,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Thursday, 6 February 2014

PRK KAJANG - BEKAS BANDUAN MENJADI CALON TERPAKSA BERHADAPAN DENGAN BUGIS MANDAILING



OLAK LEMPIT, Khamis 5 Rabiulakhir 1435 -  Berkunjung ke Kajang dan "RASAILAH KELAZATAN SATAY KAJANG YANG SEBENAR" bagaikan sinonim dengan Kajang. Ianya di bena dengan KELAZATAN satay dan perjuangan yang panjang.  Kajang ialah sebuah mukim dan bandar di daerah Hulu Langat, Ia terletak lebih kurang 14 batu di sebelah tenggara Kuala Lumpur. Dari Kuala Lumpur, Kajang dihubungi melalui jalan raya dan jalan keretapi. Kajang juga dapat dihubungkan dengan Putrajaya, Pusat Pentadbiran Negara dan Cyberjaya Bandar Multimedia Negara. Di sebelah baratnya pula terletak Bandar Puchong, Batu 3 dan Klang 

Jika dilihat dari sudut topografinya pula, Mukim Kajang adalah terletak di kawasan tanah tinggi iaitu lebih kurang 76,250 sm dari paras laut. Kebanyakan permukaan buminya adalah berbukit bukau dan dipenuhi oleh gunung. Tanah datarnya terdapat di kawasan-kawasan lembangan sungai seperti Sungai Langat, Sungai Bangi, Sungai Semenyih dan Sungai Chua. Kawasan-kawasan inilah yang merupakan tempat-tempat awal yang mula diterokai untuk penempatan di Mukim Kajang.

Apalaaaaa nak jadi.....
Menurut satu riwayat "KAJANG" didirikan dengan darah, maksud perkataan 'berkajang' bagi orang Mendailing ialah berpondok/berteduh. Manakala bagi orang Bugis 'bertikam atau bergaduh'. Kedua-dua puak ini pernah bertikaman di salah sebuah kawasan bukit berhadapan stesen keretapi yang ada sekarang, kerana salah faham maksud perkataan 'berkajang'. Peristiwa ini berlaku semasa kedua-dua golongan ini menghulu ke Sg. Langat kerana melarikan diri dari perang saudara yang berlaku di Kelang di antara tahun 1867 hingga 1873. Setelah peristiwa tersebut, tempat ini diberi nama Kajang.

Asal usul nama Kajang
Kajang pada mulanya telah di diami oleh orang-orang asli dari suku Temuan sejak tahun 1580 lagi. Nama Kajang di beri berdasarkan sejenis mengkuang hutan yang digunakan untuk membuat atap yang tumbuh dengan banyaknya di kawasan itu.Seorang pembesar dari Sungai Ujong bernama Batin Berenggai Besi, pernah mendirikan beberapa pondok di pinggir sungai yang terletak di kawasan Kajang sekarang dengan menggunakan atap mengkuang yang dilipat kajang. Lipatang kajang ini bermulanya Kajang. Kemudian di ikuti kedatangan Toh Lili yang datang dari Riau pada tahun 1776. Beliau adalah pengikut Sultan Mohamed Shah Ibni Al-Marhum Sultan Ibrahim Shah yang berasal dari Riau. Beliau bersama enam orang rakan telah membuka tanah untuk penanaman padi di Bukit Sg. Merbau dan membuka lombong Sungai Merbau yang kini dikenali sebagai Kajang. Selepas itu Raja Alang dari suku Mandailing bersama sekumpulan pengikutnya berhijrah ke Tanah Melayu pada awal tahun 1800.  Mereka berteduh atau 'berkajang' disuatu kawasan yang sekarang ini dipanggil Jalan Mandailing.  Penempatan mereka ini akhirnya dimasyhurkan dengan nama Kajang oleh Raja Alam.

Taburan penduduk

Kawasan perkampungan rata-rata didiami oleh orang-orang Melayu. Masyarakat Cina tinggal secara berselerak di sekitar Bandar Kajang. Manakala kawasan-kawasan ladang getah didiami oleh orang-orang berketurunan India.

Bilangan penduduk Kajang tahun 2000 menurut angka bancian ialah seramai 506,526 orang. Manakala menurut anggaran Bancian Penduduk tahun 2003 : 561,593 orang.


