,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Friday, 14 February 2014

KALIMAH ALLAH - KRISTIAN yang membuat tuntutan, Kenapa KALID SAMAD melebih-lebih?


NOH OMAR AMAT BIJAK - Orang yang bijak adalah orang yang menjauhi orang yang DANGKAL setelah di sampaikan KEBAIKAN padanya. Apakah ayat-ayat ini membuatkan Noh Omar tersedar dimana KHALID SAMAD ketika ini.

فَمَن شَاء فَلْيُؤْمِن وَمَن شَاء فَلْيَكْفُرْ

Maka barangsiapa yang ingin (beriman) hendaklah ia beriman, dan barangsiapa yang ingin (kafir) biarlah ia kafir (QS Al Kahfi: 29)

Apakah ayat ini menunjukkan pilihan? Yaitu bahwa boleh beriman dan boleh tidak??? Tentu tidak demikian. Ayat ini menunjukkan atas sikap berlepas diri dari mereka. Biarkan jika ada yang tidak mau beriman, sesungguhnya telah ditegakkan hujjah atas mereka dan mereka akan merasakan adzab di hari kiamat kelak. Cermatilah kelanjutan firman Allah ta’ala dalam ayat diatas,



وَقُلِ الْحَقُّ مِن رَّبِّكُمْ فَمَن شَاء فَلْيُؤْمِن وَمَن شَاء فَلْيَكْفُرْ إِنَّا أَعْتَدْنَا لِلظَّالِمِينَ نَاراً أَحَاطَ بِهِمْ سُرَادِقُهَا وَإِن يَسْتَغِيثُوا يُغَاثُوا بِمَاء كَالْمُهْلِ يَشْوِي الْوُجُوهَ بِئْسَ الشَّرَابُ وَسَاءتْ مُرْتَفَقاً
 
Dan katakanlah: “Kebenaran itu datangnya dari Tuhanmu; maka barangsiapa yang ingin (beriman) hendaklah ia beriman, dan barangsiapa yang ingin (kafir) biarlah ia kafir”. Sesungguhnya Kami telah sediakan bagi orang orang zalim itu neraka, yang gejolaknya mengepung mereka. Dan jika mereka meminta minum, niscaya mereka akan diberi minum dengan air seperti besi yang mendidih yang menghanguskan muka. Itulah minuman yang paling buruk dan tempat istirahat yang paling jelek. (QS Al Kahfi: 29)

Kecewa Noh Omar Tidak Mampu Sekolahkan Saya 

Saya telah hadir ke ‘Muzakarah Kalimah Allah’ di studio MobTV malam kelmarin. Rakaman video berkenaan boleh ditonton melalui laman web MobTV: Muzakarah - Kalimah Allah : Dari Sudut Perundangan. Saya telah hadir tanpa sebarang syarat atau udang di sebalik batu, dengan penuh kesediaan untuk disekolahkan oleh Noh Omar. Malangnya beliau mengaku bahawa beliau tidak merupakan pakar dalam soal hukum Islam mahupun soal perlembagaan Negara. Dalam soal hukum Islam beliau mengesyorkan kita terima sama keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan dan Negeri dan dalam soal perlembagaan, beliau syorkan kita serahkan sahaja kepada pihak mahkamah.

Saya hairan dengan sikap beliau ini. Kalau Noh menganggap kita tidak layak membincang isu ini, mengapa dia cabar saya untuk berdebat? Kalau Noh anggap beliau tidak cukup pakar, mengapa beliau berkata beliau ingin sekolahkan saya? Maka kecewa teramatlah diri saya dalam soal ini kerana tidak bertambah ilmu saya walau sedikit pun setelah bermuzakarah lebih sejam bersamanya. Hanya yang terserlah adalah kecelaruan pemikiran yang biasa pada mana-mana pimpinan UMNO/BN.

