,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Sunday, 16 February 2014

BENARKAH PAS PARTI ISLAM BERJUANG KERANA ISLAM ATAU GILAKAN KUASA ATAU PARTI ASSOBIYAH


OLAK LEMPIT 15 Rabiulakhir 1435=15 Feb. 2014 - PAS tidak akan melayan sebarang desakan dari mana-mana pihak berhubung isu penggunaan kalimah Allah memandangkan ianya telah diputuskan oleh Majlis Syura Ulamak PAS sebelum ini. Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Tuan Guru Datuk Harun Taib berkata, keputusan oleh bandan tertinggi PAS itu sebelum ini adalah sangat jelas dan semua pihak harus menghormati keputusan tersebut.

"Ianya dibuat secara kolektif setelah melalui perbincangan yang mendalam oleh Majlis Syura Ulamak PAS dan ianya bukan diputuskan secara individu.

"Kita meminta agar mana-mana institusi dan individu-individu tertentu agar menghormati pandangan dan keputusan PAS ini sepertimana dalam kenyataan rasmi oleh Majlis Syura Ulamak PAS sebelum ini," katanya kepada Harakahdaily.(Feb 04, 2013)

Sampai ke akhir hayatnya dia mempertahankan KALIMAH SUCI ALLAH supaya tidak di "KONGSI" dengan Kristian. Sementara ini pula mereka dari kalangan ULAMAK yang MEMBENARKAN KALIMAH SUCI ALLAH di gunakan, tapi FAHAMIlah dengan MAKRIFAT ke atas kenyataan ULAMAK ini. 

Laporan Harakahdaily:

KUALA LUMPUR: Majlis Syura Ulamak PAS memutuskan sesiapapun boleh menggunakan kalimah Allah namun Kalimah itu tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa dunia kerana tidak menepati kehendak sebenar dari kalimah ini.
Demikian juga tidak boleh kalimah asing hendak diterjemahkan kepada kalimah Allah.

"Oleh kerana itu, menterjemah kalimah God atau Lord dari mana-mana kitab agama bukan Islam kepada perkataan Allah tidak dibolehkan kerana ianya salah dari segi makna dan salah guna, tidak menepati kehendak sebenar yang boleh membawa kekeliruan yang nyata.

"Oleh kerana itu ia hendaklah dicegah," kata kenyataan rasmi Majlis Syura Ulamak yang bermesyuarat malam tadi.


 
Kenyataan itu ditandatangani oleh Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz dan timbalannya, Datuk Dr Haron Din.


LIHAT PULA KENYATAAN KHALID SAMAD YANG INGKAR, MENYANGGAH Dan Selewengkan Kenyataan Rasmi Majlis Syura Ulamak PAS


Dari apa yang dipertontonkan dalam Muzakarah - Kalimah Allah : Dari Sudut Perundangan antara Ketua Perhubungan UMNO Selangor DS Noh Omar dengan AJK PAS Pusat YB Khalid Samad oleh MobTV, jelas sekali bahawa Khalid telah menyelewengkan keputusan Majlis Syura Ulamak PAS berhubung penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.

Baca kenyataan Majlis Syura Ulamak, khususnya dalam petak yang bergaris merah di bawah.

Selepas didesak oleh Noh samada beliau bersetuju dengan 'God' (dalam Bible) diterjemah sebagai 'Allah' dalam Bahasa Melayu, Khalid akhirnya mengaku "Saya tak setuju".
Pandangan Khalid yang didasari oleh keputusan Majlis Syura Ulamak PAS bertarikh 13/1/2013, mengatakan bahawa kalimah Allah adalah kalimah luar biasa yang merujuk sebutan untuk yang paling tinggi dan terjemahan 'God' kepada Allah adalah membawa maksud yang tidak tepat.
Walau bagai mana pun tambah Khalid ( yang mendakwa ia adalah pandangan Mursyidul Am PAS TG Nik Aziz), "Tetapi kalau dia (bukan Islam terjemah 'God' sebagai Allah dalam Bahasa Melayu), kita tak boleh halang. Itu hak dia".
Kenyataan itu jelas menunjukkan bahawa Khalid telah memberikan, memutar belit kenyataan asal yang bukan sahaja boleh mengelirukan ahli-ahli PAS, malahan seluruh umat Islam di negara ini.
Tidakkah Khalid sedar ayat yang berbunyi, "Oleh kerana itu ia hendaklah dicegah," dalam kenyataan dalam petak bergarisan merah di atas? Apakah bentuk pencegahan di pihak PAS selain dari dalam bentuk perundangan?

BENARKAH PAS PARTI ISLAM?

Di petik dari BLOG Rakyat Malaysia yang menyiarkan siri rencana ‘Benarkah PAS Parti Islam’.

Siri rencana ini adalah kumpulan rencana yang dihasilkan oleh penyelidikan kumpulan mereka yang mahir mengenai Islam sambil mempertikaikan PAS sebuah parti yang mendakwa Islam.

PAS kini sudah berubah jauh daripada menegakkan Negara Islam sebaliknya bergerak bersama ‘jemaah bukan Islam’ untuk menubuhkan negara kebajikan.

Penulis berharap pembaca akan menilai dengan sebaik-baiknya tulisan ini dan menilai apakah PAS benar-benar parti yang boleh diharapkan membela dan melindungi orang Islam atau hanya slogan pemimpinnya sahaja untuk kepentingan masa depan dan survival politik mereka.

DIMANA SEMPADAN HAK KITA SEBAGAI SEORANG ISLAM

Surah al-Kafirun:
“Katakan(Muhammad s.a.w) Wahai orang-orang kafir, aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah, dan kamu bukan penyembah Tuhan yang aku sembah. Aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah dan kamu tidak pernah (pula) menjadi penyembah Tuhan yang aku sembah. Bagimu agamamu dan bagiku agamaku”.
 

Menurut riwayat Ibnu Abi Hatim dan Ibnu Jarir at-Tobari, ayat ini diturunkan ketika mana kaum kafir Quraish mengajak berkompromi agama dengan kaum muslimin, di mana kaum Quraish meminta agar mereka menyembah Allah selama setahun manakala Muhammad s.a.w dan para mukminin menyembah patung berhala mereka selama setahun. Lalu Allah s.w.t terus menurunkan surah ini sebagai jawapan kepada kafir Quraish.

Jelas surah di atas menjelaskan tiada kompromi di dalam urusan agama dan akidah, apa sahaja usaha yang bertentangan dengan agama Allah dan akidah Islam maka ia tertolak dan dibuang jauh-jauh. Adakah berkompromi dengan amalan dan kepercayaan kristian merupakan fahaman yang moderat?

Larangan menyerupai kuffar
Islam menyuruh umatnya menghormati agama lain dan penganutnya. Amalan ini tercatat di dalam hadith sebagai bukti ia sebagai satu saranan bahawa kita sebagai seorang Muslim perlu ada sikap toleransi dengan agama-agama lain dalam ertikata lain menghormati dan memberi hak beragama kepada manusia sejagat.