SEMANGAT MANDAILING DI KAJANG SEKENTAL GORDANG SEMBILAN

IRAMA (Gordang Sembilan, salah sau kesenian masyarakt Mandailing dari Tapanuli Selatan, sumatera, yang memenuhi setiap ruang auditoriam Memorial Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj, menyimpan pelbagai rahsia tersirat suku kaum ini.

Paluan sembilan gendang panjang, sebuah sesayak, gong (dua), canang (1) dan cak lempong (3) oleh guru pelatih Institut Bahasa Melayu Malaysia (IBMM) perempuan dan lelaki di bawah pemimpinan Mohd. Sharifudin Yusof, yang begitu bersemangat, seolah-olah mewakili kekentalan hubungan sesama orang Mandailing.

Tidak sia-sia, IBMM, menjadikan Gordang Sembilan sebagai salah satu program angkat-nya kerana nyata persembahan guru pelatih IBMM itu memikat tetamu.

Daya tarikan tersendiri, Godang Sembilan ini sehingga berjaya memikat seorng kanak-kanak berusia sekitar dua tahun untuk sama tenggelam dalam irama yang penuh bertenaga manakala khalayak dewasa pula tidak kedekut dengan tepukan.

Persembahan pembuka majlis Pengkisahan Sejarah Masyarakat Mandailing di Malaysia, Sabtu lalu, membuka peluang kepada kalangan generasi muda suku kaum berkenaan untuk mengenali khazanah warisan budaya mereka.

Lalu tidak pelik apabila Kerajaan negeri Selangor Darul ehsan memilih Gordang Sembilan sebagai sebahagian daripada kesenian rasminya kerana ia turut membawa lambang perpaduan yang menjadi salah satu ciri khas masyarakat Mandailing. Salah seorang ahli panel majlis Pengkisahan sejarah Masyarakat Mandailing di Malaysia, Ashari Mohd Yakub, berkata hubungan sesama orang Mandailing begitu rapat biar di mana mereka berada.

"Orang Mandailing amat mementingkan hubungan sesama mereka dan tidak seperti orang Melayu yang akan bersifat seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing," katanya.

Masyarakat Mandailing dikatan bertumpu ke Tanah Melayu kerana mereka adalah suku kaum yang suka merantau sama ada untuk mencari ilmu atau rezeki dan lazimnya mereka berpindah secara berkelompok berserta dengan pemimpinnya sekali.

Ramai juga orang Mandailing yang berpindah ke Tanah Melayu selepas tamat Perang Paderi (1816-1833M) kerana enggan berada di bawah telunjuk Belanda yang mahukan mereka mengusahakan ladang kopi.

"Mereka enggan menjual hasil tuaian kopi pada harga yang ditetapkan Belanda kerana dianggap merugikan dan kemelut itu memaksa sebahagian daripada masyarakat mandailing berpindah ke Klang," katanya.

Masyarakat Mandailing meskipun berasal daripada keluarga tani tetapi apabila berpindah ke Tanah Melayu turut muncul sebagai peniaga berjaya selain meneroka perlombongan bijih dan emas.

Ashari berkata, maklumat lisan yang beliau perolehi turut menunjukkan bahawa orang mandailing lebih dahulu menguasai bidang perlombongan bijih dan emas dan bukannya Yap Ah Loy.


Semangat setiakawan BUGIS Menjalar Di Kajang

Bugis dianggap bangsa yang memiliki semangat setiakawan yang amat tinggi. Terkadang ia disalah anggap sebagai semangat perkauman atau faham `asabiyyah'. Ia sanggup membela saudaranya dengan apa cara sekalipun nyawanya tergadai. Ia tidak akan mengecewakan apalagi mengkhianati sahabat atau saudaranya.

Ada pepatah bugis (saya tidak ingat matannya dalam bahasa bugis, jika ada sesiapa yang tahu, sila kongsi...) yang membawa maksud "sekali aku menjadi penumpang sebuah kapal, aku akan tetap menjadi penumpangnya walaupun hanya berpaut pada sekeping papan..."

Maknanya walau sebesar mana badai menimpa, walau pecah kapal itu dipukul gelombang, dia tetap setia tidak akan lari meninggalkan kapal tersebut... Indahnya...


WAKIL RAKYAT : N.25 - KAJANG

Bekas Adun Kajang ucap terima kasih pada pengundi

Lee Chin Cheh - Copy
Mantan ADUN Kajang

KUALA LUMPUR 28 JAN: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Kajang, Lee Chin Cheh mengucapkan terima kasih kepada pengundi yang memberikan kepercayaan sepanjang tempoh perkhidmatannya.

