Tidak Menyokong Tidak Mengapa....tapi jangan MENYUSAHKAN RAKYAT |
Uthman bin Affan WAKAFkan Telaganya sejak zaman Rasulullah hingga kini
Khalifah Utsman bin
Affan salah seorang sahabat nabi yang menjalankan perniagaan, kaya raya,
murah hati dan dermawan. Utsman bin Affan juga mempunyai akaun di salah
sebuah bank di Saudi? Nama akaun dan bil elektrik juga masih atas nama
beliau.
Bagaimana beliau memiliki hotel atas namanya di berhampiran Masjid Nabawi itu?
Diriwayatkan pada zaman
Nabi Shallallahu ' alaihi wa sallam, kota Madinah pernah mengalami
kelaparan dan juga sukar untuk mendapatkan air bersih. Mereka (kaum
muhajirin ) sudah terbiasa minum dari air zam-zam di Makah. Satu-satunya
sumber air yang tinggal adalah sebuah perigi milik seorang Yahudi,
perigi Raumah namanya. Rasanya seperti dengan perigi zamzam. Kaum
muslimin dan penduduk Madinah terpaksa beratur dan membeli air bersih
dari Yahudi tersebut.
Atas keprihatinan keadaan umatnya, Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam kemudian bersabda: "
Wahai Sahabatku, siapa saja diantara kalian yang menyumbangkan hartanya
untuk dapat membebaskan perigi itu, lalu menyumbangkannya untuk umat,
maka akan mendapat surgaNya Allah Ta'ala" ( HR. Muslim) .
- tapi kan kita kena kaji,yg mana satu yg btl,kadang2 keliru paper nie kata pembangkang salah,paper pembangkang kata BN salah,so kesimpulannya baik kita sendiri pi kaji sedalam2nya mana satu btl,bru x dpt dosa kering cz main tuduh2.apa yg penting kita sesama agama dan umat kena bersatu,jgn asyik sibuk tuduh menuduh.last2 bila semua dh berpecah sapa yg rugi?cuba contohi kepimpinan dan sikap perjuang islam dn salahuddin al ayubi..walau apa saja fahaman politik yg penting bersatu..bru negara kuat dn xada anasair luar masuk
- bagaimana sekiranya kedua- duanya adalah betul. dimana kita memang kekurangan air terawat dan juga bekalan air mentah??
- Lebih baik kita bersangka baik kepada kerajaan negeri dan pusat. Pendapat kerajaan negeri tiada yang salah tetapi kerajaan pusat juga betul. Keputusan membawa air dari Pahang dibebabkan krisis air pada tahun 1998 dimana air mentah pun tak cukup apabila berlaku cuaca panas berlebihan. Cuba fikir filirkan.
OLAK LEMPIT, Ahad 16 Rabiulakhir 1435 - “Bagi saya dan keluarga biarlah tiada elektrik daripada tiada air kerana air lebih penting untuk menguruskan kehidupan seharian. Air merupakan keperluan asas kepada kita untuk melakukan segala aktiviti seharian,”
Di petik adari artikal lama dari beberapa Blog bermula dengan blog PEJUANG BANGSA yang di keluarkan pada 15 Disember 2011 3:54 PG. Sepertimana yang kita semua tahu, negara pernah menghadapi krisis air pada tahun 1998. Oleh yang demikian, KERAJAAN PERSEKUTUAN (BN) telah mula merancang mulai tahun 1998, agar Krisis Air tidak akan berlaku lagi di masa hadapan. Sekiranya tindakan susulan tidak di ambil, NEGARA akan menghadapi Krisis Air sekali lagi pada tahun 2014, 3 tahun dari sekarang.
Masalah yang di hadapi sekarang ialah:
1.Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau & Air (KERAJAAN PERSEKUTUAN) sekarang sedang menjalankan Projek Air Mentah dari Negeri Pahang ke Hulu Langat, Selangor.
2. Projek membina Paip Line dan Terowong sedang berjalan (on going).
3. Kos keseluruhan Projek ini dianggarkan berjumlah RM 8 billion ringgit.
4. Ini termasuklah kos pengambilan tanah, kerja-kerja pembinaan dan konsultansi.
5. LOJI ini terletak berdekatan dengan HULU LANGAT, SELANGOR.
6. Segala kos dan sumber kewangan dibiayai oleh Kerajaan PERSEKUTUAN, kerajaan sudah pun MEMPUNYAI PERUNTUKKAN UNTUK MEMBINA LOJI INI DI HULU LANGAT.
7. Oleh kerana pentingnya Projek ini, KERAJAAN PERSEKUTUAN (BN) juga telah mendapat “soft-loan” daripada Kerajaan Jepun berjumlah RM 3 billion ringgit untuk tujuan projek ini.
8. Tetapi disebabkan masalah dengan Kerajaan (PR) Negeri Selangor, Projek ini sekarang sudah tertangguh selama 1 ½ tahun.