Imam Bukhari merekodkan di dalam kitab Sahihnya meriwayatkan bahawa ketika (serombongan orang membawa) jenazah melintas di depan Rasulullah, maka baginda berdiri. Para Sahabat bertanya, “Sesungguhnya ia adalah jenazah orang Yahudi wahai Nabi?” Beliau menjawab, “Bukankah dia juga jiwa (manusia)?”. Hadith sahih ini sebagai bukti bahawa baginda s.a.w mengajar umatnya agar menghormati agama lain.
Namun dalam sikap bertoleransi di dalam agama ada batas-batas yang perlu dijaga oleh setiap muslim tanpa melampauinya. Toleransi adalah perlu tetapi yang ditegah adalah kompromi dengan agama lain, sepertimana firman Allah s.w.t di dalam surah al-An’am ayat 153 yang bermaksud:

“Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanKu (agama Islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya dan janganlah kamu menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah, Dengan itu, Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertakwa.”
Islam juga melarang penganutnya menyerupai agama lain terutama perkara yang melibatkan amalan dan akidah. Larangan ini jelas termaktub di dalam sepotong hadith Rasulullah s.a.w yang bersabda maksudnya:

“Sesiapa meniru sesuatu kaum maka dia adalah sebahagian dari mereka” (Hadith riwayat Abu Daud dari Ibnu Umar r.a, Ibnu Hibban dan al-Haithami di dalam Majmak al-Zawaid. Hadith ini dinilai sahih oleh Sheikh al-Albani di dalam Ghayah al-Maram).
Dalam lafaz tambahan lain, bahawa Ibnu Mas’ud r.a diajak oleh seorang pemuda ke dalam satu majlis, lalu beliau mendengar suara-suara merintih, meratap (dalam kadar melampau) sambil berkata, aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda, “Sesiapa menuruti peratapan satu kaum, dia termasuk dalam golongan mereka”, ditambah lafaz yang lain “Sesiapa redha dengan perbuatan suatu kaum, maka dia bersubahat dengan mereka yang melakukannya”(Rujuk: Kasyf al-Khafa’ oleh al-Sakhawi)
Ringkasnya, meniru atau mencontohi sesuatu kaum dari segi penampilan, perilaku, bahkan beriktikad dalam perayaan mereka dan budaya mereka. Maka jelaslah bahawa membiarkan anak-anak menyertai persembahan krismas ini merupakan satu perbuatan kompromi dan meniru ajaran dan kepercayaan agama Kristian. Tepuk dada, tanya iman sejauhmanakah ketakwaan kita.

Ramai yang suka keluarkan hukum sendiri
Merujuk kepada proses pengeluaran hukum bukan satu yang mudah, ia bukan mengikut andaian individu yang tidak berpandukan tautan ilmu wahyu Allah dan RasulNya. Ia juga bukan hanya dikeluarkan menurut keserasian logik akal seseorang yang disangkakan ia adalah terbaik. Proses istinbat hukum merupakan proses yang melalui displin-displin tertentu yang mana displin-displin ilmu tersebut bukan didapati secara mudah dan cepat, malah ia digarab dalam jangkamasa yang panjang dan memerlukan ketekunan dan kesabaran.


PERHATIAN, Perhatikan Contoh Benner ini.... "undi PAS dijamin masuk syurga"

Saturday, February 11, 2012

Akhirnya di Kelantan PAS mengarahkan sepanduk yang di gantung di buang. Admin FB Pok Nik hari ini meminta mana-mana rakan FBnya yang terjumpa sepanduk "undi PAS dijamin masuk syurga" agar membuangnya.


Lihat Pula HALUSINASI Pemimpin ini.

KETUA PEMUDA PAS BERHALUSINASI


Menyebut tentang penyakit ini ia mengingatkan saya sebuah hadith yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

“Sesungguhnya sebelum kiamat, wujudnya tahun-tahun yang penuh tipu daya. Ketika itu orang yang benar didustakan, Orang yang dusta dianggap benar, orang yang amanah dianggap khianat, orang yang khianat dianggap amanah, dan ketika itu al-Ruwaibidoh bangkit berbicara. Para sahabat bertanya: “Siapakah al-Ruwaibidoh?” Sabda Nabi s.a.w.: Orang yang lekeh berbicara mengenai urusan awam (orang ramai).” (Hadith riwayat Imam Ahmad, Ibnu Majah, al-Bazzar, disahihkan oleh al-Hakim dan dipersetujui oleh az-Zahabi tentang kesahihannya).


Allah berfirman dalam surat al Kafirun,
لَكُمْ دِينُكُمْ وَلِيَ دِينِ

Untukmu agamamu, dan untukkulah, agamaku. (QS Al Kafirun: 6)
Sebagian orang menafsirkan ayat ini dengan sembarangan. Mereka mengatakan ayat ini memerintahkan untuk bertoleransi dalam agama.  Boleh memilih diantara agama-agama yang ada (????). Tentu ini adalah penafsiran yang salah dan jauh sekali dari kebenaran. Makna yang benar ayat ini adalah pernyataan berlepas diri dari orang-orang kafir. Dan juga pernyataan batilnya agama mereka. Agama mereka (orang-orang kafir) tidak sama dengan agama kita(orang-orang mukmin).  Serupa dengan ayat ini adalah firman Allah ta’ala,


فَمَن شَاء فَلْيُؤْمِن وَمَن شَاء فَلْيَكْفُرْ

Maka barangsiapa yang ingin (beriman) hendaklah ia beriman, dan barangsiapa yang ingin (kafir) biarlah ia kafir (QS Al Kahfi: 29)
Apakah ayat ini menunjukkan pilihan? Yaitu bahwa boleh beriman dan boleh tidak??? Tentu tidak demikian.Bukan begitu tafsirnya. Ayat ini menunjukkan atas sikap berlepas diri dari mereka. Biarkan jika ada yang tidak mau beriman, sesungguhnya telah ditegakkan hujjah atas mereka dan mereka akan merasakan adzab di hari kiamat kelak. Cermatilah kelanjutan firman Allah ta’ala dalam ayat diatas,


وَقُلِ الْحَقُّ مِن رَّبِّكُمْ فَمَن شَاء فَلْيُؤْمِن وَمَن شَاء فَلْيَكْفُرْ إِنَّا أَعْتَدْنَا لِلظَّالِمِينَ نَاراً أَحَاطَ بِهِمْ سُرَادِقُهَا وَإِن يَسْتَغِيثُوا يُغَاثُوا بِمَاء كَالْمُهْلِ يَشْوِي الْوُجُوهَ بِئْسَ الشَّرَابُ وَسَاءتْ مُرْتَفَقاً
 
Dan katakanlah: “Kebenaran itu datangnya dari Tuhanmu; maka barangsiapa yang ingin (beriman) hendaklah ia beriman, dan barangsiapa yang ingin (kafir) biarlah ia kafir”. Sesungguhnya Kami telah sediakan bagi orang orang zalim itu neraka, yang gejolaknya mengepung mereka. Dan jika mereka meminta minum, niscaya mereka akan diberi minum dengan air seperti besi yang mendidih yang menghanguskan muka. Itulah minuman yang paling buruk dan tempat istirahat yang paling jelek. (QS Al Kahfi: 29)

{Faedah Kajian Kitab Fathul Majid, syaikh Dr. Saleh al Fauzan hafidzahullah. Riyadh, 23/1/1435H}

Ini artinya Dajjal (Zionis Yahudi) ini pintar memutar-balikkan fakta. Ahli Fitnah. Pandai berbohong/berdusta. Sehingga bisa meyakinkan orang-orang banyak bahwa air adalah api dan api adalah air.