“Saya mengucapkan jutaan terima kasih dan terhutang budi kepada semua pengundi di Kajang yang telah memberi peluang kepada saya menjadi wakil rakyat DUN N25 Kajang.
“Saya terharu dengan kemurahan hati pengundi-pengundi di Kajang yang telah memberi kerjasama dan kepercayaan selama ini kepada saya,” kata Lee (gambar) dalam kenyataan, semalam.
“Keputusan saya untuk mengosongkan kerusi DUN N25 Kajang adalah untuk kepentingan bersama dan mengukuhkan kebolehan Pakatan Rakyat berkhidmat untuk rakyat Selangor", tambah kenyataan tersebut.

Semalam, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor Hannah Yeoh mengumumkan kekosongan kerusi DUN N 25 Kajang yang akan dimaklumkan secara rasmi kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini. Dalam pilihan raya umum lalu, Lee sebagai calon KEADILN menang dengan majoriti 6,824 undi dalam pertembungan enam penjuru dengan BN, Berjasa dan tiga calon bebas.
Kawasan itu mempunyai 38,965 pengundi dengan 48 peratus Melayu, 41 peratus Cina dan India sebanyak 10 peratus.

NAMA PENUH
PARTI
JUMLAH UNDI
KEPUTUSAN
1. LEE BAN SENG
 BN
12,747

2. MOHD KHALID BIN KASSIM
 BEBAS
83
HILANG DEPOSIT
3. MOHAMAD BIN ISMAIL
 BERJASA
1,014
HILANG DEPOSIT
4. ONG YAN FOO
 BEBAS
85
HILANG DEPOSIT
5. IR. MOHD IWAN JEFRY BIN ABDUL MAJID
 BEBAS
249
HILANG DEPOSIT
6. LEE CHIN CHEH
 PKR
19,571
MENANG

JUMLAH PEMILIH BERDAFTAR
:
38,965



BEKAS BANDUAN MENJADI CALON PRK DUN KAJANG 


Oleh Khirul Bahri Basaruddin


10 sebab Anwar dipenjara
Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Ariffin Jaka memberikan 10 sebab beliau menjatuhkan hukuman penjara sembilan tahun terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas didapati bersalah meliwat bekas pemandunya, Azizan Abu Bakar.

Ariffin dalam penghakiman setebal 206 halaman menghurai dengan secara teliti keterangan sembilan saksi pendakwa dan 29 saksi pembela dalam 10 sebab mensabitkan kesalahan Anwar dan adik angkatnya, Sukma Darmawan Sasmitaat Madja meliwat Azizan.

Beliau yang membuat keputusan lisan menjatuhkan hukuman sembilan tahun penjara terhadap Anwar dan enam tahun penjara serta empat sebatan ke atas Sukma Darmawan pada 8 Ogos tahun lalu, mengedarkan penghakiman bertulisnya kepada media pada jam 3.45 petang di sini, hari ini.

Ariffin menyiapkan penghakiman bertulis itu pada 30 April lalu dan diserahkan kepada pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Jenayah bagi membolehkan semua dokumen mengenai kes itu disusun sebagai rekod rayuan.

Antara sebab mereka didapati bersalah ialah kerana;

1. Pembelaan alibi kedua-dua tertuduh tidak meliputi keseluruhan Januari hingga Mac 1993 seperti yang dicatatkan dalam tuduhan. Pembelaan alibi mereka hanya meliputi dari 4 Februari hingga 31 Mac 1993 dan oleh itu, ia gagal.

2. Pembelaan kedua-dua tertuduh bahawa mereka tidak pernah ke Tivoli Villas pada jam 7.45 malam di antara Januari dan Mac 1993 juga gagal berdasarkan keterangan Azizan yang diterima mahkamah sebagai benar dan boleh dipercayai.

3. Pembelaan konspirasi untuk mengada-adakan bukti gagal dibuktikan dengan keterangan yang boleh diterima pakai dan meyakinkan.

4. Pengakuan Sukma Darmawan dibuat secara sukarela.

5. Kebenaran pengakuan itu (Sukma) berjaya dibuktikan terhadap kedua-dua tertuduh.

6. Terdapat sokongan keterangan Azizan.

7. Kewibawaan Azizan diterima mahkamah.

8. Sukma Darmawan gagal menimbulkan keraguan terhadap kes bersubahat dengan Anwar. Terdapat cukup bukti dia bersubahat dengan Anwar melakukan perbuatan liwat ke atas Azizan.

