,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Friday 22 November 2013

PAS SUDAH TIADA TALIAN HAYAT - Pemuda PAS Tolak Kepimpinan Ulama TGHH YANG TERSUNGKUR

OLAK LEMPIT, Jumaat 18 Muharram 1435 = 22hb November 2013, Artikal asal di petik dari Blog MYKMU.NET, Menyingkap PERJUANGAN PAS dalam pentas politik Negara bukanlah sesuatu yang baru. Bertunjangkan KEPIMPINAN ULAMAK, PAS terus berada di pesada politik Negara walau pun banyak Parti-parti lain yang berkubur di pertengahan Perjuangan. Dengan menjadikan ISLAM sebagai MODAL POKOK, sudah semestinyalah PAS akan menguasai KELOMPOK Islamelayu sahaja. Sehinggakan ada Kajian Mengatakan, di mana ada PADI di situ ada PONDOK, jika disitu ada PONDOK maka di situ ada PAS.
 Dewan Pemuda PAS Pusat Tolak Ulama
Pada peringkat awal, boleh di katakan, hampir semua Ahli PAS dan kepimpinananya mempunyai fikiran Politik yang sama dengan UMNO, cuma UMNO tidak meletakkan Ulamak di dalam Politik tapi kelebihan PAS, Ulamak di jadikan Pemimpin Tertinggi dalam Politik. Apabila PAS membawa dirinya sebagai PEMBANGKANG dalam PERLIman, UMNO seakan-akan tidak dapat bergerak dengan HALATUJUnya sendiri, sebaliknya ia di bayangi oleh PAS. Diwaktu ini politik Islamelayu nampak amat stabil kerana ada antiti lain yang akan "MEMBETULKAN" sekiranya UMNO terlajak jauh.

Apakah MAT SABU egen Anwar untuk memusnahkan PAS?
 Tapi semua itu sudah berlalu, kira-kira tiga dekad lalu atau lebih tepat lagi selepas berakhirnya Revolusi Iran yang diketuai oleh Ayatollah Ruhollah Khomeini, PAS merupakan antara pertubuhan yang begitu taksub meraikan kebangkitan tersebut sebagai satu bukti keberkesanan golongan ulama untuk memimpin parti dan negara.

Rentetan dari situlah PAS semakin teruja dan amat yakin konsep kepimpinan Ulama yang diimport dari Iran adalah usaha terbaik untuk menandingi Penerapan Nilai-Nilai Islam yang telah diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad waktu itu.

Disebabkan keterujaan itu juga merintis kepada penolakan besar-besaran PAS terhadap kepimpinan Yang Dipertuan (Presiden PAS), Datuk Asri Muda yang kemudiannya digantikan oleh seorang tokoh agama iaitu Haji Yusof Rawa.

Tamatlah riwayat politik Datuk Asri sebagai Presiden PAS bermakna berakhirlah perjuangan asal PAS yang selama ini cukup menyanjung tinggi semangat Nasionalisme Islam yang telah mendasari perjuangan PAS semenjak penubuhannya pada 1951.

Dari situ, PAS mula menggandakan usaha propaganda memberi imej buruk pada semangat Nasionalisme Islam yang menjadi tonggak kekuatan UMNO dengan menyamakannya sebagai sekular, assobiyah dan unIslamik yang masih didendangkan sehingga hari ini, sehingga TERKELUAR FATWA ini :
AMANAT TGHH - Amanat ini telah memakan diri PAS

Itu catitan sejarah bagaimana konsep kepimpinan ulama mula mengambil tempat dalam PAS.

Namun semalam pada tanggal 21 November 2013 selepas lebih tiga dekad berlalu, Dewan Pemuda PAS Pusat secara terbuka MENOLAK USUL supaya kepimpinan ulama dalam parti(PAS) dipertahankan. 

Dalam erti kata lain MENOLAK KEPIMPINAN ULAMAK. Sungguh mengejutkan dan HALATUJU PAS semakin kabur. Apa yang penulis nampak. Amanat TGHH pada 7 April 1981 telah di BALAS oleh Allah SWT. Kita tak perlu menjadi DAP, kita tak perlu menjadi MIC, kita tak perlu menjadi PKR, tetapi memadailah PAS itu sendiri telah di PAKATANRAKYATKAN dengan tanpa di sedari PAS membuang PERJUANGAN NEGARA ISLAM dan bersetuju dengan DASAR Pakatan yang mana ianya hampir sama dengan apa yang telah di buat oleh UMNO di dalam BN, tapi yang lebihnya UMNO  menguasai BN sedangkan PAS di kuasai PR.

Apakah ini sudah menjadi realiti?
 Usul yang dibawa oleh Pemuda PAS Gombak itu menegaskan Presiden dan Timbalan Presiden PAS sewajarnya datang dari golongan ulama dan ia selaras dengan ketetapan resolusi Multaqa Ulama Se-Malaysia yang berlangsung di Kedah pada September lepas.
Menariknya usul tersebut di TOLAK dengan alasan kononnya melanggar Perlembagaan PAS, ini bukan UMNO yang kata tapi dinyatakan sendiri oleh Pengerusi Tetap Dewan Pemuda PAS (DPP), Misbahul Munir Masduki semasa persidangan DPP semalam.

Hebat Perlembagaan PAS ciptaan manusia sampaikan mampu menujah dahi ulama PAS. Lepas ini bolehlah di panggil sebagai perlembagaan Anwarinas pula kot. Apa pun itu isyarat jelas DPP sudah dikuasai puak Anwarinas, sahih bertepuk sakan pemimpin DAP dan PKR melihat perkembangan ini.
Entah mana pergi maksud hadith “ulama pewaris nabi” yang sering dibacakan dalam ceramah-ceramah PAS, tak tahulah. Barangkali sudah tidak relevan lagi sebab Pemuda PAS sudah hilang kepercayaan pada kepimpinan ulama meskipun lebih tiga dekad lalu merekalah yang paling ke depan mengharapkannya.
SUATU KETIKA - NORMAH dan MAT SABU
 Jika di perhatikan AKHLAK PENGIKUT PAS selepas satu kelambu dengan PR ni ianya semakin tidak RELEVAN dengan kepimpinan Ulamak, mungkin ini adalah hasil dari  Kawan-kawan MAHASISWA Anwar yang di bawa masuk kedalam PAS untuk MEROSAKAN PAS dari dalam sebelum Anwar di TERAJANG dari UMNO dulu. Perhatikanlah Issu-issu dalam PAS selepas mereka yang berfikiran LIBRAL ini di bawa masuk kedalam PAS.
TAK SENONOH - Orang tua gatai

Terkebil-kebil Hadi Awang, Nik Aziz, Harun Taib dan Haron Din dibuatnya. Nampak gayanya Majlis Syura Ulama dan Dewan Ulama PAS pun sudah hilang pengaruh ke atas Ahli PAS yang di katakan Gulungan Profosional dan Dewan Pemuda PAS. Itu namanya hukum karma. Dulu Datuk Asri dimalukan sekarang tiba masanya untuk Hadi dan gengnya pula menerima nasib yang sama..



AMUKANMELAYU - Nasib PAS akan menjadi seperti BERJASA dan HIMIM yang berkubur tanpa nisan jika kepimpinan ULAMAK di ketepikan. Percayalah.....