,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Saturday, 8 February 2014

KEJUTAN - SEPAHTU DAN ANWAR SAMA HEBAT


Perubahan Di Muka Membuatkan Anwar Bertambah Sexy


AIDCNews -22/09/13 – Kebanyakan blog-blog masih mempertikaikan perubahan wajah terbaru, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Blog satdthinks meletakkan empat ‘titik’ perubahan wajah Anwar iaitu kedut di kening, telinga, mata dan pipi.
Seorang pengomen laman ini, Sman, mempertikaikan penafian pembantu Anwar yang mendakwa perubahan wajah Ketua Umum PKR itu bukan disebabkan pembedahan tetapi disebabkan alahan kepada sesetengah ubat yang diambilnya.
“Dah lama dia (Anwar) mentekedarah bermacam-macam ubat, mengapa tak ada pulak alahan, tiba-tiba bila dah tua kerepot ni, ada alahan pulak dgn ubat, ada ubat baru ke yang dia lahap?
“Biasanya kalau ubat yang boleh menjadikan alahan doktor tanya dulu ada alahan ke tidak supaya dapat diberi ubat yang betul. Kelentong, kelentong, kelentong tak habis, habis macam lah rakyat Malaysia ni bodoh sangat,”komennya.
Komen Sman itu disambut dengan Lim Lynn dengan berkata, “Harap Anwar Ibrahim tak dapat HIV AIDS nanti pula ikut Barack Obama kurus badan.”
Begitu juga dengan Basry yang mahu tahu apakah jenis ubat yang dimakan oleh Anwar sehingga berlaku alahan yang teruk.
“Ubat apa yang boleh jadi allergy macam itu, teringin juga nak tahu…,” katanya.

Anwar Tawar 'Pelan Damai' Kepada BN 
KETUA Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada program 'Perutusan Khas Untuk Rakyat' pada Ahad.
  PETALING JAYA: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak kepada permuafakatan nasional terutamanya berkaitan keharmonian agama dan kaum di negara ini.
Menawarkan 'pelan damai' kepada Barisan Nasional (BN), Anwar berkata, keadaan semasa kini mencapai kepada tahap yang boleh merosakkan perpaduan nasional identiti rakyat Malaysia.
Beliau turut menggesa ahli-ahli politik dari kedua-dua belah pihak supaya bekerjasama ke arah pembangunan negara.

Anwar Ibrahim
"Kita mesti menolak tanggapan bahawa Islam berada di bawah ancaman dan bahawa terdapat beberapa konspirasi jahat untuk menggantikan Islam sebagai agama persekutuan," katanya.
Anwar juga berkata konsensus kebangsaan perlu dilaksanakan bagi menangani isu-isu lain seperti kos sara hidup yang meningkat, rasuah dan keselamatan.
"Marilah kita membantu polis memerangi jenayah supaya kediaman kita, sekolah-sekolah dan kompleks membeli-belah menjadi lebih selamat," katanya.
Selain itu Anwar mengingatkan semua pemimpin tanpa mengira pegangan politik supaya meletakkan kepentingan nasional lebih tinggi daripada sebarang agenda politik.
"Kewajipan kepada negara adalah lebih besar daripada tugas untuk parti," katanya.

Anwar dihalang dari masuk ke Jepun


OLEH MD IZWAN DAN DIYANA IBRAHIM

January 19, 2014, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) dihalang memasuki Jepun oleh pihak imigresen negara tersebut pagi tadi.
Anwar yang dikatakan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita pada jam 6.45 pagi bukan sahaja gagal melepasi pemeriksaan imigresen bahkan diarahkan pulang menaiki penerbangan pertama dari Tokyo.
"Saya dihalang ketika untuk memasuki Jepun dan diarahkan untuk pulang ke Malaysia sekiranya tidak berbuat demikian pihak berkuasa akan menahan saya," katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Jepun tahun lalu mula membenarkan rakyat Malaysia untuk masuk ke negara tersebut tanpa visa.
Anwar kemudiaan mempersoalkan tindakan pihak imigresen Jepun menyifatkannya sebagai tidak munasabah.

"Saya beritahu mereka ini bukan alasan yang berasas kerana saya telah pun masuk ke Jepun pada 2006, 2009 dan 2012," kata Anwar lagi. Anwar yang hadir ke Jepun atas jemputan Pengerusi Yayasan Nippon, Tan Sri Yohei Sasakawa terus mendesak penjelasan pihak berkuasa Jepun tersebut memberi alasan ia mungkin disebabkan laporan terbaru membabitkan dirinya pada tahun 2013.

