http://cdn02.mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/11/anwar-keadilan.jpg
KANTOI - Keadilan Daily

KUALA LUMPUR - PR menafikan pernah menuduh kerajaan membawa masuk 40,000 pengundi haram warga Bangladesh pada PRU13 lalu.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa, kenyataan tersebut diputar belit blogger Umno dan bukannya daripada pimpinan pembangkang.

“Saya jelaskan sedikit sahaja bersabit ucapan Datuk Seri Najib Razak semasa ucapan belanjawan yang mengelirukan Dewan Rakyat dengan mengatakan PR menuduh SPR mendaftar 40,000 Bangladesh.

“Kita sudah jelaskan dan membuat ‘carian dalam internet’ sama ada wujud kenyataan ini? Dalam penelitian yang dibuat, tidak ada kenyataan sebegini, yang ada hanyalah pengundi dibawa dengan pesawat termasuk orang luar daripada Sabah dan Sarawak,” katanya kepada media di lobi Parlimen, semalam.

Beliau berkata demikian berikutan kenyataan Perdana Menteri Bangladesh Sheikh Hasina yang menafikan pembabitan warga Bangladesh dalam proses demokrasi di Malaysia serta menolak dakwaan pembangkang kononnya 40,000 warga Bangladesh mengundi BN pada PRU13.



Sebelum PRU 13 makhluk yang memiliki kebolehan luar biasa berbohong, Anwar Ibrahim sudah pun berjanji dengan keseluruhan pimpinan PKR, DAP dan PAS bahawa mereka akan tawan Putrajaya….

Mantra dan kalimah mereka ‘INI KALI LAH’ sudah berkumandang dengan harapan menyaksikan jam 8.00 malam Anwar akan dinobatkan sebagai Perdana Menteri, Kit Siang Timbalan Perdana Menteri, Hadi Awang Menteri Pertaninan Asas Tani, Karpal Singh Menteri Hal Ehwal Agama, Guan Eng Menteri Pertahanan, Azmin Ali Menteri KDN.

Ini semua terlalu mempercayai ‘janji manis’ Anwar bahawa mereka akan menjadikan Najib sebagai  Ketua Pembangkang mulai tanggal 6 Mei 2013 dan semua janjinya adalah KEGAGALAN untuk itu alasan paling TERBAIK untuk cuci tangan agar tidak digelarkan PENIPU yang mengecewakan jutaan penjilat penjilat tegar Pakatan Pembangkang. Hakikatnya Pembangkang tidak berjaya menawan Putrajaya, ianya hanyalah angan angan kosong Anwar sahaja….


Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim disifatkan sengaja memutar belit isu sebanyak 40,000 warga Bangladesh mengundi dalam pilihan raya umum lalu bagi mengalih kemarahan pemimpin Pembangkang lain ekoran kegagalan membentuk kerajaan.

Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MIUP), Senator Dato' S. Nallakaruppan berkata, Anwar sebelum Pilihanraya Umum lalu dikatakan berjanji kepada rakan sekutunya yang lain beliau akan menjadi Perdana Menteri.

Walau bagaimanapun, tambahnya, ekoran kegagalan itu, Anwar dilihat cuba mencari alasan dengan menyalahkan kerajaan kononnya memanipulasi sistem Pilihanraya termasuk dengan dakwaan mengimport pengundi warga asing.

"Pembangkang yang memulakan isu ini dan turut disiarkan akhbar mereka, Suara Keadilan. Pembohongan ini disebarkan pemimpin-pemimpin mereka termasuk menerusi Facebook dan Twitter pada hari pengundian," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sebelum ini, Anwar menafikan Pembangkang pernah membuat kenyataan mendakwa kerajaan membawa masuk 40,000 pengundi warga Bangladesh, sebaliknya banyak kenyataan berekod Anwar memberitahu pengundi bahawa Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) terlibat membawa masuk kira-kira 40,000 pengundi luar   dibawa dengan pesawat termasuk orang luar dari Sabah dan Sarawak.

Walau bagaimanapun, penafian Anwar itu disifatkan sebagai pelik dan jelas membohongi rakyat kata Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof.

AMUKANMELAYU - Sudah berapa banyak MANGKOK ini SAU dari taikon-taikon Cina untuk di belanjakan PERJALANAN ke Putrajaya.....kenapa masih ada yang mempercayainya.....apa ayat-ayat mangkok ini sehingga taikon-taikon ini cair membelanjakan berjuta-juta ringgit? Jangan jadikan diri anda mangsa seterusnya....jauhi penipuan politik yang menjijikkan ini.