Apakah ini yang di maksudkan dengan HADITH di sebelah
Dajjal juga akan diikuti 70 ribu kaum Yahudi Isfahan yang memakai pakaian pendeta:
Dari Anas r.a. pula bahwasanya Rasulullah s.a.w. bersabda: “Yang mengikuti Dajjal dari golongan kaum Yahudi Isfahan itu ada sebanyak tujuh puluh ribu orang. Mereka itu mengenakan pakaian kependetaan.” (Riwayat Muslim)

Dajjal ini akan dibantu oleh kaum Munafik. Ummat Islam mengira mereka adalah Islam. Padahal mereka adalah pembantu Yahudi dan Nasrani yang memerangi ummat Islam:


فَتَرَى الَّذِينَ فِي قُلُوبِهِمْ مَرَضٌ يُسَارِعُونَ فِيهِمْ يَقُولُونَ نَخْشَىٰ أَنْ تُصِيبَنَا دَائِرَةٌ ۚ فَعَسَى اللَّهُ أَنْ يَأْتِيَ بِالْفَتْحِ أَوْ أَمْرٍ مِنْ عِنْدِهِ فَيُصْبِحُوا عَلَىٰ مَا أَسَرُّوا فِي أَنْفُسِهِمْ نَادِمِينَ
Maka kamu akan melihat orang-orang yang ada penyakit dalam hatinya (orang-orang munafik) bersegera mendekati mereka (Yahudi dan Nasrani), seraya berkata: "Kami takut akan mendapat bencana". Mudah-mudahan Allah akan mendatangkan kemenangan (kepada Rasul-Nya), atau sesuatu keputusan dari sisi-Nya. Maka karena itu, mereka menjadi menyesal terhadap apa yang mereka rahasiakan dalam diri mereka.
(QS: Al-Maidah Ayat: 52)

BENARKAH PAS PARTI ISLAM?

PENDAHULUAN

Segala puji bagi ALLAH ,Tuhan tempat disembah dan dirujuk segala perkara mengenai urusan dunia dan akhirat. Selawat dan salam kapada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW,Nabi dan Rasul yang ummi dan pemimpin umat Islam sejagat yang teragung. 

Polimik mengenai sama ada Parti PAS sebuah parti Islam sampai ke kemuncaknya baru-baru apabila ada pemimpin UMNO seperti Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Afdal dan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said. melabelkan PAS sebagai Parti Ajaran Sesat.

Hakikatnya PAS dikatakan sebagai ‘Parti Ajaran Sesat’ bukan baru. Apabila Nik Abdul Aziz Nik Mat mengatakan ‘JIKA SYAITAN PUN NAK TOLONG PAS’ ia sanggup menerimanya, banyak pihak ketika itu mengatakan PAS sudah menjadi “Parti ‘Ajaran Sesat’.

Namun oleh kerana waktu Ahmad Said mengatakan ‘PAS Ajaran Sesat’ ketika hampir pilihan raya umum ke 13 dan halatuju perjuangan PAS terumbang ambing, kenyataan Menteri Besar Terengganu itu mengundang kritikan dan ada yang menyelar Ahmad Said.
 
Ada yang mengatakan Ahmad Said sebagai ‘Pemikiran Sesat’, ‘Tidak Waras’ dan banyak lagi yang semuanya bagaikan melepaskan geram. Namun ada di kalangan pemimpin PAS yang “sedia bersemuka’ dan duduk semeja untuk bincang ‘Parti Ajaran Sesat’.

Menteri Besar Terengganu itu bagaimanapun enggan tunduk kepada desakan PAS yang memberi tempoh tiga hari agar beliau menarik balik kenyataannya mendakwa parti itu sebagai ‘Parti Ajaran Sesat’.

Malah, Ahmad Said bersedia disaman oleh PAS berhubung dakwaan itu sambil menyerahkan kepada parti berkenaan untuk memilih sama ada kes itu dibawa ke mahkamah sivil atau mahkamah syariah.

Beliau tidak sesekali gentar dengan desakan parti tersebut kerana yakin dakwaan terhadap PAS itu mempunyai kebenaran berdasarkan banyak bukti kukuh. Hakikatnya sehingga hari ini, umat Islam di Malaysia khususnya masih lagi keliru dengan uslub perjuangan menegakkan ajaran dan hukum Islam.

Kalau sebelum ini umat Islam keliru dengan pengertian ibadah, tetapi sekarang ini setelah timbul era kesedaran dan kefahaman Islam , umumnya telah memahami bahawa ibadah meliputi semua bidang kegiatan hidup.

Kebelakangan ini kita dapati masih lagi umat Islam keliru dengan pengertian tentang parti politik, jihad, berjuang dan persoalan kepimpinan dalam Islam.

Hal itu perlu ada penjelasan.Kita tidak boleh membiarkan masyarakat umum teraba-raba mencari jawapan, seperti orang buta teraba-raba untuk mengenal gajah, kerana ia akan timbul fanatic bahawa apa yang mereka temui itulah betul,sedangkan orang lain tidak betul.

Maka akan berlakulah pertelagahan yang tidak berkesudahan. Saya berusaha mencari bahan-bahan yang boleh dijadikan panduan bagi membantu masyarakat umum menghilangkan kekeliruan dalam persoalan politik dan Islam, kerana terdapat penjelasan mengenai cirri-ciri dan sifat-sifat Parti Islam, pemimpin serta pengikut dan uslubnya berdasarkan Al-Quran dan Al-Hadis serta pendapat para ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah, yang mana menjadi anutan dan pegangan umat Islam di Malaysia.

Di samping itu akan dibuat juga perbandingan dengan parti politik yang dikenali sebagai Parti Islam, sekaligus tindak-tanduk dan sikap pemimpin dan ahlinya, agar umat Islam menilai yang mana menepati ajaran Islam dan yang mana bercanggah dengan ajaran Islam.

Ini kerana kebenaran tidak hanya terletak kepada apa yang diucapkan atau apa yang terkandung di dalam kitab, tetapi dinilai kepada perbuatan, amalan dan tindak-tanduk seseorang.