9. Keputusan mahkamah bahawa keterangan pembelaan gagal menimbulkan sebarang keraguan kes pendakwaan.

10. Mahkamah juga mendapati pendakwa berjaya membuktikan kesnya mengatasi keraguan munasabah terhadap kedua-dua tertuduh..

Add caption
Ariffin berkata, Anwar dan Sukma Darmawan disabitkan kesalahan meliwat Azizan kerana mereka gagal membuktikan pembelaan alibi yang mereka kemukakan kepada mahkamah.

“Saya memutuskan berdasarkan kepada fakta bahawa alibi kedua-dua tertuduh tidak meliputi keseluruhan waktu di antara Januari dan Mac 1993 seperti dalam tuduhan.

“Mereka hanya mengemukakan alibi dari 4 Februari hingga 31 Mac 1993 dan saya mendapati ia tidak lengkap dan menyebabkan pembelaan alibi mereka gagal,” katanya.

Beliau berkata, mengikut tuduhan, kesalahan dilakukan pada jam 7.45 malam di antara Januari dan Mac 1993 dan Anwar hanya mengemukakan bukti alibi bagi tempoh 4 Februari hingga Mac 1993 tidak termasuk hari Sabtu, Ahad dan Isnin.

“Kini kita hanya tinggal keseluruhan Januari hingga kepada 3 Februari 1993 untuk diambil kira. Anwar tidak mengemukakan sebarang bukti atau saksi untuk menunjukkan di mana dia berada pada Januari hingga 3 Februari 1993.

“Oleh itu, saya mendapati pembelaan alibinya gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kesalahannya atau kebenaran kes pendakwaan,” katanya.

Katanya, Sukma Darmawan juga gagal mengemukakan bukti dan saksi untuk menyokong pembelaan alibi di mana dia berada untuk tempoh Januari hingga Mac 1993.

Ariffin berkata, sebab kedua beliau mensabitkan kesalahan terhadap kedua-dua tertuduh ialah selepas tidak dapat menerima penafian Anwar yang dia tidak pergi ke pangsapuri Tivoli Villas pada jam 7.45 malam di antara Januari dan Mac 1993.

“Saya menolak penafian itu kerana keterangan Azizan serta pengakuan Sukma Darmawan yang meyakinkan dan mantap. Dalam pengakuannya, Sukma Darmawan menyatakan Anwar berada di Tivoli Villas ketika kejadian meliwat Azizan,” katanya.

Sebab ketiga, pembela gagal membuktikan wujud konspirasi untuk mengada-adakan bukti selepas keterangan yang dikemukakan kepada mahkamah tidak meyakinkan serta boleh diterima.

Katanya, Anwar mendakwa wujud konspirasi politik untuk mengada-adakan bukti terhadapnya dan jika dia berjaya membuktikan kebenarannya tertuduh itu berhak untuk dibebaskan.

Ariffin berkata, Anwar memberi keterangan secara panjang lebar mengenai perbuatan salah laku beberapa menteri dan ahli politik serta komplot mereka untuk menjatuhkannya.

Bagaimanapun, katanya, dakwaan Anwar itu tidak berasas kerana dia gagal mengemukakan sebarang bukti untuk menunjukkan wujud konspirasi politik menganiayanya.

Berhubung sama ada pengakuan Sukma Darmawan itu dibuat secara sukarela atau tidak, Ariffin berkata mahkamah memutuskan ia dibuat secara sukarela dan kebenaran berjaya dibuktikan terhadap kedua-dua tertuduh.

Selanjutnya, Ariffin berkata keterangan Azizan disokong dengan pengakuan Sukma Darmawan dan keterangan Anwar yang mengarahkan Azizan menarik balik pengakuannya diliwat oleh tertuduh.

Katanya, walaupun dalam kes liwat laporan perubatan perlu dibuat oleh mangsa, dalam kes ini keterangan Azizan dan pengakuan Sukma Darmawan mencukupi untuk membuktikan terhadap perbuatan liwat.

Berhubung hukuman penjara terhadap Anwar, katanya, sebagai pemimpin kedua dalam negara, Anwar tidak menunjukkan contoh yang baik apabila melakukan perbuatan yang keji dan patut menerima hukuman berat.

