TENGKOLOK/Destar Raja-Raja ISLAMELAYU
TENGKOLOK DIRAJA
Di
antara pakaian-pakaian kebesaran Raja-raja Melayu ialah Tengkolok
lamanya, semenjak beberapa kurun lamanya, Raja-raja Melayu telah memakai
kain yang ditenun dengan sutera yang di ikat dengan pelbagai solek di
ulunya, sebagai pakaian kebesaran. Bentuk ikatan (solek) dan warnanya
adalah berlainan dari sebuah negeri ke sebuah negerri. Kain ulu itu
dinamakan Tengkolok dan Tengkolok yang dipakai oleh D.Y.M.M seri Paduka
Baginda Yang di-Pertuan Agong pada Hari Pertabalan adalah berwarna hitam
bersulam benang emas. Soleknya dinamakan Dendam Tak Sudah yang berasal
dari Negeri Sembilan. Di sebelah hadapan tengkolok ini di pasangkan
(JATA) anak bulan dengan bintang pecah empat belas yang perbuat dari
emas putih dan di tengah-tengah bintak terletak lambang Kerajaan
Malaysia yang berwarna-warni.
TENGKOLOK SULTAN KEDAH
TENGKOLOK SULTAN KEDAH
Pakaian
hulu D.Y.M.M. Sultan Kedah Darul Aman ini adalah ikatan baru yang
berasakan kepada ikatan Dendam Tak Sudah dari Negeri Sembilan. Ikatan
ini dicipta setelah terjalin perkahwinan diraja antara Negeri Kedah dan
Negeri Sembilan. Destar daripada kain songket berwarna hitam ini adalah
pakain hulu rasmi baginda. Daun lambaian kasihnya menghala ke kanan
manakala pucuk destar yang melambangkan kuasa terletak sebelah kiri,
yang menunjukkan pemakainya adalah raja yang memerintah.
SETANJAK BALUNG RAJA
Destar daripada jenis kain songket berwarna kuning ini adalah pakian hulu rasmi D.Y.M.M. Sultan selangor. Ia dipakai oleh Sultan Selangor dalam majlis adat istiadat Diraja Negeri Selangor seperti istiadat Pertabalan, Hari Keputeraan dan lain-lain. Reka bentuk destar ini diambil daripada Tengkolok Balung Ayam dari Negeri Perak, setelah terjalin perkahwinan diraja di antara Negeri Selangor dan Negeri Perak.
DESTAR KETAM BUDU
Destar jenis ini merupakan ikatan hulu yang dipakai oleh Sultan Kelantan dan pembesar di Negeri kelantan, perbezaanya hanya pada warna natar kain destar dan sedikit bentuk bunga pucuk dibahagian atas depan kepala yang menyerupai bunga mekar. Ikat kepala ini dapat dikenali dengan mudah kerana ikatannya menutup seluruh bahagian kepala pamakai, tidak seperti jenis-jenis destar lain yang terdapat Semenajung Malaysia.
DESTAR DENDAM TAK SUDAHDi Negeri Sembilan istiolah destar disebut DETA sahaja. Destar daripada songket berwarna kuning ini adalah pakain hulu rasmi D.Y.M.M. Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan. Sewaktu memakainya, kedudukan pucuknya yang dipanggil tunas kasih harus diletakkan tepat dia atas mata kiri dan daun lambaian kasihnya pula dihalakan ke arah kanan. Cara ini menunjukan pemakainya adalah raja yang memerintah negerinya.
TANJAK LANG MENYONGSONG ANGIN PAHANG
Di Negeri Pahang Darul Makmur terdapat beberapa jenis detsar yang pernah dipakai oleh Duli-duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Tanjak Lang Menyongsong Angin yang diperbuat daripada kain songket yang berwarna natarnya biru kundang bersulam benang kencana ini adalah pakain hulu rasmi yang dipakai oleh D.Y.M.M. Sultan Pahang pada masa sekarang. dari segi nama, ia sama dengan Tengkolok Lang menyongsong Agin dari Perak, tetapi destar Pahang berbeza dari segi reka bentuknya yang melonjong ke atas.