Mungkin bagi diri Noh, sememangnya beliau tidak mampu menilai dan memberi pandangan berhubung isu ini. Oleh itu beliau memilih jalan selamat dan tidak memberi sebarang komen terhadap hujjah yang telah saya kemukakan. Ayat Quran yang mempunyai makna dan maksud yang jelas ditepis dengan sekadar menyatakan, “kamu bukan ulama. Kenapa kamu tidak menjadi anggota Dewan Ulama PAS?” dan sebagainya. Sekadar itu sahajalah kemampuan dirinya sambil menyerang peribadi saya berhubung tauliah saya yang tidak dilanjutkan dan tuduhan kertas putih terhadap saya semasa saya ditahan ISA.

PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH OLEH BUKAN ISLAM

Hujjah saya bahawa kalimah Allah digunakan oleh masyarakat Arab Jahiliah sebelum, semasa dan selepas zaman Rasulullah (SAW) langsung tidak di’iya’kan atau ditolak. Kerana menurut beliau sendiri, beliau bukan pakar dan oleh itu beliau tidak tahu.

Hujjah saya yang berlandaskan Ayat Al-Quran bahawa masyarakat Nasrani (Kristian) dan Yahudi sebelum, semasa dan selepas zaman Rasulullah (SAW) menggunakan kalimah Allah dan ianya langsung tidak dilarang oleh Ar-Rasul juga tidak dihiraukannya. Begitu juga di zaman para Sahabat, Tabiin dan Taba-Tabiin selepas wafatnya Rasulullah, termasuk zaman Bani Umayyah, Abasiah sehingga Othmaniah keadaannya terus begitu.

Cabaran saya untuk dikemukakan pandangan walaupun seorang ulama muktabar pada zaman itu yang menyatakan bahawa kalimah Allah hak eklusif orang Islam dan haram untuk bukan Islam, juga tidak disahutnya. Apakan daya, beliau tidak tahu dan hanya mampu bertaqlid dalam soal ini walaupun tidak mengetahui apa sebarang hujjah di sebaliknya.

MENGAPA DIHARAMKAN

Mengikut fahaman saya, pada dasarnya pengharaman itu adalah berkaitan dengan usaha menghalang penyebaran agama lain kepada ummat Islam. Pada asalnya hukum penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam adalah harus (dibenarkan) tetapi dalam konteks penggunaannya untuk menyebarkan agama mereka kepada orang Islam maka ianya diharamkan. Maka haramnya adalah atas cara dan tujuan ianya digunakan bukan kerana “Allah adalah milik ummat Islam” atau “Allah adalah Tuhan ummat Islam”, iaitu kata syirik yang terhasil dari golongan jahil berhubung isu yang dipolitikkan ini.


Dalam soal penyebaran agama bukan Islam kepada orang Islam, kita semua bersetuju ianya dilarang dan perlu dibenteras. Oleh itu buku dan kitab termasuk risalah serta apa jua usaha menyampaikan agama bukan Islam kepada ummat Islam perlu dihalang. Namun, adakah sesama bukan Islam juga ingin dihalang dan dipantau sedangkan ianya tidak sama-sekali melibatkan ummat Islam? Jika buku Bible ini tidak boleh diserahkan kepada orang Islam, apakah keperluan untuk kita sebagai ummat Islam menentukan perkataan apa yang digunakan di dalam Bible tersebut? Tidakkah ini bercanggah dengan maksud ayat yang masyur yang saya yakin Noh sendiri mengetahuinya iaitu, “Lakum diinukum wali yadiin” atau bagi kamu agama kamu dan bagi kami agama kami.


Pada zaman Nabi, arab musyrikin mempunyai berbagai-bagai kekeliruan terhadap Allah sepertimana juga orang Kristian dan Yahudi. Dasar ‘bagi kamu agama kamu dan bagi kami agama kami’ membiarkan mereka terus dengan kepercayaan mereka terhadap Allah sambil ummat Islam menyatakan kefahaman yang sebenarnya.

PERSOALAN AQEEDAH?