Akhirnya yang penting, hendaklah kita menjadi orang mukmin sejati, yang lurus hatinya, lurus lidah dan benar perbuatan dan amalannya.  



BENARKAH PAS PARTI ISLAM?

PENGENALAN

Penyelidikan mengenai beberapa persoalan yang berkaitan dengan politik dan isu- isu yang timbul dalam masyarakat Islam diharapkan dapat menjelaskan tentang beberapa kekeliruan dan salah faham sehingga menimbulkan krisis persaudaraan di kalangan umat Islam.

Punca timbul krisis  itu sehingga berlaku perbuatan tuduh menuduh, caci mencaci, pulau memulau, kutuk mengutuk dan lain-lain terhadap sesamaa Islam ialah kerana salah faham berhubung dengan salah tafsir terhadap nilai keIslaman seseorang dan seumpulan atau parti berkenaan yang disertai masing-masing.

Sebagai usaha untuk mengatasi krisis itu, difokuskan esei-esei selepas ini kepada beberapa perkara pokok yang menjadi persoalan iaitu tentang cirri-ciri sebenar sesebuah Parti Islam dan cirri-ciri pemimpin dan pengikutnya, berdasarkan Al-Quran dan Al-Hadis serta athar dan sejarah perjuangan Rasulullah SAW dan para sahabat serta para pejuang Islam dahulu


Ciri-ciri itu dibuat perbandingan dengan parti dan kumpulan berkenaan yang menjadi focus dalam penulisan ini, iaitu PAS dan UMNO.

Selain itu dibuat juga perbandingan parti berkenaan dengan firqah-firqah aqidah yang menyalahi iktiqad Ahli Sunnah Wal Jamaah yang disebut oleh Rassulullah SAW akan muncul di akhir zaman berjumlah 72 firqah, iaitu berdasarkan sikap dan tindak-tanduk harian mereka dalam politik.
 
Di antara firqah-firqah yang popular di negara ini ialah Muktazilah, Khawarij dan Syi’ah. Sementara Ahli Sunnah Wal Jamaah ialah pegangan iktiqad yang diakui sah oleh Rasulullah SAW sendiri dan cirri-cirinya dihuraikan dalam buku ini meliputi pegangan dalam bidang politik.


Esei yang disiarkan selepas ini mengandungi pendedahan beberapa amalan yang menyalahi ajaran Islam oleh parti-parti politik, termasuk PAS.


Ini termasuk perbuatan pemimpinya seperti suka kafir mengkafir sesama Islam, berkasar, mendedahkan aib orang lain, boikot memboikot, berdemontrasi, mencarut, tidak mengenang budi dan lain-lain.
فَمَن شَاء فَلْيُؤْمِن وَمَن شَاء فَلْيَكْفُرْ

Maka barangsiapa yang ingin (beriman) hendaklah ia beriman, dan barangsiapa yang ingin (kafir) biarlah ia kafir (QS Al Kahfi: 29)

Apakah ayat ini menunjukkan pilihan? Yaitu bahwa boleh beriman dan boleh tidak??? Tentu tidak demikian. Ayat ini menunjukkan atas sikap berlepas diri dari mereka. Biarkan jika ada yang tidak mau beriman, sesungguhnya telah ditegakkan hujjah atas mereka dan mereka akan merasakan adzab di hari kiamat kelak. Cermatilah kelanjutan firman Allah ta’ala dalam ayat diatas,



وَقُلِ الْحَقُّ مِن رَّبِّكُمْ فَمَن شَاء فَلْيُؤْمِن وَمَن شَاء فَلْيَكْفُرْ إِنَّا أَعْتَدْنَا لِلظَّالِمِينَ نَاراً أَحَاطَ بِهِمْ سُرَادِقُهَا وَإِن يَسْتَغِيثُوا يُغَاثُوا بِمَاء كَالْمُهْلِ يَشْوِي الْوُجُوهَ بِئْسَ الشَّرَابُ وَسَاءتْ مُرْتَفَقاً
 
Dan katakanlah: “Kebenaran itu datangnya dari Tuhanmu; maka barangsiapa yang ingin (beriman) hendaklah ia beriman, dan barangsiapa yang ingin (kafir) biarlah ia kafir”. Sesungguhnya Kami telah sediakan bagi orang orang zalim itu neraka, yang gejolaknya mengepung mereka. Dan jika mereka meminta minum, niscaya mereka akan diberi minum dengan air seperti besi yang mendidih yang menghanguskan muka. Itulah minuman yang paling buruk dan tempat istirahat yang paling jelek. (QS Al Kahfi: 29)




BENARKAH PAS PARTI ISLAM?


BAHAGIAN 1 - PAS DARI KACA MATA AS-SUNNAH WAL JAMAAH

Salah faham mengenai maksud kafir, zalim dan fasiq menyebabkan perkataan itu disalahgunakan oleh pihak tertentu dalam memberi label kepada sesama Islam.

Malah maksud berjihad dan berjuang yang sebenar sepertimana yang dimaksudkan oleh ALLAH dan Rasul-Nya juga banyak kali disalagunakan untuk kepentingan tertentu pemimpin dan kumpulan.

Apa yang diharapkan pendapat para ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah melalui penulisan ini dapat memecahkan persoalan salah faham yang timbul dalam masyarakat Islam kebelakangan ini.

Ikuti tulisan oleh Syiekh Abu Muhammad Iqamuddin dalam siri BENARKAH PAS PARTI ISLAM? berikut ini yang melihat PAS dari kaca mata atau berlandaskan As-Sunnah Wal Jamaah:

Orang PAS mendakwa parti mereka sahaja semata–mata Islam atau dengan kata lain ialah sebagai PARTI ALLAH atau HIZBULLAH. Selain daripada parti mereka semuanya dianggap parti taghut dan kerana itu mereka berani mendakwa sesiapa yang menyokong dan mengundi PAS dianggap jihad dan masuk syurga. 

Mana-mana kawasan atau negeri yang dimenangi PAS diumumkan sebagai kawasan dan negeri yang amat disenangi oleh Rasulullah SAW, sementara yang dimenangi oleh parti lain disedihi oleh Rasulullah SAW. 

Sebenarnya, jika kita membuat analisis dengan secara halus dan dinilai dengan ajaran Islam sebenar berdasarkan Al-Quran, As Sunnah, Ijma’ dan Qias, kita dapati tidak banyak perbezaan di antara parti PAS dengan parti –parti politik lain.

Cuma apa yang jelas lebihnya mereka (PAS) ialah stail bercakap dan tempikan “ALLAHUAKHBAR” pengikutnya. Oleh sebab itu kita berani mendakwa bahawa sebenarnya PAS Bukan Parti Islam, lebih-lebih lagi setelah diteliti parti itu tidak memenuhi cirri-ciri Parti Islam atau Parti ALLAH atau HIZBULLAH yang sebenar sepertimana yang terdapat dalam Al-Quran dan Al Hadis dan juga arthar serta sejarah perjuangan para pejuang Islam lampau, termasuk apa yang pernah diperjuangkan oleh para Nabi dan Rasul dahulu.