TENGKOLOK AYAM PATAH KEPAK
Destar berwarna putih bersulam benang perak yang diberi nama Ayam Patah Kepak ini adalah pakaian hulu rasmi khusus untuk D.Y.M.M. Sultan Perak Darul Ridzuan masa kini. Dalam etika berpakaian adat istiadat Melayu, warna menggambarkan kedudukan atau status sosial seseorang. Putih adalah warna khusus untuk Raja Perak manakala kuning adalah untuk D.Y.A.M. Raja Muda dan warna hitam untuyk D.Y A.M. Raja Hilir Perak
TENGKOLOK DENDAM TAK SUDAH

Tengkolok
Dendam Tak Sudah digunakan sebagai pakaian hulu rasmi D.Y.M.M. Raja
Perlis, Warna natarnya hujau, manakala lipatannya sebanyak lima takuk
bernama lipatan daun palas.
TANJAK BELALAI GAJAH
TANJAK BELALAI GAJAH
Destar
Belalai Gajah adalah pakaian rasmi bagi D.Y.M.M. Sultan Terengganu.
Destar ini diperbuat daripada kain songket bunga penuh berwarna
kuning.Daun pada bahagian atas depan destar ini dibentuk secara
menggulung ke atas, seakan-akan seekor gajah sedang melambung
belalainya. Bahagian bawahnya pula terdapat tiga takuk lipatan dan pucuk
destar yang disebut sula diletakkan pada sebelah kanan, melambangkan
pemakainya adalah seorang raja.
Destar Persilatan Melayu
DESTAR BULANG HULU
Setiap
perguruan silat mempunyai ciri-ciri perbezaan dari sudut ikatan kepala.
Bulang Hulu merupakan salah satu ikatan destar yang kerap dipakai oleh
pesilat di Negeri Kelantan. Bentuk asasnya amat ringkas dan bersesuaian
dengan kelincahan dan ketangkasan pesilat.
DESTAR SUDU ITIK
DESTAR SUDU ITIK
Destar
jenis ini lazimnya dipakai oleh perguruan silat. Ia popular sewaktu
zaman pemerintahan Sultan Tajuddin di Kedah. Adalah difahamkan, jenis
destar jenis ini diadaptasikan daripada ikat kepala masyarakat Jawa
sewaktu lawatan Baginda ke sana.
Destar Sarawak Dan Sabah
SARAWAK
DESTAR BUGIS TAK BALIK
DESTAR BUGIS TAK BALIK
Terdapat
sejenis ikatan yang dikenali dengan nama Bugis Tak Balik banyak dipakai
pada masa dahulu di neger-negeri yang mempunyai pengaruh Bugis seperti
Terengganu, Johor, Selangor dan Perak. Destar berwarna merah ini
merupakan ikatan hulu masyarakat Bugis di Sarawak.
SABAH
DESTAR SIGA
SABAH
DESTAR SIGA
Negeri
Sabah yang terkenal dengan pelbagai kumpulan etnik pribumi dengan seni
budaya yang amat unik, antaranya seni ikatan kepala yang diguna pakai
oleh suku kaum kadazan di Penampang daripada kain tenunan. Ikat kepala
ini dikenali panggilan Siga
Destar Perlis Indera Kayangan
TENGKOLOK PUTERA KAYANGAN
Destar
ini pernah dipakai oleh Al-Marhum D.Y.M.M. Tunku Syed Putra Ibni
Al-Marhum Syed Hassan Jamalullai, Raja Perlis pada tahun 1957 sewaktu
menandatangani pengistiharaan kemerdekaan Tanah Melayu. Seperti destar
diraja yang lain warna natarnya adalah kuning diraja. Lipatan asasnya
sebanyak tiga lipatan dan daun destarnya pula menghala ke atasDestar Kedah Darul Aman
DESTAR LAKSAMANA KEDAH
Destar
berwarna hitam daripada kain songket dengan ikatan asas susun sirih ini
adalah contoh ikatan Negeri Kedah Darul Aman yang dipakai oleh
laksamana. Bentuknya yang unik dengan segagah namanya adalah pakaian
hulu kerabat diraja Kedah pada masa dahulu. Sekali imbas ia seakan-akan
ikatan Dendam Tak Sudah, namun jika diteliti dengan rapi perbezaannya,
daunnya dinaikkan ke atas, manakala dua pucuk yang disebut kuasa,
berkedudukan sebelah menyebelah di bahagian kiri pemakai
DESTAR TEMENGGUNG KEDAH
DESTAR TEMENGGUNG KEDAH
Ikatan destar ini dipakai oleh kerabat diraja Negeri Kedah. Pasa masa sekarang ikatan yang sama dipakai oleh golongan bukan istana dengan daun kuasa terletak di sebelah kiri
Destar Perak Darul Ridzuan
TENGKOLOK BALUNG AYAM
Destar
Balung Ayam dengan warna natarnya putih bersulam benang kuning kencana
ini pernah di pakai oleh D.Y.M.M. Sultan Perak pada tahun 1950-an.