Katanya, beliau gagal dalam tugasnya jika tidak menjatuhkan hukuman yang setimpal dengan kesalahan yang dilakukan oleh Anwar.

Sehubungan itu, Ariffin berkata, hukuman yang setimpal adalah penjara sembilan tahun dan berkuat kuasa selepas dia tamat menjalani hukuman penjara enam tahun terhadap kesalahan rasuah.

Anwar dan Sukma didakwa melakukan kesalahan itu di unit nombor 10-7-2, Tivoli Villa, Jalan Medang Tanduk, Bangsar, pada satu malam jam 7.45, antara Januari dan Mac 1993.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara 20 tahun dan sebatan. by recordplayer


Jangan Marahkan Anwar Ibrahim  Jika Dia Langgar Undang-Undang PilihanRaya

 

Walaupun SPR baru sahaja menetapkan tarikh untuk penamaan calon bagi PRK DUN Kajang, PKR menerusi Anwar Ibrahim sedang giat menjalankan kempen-kempen pilihanraya sehingga menjangkau ke negeri Kedah bagi mendapatkan sokongan. Sepatutnya ia merupakan satu kesalahan di bawah undang-undang pilihanraya tetapi nampaknya sehingga kini tiada sebarang tindakan yang dikenakan kepada Anwar Ibrahim dan PKR.

Siang tadi, antara jam 5:45 petang sehingga jam 7:15 malam, bertempat di hadapan pejabat Pusat Komuniti DUN Kajang, Taman Sungai Sekamat, Kajang, telah berlangsung satu majlis 'Hi-Tea' bersama-sama Anwar Ibrahim, Ahli Parlimen Permatang Pauh merangkap Ketua Umum PKR Pusat. Majlis tersebut dianjurkan oleh Pusat Komuniti DUN Kajang.

Seramai lebih kurang 120 hadir dalam majlis tersebut yang terdiri daripada para pemimpin dan ahli-ahli PKR Pusat, Negeri dan Cabang, ahli-ahli serta penyokong Pakatan Rakyat Selangor dan Parlimen Hulu Langat.

Berdasarkan pemerhatian 85% daripada mereka adalah Melayu, manakala 8% pula adalah Cina dan 7% India. Mereka yang berusia di bawah 45 tahun merangkumi 55%, di bawah 55 tahun adalah 35% dan 60 tahun ke atas adalah seramai 20%. Daripada jumlah kehadiran tersebut, hanya 10 sehingga 15% terdiri daripada penduduk daerah Hulu Langat dan selebihnya adalah orang luar.

Antara yang hadir termasuklah:

(a) Zuraidah Kamaruddin, Ahli Parlimen Ampang merangkap Ketua Wanita PKR
(b) Che Rosli Che Mat, Ahli Parlimen Hulu Langat
(c) Hee Loy Sian, Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan
(d) Mohd Hatta Ramli, Ahli Parlimen Kuala Krai

Dalam ucapannya, Dr. Che Rosli Che Mat mengucapkan penghargaan kepada yang hadir dan majlis tersebut merupakan salah satu usaha pemimpin Pakatan Rakyat untuk mendekati rakyat bagi mengeratkan lagi hubungan silaturraim selain menghormati keputusan yang dibuat oleh Lee Chin Cheh yang meletakkan jawatan sebagai ADUN Kajang untuk memberi laluan kepada Anwar Ibrahim menjadi Menteri Besar Selangor. Justeru, Che Rosli Che Mat menyeru kepada para pengundi untuk terus memberikan mandat kepada Anwar Ibrahim bagi meneruskan hayat Pakatan Rakyat di Selangor.

Che Rosli Che Mat juga percaya, kali ini PKR akan memperolehi undi majoriti lebih 10 ribudi DUN Kajang memandangkan kemenangan DUN Dusun Tua pada PRU-13 lalu yang merupakan gandingan Ahli Parlimen dan ADUN dari Pakatan Rakyat. Pada masa yang sama, dia juga berharap Anwar Ibrahim dapat meneruskan dan memberikan perkhidmatan yang terbaik ekpada rakyat di bawah program merakyatkan ekonomi Selangor (MES).

Manakala Hee Loy Sian pula berkata, UMNO dan MCA akan memainkan isu perkauman bagi mendapatkan sokongan dan menakut-nakutkan para pengundi. PKR menurutnya tidak akan gentar dan takut dengan sesiapa sahaja calon yang akan diturunkan oleh Barisan Nasional. Malah menurutnya, Anwar Ibrahim akan menang dengan majoriti yang lebih besar berbanding Lee Chin Cheh pada Mei lalu.

