Mahkamah," celah Hanipa.
"Lawatan itu adalah lawatan rasmi, bawalah ke Mahkamah mana-mana pun di dunia dan di akhirat," balas Shahidan yang terus mempertahankan bahawa jemaah menteri telah meluluskan penggunaan pesawat kerajaan oleh Rosmah.
Dewan menjadi sedikit gamat apabila ramai ahli parlimen mencelah termasuklah Ahli Parlimen Kinbatangan, Datuk Bung Mokhtar Raden.
Ekoran itu, Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar turut meminta Shahidan menjelaskan apakah ada polisi baru bahawa isteri Perdana Menteri boleh mewakili negara khususnya membabitkan hubungan antarabangsa.
"Isteri Perdana Menteri boleh mewakili negara dalam hubungan antarabangsa ianya sesuatu yang janggal," jelas Mahfuz.
Azmin yang masih tidak berpuas hati dengan jawapan Shahidan terus persoalkan peranan Rosmah, apabila beliau mewakili Perdana Menteri dalam pertemuan dengan Isteri Clinton yang datang ke Malaysia sedangkan ianya boleh diwakili oleh Timbalan Perdana Menteri.
"Apakah ada undang-undang baru, Rosmah boleh mewakili negara? Hendak tahu pendirian kerajaan pusat apakah Rosmah boleh mewakili negara dalam hubungan diplomatik ini," tegas Azmin.
Asakan demi asakan daripada Ahli Parlimen Pakatan Rakyat, Shahidan seolah-olah tidak mahu isu ini terus dipanjangkan kerana masa suntuk, beliau hanya menjawab "asalkan ada keputusan dalam jemaah menteri ia dibolehkan".Awal bulan ini, Shahidan memaklumkan di Dewan Rakyat bahawa kerajaan telah membelanjakan RM182 juta untuk petrol dan penyenggaraan tujuh buah pesawat eksekutif milik kerajaan.-18/11/2013

MACAM BERUK DAPAT CERMIN - Masuk PERLIman hanya BAHAS pasal Kapalterbang Kertas |
Anwar naik jet kecoh 1Malaysia.. Tapi Zahid Hamidi pun naik jet peribadi juga..............
Kerana ketandusan isu untuk menyerang DSAI, kebelakangan ini kita menyaksikan blogger-blogger UMNO menjadikan jet peribadi yang dinaikki oleh Ketua Pembangkang sebagai isu besar..
Lebih besar dari Skandal PERWAJA, lebih besar dari skandal PKFZ, lebih besar dari skandal BMF malah jauh lebih besar dari skandal NFC ataupun MRT.
Meskipun Anwar telah menjelaskan bahawa jet tersebut milik seorang rakan yang mahu membantu beliau di dalam program kempen memandangkan ketika itu beliau sangat memerlukannya.
Anwar turut menjelaskan bahawa pemilik jet peribadi jenis Dassault Falcon 7X tersebut boleh diperiksa kerana ia berpangkalan di Kuala Lumpur dan berdaftar dengan Jabatan Penerbangan Awam.
Menurut Anwar lagi beliau sengaja mengizinkan YB Tian Chua mengambil gambar mereka ketika berada di dalam jet tersebut dan disebarkan menerusi twitter supaya ia tidak menjadi suatu rahsia supaya ia "transparent".
Anwar menyifatkan media arus perdana termasuk blogger dan facebooker Umno sengaja memainkan isu ini untuk menakut-nakut golongan korporat agar tidak berani untuk menghulurkan bantuan seperti ini.
Sebenarnya ramai yang tidak menyedari akan apa yang tersirat dari peristiwa ini..
Ini sebenarnya membuktikan kepada kita semua bahawa golongan usahawan sudah mula yakin bahawa UMNO/BN akan tumbang pada PRU kali ini oleh itu mereka berani menghulurkan bantuan.
Menariknya dalam hal ini berlumba-lumba blogger-blogger UMNO melakukan pendedahan dari harga jet hinga kepada kos bahanapi diselidik mereka..
Bersungguh-sungguh benar mereka.. tetapi mengapa Zahid Hamidi yang pernah melakukan perkara yang sama dengan Anwar lakukan iaitu terbang menggunakan jet peribadi milik kawannya tidak dipersoalkan.
Anwar cuma meminjam jet peribadi milik rakannya untuk terbang di dalam Malaysia.. tetapi Zahid Hamidi terbang ke Arab Saudi untuk mengerjakan Haji..
KUALA LUMPUR, 15 Nov (Bernama) - Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengaku beliau terbang ke Arab Saudi untuk haji dalam jet peribadi tetapi milik kawannya, katanya.