TENGKOLOK MUMBANG BELAH DUA
TENGKOLOK MUMBANG BELAH DUA
Tengkolok ini pernah dipakai oleh al-Marhum Sulatn Abdul Aziz, Perak pada suatu dahulu. Ia berasaskan solek Belah Mumbang.
DESTAR PUCUK PISANG PATAH
DESTAR PUCUK PISANG PATAH
Tengkolok
jenis ini pernah dipakai oleh salah seorang sultan di Negeri Perak,
Kedudukan pucuk rebungnya agak terjuntai ke bawah, seolah-olah
melambangkan pucuk pisang yang patah.
TENGKOLOK ALANG ISKANDAR
TENGKOLOK ALANG ISKANDAR
Ikatan
hulu jenis ini merupakan antara tengkolok yang amat DESTAR PATAHdan
sering dipakai oleh Al-Marhum Sultan Alang Iskandar, Negeri Perak
sewaktu pemerintahan baginda.
DESTAR PATAH KEPAK
DESTAR PATAH KEPAK
Destar
yang bernama Patah Kepak ini adalah bulang hulu bagi D.Y.T.M Raja Muda
Perak. Warna latarnya kuning dan kuning kencana. Biasanya pakaian
sampingan yang lain seperti baju, samp[ing, seluar dan bengkung
mempunyai warna yang sama dengan destar. Destar ini pernah dipakai oleh
Al-Marhum Sultan Iskandar.
TENGKOLOK LANG MENYONGSONG ANGIN
TENGKOLOK LANG MENYONGSONG ANGIN
Destar
Lang Menyongsong Angin adalah satu reka bentuk yang amat unik yang
mengambarkan seekor helang yang sedang terbang melawan angin. Bentuk
tengkolok ini yang diperbuat dengan songket berwarnma hitam bersulam
benang perak pernah dipakai oleh D.Y.T.M. Raja Di Hilir Perak.
DESTAR LANG SIOH
DESTAR LANG SIOH
Y.A.M.
Raja Kecil Sulung adalah termasuk Empat Raja Bergelar di Negeri Perak
Destar yang dipakainya dipangguil Lang Sioh. Ungu tua ialah warna
latarnya dengan bunga berwarna perak. Demikian juga warna latar
pakaianya dengan bunga-bunga perak.
DESTAR AYAM PATAH KEPAK
DESTAR AYAM PATAH KEPAK
Destar
Ayam Patah Kepak yang diperbuat daripada songket bunga penuh berwarna
merah adalah pakaian Panglima Perang bagi Negeri Perak.
DESTAR GETAM PEKASAM
Di
Negeri Perak, destar jenis ini dipakai oleh Orang Besar Empat dan
pegawai-pegawai kanan istana. Juak-juak di Negeri Selangor dan Pahang
juga memakai tengkolok jenis yang sama.DESTAR GETAM PEKASAM
Destar Selangor Darul Ehsan
TENGKOLOK ALANG
Bentuk
destar ini diambil daripada contoh yang dipakai oleh Al-Marhum Sultan
Abdul Samad, Selangor. Baginda dikatakan amat pandai mengikat destar
baginda sendiri.