Hee Loy Sian juga turut menimbulkan isu lesen burung walit, lesen perniagaan dan isu Kristian yang menurutnya tidak diberikan penerangan secara sempurna oleh Kerajaan Negeri Selangor di bawah Pakatan Rakyat. Justeru katanya lagi, dengan Anwar Ibrahim sebagai calon, isu-isu tersebut akan diterangkan secara terperinci dan rakyat akhirnya akan faham dan boleh menerimanya dengan mudah.

Hatta Ramli pula dalam ucapannya menyatakan PRK ini adalah untuk memberi peluang kepada rakyat bagi memilih pemimpin yang menentukan hala tuju baru negara. Katanya lagi, PAS akan bersama-sama membantu kempen PKR di PRK ini. Dalam pada itu, dia turut meluahkan perasaan tidak puas hati terhadap Ketua Penerangan UMNO, Ahmad Maslan yang berikrar mahu menggunakan isu liwat sebagai kempen pilihanraya kecil DUN Kajang oleh Barisan Nasional. Menurutnya Barisan Nasional sudah kehabisan modal. - by


Cikgu Kampong  |  September 19, 2013 at 12:43 am
Maaf Helen, orang Cina tidak berjiwa Malaysia. Mereka lebih Cina dari Msia tetapi kuat menuduh Melayu rasis. Orang Cina boleh membenci UMNO tetapi mereka tidak boleh membenci Islam, Melayu dan Malaysia. Menghina negara Malaysia adalah kesalahan besar.
What u give, u will get; membenci Melayu akibatnya Melayu akan turut membenci Cina, simple game. Melayu tak benci Cina tetapi meluat perangai sombong bodoh bangsa Cina Malaysia. Melayu tak suka bangsa Cina yang hipokrit dan bermuka-muka hanya sebab nak kaya dan menjaga kepentingan kaum Cina.

Kasihan Malaysia dan Raja2 Melayu kerana memberi kerakyatan kepada satu bangsa yang sombong dan selfish. Parti2 politik spt DAP PAS dan PKR memburukkan lagi sifat perkauman sehingga semua usaha penyatuan bangsa Malaysia oleh kerajaan kelihatan mustahil dan semakin teruk.

Helen dan kawan2,
1. bukankah cantik jika DAP, PAS dan PKR sama2 bantu kerajaan dan gagasan 1Malaysia demi keharmonian negara tercinta ini?
2. Akhbar STAR dan akhbar2 Cina tak de kerja lain ke…asik cari salah kerajaan dan menanamkan kebencian Cina terhadap Melayu siang malam?


Zahari Bin Mat Taib Sekarang kualiti getah Malaysia dah jatuh no 4 dalam dunia. Getah Malaysia hanya layak buat tayarje. Getah yang paling berkualiti sekali adalah getah dari Vietnam. Dikhabarkan bahawa mereka uruskan getah mereka seperti menjaga makanan. Mereka letak atas para. Dijemur beralaskan lantai tile licin berkilat. Tiada sebarang pasir, tatar dan sampah sarap dalam getak beku mereka. 

Pada satu masa dulu Malaya kemudiannya Malaysia no 1 dalam bolasepak, hoki, badminton, takraw, keluaran getah, kelapa sawit, kelapa kering, bijih timah. Kita juga terpeta dalam dunia sebagai pengeluar bijih besi, emas. Tetapi sekarang kita tertinggal dibelakang dalam banyak segi. Getah kita sudah diatasi Vietnam, Thailand dan Indonesia. Getah asap berbunga yang dianggap amat berkualiti pada satu masa dulu telah digantikan dengan Standard Malaysian Rubber (SMR) yang juga sepatutnya berkualiti tetapi telah diganti dengan getah beku berpasir bercampur kekotoran yang menyebabkan harganya jatuh dipasaran. 

Pengeluaran Kelapa sawit kita sudah diatasi Indonesia. Jika Thailand dan Vietnam sekat ekspot beras ke Malaysia alamat ada rakyat malaysia yang kebulur. Takraw kita kalah dengan negara yang dulunya tak kenalpun takraw. Jepun yang jadi belasahan Malaysia dalam bolasepak dulu kini telah jauh kehadapan. Korea yang pernah jadi saingan sengit dalam bolasepak kini dah berbeza macam langit dengan bumi. 