"Mereka akhirnya memberitahu saya tindakan ini terpaksa diambil mungkin kerana laporan terbaru pada tahun 2013," kata Anwar lagi yang terpaksa mengambil tiket penerbangan pulang ke Kuala Lumpur pada 10.45 pagi ini.

Anwar yang dijadualkan membentangkan kertas kerja mengenai Demokrat Muslim juga mendakwa telah menyemak dengan kedutaan Jepun sebelum berlepas ke negara matahari terbit tersebut dan tidak pula diberitahu tentang sebarang halangan ke atas lawatannya.
Anwar kemudian membidas tindakan tersebut sebagai memalukan dan ia sepatutnya berlaku di dalam negara yang dianggap sebagai pelopor utama dalam demokrasi dunia.
"Saya bantah tindakan yang tidak sepatutnya berlaku ini daripada kerajaan Jepun dalam menafikan hak saya dan menghalang saya.

"Ia sangat sukar difahami bagi sebuah negara demokrasi yang terkenal mengambil tindakan tidak wajar ini di bawah alasan tersebut dan menyebabkan saya curiga wujud dalang disebalik perkara ini," katanya.

Anwar kemudiaan mendesak Kementerian Luar untuk memberi penjelasan tentang tindakan tersebut dan mempersoalkan peranan Wisma Putra dalam episod penuh skandal ini membabitkan "laporan terbaru" yang menyebabkan beliau dihalang masuk.
"Saya desak penjelasan daripada Menteri Hal Ehwal Luar Negara," desaknya lagi.
Bekas timbalan perdana menteri tersebut sekali berdepan ulangan pendakwaan pada 1999 apabila Anwar dituduh meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebas dan melepaskan Anwar daripada tuduhan Liwat II tersebut.

Anwar didakwa meliwat Mohd Saiful, 26, di sebuah unit Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.
Bagaimanapun, pihak pendakwa mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Rayuan terhadap pembebasan Anwar itu dan masih belum selesai sehingga kini.

Dalam perkembangan terbaru, Anwar sekali lagi gagal dalam cubaan untuk mengenepikan peguam Umno, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah sebagai pendakwaraya dalam kes liwat beliau apabila Mahkamah Rayuan hari ini menolak penggunaan Akuan Bersumpah Datuk Mat Zain Ibrahim yang juga seorang bekas pegawai tertinggi polis. – 19 Januari, 2014.

Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) PKR Kajang, Lee Chin Cheh meletak jawatan

Pengumuman peletakan jawatan itu lapor Mstar diumumkan oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, Hannah Yeoh dalam satu sidang media tergempar di Dewan Annexe di sini petang Isnin.
“Pada hari ini, 27 Januari 2014 saya telah menerima perletakan jawatan daripada Adun Kajang. Lee Chin Cheh berjumpa dengan saya dan menyerahkan surat pelepasan keahliannya hari ini.

“Selaras dengan undang-undang tubuh perkara 68 bahawa seseorang Adun boleh melepaskan keahliannya melalui surat dibawah tandatangannya yang ditujukan kepada speaker.
“Maka dengan ini saya isytiharkan kerusi N25 Kajang telah dikosongkan,” katanya.

Justeru itu, beliau berkata selaras dengan Fasal 5 perkara 70 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor, sesuatu kekosongan luar jangka hendaklah diisi dalam masa 60 hari dari tarikh kekosongan tersebut. Menurut Hannah, beliau akan memaklumkan mengenai kekosongan itu kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada pagi Selasa.

“Hari ini dah tak sempat nak beritahu. Saya akan maklumkan kepada SPR pagi esok (Selasa) bagi memberi laluan Pilihan Raya Kecil diadakan,” katanya.

Ketika diasak media apakah punca peletakan jawatan Lee, Hannah berkata beliau (Lee) tidak menyatakan sebarang alasan di dalam surat tersebut.

“Anda patut tanya beliau sendiri mengenai alasan peletakan jawatan itu. Tugas saya sebagai Speaker hanyalah dimaklumkan mengenai perkara itu dan saya telah menerima surat daripadanya,” kata

Hannah yang juga Adun Subang Jaya. Ketika ditanya sama ada peletakan jawatan itu ada kena mengena dengan kemelut dalaman membabitkan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Adun Gombak, Mohamed Azmin Ali, Hannah menjawab,”tiada komen.”