SETANJAK LANG PATAH SAYAPDestra khas ini adalah pakaian hulu rasmi Y.A.M. Panglima Diraja Selangor. Ia diperbuat daripada songket berwarna merah, iaitu warna yang melambangkan kuasa, kegagahan dan kepahlawanan panglima Melayu. Reka bentuk destar ini walaupun nampak ringkas, namun kedudukan pucuk destar yang dipanggil pucuk sirih diletakkan disebelah kanan manakala daun tajuknya pula disebelah kiri. Ini menunjukkan pemakainya adalah daripada kerabat Diraja.
SETANJAK PARI MUDIK

beberapa jenis destar yang digunakan oleh Orang-orang Besar Negeri pada
suatu ketika dahulu. Setanjak Pari Mudik misalnya dipakai oleh Dato'
Abu Bakar Baginda, mantan Menteri Besar Selangor ke-7 (1959-1964).
Kedua-dua pucuk sirih destar ini meletakkan disebelah telinga kiri
pemakai.
SETANJAK SEBANG SELAT
Ikatan jenis ini pernah dipakai oleh pembesar Negeri Selangor pada tahun 1950-an hingga 1960-an.SETANJAK SEBANG SELAT
Destar Negeri Sembilan Darul Khusus
DESTAR SARANG KERENGGA
Destar ini agak berbeza dengan bentuk Dendam Tak Sudah. Destar unik yang amat menarik ini menggunakan lima lipatan yang disebut takuk dan daun lambaian kasihny tergantung seperti sarang kerengga di sebelah kanan pemakainya. Destar jenis ini pernah dipakai dalam majlis adat istiadat diraja oleh al-Marhum Tunku Muhammad, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan (1898-1933)
DESTAR DENDAM TAK SUDAH
Deta
Dendam Tak Sudah yang berwarna ungu dengan lipatan lima takuk ini
merupakan ikat kepala yang dikhaskan penggunannya kepada Undang atau
Penghulu Luak di Negeri Sembilan.
DESTAR KACANG DUA DAUN
Destar
jenis ini pernah dipakai oleh D.Y.M.M. Yang di-Pertuan Besar Negeri
Sembilan pada awal tahun 1950-an. Ia diilhamkan daripada daun kacang
yang subur.
DESTAR KACANG SEHELAI DAUN
DESTAR KACANG SEHELAI DAUN
Y.A.M.
Undang Rembau ke -20, Allahyarham Datuk Haji Adnan bin Haji Maah yang
memerintah dari tahun 1963-1998 adalah waris Seia Raja, Kampung Bukit
yang pernah memakai destar jenis ini manakala warna kegemaranya adalah
hijau. Penciptaan idea destar ini berdasarkan daun kacang yang
melambangkan kesuburan dan kesatuan.
DESTAR DENDAM TAK SUDAH
DESTAR DENDAM TAK SUDAH
Destar
ini banyak dipakai oleh masyarakat di situ. Ikatan asas destar ini
adalah sama, hanya perbezaan pada arah lambaian kasih dan bilangan
takuknya. Destar ini yang mempunyai tiga lipatan takuk merupakan destar
yang dipakai oleh Datuk-Datuk Adat di Negeri Sembilan dan corak kakinya
beragi atau berpetak dan lazimnya warna natarnya adalah hitam.
DESTAR HELANG MENYAMBAR
DESTAR HELANG MENYAMBAR
Destar
ini merupakan pakaian hulu untuk Datuk-Datuk Lembaga Adat di Luak
Rembau pada zaman dahulu. Pada sekitar 1950-an, destar jenis ini juga
pakaian hulu yang popular kepada pengantin lelaki. Biasanya warna merah
bersulam benang emas menjadi pilihan mereka.
DESTAR DENDAM BERAHI
DESTAR DENDAM BERAHI
Destar Dendam Berahi yang diperbuat daripada kain songket berwarna biru laut bersulam benang perak adalah salah satu yang dipakai oleh Undang Luak di Negeri Sembilan pada suatu ketika dahulu. Destar jenis ini mudah dekenali kerana ciri bentuk lambaian kasihnya yang sama lebarnya dan menebal selari tepat pada bahagian hadapan pemakainya.