Bijih timah dan emas sudah senyap sunyi dari Malaysia mungkin sudah habis dari bumi Malaysia. Yang bertahan sikit2 hoki dan badminton. Yang kita terror adalah kecoh dalam politik. Berbalah sesama melayu/Islam berebut Dewan Orang Ramai, Masjid. Berbalah dalam persatuan sukan. Jadikan IPT medan politik. Dan kita dijadikan ayam lagaan oleh Kafir dalam usaha menghapuska dominan Melayu dinegara ini.

LIMPAHAN KEMAKMURAN MERENTASI ETNIK


Pengenalan
Pertumbuhan dan pembangunan ekonomi amat berkait rapat dengan kestabilan sosiopolitik dalam sesebuah negara.
Kekayaan negara perlu diagihkan dengan adil dan saksama agar semua etnik dapat menikmati faedah pembangunan.
Contoh dasar ekonomi negara: Dasar Ekonomi Baru (1971-1990), Dasar Pembangunan Nasional (1991-2000) dan Dasar Wawasan Nasional (2001-2020).

Isu-sosiaekonomi pada Awal Kemerdekaan
Penerusan dasar ekonomi bebas penjejah telah mewujudkan isu ekonomi di kalangan masyarakat pelbagai etnik di Tanah Melayu.
Isu kemiskinan : Tahun 1970, etnik Melayu (65.9%), etnik India (40.2%) berbanding etnik Cina (27.5%).
Isu hak milik kekayaan : pada tahun 1970, etnik Cina (27.2%), etnik Melayu (2.4%) dan etnik India (1.15)
Isu gunatenaga dan pekerjaan : pada tahun 1970, hampir 2/3 guna tenaga dalam sektor pertama (pertanian dan perikanan) terdiri dari etnik Melayu.

SEBELUM MERDEKA
Penjajah hanya berminat untuk mengaut hasil & keuntungan daripada tanah jajahan & membawanya ke negara asal
Dasar penjajah dan sistem ekonominya telah mewujudkan jurang di antara bandar & luar bandar serta antara Pantai Timur & Pantai Barat

SELEPAS MERDEKA
Cabaran utama ialah memajukan ekonomi negara untuk faedah rakyat, mengurangkan jurang perbezaan pembangunan & membasmi kemiskinan
Dasar Pembangunan Negara dapat dilihat dalam Rancangan Pembangunan Lima Tahun Negara (RPLT)

Ekonomi menjadi isu etnik
Isu-isu kemiskinan dan ketidakseimbangan tersebut boleh dan berpotensi bertukar kepada isu berbau etnik apabila ia gagal ditangani oleh kerajaan termasuk:
i) Isu perbezaan pendapatan isi rumah
ii) Isu perbezaan golongan kaya dan miskin
iii) Isu jurang pendapatan golongan bandar dgn luar bandar
Kajian dan data menunjukkan tahap kemiskinan di kalangan etnik Melayu lebih menonjol pada tahun 1957-1970.

DASAR EKONOMI BARU (DEB)
Dasar ini diperkenalkan pada tahun 1970 sebagai reaksi kepada peristiwa 13 Mei 1969
Punca utama peristiwa ini ialah jurang ekonomi antara kaum, politik perkauman dan prasangka
Dasar Ekonomi Baru terangkum dalam RRJP1 (1970-1990) yang mencakupi empat rancangan lima tahun Malaysia

MATLAMAT DEB
Matlamat DEB ialah membasmi kemiskinan & menyusun semula masyarakat

STRATEGI MEMBASMIKAN KEMISKINAN
1. Memodenkan keadaan kehidupan rakyat

2. Meluaskan peluang pekerjaan bagi semua rakyat

3. Menggalakkan penyertaan rakyat dalam sektor yang berpotensi tinggi

4. Memajukan lagi daya pengeluaran golongan miskin yang seterusnya dapat meningkatkan pendapatan mereka
Pelabur mula meninggalkan Malaysia, kenapa?