Menteri Pertahanan itu berkata demikian bagi menjawab dakwaan beliau memiliki pesawat tersebut.
Beberapa blogger telah menuduh beliau rasuah, mempersoalkan bagaimana dia mampu mempunyai jet dengan pendapatan kerajaan.
Ahmad Zahid adalah anggota kedua Kabinet di bawah pemerhatian awam dalam beberapa minggu kebelakangan ini berikutan laporan Ketua Audit Negara bulan lalu.
Dalam mesej teks kepada The Malaysian Insider , Ahmad Zahid mengaku menaiki jet ke Mekah untuk haji baru -baru ini.
Anwar hanyalah seorang Ketua Pembangkang buat masa ini dan beliau sudah tentu tidak mampu memberikan sebarang imbuhan kepada rakan yang meminjamkan jet itu kepadanya.. tetapi Zahid Hamidi adalah seorang Menteri.
Anwar Ibrahim tidak merahsiakan penggunaan jet tersebut dengan membenarkan Tian Chua merakamkan gambarnya untuk disebar di dalam Tweeter..
Tetapi Zahid Hamidi merahsiakannya sehinggalah satu e-mail mendedahkan perkara itu.. sila baca e-mail tersebut di ( SINI )
Buat pencaca-pencacai UMNO tu.. dedahkanlah kalau berani berapa nilai jet yang Zahid Hamidi naik tu dan berapa pula kos bahanapi untuk jet itu..
Kalau tak silap aku.. amil Khir pun pernah terbang dengan jet peribadi untuk satu programnya di Kedah..
BETOI KA NIK ABDUH KANTOI NAIK PESAWAT PAKAI DUIT KERAJAAN KELANTAN?
Semalam
pembangkang membangkitkan di Parlimen berhubung penggunaan pesawat
Kerajaan Malaysia oleh isteri Perdana Menteri dan rombongannya ke Qatar
minggu lepas.
Seperti yang
pernah saya tulis di blog ini sebelum ini, senjata paling utama
pembangkang adalah memburuk-burukkan PM dan isteri sehingga boleh
menimbulkan kebencian rakyat kepada mereka berdua, barulah BN dan Umno
boleh dilemahkan.
Sebelum saya
pergi lebih lanjut, saya nak jelaskan dulu tentang tujuan pemergian
isteri PM ke Qatar minggu lepas. Kehadiran Datin Seri Rosmah di Qatar
minggu lepas adalah memenuhi jemputan Persatuan Ahli Perniagaan Wanita
Qatar ke Forum Ahli Perniagaan Wanita Antarabangsa yang berlangsung di
Qatar pada 11-12 November 2013. Lihat di sini
Persatuan
Ahli Perniagaan Wanita Qatar adalah sebuah persatuan yang diasaskan oleh
Sheikha Mozah Binti Nasser Al- Misnad, isteri Emir Qatar. Lihat sini
Dalam dunia
ini sudah menjadi lumrah samada isteri Perdana Menteri, isteri Presiden,
isteri menteri, isteri YB atau isteri pemimpin tidak kira di mana-mana
negara sekali pun, mereka (isteri) akan terlibat dengan kerja-kerja hal
ehwal wanita, hal ehwal kanak-kanak dan kerja-kerja kebajikan. Kecuali
di Malaysia ada satu yang gila. Suami ketua pembangkang, isteri presiden
parti. Bila parti bermesyuarat habis laki, bini dan anak turut sama
bermesyuarat.
Dalam kes
yang melibatkan Datin Seri Rosmah ini, beliau dijemput oleh sebuah
persatuan wanita yang dinaungi oleh isteri Emir Qatar untuk ke majlis
yang melibatkan ahli perniagaan wanita antarabangsa, pada saya ianya
satu kebanggaan yang cukup besar. Cuba anda bayangkan apa akan jadi jika
yang dijemput itu bini Hadi Awang atau bini Anwar ? Bergegar pentas
ceramah beb....60 hari 60 malam.
Walaupun
Datin Seri Rosmah dijemput sebagai tetamu utama, namun beliau sedar
beliau tidak ada kuasa yang melibatkan kerajaan, sebab itu bersama
dengan beliau ke forum tersebut adalah Ketua Setiausaha Kementerian
Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Dr Rebecca Fatima Sta
Maria. Juga turut hadir ke forum berkenaan adalah CEO Matrade, Datuk Dr
Wong Lai Sum. Mereka-mereka inilah orang yang berkuasa untuk berbincang
atau menerangkan kepada ahli-ahli perniagaan yang hadir di forum
berkenaan tentang pelaburan di atau perniagaan di Malaysia.