Destar Johor Darul Takzim
DESTAR BELAH MUMBANG
Ikatan jenis ini adalah asa kepada semua jenis ikatan destar Alam melayu sejak beratusan dahulu. Bentuknya berupa layar sebuah perahu masyarakat Melayu.,
DESTAR LUBANG LAYAR
Lubang
Layar merupakan destar yang dipakai oleh anak-anak raja atau
datuk-datuk di Negeri Johor pada masa dahulu. Bentuk destar ini menirus
ke atas dan ia diasaskan daripada solek Mumbang Belah. Di bahagian
pucunknya terbentuk dua daun yang trerbuka yang melambangkan kain layar
sebuah perahu sedang mengembang.
DESTAR TEBING RUNTUH
DESTAR TEBING RUNTUH
Ikatan
jenis ini adalah pakaian hulu anak-anak raja pada masa lampau di Johor.
Mempunyai lipatan tiga tingkat yang dikenali sebagai lipatan susun
sirih dan daun tajuknya melambai kesebelah kanan.
DESTAR LAKSAMANA JOHOR-RIAU
DESTAR LAKSAMANA JOHOR-RIAU
Destar
ini adalah pakaian Laksamana pada zaman dahulu dan berasaskan kepada
destar Belah Mumbang. Sebagai pegawai yang bertanggungjawab di laut,
maka songket berwarna biru berbenang perak digunakan. Destar ini
mempunyai tiga lipatan berombak-ombak pada bahagian hadapan manakala
bahagian asasnya terdapat tiga lipatan daun sirih.
DESTAR TEBING LAKSAMANA
Tebing
Laksamana sesuai dengan namanya, adalah pakaian rasmi bagi jawatan
Laksamana sejak zaman Empayer Melayu Melaka lagi. Ikatan destar ini
berasal dari zaman pemerintah Johor-Riau. Bahagian depan destar
mempunyai tiga lipatan berombak yang amat menarik.DESTAR TEBING LAKSAMANA

Destar Pahang Darul Makmur
TANJAK RAJA NAIK BERSIRAM
Destar
yang diperbuat daripada kain songket berwarna putih ini diberi nama
Raja Naik bersiram. Ia dipakai sebaik sahaja raja berangkat naik
daripada istiadat bersiram, sama ada sesudah selesai istiadat
perkahwinan diraja ataupun pertabalan. Ia nandakan raja selamat
bersiram. Destar jenis ini hanya dipakai oleh raja yang memerintah.
Putera atau cucunda baginda tidak boleh memakai destar jenis ini. bentuk
daunnya melonjong kehadapan dan memakai dua pucuk destar yang disebut
gading.
DESTAR COGAN DAUN KOPI
DESTAR COGAN DAUN KOPI
Cogan
Daun Kopi ialah nama khas bagi bentuk destar yang dipakai oleh D.Y.M.M.
Sultan Pahang. Warna rasminya adalah kuning muda tetapi baginda
selalunya memakai warna-warna latar yang gelap. Bentuk destar Pahang
mudah dikenali daripada bentuknya yang segi tiga dan diikat secara
menegak di atas dahi dan membiarkan bahagian kepala yang lain terdedah.
Selain itu reka bentuk bunga atau daun itu terletak disebelah depan
destar tersebut.
TANJAK SEKELONGSONG BUNGA
TANJAK SEKELONGSONG BUNGA
Ikatan
hulu jenis ini di pakai oelh kerabat diRaja dan Orang besar Empat
Negeri Pahang. Walaupun bentuknya ini agak ringkas dan bahagian daunnya
melonjong ke atas dan bahagian bawahnya mengembang seperti sebuah
sekelongsong bunga, tetapi terdapat perbezaan antara destar yang dipakai
oleh kerabat diraja dengan orang biasa, khususnya dari sudut posisi
daun dan pucuk destar yang dipanggil sula.
TANJAK GETAM BUDU
Destar
ini adalah pakaian hulu untuk Orang-Orang Besar di istana Negeri Pahang
pada satu masa dahulu. Bentuk destar ini menutup seluruh bahagian
kepada pemakai yang membawa maksud makna menyimpan segala rahsia raja.