Bagi membentangkan hujjah ini digunakan sumber rujukan nas ( Al-Quran dan Al Hadis) dan juga sejarah perjuangan para Nabi dan Nabi Muhammad SAW dan para sahabat Baginda SAW, bukan berdasarkan nafsu atau lain-lain teori politik bikinan manusia. Bagi membuktikan dakwaan ini, maka marilah kita lihat apa yang disebut oleh ALLAH didalam Al Quran dan juga Al Hadis serta athar yang dikemukakan di bawah ini.

Tujuan diketengahkan pandangan ini bukan kerana fanatik atau membenci kepada mana-mana golongan ataupun membencikan PAS, tetapi sekadar member penjelasan agar tidak timbul kekeliruan di dalam kalangan umat Islam berhubung dengan perjuangan Islam dan agar masyarakat tidak terus menerus tertipu dengan slogan dan label Islam yang digunakan oleh PAS dan tempikan “ALLAHU AKBAR” mereka serta ugutan kononnya, sesiapa tidak menyokong atau mengundi PAS berdosa dan masuk dan masuk neraka dan sesiapa sokong PAS masuk syurga.

Jadi kalau orang kafir seperti DAP dan lain-lain pakatan pmbangakang  yang menyokong yang menyokong dan undi PAS- APAKAH MEREKA JUGA AKAN MASUK SYURGA?

 

BENARKAH PAS PARTI ISLAM?

BAHAGIAN 2 - CIRI-CIRI PARTI ISLAM MENURUT AL QURAN


Dalam Al-Quran, ALLAH secara jelas dan tegas telah memperkenalkan cirri-ciri dan sifat-sifat Parti Islam dengan sebutan HIZBULLAH , iaitu PARTI ALLAH.

Ertinya, Islam memang memerintahkan umatnya memasuki parti yakni PARTI ALLAH. Bukan parti mengikuti sistem sekular,cara pemilihan pemimpin mengikut undi dan sebagainya seperti mana yang PAS amalkan sekarang ini.Tapi Parti ALLAH mempunyai ciri-ciri khusus yang ALLAH sendiri telah tetapkan; bukan macam PAS tetapkan.
 
ALLAH telah berfirman didalam Al-Quran:

 Maksudnya: “Sesungguhnya pemimpin kamu itu ialah ALLAH, Rasul-NYA dan orang-orang yang telah beriman yang mendirikan bersembahyang, yang mengeluarkan zakat, dan hal keadaan mereka itu tunduk (kepada ALLAH). Dan barangsiapa mengankat ALLAH, R asul-NYA dan orang-orang mukmin menjadi pemimpin, maka sesungguhnya HIZBULLAH( Parti ALLAH) itulah yang mendapat kemenangan.” –(Surah Al Maidah ayat 55-56)

Firman ALLAH lagi:

 Maksudnya; “Engkau tidak akan dapati sesuatu kaum itu yang benar-benar beriman kepada ALLAH dan Hari Akhirat, tergamak berkasih saying dengan orang-orang yang menentang ALLAH dan Rasul-NYA, sekalipun orang-orang(yang menentang ALLAH) itu terdiri daripada bapa-bapa mereka atau anak-anak mereka atau saudara- saudara mereka atau keluarga mereka.Meraka (golongan yang benar-benar beriman itu) telah ditetapkan iman di dalam hati mereka dan ALLAH telah menguatkan mereka dengan cara menanamkan semangat di dalam hati mereka. ALLAH akan memasukkan mereka ke dalam syurga yang di bawahnya mengalir sunagi-sungai dan mereka kekal di dalamnya. ALLAH redha kepada mereka dan demikian juga mereka redha kepada ALLAH serta bersyukur kepada nikmat pemberian ALLAH.Mereka itulah anggota-angota HIZBULLAH( Parti ALLAH ). Sesungguhnya pendokong HIZBULLAH (Parti ALLAH) itu ialah orang-orang yang mendapat kemenangan (di dunia dan di akhirat)”- (Surah Al Mujadilah ayat 22).

 Ayat-ayat di atas secara tidak langsung ALLAH telah menerangkan tentang cirri-ciri Parti ALLAH dan sifat-sifat pemimpin dan anggotanya. Di antaranya ialah;

1. Mereka benar-benar beriman kepada ALLAH dan Rasul-NYA , menjadikan kedua-duanya sebagai pemimpin dan tempat rujuk serta tempat minta pertolongan.

2. Mereka meletakkan orang yang benar-benar beriman sebagai pemimpin, iaitu di kalangan mereka yang bertaqwa.

3. Mereka beriman kepada Hari Akhirat

4.Mereka mendirikan sembahyang.

5.Mereka mengeluarkan zakat.

6.Mereka benar-benar patuh kepada perintah dan hukum ALLAH.

7.Mereka sekali-kali tidak berkasih sayang dan bekerjasama dengan orang yang menentang agama (ingkar hukum) ALLAH.

8. Tidak bersikap asabiah qaumiah, yakni tidak bertolak ansur walaupun dengan ibu bapa, anak-anak, saudara mara, kerabat dan keluarga sendiri, sekiranya mereka itu anti-Islam atau melakukan maksiat dan kemungkaran.

9. Mereka( golongan Parti ALLAH) tidak pernah kalah dan sentiasa menang.

Menyentuh tentang ciri dan sifat nombor 7, bersesuaian dengan ayat 22 surah Al-Mujadilah di atas, kita dapati sifat-sifat dan ciri-ciri itu tidak ada pada parti PAS.Demikian dengan cirri nombor 9, kerana PAS sentiasa kalah dalam pilihanraya.

Tapi demi kerana untuk meraih undi, PAS sanggup berkerjasama dengan parti-parti dalam Pakatan Pembangkang yang terdiri daripada parti-parti menentang ALLAH kerana peribadi pemimpin mereka dan dasar parti mereka bukan berlandaskan Islam.Buktinya ialah DAP dan PKR dasar dan perlembagaan parti mereka tidak berlandaskan Islam, bahkan tidak ada langsung cita-cita untuk menegakkan Islam.

Mereka Cuma menyokong Islam untuk mengambil kesempatan di sebalik isu reformasi; yang isu tersebut juga tidak berlandas dan semangat Islam.sekiranya mereka (Pakatan Pembangkang) menang, mereka juga akan melaksanakan sistem pemerintahan seperti mana yang sedang dilaksanakan oleh UMNO dan BN sekarang ini.


BENARKAH PAS PARTI ISLAM

BAHAGIAN TIGA - ADAKAH ADA CIRI CIRI PARTI SYAITAN

Selain diterangkan cirri-ciri Parti ALLAH, terdapat juga ayat yang menyebut tentang cirri-ciri Parti Syaitan atau HIZBUSSYAITAN.