Pada penghujung muzakarah tersebut, Noh merumuskan ucapannya dengan mengatakan ‘mempertahankan kalimah Allah’ adalah persoalan Aqeedah. Nampak gaya bukan sekadar Noh tidak mampu sekolahkan saya, beliau juga merupakan ‘guru’ yang kurang bijak. Beliau tidak mampu memahami bahawa ini bukan soal aqeedah tetapi kaedah untuk menyekat penyebaran agama lain di kalangan ummat Islam. Itu pun oleh kerana dianggap ummat Islam mudah dikelirukan.

Jika benar ianya Aqeedah, maka mengapa sebut kalimah Allah oleh bukan Islam ‘secara biasa’ dibolehkan? Sekiranya ianya Aqeedah, bagaimana ianya dibenarkan di Sabah dan Sarawak? Kalau ianya Aqeedah tidakkah ia bermakna seluruh dunia Islam, selain dari ummat Islam di Semenanjung sahaja telah sesat kerana membenarkan bukan Islam menggunakan kalimah Allah?

Akan tetapi apa yang disebut oleh bukan Islam berhubung Allah, seperti Allah ‘tiga dalam satu’, adalah tidak benar dan salah. Namun, walaupun salah menurut pandangan Islam, sebagai seorang Islam kita tidak boleh melarang kerana itu agama mereka dan kepercayaan mereka. Samada dikatakan Allah itu tiga atau Tuhan itu tiga ianya tetap salah menurut Islam.

Maka, Enakmen Agama Bukan Islam adalah kaedah untuk mengelak ummat Islam dikelirukan dan dengan itu terpengaruh dengan agama bukan Islam. Itu sahaja, bukan soal Aqeedah. Dan implikasinya ialah bahawa orang Melayu Islam di Semenanjung ini lebih mudah dikelirukan berbanding dengan yang berada di Sabah dan Sarawak! Maka itulah sebabnya di Sabah dan Sarawak ianya dibenarkan tetapi tidak di Semenanjung. Mungkin ianya ada kaitan dengan hakikat UMNO lebih lama di Semenanjung berbanding Sabah dan UMNO tidak ada di Sarawak maka orang Islam di Semenanjung mudah dikelirukan? Di mana adanya UMNO, di situ Melayu jahil dan mudah dikelirukan?


Saya sebenarnya letih dengan guru yang kurang bijak sebegini. Malam itu saya mengambil pendekatan tidak menyerang kerana saya datang untuk ‘disekolahkan’. Saya jelaskan fahaman saya dan jawab serangan Noh terhadap diri saya. Saya tidak menyerang dirinya. Namun dalam keadaan begitu pun saya sedih kerana kemampuannya untuk ‘menyekolahkan’ saya tidak sama sekali diserlahkan. Sebaliknya beliau hanya mengaku bahawa beliau tidak tahu serta tidak layak dan mendakwa begitu juga diri saya. Yang pasti, DIA yang tidak tahu dan oleh kerana tidak tahu, maka beliau tidak mampu juga menilai hujjah yang telah saya kemukakan. Oleh itu beliau tidak mampu menilai kemampuan saya.

Letih saya dengan guru sebegini; bukan sahaja tiada ‘udang’ di sebalik batu, bahkan tiada apa pun di sebalik batu!