Warna hijau adalah warna yang dikhaskan untuk Datu-Datuk dsan
Orang-Orang Besar Bergelar.TANJAK GETAM BUDU
Destar Terengganu Darul Iman
TANJAK LAKSAMANA TERENGGANU
Destar
yang di perbuat daripada kain songket berwarna hitam berbenang emas ini
berasal dari Terengganu. Pada mas dahulu, ia menjadi pakaian hulu rasmi
Laksamana Terengganu. Warna rasminya adalah biru yang melambangkan laut
selaras dengan tanggungjawab Laksamana mengawal laut. Pada masa
sekarang ikatan jenis ini dipakai oleh Menteri Besar Terengganu sebagai
pakaian rasmi di majlis adat istiadat di istana Terengganu.
TANJAK LANG MELAYANG
TANJAK LANG MELAYANG
Destar
ini dipakai oleh pembesar-pembesar Negeri Terengganu yang bergelar
Datuk. Destar ini terkenal sebagai solek Lang Melayang dan hanya dipakai
pada majlis tertentu sahaja.
DESTAR DATUK BIJA DIRAJA
DESTAR DATUK BIJA DIRAJA
Orang
Besar Lapan Negeri Terengganu memakai destar yang digelar ikat lilit
Datuk Bija Diraja. Kain yang digunakan berwarna hitam dan perak.
TANJAK TEMALONG BUDU
TANJAK TEMALONG BUDU
Destar
jenis ini biasanya dipakai oleh pegawai-pegawai kerajaan pangkat rendah
dan orang biasa di Negeri Terenganu apabila mengadap D.Y.M.M. Sultan
Terengganu untuk menerima anugerah pingat atau kurniaan negeri.
DESTAR DAGANG SAKIT DI RANTAU
Ada juga Datuk-datuk di Negeri Terengganu yang memakai destar yang diberi nama Dagang Sakit Di Rantau berwarna kelabu dan perak.DESTAR DAGANG SAKIT DI RANTAU
Destar Kelantan Darul Naim
DESTAR KETAM BUDU
Destar
ini digunakan oleh pembesar Negeri Kelantan. Warna destarnya hitam
dengan bersulam benang emas. Destar ini dan destar lain seperti Destar
Panglima Raja dan Paduka Raja menutupi seluruh bahagian kepala.
DESTAR KETAM BUDU
DESTAR KETAM BUDU
Ikatan
jenis ini adalah asas kepada semua jenis ikatan destar di Alam Melayu
sejak beratus tahun dahulu. bentuknya berupa layar sebuah perahu
masyarakat melayu.
DESTAR SETANGAN ISIH
Kelantan
Darul Naim adalah sebuah negeri yang kaya dengan budaya termasuk seni
lipatan destar yang dinamakan Setangan Isih dan banyak dipakai oleh
rakyat biasa dan juga dalam persembahan Mak Yong. Iaitu sejenis
persembahan tradisional merangkum penceritaan, nyanyian dan tarian.DESTAR SETANGAN ISIH
Cara Memakai Destar
Cara memakai mengikut pangkat atau
status sosial seseorang, menandakan darjat,taraf, jawatan dan keturunan
seseorang. Perbezaannya ialah dari segi bilangan lipatan, semakin tinggi
tarafnya semakin banyak bilangan lipatan pada destar yang dipakai.
Keturunan Raja/kerabat DiRaja - meletakkan hujung destarnya tepat pada bahagian telingan sebelah kanan
Rakyat Biasa - meletakkan hujung destarnya tepat pada bahagian telinga sebelah kiri
Keturunan Raja/kerabat DiRaja - meletakkan hujung destarnya tepat pada bahagian telingan sebelah kanan
Rakyat Biasa - meletakkan hujung destarnya tepat pada bahagian telinga sebelah kiri
Di kalangan raja destar dipakai semasa upacara formal;
- istiadat keputeraan
- pengurniaan bintang dan darjah kebesaran
- kemahkotaan
- istiadat perkahwinan
- istiadat mengadap raja/sultan
- istiadat permakaman
- dan seumpamanya
Seni Gerus/Peraturan Membuat Destar/Cara Mengikat Destar Dendam Tak Sudah
Seni Gerus
Seni
Gerus Melayu merupakan satu teknik tradisi untuk melicinkan dan
memadatkan benang-benang tenunan di permukaan kain. Seni ini dikatakan
dibawa masuk ke semenanjung malaysia oleh pedagang-pedagang Bugis dari
Sulawesi dalam kurun ke-17. Amat popular suatu ketika dulu di negeri
Pahang, Terengganu, Perak, Selanmgor, Kedah, Melaka dan Johor.