Tujuan ALLAH bentangkan firman-NYA itu ialah untuk membuat perbandingan agar umat Islam dapat membezakannya serta membuat pilihan engan tepat.

Firman ALLAH:


Maksudnya;"…mereka menjadikan agama (memperalatkan agama) untuk tujuan berpecah-belah dan berpuak-puak sehingga menjadi beberapa pecahan (parti-parti). Masing-masing puak(parti)pula berbangga dengan apa yang ada di sisi mereka….”-(Surah Al Mukminun ayat 53)

 Firman ALLAH lagi:


Maksudnya;"… orang-orang yang menyekutukan ALLAH itu ialah orang yang memecah-belahkan agama mereka(dengan cara meninggalkan agama tauhid dan menganut pelbagai ideology bikinan akal dan nafsu) sehingga menjadi beberapa golongan (parti-parti). Tiap-tiap golongan (parti) itu merasa bangga (sombong) dengan apa yang ada pada mereka “_( Surah Ar Rum ayat 32)

Selanjutnya ALLAH berfirman lagi:


Maksudnya;"Syaitan telah menguasai mereka lalu ia (syaitan) menjadikan mereka itu lupa kepada ALLAH.Lalu mereka tergolongke dalam golongan hizbussyaitan( parti syaitan).ketahuilah,sesungguhnya PARTI SYAITAN itu parti yang rugi”-(Surah Al Mujadilah ayat 19)

ALLAH telah menjelaskan tentang ciri-ciri parti syaitan dalam ayat di atas seperti berikut;


1. Pemimpin dan anggotanya memperalatkan agama untuk menimbulkan perpecahan di kalangan masyarakat. 
2. Mereka meninggalkan agama Tauhid, sebaliknya menjadikan ideology dan aliran fikiran manusia sebagai pegangan dan peraturan politik dan peraturan hidup mereka. 
3. Bersikap sombong dan berbangga dengan parti masing-masing. 
4. Lupa kepada ALLAH.Yakni, apabila ingin menyelesaikan masalah umat, mereka tidak merujuk kepada hukum ALLAH, sebaliknya merujuk kepada teori manusia. 

BENARKAH PAS PARTI ISLAM

BAHAGIAN EMPAT - PAS MILIKI CIRI-CIRI PARTI SYAITAN?



Maksudnya;"Syaitan telah menguasai mereka lalu ia (syaitan) menjadikan mereka itu lupa kepada ALLAH.Lalu mereka tergolong ke dalam golongan hizbussyaitan( parti syaitan).ketahuilah,sesungguhnya PARTI SYAITAN itu parti yang rugi”-(Surah Al Mujadilah ayat 19)

Daripada huraian ayat di atas, didapati PAS mempunyai sekurang-kurangnya tiga sifat sepertimana yang tersebut dalam ayat di atas.

 Di antaranya ialah;

1. Mereka (PAS) memperalatkan agama untuk menimbulkan perpecahan ,iaitu mereka membuat pelbagai dalil agama untuk menuduh orang-orang Islam dalam UMNO dan BN sebagai orang-orang kafir; sembelihan mereka tidak boleh dimakan;dan jenazah mereka tidak boleh diziarah dan disembahyangkan-sehingga orang lain tidak bergaul dengan orang-orang Islam dalam UMNO dan BN dan memusuhi mereka.

2. PAS menggunakan sistem politik demokrasi dan politik pilihanraya sebagai saluran untuk menegakkan Islam. Ini di akiu sendiri oleh Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang dalam bukunya Amanat Haji Hadi, mukasurat 23 dan 24, yang berbunyi : "Walaupun demokrasi adalah ciptaan Barat bukan Islam, di mana di dalamnya terdapat pelbagai kelemahan dan penyelewengan yang ketara, namun Islam menerima kebebasan dan hak-hak yang diberi oleh demokrasi dan mengambil alih faedah darinya untuk menyuarakan ajaran Islam."

Selanjutnya beliau menyambung “PAS tetap menyertai pilihanraya dan menyertai sistem demokrasi….” Kenyataan Hadi ini bertentangan sekali dengan firman ALLAH;


Maksudnya: "Jangan kamu mencampur adukkan kebenaran dengan kebatilan…" - ( Al Baqarah ayat 42)

Ini menandakan PAS menganut falsafah barat iaitu "Matlamat menghalalkan cara".

Bahkan Hadi mendakwa dengan mengatakan ‘Islam menerima kebebasan dan hak-hak yang diberi oleh demokrasi” Dari mana sumber yang mengatakan Islam menerima sistem tersebut?

Ulama muktabar mana yang mengeluarkan fatwa sehingga Hadi berani mengaitkan sistem tersebut dengan Islam. Sedangkan pada awal ayat itu diakui sendiri bahawa sistem ‘ demokrasi adalah ciptaan Barat dan terdapat penyelewengan”.

Di akhir kenyataan dinyatakan bahawa Islam menerima sisrem yang di ciptakan barat yang menyeleweng itu. Ini menunjukkan bahawa kenyataan Hadi memeksudkan Islam menerima penyelewengan.

Dalam perjuangan PAS pula, mereka menentang dan menuduh UMNO kerana UMNO menyeleweng daripada Islam kerana berjuang dan memerintah atas dasar demokrasi. Sekarang ini, siapa sebenarnya yang menyeleweng?

Atas asas apa pendirian perjuangan PAS sebenar?

3. Sifat ketiga pula ialah orang-orang PAS memang bersikap sombong dan berbangga dengan parti mereka. Buktinya kenyataan Nik Abdul Aziz bahawa kemenangan PAS kerana malaikat membantu mereka. Kelantan negeri yang disukai Rasulullah SAW.

Kenyataan itu secara tidak langsung menghina orang Islam di negeri-negeri lain.

Lantaran merasakan mereka (PAS) disayangi Rasulullah SAW dan suci, maka sebab itu mereka sanggup mencaci maki orang Islam lain sehingga boleh digelar sebagai “Barua” dan sebagainya.


BENARKAH PAS PARTI ISLAM

BAHAGIAN LIMA - PAS MILIKI CIRI-CIRI PARTI ASSOBIYAH?

ASSOBIYAH adalah budaya PAS. Mereka menuduh UMNO sebagai ASSOBIYAH hanya untuk menutup budaya berpuak-puak yang selama ini menjalar dan menular dalam PAS. Sebelum tu, mari kita teliti maksud ASSOBIYAH:

Dalam al-Qur:an, ditemui lima perkataan yang ada kaitan dgn asobiyah.
Usbah sebanyak 4 kali dan Asib sekali. Usbah maksudnya seketurunan atau sekumpulan, manakala ‘asib pula ialah ertinya dahsyat atau merbahaya. Usbah, misalnya dalam surah Yusof, ayat 8 dan 14 dan surah anNur: 11. Dari kalimah usbah ini lahirlah istilah asobiyah (perkauman) dan ta’assub (fanatisma puak)
 

A008
(Kisah itu bermula) ketika saudara-saudara Yusuf berkata (sesama sendiri): "Sesungguhnya Yusuf dan adiknya, lebih disayangi oleh bapa kita daripada kita, padahal kita ini satu kumpulan (yang ramai dan berguna). Sesungguhnya bapa kita adalah dalam keadaan tidak adil yang nyata." 