Berhubung
penggunaan pesawat kerajaan. Untuk menggunakan pesawat kerajaan ianya
perlu mendapat kelulusan kabinet. Dalam hal ini pesawat yang digunakan
untuk ke Qatar telah mendapat kelulusan kabinet. Jadi tidak ada apa-apa
kesalahan dalam hal ini.
Ahli
Parlimen Sepang (Pas) mengatakan PM boleh didakwa di mahkamah jika
beliau didapati bersalah kerana melanggar prosedur dalam membuat
keputusan yang melibatkan konflik kepentingan. Wah...wah...wah...bila
tembak orang bukan main lagi. Tak ingat ke apa yang pernah terjadi
kepada dewa orang-orang Pas yang mentadbir Kelantan sebelum ini ?
Nik Aziz
selaku Pengerusi PMBK dalam satu mesyuarat yang beliau pengerusi telah
melantik menantunya sebagai CEO PMBK. Kes berkenaan disiasat SPRM, dan
akhirnya SPRM memutuskan Nik Aziz tidak bersalah.
Jika Nik
Aziz tak bersalah, kenapa pula Najib bersalah ? Inilah yang dikatakan
perangai syaitan. Walhalalmu....walharamku....kau buat halal....aku buat
haram....
Anda boleh baca kisah selanjutnya dan melihat minit mesyuarat yang dimaksudkan di sini
Soal
kejujuran, soal rasuah....tak kira dari 5 sen hinggalah 50 bilion
sekalipun, rasuah tetap rasuah. Soal salah guna kuasa atau
penyelewengan, tidak kiralah daripada sekecil guna lilin kerajaan
hinggalah guna pesawat kerajaan, jika tidak dilakukan mengikut prosedur,
salah tetap salah.
Pas nak bercakap soal salah guna kuasa ? Pas nak bercakap soal penyelewengan ? Mari saya tunjukkan anda satu bukti lagi... - rbf
Anwar Ibrahim Dan Gerombolan Naik Jet Super Mewah!
Rupa-rupanya apabila kedahan69ers.com
dan beberapa blog yang lain menyiarkan tentang kehebatan Super Jet
N99088 yang dinaiki dan digunakan oleh Anwar Ibrahim ketika ke Labuan,
para pecacai Anwar Ibrahim cuba menterbalikkan hakikat tersebut. Mereka
masih cuba untuk membuktikan bahawa Anwar Ibrahim yang cukup terkenal
dengan gelagat mewahnya, menaiki Air Asia, MAS dan penerbangan awam yang
lain. (BACA BLOG PECACAI ANWAR IBRAHIM DI SINI)
Dan yang paling melawakkan ialah apabila mereka cuba juga menyalahkan blogger UMNO dengan menyatakan itu semua fitnah semata-mata!
Malangnya, sama ada mereka sedar atau tidak, gambar-gambar dan maklumat tentang jet mewah yang digunakan oleh Anwar Ibrahim dan turut dinaiki oleh pimpinan besar PKR ketika ke Labuan, datangnya daripada TIAN CHUA, salah seorang pembesar PKR dan konco rapat Anwar Ibrahim sendiri.
Tian Chua yang suatu ketika dahulu mengaku bahawa dia telah mengubahsuai gambar dan memasukkan gambar Perdana Menteri, Najib Abdul Razak dalam usaha menfitnah Najib terlibat pembunuhan model Mongolia itu, merupakan orang yang bertanggungjawab menyebarkan gambar jet peribadi super mewah itu. Tian Chua jugalah yang memberikan dan menyalurkan maklumat perjalanan menggunakan TWITTER dan INSTAGRAM bagi menunjukkan kehebatan Anwar Ibrahim dan gerombolannya berkempen di Labuan, Sabah dan Sarawak.
Mengapa pula dalam hal ini, orang lain yang dipersalahkan, sedangkan yang mengeluarkan maklumat berkenaan adalah TIAN CHUA?
Takkan nak dikatakan Tian Chua sebagai BARUA UMNO, TALIBARUT UMNO dan TROJAN HORSE UMNO pulak kut?
Dan kalau Anwar Ibrahim sendiri mengesahkan memang dia menggunakan jet tersebut yang kononnya diberi pinjam oleh kawan kepadanya, pecacai Anwar Ibrahim nak berputar belit yang macam mana lagi?
AMUKANMELAYU - Hangpa semua sama ja.....Ketuk Dulang Paku pulak Yang Serpih......