Biasanya kain yang akan digerus di cuci terlebih dahulu dengan menggunakan abu sekam padi dan di bilas dengan air bersih dari buah relak kemudian dikanji.
Terdapat beberapa jenis gerus antaranya;
Selain melicinkan permukaan kain, gerus juga bertujuan untuk kerja-kerja tahap pertama sebelum kain di telepuk dengan perada atau air emas atau perak. Biasanya gerus dilakukan pada kain sarung, samping, kain destar, seluar dan baju.
Biasanya kain yang akan digerus di cuci terlebih dahulu dengan menggunakan abu sekam padi dan di bilas dengan air bersih dari buah relak kemudian dikanji.
Terdapat beberapa jenis gerus antaranya;
- gerus mentah
- gerus masak
- gerus belang
- gerus laying
Selain melicinkan permukaan kain, gerus juga bertujuan untuk kerja-kerja tahap pertama sebelum kain di telepuk dengan perada atau air emas atau perak. Biasanya gerus dilakukan pada kain sarung, samping, kain destar, seluar dan baju.
Peraturan Membuat Destar
Sebelum kerja-kerja mengikat destar dimulakan, seseorang itu harus mengambil tahu individu yang bakal memakai destar tersebut. hal ini penting bukan sahaja kerana saiz kepalanya perlu tepat. Yang penting ialas status sosial seseorang pula menentukan bentuk, maljis dan warna yang layak dipakainya.
Bahan dan alatan mengikat destar;
- kain yang dikhaskan
- kertas keras (Kertas putih, kertas minyak,kertas perang)
- jarum peniti
- jarum
- benang
- guinting
- lidi
- acuan u
Jenis Kain Dan Ragam Hias (Motif Dan Corak Warna)
Kain yang digunakan untuk mencipta destar berbentuk segi empat yang secara umumnya terbagahi kepada tiga jenis kain iaitu kain songket, telepuk dan batik.
- Kain Songket berukuran 72sm x 77sm hingga 81sm x 85sm
- Telepuk/batik berukuran 82sm x 82sm
Jenis Kain Dan Pemakaianya
- Kain Batik (anak Bugis)
- Kain Batik Jawa (Juak-juak Negeri Pahang)
- Kain Benang Halus (Kain tenunan sutera)
- Kain Berjalur (Pernah dipakai oleh Imam Perang Indera Gajah, Pahang, Imam Rasul, ayah kepada Mat Kilau dan Undang Luak, Negeri 9)
- Kain Broket (Dato' Lembaga Luak, Negeri 9)
- Kain Bugis
- Kain kelingkam (Sultan)
- Kain Limart Bersongket (Raja/Sultan)
- Kain Songket Hitam Beragi/petak (Datuk-datuk Adat)
- Kain Pelangi
- Kain Pis (Kaum Suluk/Rungus/Binadan-Sabah)
- Kain Polos Hitam (Hulubalang/Panglima/Pendekar/Juak-juak)
- Kain Polos Putih (Kerabat diraja di waktu berkabung)
- Kain Songket Raja (Raja/Sultan/Kerabat diraja)
- Kain Telepuk (Perada/kain bercalak)
- Kain tubau (Kaum Banjar/Iranun/Dusun-Sabah)
Warna Tanah/Natar/Badan Kain Destar
Mengikut situsai dan suasana majlis:
- Putih (Sultan)
- Kuning (Raja/Sultan)
- Ungu (Anak Raja/Undang Luak)
- Merah (Panglima Perang)
- Hijau (Datuk-datuk)
- Biru (Laksamana)
- Hitam (Raja/Sultan semasa adat)
- Hitam (Datuk Adat/Datuk Bergelar)
- Hitam Polos (Pendekar/Juak-juak)
Corak Dan Ragam Hiasan
- Corak Bunga Jong Sarat (Raja)
- Corak Bunga Penuh (Raja)
- Corak Teluk Berantai (Raja)
- Corak Bunga Bertabur (Datuk-datuk)
- Corak Berjalur (Datuk-datuk/Undang Luak)
Lambang dan Simbol dalam Warna, Corak dan Jenis Kain Destar
Sesuai dengan destar sebagai unsur
pakaian melayu yang penting dan di pandnag tinggi, kehadiirannya tidak
sahaja mempunyai fungsi sebagai penutup kepala. Lebih daripada itu ia
sebenarnya membawa lambang dan simbol tertentu sama ada segi bentuk,
warna, corak dan jenis kainnya. Nama-nama destar yang pelbagai membawa
maksud dan penegrtian tertentun kepada pemakaianya dan kepada majlis
serta masyarakat yang menerimanya.
