,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Wednesday, 19 February 2014

UMNO/BN - KINI MENJADI PUSAKA YANG TIDAK BERNILAI


UMNO - PUSAKA yang tidak di pelihara

 

BN, UMNO dan pimpinannya tidak akan dihormati oleh sesiapa lagi di kalangan rakyat, jika;

1. Pemimpin mereka terus "membungkam" dan tidak lagi mengerti apa maksud BN ditubuhkan (dijenama semula dari Perikatan, 1974).

2. Dan kenapa UMNO itu wujud, diwujudkan dan diterima oleh hampir seluruh umat melayu dan di dalam masa yang sama pemimpin UMNO ini diterima dan diiktiraf pula oleh lain-lain kaum sebagai pemimpin yang boleh dipercayai oleh kaum mereka.
 
Kehilangan kepercayaan umat melayu terhadap pimpinan UMNO dan hilangnya sifat "hormat dan akur" di dalam jiwa kaum cina dan India terhadap UMNO dan kepimpinannya, adalah musibah terbesar terhadap kehidupan bernegara dan keharmonian hidup rakyat.

Anwar Ibrahim yang sama, begitu mudah diuruskan oleh kepimpinan Tun Razak dengan hanya menyumbat kaki berontak ini ke Kemunting.

Anwar Ibrahim yang sama ini juga yang akhirnya akur dengan kekuatan serta pengaruh UMNO dan BN di kalangan rakyat dengan mencari jalan menganggotai UMNO dan akhirnya berjaya sampai ke tangga ke2 kepimpinan negara. Struktur parti yang kuat dan disokong oleh majoriti rakya, bukan individu pemimpin parti yang kuat.

Anwar hanya kuat di dalam sebuah parti yang kuat. Bukan Anwar saja, sesiapa saja ketika itu yang menjadi pemimpin UMNO akan menjadi kuat secara otomatik. Hakikatnya parti dan organisasi itulah yang kuat.

Anwar Ibrahim yang sama juga yang telah dipecat dari UMNO dan kepimpinan negara. Anwar ini jugalah yang berjaya dikekang kekuatannya oleh UMNO dan kepimpinannya setelah beliau terkeluar dari UMNO dan memimpin parti pembangkang.

Kepimpinan UMNO dan BN yang dipimpin oleh Tun Mahathir terus berjaya mempertahankan sebuah kerajaan yang kuat dengan bekalan kuasa 2/3, walaupun menempuh cabaran getir yang digerakkan oleh Anwar yang sama ini.

Tetapi, Anwar Ibrahim yang sama inilah juga yang akhirnya berjaya memecahkan kekuatan 2/3 UMNO dan BN, hingga negara ini mewarisi kerajaan yang lemah di zaman Pak Lah dan Najib.

Di sini jelas boleh difahami bahawa masalah kelemahan kerajaan yang memerintah hari ini bukan disebabkan oleh kekuatan Anwar ibrahim itu bertambah. Kelemahan kuasa dan lengaruh BN dan UMNO di kalangan rakyat adalah disebabkan oleh pemimpin dan kepimpinan UMNO/BN yang lemah.

Kekuatan dan pengaruh tertinggi dan terhebat Anwar Ibrahim adalah pada ketika dia dipecat dari parti dan kerajaan pada tahun 1998. Kekuatan pengaruh bercampur dengan sentimen simpati begitu tinggi terhadap beliau. Ketika itu Anwar paling kuat dan berpengaruh. Pengaruh beliau pada 2008 dan 2013 jauh lebih berkurangan dari kekuatan yang beliau miliki pada tahun 1999.

Persoalannya, kenapa pengaruh beliau ketika beliau dalam keadaan begitu kuat dapat dikekang dan kenapa ketika pengaruh beliau dalam keadaan sudah merosot pada 2008 dan 2013 pula pihak pembangkang berjaya memecahkan kekuatan kuasa UMNO/BN, hingga banyak negeri yang tumbang?

Semua ini jelas membuktikan bahawa masalah pokoknya bukan Anwar atau pembangkang sudah bertambah kuat dan disokong oleh rakyat.

MASALAH SEBENARNYA ialah pemimpin dan kepimpinan tunjang BN, iaitu UMNO sudah terlalu lemah untuk mempertahankan kuasa mereka.

1. Komponen BN dan pemimpin kaum-kaum utama yang lain sudah hilang rasa "hormat dan akur" terhadap kepimpinan UMNO.

2. Ramai kalangan umat melayu sudah hilang percaya kepada kepimpinan UMNO yang ada.

3. Kaum-kaum lain pula melihat merosotnya sokongan orang melayu terhadap UMNO sebagai suatu peluang keemasan bagi mereka untuk mewujudkan kuasa tawar-menawar di dalam keadaan politik dan kepimpinan melayu yang semakin lemah.

4. Akhirnya wujudlah situasi tidak menentu yang kita rasai dan hadapi pada hari ini.

Rumah tiang 14 komponen Barisan Nasional ini tidak akan diyakini lagi untuk didiami jika tiang utama kepimpinan BN ini sudah lemah dan boleh dimakan anai-anai. Tiang seri ini sepatutnya tidak lut dimakan anai-anai.

Hari ini tiang utama ini begitu lemah dan longlai. Mudah alah dengan tekanan samada tekanan dari rakan komponen, mahupun tekanan dari luar.

Tiang ini dulu bukan saja kuat, malah ia lebih kuat lagi apabila dibalut pula dengan ISA yang kalis anai-anai dan makhluk perosak.

Hari ini, tiang ini tidak lagi kuat seperti batang ponak, sebaliknya hanya setaraf dengan batang "loban" yang lampung di dalam. Siqpa yang nak percaya buta dan hanya bertaklid dengan keyakinan bahawa UMNOlah satu-satunya parti yang boleh menyelamatkan maruah agama, bangsa dan tanah air?

Ganti semula kepimpinan UMNO ini dengan kekuatan "ponak"!

Selagi kepimpinan UMNO ini dibarisi oleh pemimpin bertaraf "loban" yang lampung di dalam, anai-anai Anwar Ibrahim yang sama yang gagal memamah kekuatan pemimpin ponak suatu ketika dulu akan begitu mudah memamah pemimpin loban yang akhirnya akan menyebabkan UMNO dan BN rebah menyembah bumi pada PRU14 akan datang.