“Saya tak nak komen mengenai perkara itu. Malah saya turut terkejut dengan peletakan jawatan Lee,” katanya. Mstar turut melaporkan peletakan jawatan ADUN Kajang itu mencetuskan semula spekulasi bahawa tindakan itu dibuat bagi memberi laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Menteri Besar Selangor. Chin Cheh dipercayai mengundurkan diri sebagai Adun supaya penasihat PKR itu dapat bertanding dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor – sekaligus membuka laluan kepadanya dilantik sebagai menteri besar yang baharu jika memenangi proses pilihan raya kecil tersebut.

Pagi ini, The Star Online dan mStar Online melaporkan dengan memetik sumber dalaman PKR sebagai berkata, Anwar akan menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor bagi meredakan isu pertembungan dengan Adun Gombak, Mohamed Azmin Ali.
Pertembungan Mohamed Azmin-Abdul Khalid ‘panas’ apabila timbalan presiden PKR itu digugurkan sebagai ahli lembaga pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).
Anwar bagaimanapun menafikan spekulasi itu dengan berkata, dia tidak menemui Abdul Khalid untuk membincangkan mengenai pertukaran jawatan menteri besar sebaliknya hanya pertemuan untuk membincangkan agenda parti sahaja.

Sementara itu, The Malaysian Insider melaporkan jika bukan Anwar yang bakal bertanding di DUN Kajang, seorang lagi calon PKR yang disebut-sebut adalah Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli.
Respon terhadap perkembangan terkini itu, Abdul Khalid berkata beliau tidak terkejut dengan laporan Anwar akan menggantikan beliau sebagai Menteri Besar Selangor kerana sudah ada “ura-ura” mengenainya.

Bagaimanapun Abdul Khalid berkata Anwar tidak pernah membincangkan sebarang hasrat untuk menggugurkan beliau atau pun mengenai tindakan ADUN Kajang yang mengosongkan kerusi beliau bagi membolehkan pilihanraya kecil diadakan.

“Tidak ada perbincangan (mengenainya),” katanya sambil menjelaskan bahawa beliau “tidak terkejut” dengan usaha menggantikannya kerana sebelum ini ada “ura-ura” mengenainya,” katanya dilaporkan Antarapos. Abdul Khalid menegaskan sebarang pelantikan Menteri Besar Selangor baru perlu mendapat persetujuan bersama tiga komponen parti dalam Pakatan Rakyat dan perkenan Sultan Selangor.

“Proses pelantikan MB perlu mendapat konsensus ketiga-tiga parti (dalam Pakatan Rakyat). Calon menteri besar dipilih dan dipersetujui ketiga-tiga parti.
“Mereka juga akan memberitahu kepada Tuanku Sultan dan perkenan Sultan. Jadi banyak tatacaranya,” katanya. Tindakan Anwar menggugurkan Khalid dan mengambilalih jawatan Menteri Besar dilihat sebagai “jalan terakhir” untuk mengatasi perbalahan berpanjangan antara Khalid dan timbalan presiden PKR Azmin Ali. Azmin digugurkan daripada lembaga pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor awal bulan ini.

Antarapos turut melaporkan sokongan orang kuat Azmin Ali, Ahli Parlimen PKR Hulu Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid terhadap tindakan ADUN Kajang itu. Abdullah Sani berkata tindakan ADUN Kajang itu sebagai pengorbanan besar demi mahukan kemelut dalaman parti itu berakhir dengan segera.

“Alhamdullilah YB Lee Chin Cheh yang berkorban untuk kerangka yang lebih besar untuk kosongkan kerusi Datuk Seri Anwar.
“Itu pengorbanan yang cukup luar biasa…. satu transformasi yang harus diterima oleh semua pihak untuk majukan Selangor lebih lagi,” katanya.

Adun PKR Keluar Parti? Itu Laporan Palsu

Disahkan yang tiada mana2 Adun PKR yang keluar parti. Surat yang tersebar secara meluas ini terutamanya di kalangan bloggers dan portal pro UMNO disahkan palsu.

Tu takde kerja la tue. Sikit2 fitnah. Apa la nak jadi. Itulah yang sedang tersebar sekarang neh. Yang kencang dok sebar puak2 pro UMNO. 
Adun yang dikatakan keluar parti;

Kesavan A/L Subramaniam.