A014


Mereka berkata: "Kalau dia dimakan oleh serigala, sedang kami ramai bilangannya, sesungguhnya kami sudah tentu menjadilah orang-orang yang rugi".

إِنَّ الَّذينَ جاؤُو بِالْإِفْكِ عُصْبَةٌ مِنْكُمْ لا تَحْسَبُوهُ شَرًّا لَكُمْ بَلْ هُوَ خَيْرٌ لَكُمْ لِكُلِّ امْرِئٍ مِنْهُمْ مَا اكْتَسَبَ مِنَ الْإِثْمِ وَ الَّذي تَوَلَّى كِبْرَهُ مِنْهُمْ لَهُ عَذابٌ عَظيمٌ
Sesungguhnya orang-orang yang datang membawa berita bohong itu adalah golongan kamu juga. Janganlah kamu kata bahwa perbuatan mereka itu membawa akibat buruk bagi kamu, bahkan itu adalah mem­baikkan. Setiap orang akan men­dapat hukuman dari sebab dosa yang dibuatnya itu. Dan orang yang mengambil bagian terbesar akan mendapat siksaan yang besar pula.

Ertinya Al-Quran tak menyatakan secara jelas ASSOBIYAH SEBAGAI PERKAUMAN tetapi boleh juga ditakrifkan sebagai KENEGERIAN kerana negeri melambangkan sekumpulan orang.

Dalam PAS, sifat kenegerian memang jelas. PERANG SAUDARA antara PAS KELANTAN dan PAS TERENGGANU tak perlu diperkenalkan lagi. Dari dulu, keduanya saling merebut jawatan tertinggi dalam PAS.

Itu baru ASSOBIYAH dari sudut PERKUMPULAN MANUSIA. Ada artikel yang lebih menarik pasal PAS dan ASSOBIYAH. Baca dan nilaikan sendiri adakah PAS benar-benar menentang UMNO ASSOBIYAH atau pun kerana KUASA atau PAS yang menyembunyikan yang mereka adalah PARTI ASSOBIYAH.