DASAR PEMBANGUNAN NASIONAL
Dasar Pembangunan Nasional dibentuk bagi menggantikan DEB yang berakhir pada tahun 1990
Ia digubal dengan mengambil iktibar daripada DEB
DPN dilaksanakan dalam tempoh RRJP2 (1991-2000) dalam tempoh 10 tahun
Majlis Pembangunan Negara - merealisasikan konsep pembangunan seimbang. Diketuai oleh Perdana Menteri, bermesyuarat sebulan sekali dan berfungsi sebagai badan pemantau untuk menentukan perlaksanaan dasar-dasar kerajaan selaras dengan matlamat DPN


STRATEGI MEMBASMI KEMISKINAN & MENINGKATKAN KUALITI HIDUP
Mengemaskan perlaksanaan dan pendekatan program membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum
Tumpuan khas diberikan kepada keluarga termiskin menerusi Program Pembasmian Rakyat Termiskin (PPRT) dan program yang diatur oleh badan bukan kerajaan (NGO)
Kemudahan asas disediakan untuk isu rumah bandar dan desa, termasuk ladang dan kampung baru
Tumpuan kepada mengurangkan masalah kemiskinan relatif (perbezaan pendapatan antara yang kaya dengan yang miskin) dengan mengadakan peluang ekonomi kepada yang berpendapatan rendah

STRATEGI MENYUSUN SEMULA MASYARAKAT
1). Pengagihan melalui pertumbuhan bagi mewujudkan masyarakat perdagangan dan perindustrian di kalangan Bumiputera
2). Guna tenaga dalam ekonomi negara disusun semula dengan meramaikan golongan bumiputera dalam bidang profesional, pengurusan dan teknikal
3). Sumber manusia dibangunkan melalui latihan dan pendidikan
4). Menggalakkan penglibatan sektor swasta secara aktif untuk memberi peluang pekerjaan.
5). Memperluaskan infrastruktur fizikal, ekonomi dan sosial negara

KEJAYAAN EKONOMI MALAYSIA
Bank Dunia mengiktiraf kejayaan ekonomi Malaysia sebagai salah sebuah negara “keajaiban ekonomi Asia Timur” (World Bank 1993) dlm segi:
I) Kejayaan pembangunan ekonomi dlm masyarakat multietnik (Snodgrass, 1995).
II) Berjaya mencapai pertumbuhan dgn agihan (Chowdhury dan Islam, 1996, Ahluja, 1997).
III) Mempamerkan kisah kejayaan pembangunan (Athukorala dan Menon, 1999)

Kejayaan Malaysia dapat dikategorikan kepada 3 perspektif:
2). Pertumbuhan dan perubahan struktur ekonomi yang pesat.
Pertumbuhan ekonomi negara yang pesat dalam tempoh empat dekad yang lalu telah berjaya mengurangkan kadar kemiskinan iaitu daripada 52.4% pada 1970 kepada 17.1% pada 1990, seterusnya kepada 5.7% pada 2004.

3). Kualiti hidup yang meningkat.
Hal ini dilihat dari aspek kesihatan, pendidikan, pemilikan barang keperluan asas, penyediaan infrastruktur awam dan sebagainya.


1). Pembangunan manusia dan pengurangan kadar kemiskinan.
Kemiskinan tegar dikurangkan dari 3.9% pada 1990 kepada 1.2% pada 2004.

Isu dan Cabaran
Disebalik kejayaan ekonomi Malaysia yang telah diperbincangkan, terdapat juga beberapa isu dan cabaran yang harus ditangani. Antaranya:

1. Ketaksamarataan pendapatan yg semakin melebar
2. Isu pertumbuhan atau agihan

KESIMPULAN
Kerajaan berperanan penting di dalam mencari titik keseimbangan antara agenda pertumbuhan dengan agenda agihan yang adil.
DEB adalah dasar negara yang dibentuk untuk mewujudkan perpaduan nasional.
Sepanjang tempoh empat dekad yang lalu, ekonomi Malaysia mencatatkan prestasi yang sangat membanggakan.
Namun, kepesatan ekonomi ini perlu diurus dengan bijak agar jurang antara kaya dan miskin serta ketaksamarataan pendapatan dapat ditangani. - THE END

AMUKANMELAYU - Kita sedang menghadapi waktu-waktu yang amat sukar dengan GAYA POLITIK BARU yang di bawa oleh mereka dari kalangan  yang TERLALU dahagakan kuasa. Dengan hubungan luar Anwar yang mula kurang baik dan kehilangan KEPERCAYAAN oleh Negara luar , Malaysia akan melalui keadaan yang lebih sukar lagi dari sekarang ini. Penulis berpendapat, masyarakat Cina akan menghadapi kemungkinan MUFLIS dalam skala yang amat besar berbanding Melayu yang sedia hidup dalam keadaan miskin dan lebih bersedia.