Dari PKR. Hutan Melintang. Perak.


Aku dah cuba dapatkan reaksi segera dari pihak2 yang berkaitan tapi belum terima respon. Masih tunggu pengesahan lanjut dari dorang. Sementara tue aku malas nak percaya benda neh benar. Melainkan dah terbukti dia keluar parti memang aku rasa nak maki kaw2. Walau apa pun alasan dia, let say dia ada masalah dengan PKR, then you don't keluar parti dan keluar time2 PRK neh kot. Timing tak kena. Lepas tue keluar konon2 atas alasan nak jadi bebas. Alih2 sokong BN. Lagi macam lan***. Aku memang tak caya trademark politician yang cakap nak jadi bebas neh. Bebas kepala hotak kau. ALih2 sokong BN juga. Kalau ko keluar parti PKR masuk DAP or PAS baru aku percaya ko benar2 angin satu badan dengan PKR. Itupun kena tengok jalan citer juga. Bukan boleh suka2 nak sokong.

Apa pun kita tunggu pengesahan lanjut juga.

Biarlah tak betul.

Kalau betul memang kena kutuk la. Tak kira baik ke buat kerja ke apa ke tapi tindakan keluar parti neh memang melampau sebab mempermain2kan kepercayaan rakyat. Tolong fikir semasak-masaknya


Lihat ;



 

Penghantar Surat ADUN Hutan Melintang Keluar Parti Dedah Ia Permainan PKR Alih Isu PRKKajang?




Isu ADUN Hutan Melintang, YB Kesavan keluar parti heboh diperkatakan pada 4 Februari lalu selepas sepucuk surat yang dikatakan dihantar kepada Speaker DUN Perak tersebar di laman media sosial.
Dan surat yang dimaksudkan
Namun selepas beberapa jam perkara tersebut dinafikan oleh PKR melalui Pengarah Komunikasi parti berkenaan Fahmi Fadzil disusuli kenyataan dikeluarkan YB Kesavan bagi menafikan perkara tersebut : 
"Dengan ini saya sekeras-kerasnya menafikan berita yang mengatakan saya telah keluar dari Parti Keadilan Rakyat dengan serta merta. Saya ingin menegaskan disini bahawa saya masih setia dengan PKR dan Pakatan Rakyat. Saya ingin menegaskan bahawa ini merupakan unsur sabotaj yang telah dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab." 


Yang Benar,
YB Kesavan a/l Subramaniam

No KP 720613-08-6261

Susulan kes tersebut semalam Ketua Polis Negeri Perak Datuk Acryl Sani Abdullah Sani memberitahu kepada media bahawa lelaki berusia 61 tahun yang disoal siasat mengaku dibayar oleh individu tidak dikenali serta bertemu individu berkenaan dalam program parti di Kajang :
"Lelaki itu mengakui dirinya sebagai penyokong PKR dan telah bertemu dengan individu berkenaan di sebuah program parti di Kajang. Dia juga mendakwa tidak mengetahui berkenaan isi kandungan surat yang dihantarnya” The Star Online
Awal pagi tadi pula saya menerima maklumat mengatakan ia antara pengakuan yang direkodkan dari penghantar surat ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Ipoh. 
Dalam kenyataan (bawah) lelaki tersebut mengaku diupah sebanyak RM1500 oleh seorang lelaki India dan turut diberitahu PKR merancang 'politik gaming' ADUN Hutan Melintang akan keluar parti dengan menjadi ADUN Bebas sambil menjadi informer kepada PKR :
KLIK IMEJ UNTUK LEBIH JELAS
Nampaknya, ADUN Hutan Melintang perlu menjelaskan adakah perkara ini benar-benar dirancang dan dipersetujui oleh dia sendiri sebagaimana dikatakan penghantar surat berkenaan?
Siapa lelaki India yang dikatakan dan kenapa dia sanggup mengeluarkan sebanyak RM1500 sebagai upah supaya surat tersebut dihantar?
Memandangkan perkara ini masih dalam siasatan polis, diharap agar pihak berkuasa membuat penyiasatan menyeluruh seterusnya membawa mereka yang terlibat ke muka pengadilan.
 

AMUKANMELAYU - Sepah menang HADIAH MLM RM 500,000.00.....kalu menang PRK Kajang pastu jadi MB....pastu jadi PM.....wowwww.......tak perlulah masuk MLM.....lebih baik masuk calon PRK Kajang.....