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD
 

Kepandaian Yang Tak Kena Tempat – Satu Jawapan pada YB Khalid Samad

Respon ini adalah merujuk pada posting YB Khalid Samad dalam isu perdebatan beliau dengan Dato Noh Omar dalam Isu Allah
Adalah satu kebodohan untuk YB berhujah dengan panjang lebar dalam isu ini. Apa yang YB cuba nak capai akhirnya? Supaya pihak Kristian bebas menggunakan kalimah Allah di merata-rat tempat di Malaysia dan supaya terpampang perkataan Isa anak Allah di papan tanda jalanan?
Dalam isu kalimah Allah, setiap pihak mempunyai hujahnya dan adalah sukar untuk kita memberikan kata putus dalam isu yang begitu longar. Walaubagaimanapun, sekiranya kita mahu berhujah, kita pun ada hujah-hujah yang boleh menunjukan bahawa hujah YB sebenarnya adalah lemah dan berdasarkan intepretasi yang tidak menyeluruh.
Umpamanya YB mendakwa orang bukan Islam zaman sebelum dan selepas Nabi S.A.W. turut menggunakan nama Allah dan ia tidak ditentang. Tetapi bagi yang mengetahui sirah, kita tahu orang Musyrikin asalnya beragama Nabi Ibrahim a.s. dan menyembah Allah. Tetapi agama Nabi Ibrahim telah dipesongkan dan digantikan dengan penyembahan berhala. Walaubagaimanapun, sebahagian dari agama Nabi Ibrahim a.s tetap kekal dibumi Arab. 
Walaupun mereka menyembah berhala, kita tidak pernah dengar orang musyrikin menamakan patung sembahan mereka dengan nama Allah. Sebabnya ialah orang musyrikin sedia memahami bahawa Allah itu bukan seperti patung sembahan mereka dan Allah itu bukan patung sembahan mereka. 
Hakikatnya ialah mereka tetap mengesakan Allah sebagai mana dalam ayat-ayat al-Quran yang mana jika ditanya mereka siapakah yang memberi rezeki, mencipta langit dan bumi dan menurunkan hujan, mereka akan jawab Allah (sila lihat Yunus [10.31], Al-Ankabuut [29.63] dan Az-Zukhruf [43.87]). 
Hakikat apa yang dilakukan oleh orang Kristian hari ini adalah bertentangan dengan tindakan orang musyrikin kerana mereka cuba menamakan sembahan mereka yang syirik (3 dalam 1) dengan nama Allah. Ia umpama orang musyrik yang cuba menamakan patung mereka dengan nama Allah. Apakah YB tidak tahu bahawa bila Kaabah rosak akibat banjir, orang Musyrik membinanya semula dengan duit yang HALAL sebab mereka tahu Allah S.W.T. tidak redha dengan sumber yang haram untuk membina Baitullah. Oleh itu mungkin kalau ada orang musyrik yang berani menamakan patung mereka dengan nama Allah, beliau akan dibunuh, bukan oleh orang Islam, tapi oleh orang musyrik sendiri kerana cuba menamakan Allah kepada apa yang tidak berhak untuk dinamakan kepadaNya.
Dalam persoalan akidah pula, apakah mengatakan Allah itu ada anak bukan persoalan akidah? Tapi ia bergantung pada interpretasi menurut keadaan dan tempat seseorang. Umpama sekiranya seorang Islam memakai bikini di Bondi beach di Australia, ia bukan dikira persoalan moral di sana, tetapi ia tetap persoalan moral bagi kita selagi akidah kita ini Islam. Cuma kita tidak boleh buat apa-apa tindakan sebab ia bukan kawasan kita. Tapi bila di buat di Malaysia atau Arab Saudi, ia adalah permasalahan moral yang serius dan boleh dikenakan tindakan. Sebabnya ialah intepretasi moral itu berbeza di Malaysia dan Australia dan kuasa untuk melaksanakan penguatkuasaan juga berbeza. 
Sama juga dalam isu nama Allah dan persoalan akidah. Harus diingat Malaysia ialah sebuah Negara yang mana agama persekutuan adalah Islam. Sebagai seorang Islam, kita percaya Allah itu tidak beranak dan diperanakkan. Oleh itu dalam rumah kita, kita menetapkan Allah itu esa, tidak beranak dan diperanakan. Tiba-tiba ada orang kafir masuk rumah kita dan ingin mengatakan Allah itu ada anak. Dia nak kata apa itu hak dia, tapi bila dia nak perkatakan perkara tersebut di rumah kita dan meminta kita untuk mengiakan kata-katanya, sebagai seorang Islam, kalau kita kata YA, kita sememangnya ada permasalahan akidah. 