Pas dan Dasar Kepuakan

ASABIYAH ialah satu perkataan Arab yang membawa maksud puak keturunan atau suku kaum yang berasal daripada rumpun yang sama. Bagi masyarakat Arab, ia juga disebut sebagai kabilah atau asyirah. Perkataan taksub atau fanatik itu berasal daripada perkataan asabiyah yang membawa erti seruan seseorang supaya disokong puak keturunannya, atau mempertahankan kelompok mereka walaupun nyata kelompok mereka itu melakukan kesalahan dan kezaliman.
Hadis Nabi s.a.w seterusnya menjelaskan yang bermaksud: Telah bertanya seorang lelaki: Wahai Rasulullah, adakah dianggap fanatik puak orang yang sayang kepada kaum bangsanya? Jawab Baginda, tidak, tetapi fanatik puak ialah seorang yang menolong kaum bangsanya kepada kezaliman.
Seterusnya dari anak Wasilah bin Asqa bahawa beliau telah mendengar bapanya (Wasilah) berkata: Aku bertanya Rasullulah, apakah dia asabiyah itu? Jawab Baginda: Bahawa engkau menolong kaummu di atas dasar kezaliman.
Ini bermakna asabiyah itu ialah semangat pembelaan jahiliah iaitu mempertahankan puak keturunannya walaupun puaknya itu berada dalam kebatilan (salah) dan zalim. Maka di atas dasar asabiyah inilah ia dilarang oleh Islam, bukannya asabiyah itu membela bangsa atau keturunan di atas jalan kebenaran.
Apabila UMNO pada satu ketika dituduh sebagai parti yang memperjuangkan dasar asabiyah oleh Pas (kerana terdapat perkataan Kebangsaan pada nama UMNO itu), perbandingan yang diberikan sebagai hujah Pas begitu mengelirukan malah melucukan. Pas mengatakan oleh kerana UMNO bermaksud United Malays National Organization atau Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu, maka perkataan National atau Kebangsaan pada akronim UMNO telah ditafsir melulu sebagai asabiyah jahiliah.
UMNO bukanlah parti asabiyah iaitu yang mempertahankan kelompok sendiri walaupun kelompok itu melakukan kesalahan. Di dalam UMNO, sesiapa yang melakukan kesalahan, orang itu tidak akan dibela dan dipertahankan. Setinggi mana sekalipun jawatan yang dipegang oleh sebarang ahli UMNO, sekiranya ahli tersebut didapati melakukan kesalahan, tindakan tetap akan diambil, baik menteri kabinet, Menteri Besar, Ketua Menteri dan sebagainya.
Tetapi berlainan halnya dengan Pas. Pas adalah parti asabiyah yang nyata kerana mempertahankan suku sakatnya walaupun yang terang-terang melakukan kesalahan sehingga sanggup berkelahi. Sebagai contoh, apabila Prof. Emeritus Dr. Shahnon Ahmad menulis novel SHIT yang mengandungi perkataan mencarut dan lucah, presiden Pas mempertahankan SHIT apabila dilaporkan sebagai berkata bahawa bahasa SHIT mudah difahami orang dan ia satu sumbangan besar.
Kita bertambah terkejut apabila Mursyidul Am Pas, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, di dalam hujahnya membela Shahnon, telah memberikan alasan bahawa mencela dan memaki hamun dibolehkan mengikut keadaan, kerana Tuhan juga mencela dan memaki hamun dalam Quran. Perbandingan sebegini tidak kena tempat dan amat mengelirukan. Mungkin alasan yang bakal diberikan nanti ialah akhbar tersilap membuat laporan.
Bercakap mengenai perbandingan yang tidak tepat ini, para pemimpin Pas amat gemar melakukannya. Misalnya pembawaan cerita Firaun dengan Nabi Musa, Abu Lahab dengan Nabi s.a.w dan sebagainya melalui ceramah-ceramah dan tulisan-tulisan yang memberi pengertian halus bahawa mereka yang bukan ahli Pas (yakni UMNO) ialah golongan kafir seperti Firaun dan Abu Lahab.
Namun memang terdapat di dalam al-Quran di mana Allah s.w.t mencela Abu Lahab, Firaun, Qarun dan Haman. Abu Lahab ialah seorang kafir harbi. Apakah dalam konteks novel SHIT ini, orang yang dicela dan dimaki oleh Shahnon dan Pas itu seorang kafir harbi seperti Abu Lahab dan Firaun, maka ia juga boleh dicela sedemikian rupa? Malah tidak cukup dengan itu, perkataan yang diguna ialah perkataan mencarut dan lucah pula. Di manakah Pas meletakkan panduan ajaran Islam sepertimana firman Allah yang bermaksud; Dan serulah pada jalan kamu dengan penuh hikmah, nasihat yang baik dan berbincang, berdialog dengan perkataan yang lebih baik?
Sekiranya kita tidak redha dengan perilaku saudara se-Islam, kita tidak boleh mendoakan supaya orang itu binasa. Sebaliknya kita sepatutnya mendoakan supaya Allah s.w.t memberikan petunjuk dan hidayah sebagaimana yang dilakukan oleh Junjungan Besar Nabi s.a.w semasa menyeru golongan kafir Quraisy. Namun ketika Nabi s.a.w menyampaikan seruan Baginda, golongan kafir Quraisy ini telah melontarkan pelbagai kecaman kepada Nabi s.a.w dan sesetengah mereka telah melontar batu sehingga Nabi s.a.w luka berdarah, dan menyebabkan semua malaikat marah. Namun apakah balasan Nabi s.a.w terhadap tindakan pihak kafir Quraisy itu? Nabi s.a.w telah berdoa yang bermaksud: Wahai Tuhanku, berilah petunjuk dan hidayah kepada mereka kerana mereka tidak mengetahui. Sepatutnya perbuatan Nabi s.a.w menjadi teladan kepada kita semua, lebih-lebih lagi kepada mereka yang kononnya mengaku memperjuangkan Islam 
.
Dalam Surah al-Humazah, ayat 1, Allah telah berfirman, Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci dan pengeji. Di dalam sebuah hadis pula dinyatakan bahawa Islam menganjurkan kita berkata baik kerana berkata baik itu ialah sedekah.
Sikap Shahnon tidak mencerminkan kematangan beliau sebagai seorang ahli akademik yang dihormati. Sekiranya beliau lebih memahami, sepatutnya beliau meminta penjelasan daripada Perdana Menteri sendiri misalnya, bagi mendapatkan gambaran sebenar keadaan yang berlaku. Saya percaya novel ini hasil luahan emosi Shahnon yang hanya diasaskan kepada sumber-sumber berita sampingan sahaja 
Kalaupun terdapat kesilapan yang dilakukan oleh mana-mana pemimpin, Islam tidak menyuruh kita mengumpat, mencaci, mencarut dan memaki hamun secara terang-terangan. Sekiranya pemimpin tersilap, ada cara untuk menegur. Budaya maki hamun tidak mencerminkan seseorang itu bertamadun dan bermoral apatah lagi sekiranya alim ulama menggunakan budaya maki hamun atau mempertahankan maki hamun kerana maki hamun itu adalah budaya orang yang tidak bermaruah dan seterusnya menjatuhkan air muka sendiri. Tidak terdapat dalam al-Quran dan hadis Nabi s.a.w perkataan maki hamun. Allah dan Rasul tidak memaki hamun orang. Yang ada hanyalah celaan dan ancaman balasan pedih kepada orang-orang yang tidak beriman dan orang orang yang jahat.  
Selain daripada sikap asabiyah yang mewarnai Pas, parti itu juga kini mempunyai trend melakukan tindakan dan percakapan yang bersifat jahiliah. Misalnya, mengatakan bahawa syaitan boleh diambil sebagai rakan seperjuangan, kerana menurut Pas, ada dalam al-Quran kisah Nabi Sulaiman menggunakan syaitan sebagai pembantu (sedangkan itu adalah mukjizat Nabi Sulaiman yang dikurniakan sebagai satu keistimewaan Allah s.w.t kepada Baginda). 
Selain daripada itu, Mursyidul Am Pas juga dilaporkan sebagai berkata bahawa dibolehkan berdoa bagi kita umat Islam memusnahkan orang Islam lain, juga tindakan pemimpin negara ini digelar penjaga babi, dan sebagainya. Kesemua hal ini disokong dengan ayat-ayat al-Quran tertentu sebagai justifikasi atau alasan yang menghalalkan pemimpin-pemimpin Pas ini mengatakan sedemikian tanpa mengira sama ada tepat atau tidak justifikasi mereka itu. 
Hal ini bertentangan dengan ajaran Islam dan sebagaimana yang terdapat dalam al-Quran Surah al-Baqarah, ayat: 41 yang bermaksud: Dan janganlah kamu menjadikan ayat-ayat-Ku (sebagai harga untuk) membeli kelebihan-kelebihan yang sedikit faedahnya. 
Kita dilarang memperalatkan al-Quran untuk kepentingan sempit peribadi dan parti atau kelompok kita sendiri.
Ilmu boleh menjadi panduan yang berguna, lebih-lebih lagi sekiranya ilmu itu adalah ilmu agama. Tetapi implikasinya juga amat besar sekiranya dipergunakan sebegitu rupa sehingga merosakkan masyarakat. Masyarakat Malaysia terutamanya orang Islam di negara ini, amat mengharapkan tunjuk ajar yang baik daripada alim ulama. Tetapi sekiranya kita salah guna sehingga orang Islam berpecah dan menjadi bertambah keliru, ini amatlah dikesali.  
Masyarakat harus sedar bahawa Pas hanya memperalatkan agama untuk mendapatkan kuasa. Dapat kuasa untuk apa? Melaksanakan Islam? Pada pendapat saya tidak, kerana untuk melaksanakan hukum takzir kepada ahli mereka yang berkhalwat sekalipun belum tentu mereka mampu laksanakan, sungguhpun mereka mempunyai kapasiti untuk berbuat demikian. Bagaimana kita boleh menerima perjuangan untuk melaksanakan dasar Islam Pas ini sekiranya mencarut sekalipun boleh menjadi halal atas alasan ia ada dalam al-Quran?  
Saya amat berharap kepada semua pemimpin Islam, alim ulama supaya menunaikan tanggungjawab dengan penuh amanah, memberi ulasan dan penjelasan tanpa mengira untung rugi politik yang sempit sepertimana hadis Nabi s.a.w yang bermaksud: Katalah yang benar walaupun pahit. Apa yang kita perlu harapkan dari Allah ialah pahala yang banyak bukannya keuntungan dunia semata-mata. Semoga Malaysia terus kekal aman dan tenteram dan semoga Allah s.w.t memberikan taufik dan hidayah-Nya kepada kita semua.

* TAN SRI WAN MOKHTAR AHMAD ialah Mantan Menteri Besar Terengganu.

AMUKANMELAYU - Nak pesan bagi, jika bercanggah dengan AMALAN RASULLULLAH.....kita WAJIB tinggalkan mereka ini. Ini kerana hanya RASULLULLAH sahaja yang akan memberi SHAFAAT di akhirat kelak......ulamak tidak memberi apa-apa tetapi kita yang memberi pada mereka. Jadi kita berhak untuk menentukan siapa yang patut kita beri dan tiada tarikh akhirnya selagi dia  mengikut Sunnah Rasullullah.