Dariu segi bentuk sahaj jelas bahawa raja-raja memakai destar dalam bentuk tertentu unmtuk majlis dan suasana tertentu. Begitu juga jenis kain dan warnanya. Kain tertentu hanya sesuai dan boleh dipakai oleh individu tertentu bagi majlis tertentu. Malahan seorang raja ataui sultan tidak bebas memakai destar secara suka hati. Ada warna dan kain tertentu dan bentuk2 khusus yang hanya sesuai utk majlis. Warna kuning Raja misalnya adalah warna yang sesuai bagi pertabalan raja. Begitu juga dengan hiasan atau jata negeri yang diperintahnya. Rakyat biasa tidak layak memakai jata negeri dipercayai boleh menimbulkan kemalangan atau malapertaka yang disebutkan sebagai ketulahan.
Hiasan Destar (JATA)

Tengkolok DiRaja yang dipakai oleh Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong mempunyai hiasan yang melambangkan Malaysia. Dihadapan tengklolok itu dipasangkan anak bulan dan bintang pecah 14 yang diperbuat daripada emas outih, bertahtakan berlian dan ditengha-tengahnya terletak lambang kerajaan Malaysia yang berwarna-warni. Bulan dan bintang adalah lambang agama islam. Bintang kebesaran yang mempunyai 14 cahayanya mencerminkan 14 buah negeri di bawah kebesarannya. Dua sinaran tambahan menunjukan percantuman dua buah negeri iaitu Sabah dan Sarawak.
Raja dan pemimpin negara biasanya mengunakan lambang negeri atau mahkota negeri masing-masing. Sultan Kelantan memakai lambang kerajaan negeri Kelantan Darul Naim, begitu juga dengan Pahang, Kedah dan lain-lain.
Destar yang dipakai oleh pengantin lelaki juga mempunyai hiasan tertentu. Hiasannya bukanlah bulan dan bintang tetapi sesuatu yang bernilai tinggi seperti kerongsang intan permata dan sebagainya.
Istilah Posisi Gunung
Kedudukan Pucuk Dalam Ikatan Destar
Koleksi Gambar Lama - Destar
Jejawat-
pembawa alat-alat kebesaran di Raja Terengganu lengkap berpakaian
istiadat istana, bersamping, berkain tetapan dan bertengkolok sebagai
tradisi yang terus dipertahan dan diamalkan hingga sekarang
Seri
Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Pertama, Tunku Abdul Rahman dan
Timbalan Yang Di-Pertuan Agong bersama Persuruhjaya Tinggi British, Sir
Donald MacGillivray
Pasukan
Keselamatan yang ditubuhkan untuk menjaga keselamatan negara pada awal
1890-an dilengkapkan dengan pakaian seragam beserta destar
Pengistiharan Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu oleh Y.T.M. Tunku Abdul Rahman Putra di Stadium Merdeka pada 31 Ogos 1957
Bergambar
ramai sebelum Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu Pertama di Dewan
Undangan Persekutuan, Kuala Lumpur pada 18 Febuari 1948
Bergambar
ramai selepas Upacara Menandatangani Perjanjian Persekutuan dan Negeri,
di King's House, Kuala Lumpur pada 21 Januari 1948
Bergambar Ramai sempena Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-25 dan sebagai tanda selamat jalan kepada Jeneral Sir Gerald Walter Robert Templer (Persuruhjaya Tinggi British ke Persekutuan Tanah Melayu pada 23 Febuari 1954

Bergambar ramai selepas Upacara Menandatangai Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957 di King's House, Kuala Lumpur