Isu sekarang ialah mereka mahu gunakan nama Allah dalam bentuk 3 dalam 1 dan meminta kita untuk mengiakan tidakan mereka. Apakah ini bukan masalah akidah? Selama ini pun kita tidak pernah menghalang mereka dalam ucapan mereka, tapi apabila mereka meminta perbuatan mereka ini diiktiraf undang-undang, ia umpama menyuruh kita mengatakan YA dalam membenarkan perbuatan mereka. Apakah ini bukan persoalan akidah? Mereka nak kata Allah 3 dalam 1 memang bukan persoalan akidah bagi kita, tapi untuk kita orang Islam MENGIKTIRAF perbuatan mereka dalam keadaan yang mana kita orang Islam menguasai kerajaan persekutuan dan negeri, sememangnya orang Islam yang diberikan kuasa itu ada masalah akidah.
Apa pun, ini hanya contoh-contoh hujah saja dan kalau kita mahu memperdebatkan isu ini. Kalau kita menilai dengan akal yang waras tanpa kepentingan, kita akan tahu bahawa hujah YB juga adalah lemah dan boleh dipertikaikan.
Cuma dalam hal ini, apa yang ingin saya bangkitkan ialah kenapa kita ni nak berlebih-lebih dalam menjuarai isu yang tidak membawa manfaat, malah mungkin merugikan kita. Isu kalimah Allah di semenanjung adalah jelas satu bentuk provokasi sengaja dari satu pihak Kristian yang sengaja mahu mencabar perlembagaan persekutuan yang selama ini dilihat memihak pada Islam. 
Mungkin kerana kebelakangan ini puak mereka mendapat sedikit kekuatan politik, mereka seperti sengaja mahu mencabar dan merubah struktur di negara ini supaya mereka mendapat lebih daripada apa yang mereka perolehi selama ini. Natijah mereka ialah segala status quo yang melibatkan orang Islam harus dicabar.
Harus YB ingat, dalam tuntutan IFC,  perkara 9 dalam tuntutan mereka ialah supaya orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya. Sekiranya tuntutan mereka ini berjaya, maka, tuntutan lain akan menyusul. 
Apakah YB mahu supaya seorang anak yang dilahirkan oleh ibu bapa Islam tidak mengharuskan secara terus menjadi orang Islam? Atau orang bukan Islam yang telah memeluk agama Islam hendaklah diberi kebebasan untuk kembali kepada agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang? 
Atau orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orang Islam. Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan apa-apa tindakan undang-undang?
Apa yang kita lihat ialah tindakan mereka ini adalah satu bentuk provokasi untuk mencapai satu agenda yang lebih besar. Mereka bukan berminat sangat pun nak guna nama Allah. Ramai yang bising-bising tu, nak sebut Allah dengan lam tebal pun tak boleh. Mereka pun bukan percaya sangat orang Islam akan jadi Kristian kalau mereka guna nama Allah (walaupun salah satu teknik dakyah mereka ialah kontextualisasi istilah agama). Mereka cuma mahu provokasi saja pada segala status quo orang Islam di negara ini. Kalau runtuh satu status quo, maka yang lain pun boleh diruntuhkan. Akhirnya 14 tuntutan IFC akan terlaksana.
Malangnya, yang menjadi dalang dalam membantu usaha mereka tak lain tak bukan adalah orang Islam sendiri. Dalam sesetengah perkara, adakalanya berdiam diri itu lebih banyak manfaat daripada cuba menjadi hero dengan tidak kena pada tempatnya. Mungkin benar, isu penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam masih boleh diperdebatkan, tetapi kenapa kita perlu menjadi hero untuk memperdebatkan isu ini bagi pihak mereka. Mereka yang membuat tuntutan, biarlah mereka yang keluarkan hujah. Kenapa kita mahu melebih-lebih bagi pihak mereka. Inilah yang kita katakan kepandaian yang tidak kena pada tempat. Macam resmi tok kaduk, menang sorak, kampong tergadai.
AMUKANMELAYU - Orang yang bijak adalah orang yang menjauhi orang yang DANGKAL setelah di sampaikan KEBAIKAN padanya.