Selama ini Kerajaan (PR) Negeri Selangor selalu menyatakan bahawa mereka mengutamakan rakyat, tetapi kenapa dalam hal yang sebegini penting mereka tidak mahu berkerjasama dengan Kerajaan Persekutuan? Berikut adalah masalah yang ditimbulkan oleh Kerajaan (PR) Negeri Selangor:
KERAJAAN (PR) NEGERI SELANGOR melalui Majlis Daerah Perbandaran HULU LANGAT tidak mahu mengeluarkan “DEVELOPMENT ORDER” (Kebenaran Merancang). Tanpa “DEVELOPMENT ORDER” ini, KERAJAAN PERSEKUTUAN tidak boleh memanggil TENDER untuk membina Loji tersebut di HULU LANGAT, SELANGOR.
DESIGN sudah pun siap. Peruntukan untuk membina Loji juga telah ada. Tapak Tanah untuk Loji dan projek ini telah pun di ambil dan siap sedia untuk Projek ini. Tetapi tanpa ‘Development Order’ projek ini tak boleh dimulakan. KERAJAAN PERSEKUTUAN (BN) masih memerlukan 2 Lot TANAH yang berdekatan dengan Loji ini untuk Projek tersebut. Tetapi KERAJAAN SELANGOR melalui EXCO KERAJAAN NEGERI NYA, masih TIDAK MAHU MELULUSKAN PENGAMBILAN 2 LOT TANAH ini.
TUJUAN KERAJAAN (PR) SELANGOR melambat-lambatkan Projek ini berkemungkinan kerana KERAJAAN SELANGOR ingin “Control” BUSINESS AIR DI NEGERI SELANGOR ini?
Apakah yang akan berlaku sekiranya projek ini tertangguh?
1. KRISIS AIR akan berlaku di seluruh Negeri Selangor, Lembah Klang, Bandaraya Kuala Lumpur dan Putrajaya.
2. Sekiranya Projek ini dapat di sempurnakan, sebanyak 1.4 juta pemegang Akaun Air akan dapat menikmati Air Mentah Bersih ini. Iaitu lebih kurang seramai 7 juta Rakyat akan dapat menikmati Air Mentah Bersih ini (1.4 juta account x 5 orang dalam sebuah rumah).
3. Kalau projek ini tertangguh lagi, Kos pembinaan nya akan bertambah tinggi. Bila kosnya bertambah tinggi, Kos Air Bersih kepada Rakyat pada masa akan datang menjadi lebih tinggi.
4. Masalah akan timbul kepada bangunan-bangunan tinggi dan Flat yang lebih daripada 5 tingkat. Ini kerana tanpa AIR yang mencukupi – “Water Pressure” akan berkurangan. Maka bangunan lebih daripada 5 tingkat tidak akan dapat Air. Mereka akan terpaksa mengambil Air dari bawah Flat atau mereka terpaksa menggunakan lori tangki air.
5. Pemaju Perumahan, Para Pelabur dan semua yang terlibat dalam industri di Selangor juga meminta “Assurance for future Water Supply” untuk menjalankan projek-projek harta tanah dan pembangunan di Negeri Selangor. Sekiranya tiada, mereka akan “Invest” di tempat atau negeri lain.
6. Kementerian Tenaga & Air KERAJAAN PERSEKUTUAN telah beberapa kali mengadakan Mesyuarat dengan MENTERI BESAR SELANGOR namun keputusannya, MENTERI BESAR SELANGOR masih tidak bersetuju dengan Projek ini. Dia terus berdegil dan tidak mahu projek ini berjalan.
7. Demi POLITIK, KERAJAAN (PR) SELANGOR sanggup:
(a) Rakyat Seluruh Negeri Selangor, Lembah Klang, Kuala Lumpur dan Putrajaya seramai lebih kurang 7.5 juta orang – tidak akan menikmati Air Mentah Bersih secara sempurna mulai tahun 2014.
(b) KERAJAAN (PR) SELANGOR sanggup menangguhkan (DELAY) Projek ini dengan tidak mahu MELULUSKAN “DEVELOPMENT ORDER” DAN “2 LOT TANAH” – Agar Projek Air Mentah Bersih ini GAGAL.
(c) KERAJAAN (PR) SELANGOR sanggup DELAY PROJEK ini di mana akan menyebhttp://www.blogger.com/img/blank.gifabkan Tariff Air yang akan di bayar oleh Rakyat Selangor nanti bertambah mahal dan tinggi.
(d) MENTERI BESAR SELANGOR sanggup memberi Rakyat potongan kepada tariff air yang di bayar oleh Rakyat SEKARANG. Tetapi sebaliknya Sabotaj PROJEK AIR KERAJAAN PERSEKUTUAN yang ikhlas ingin membantu Rakyat agar KRISIS AIR pada tahun 2014 tidak akan berlaku.
Inikah kerajaan yang menjaga kebajikan Rakyat? Apa akan berlaku kepada rakyat pada tahun 2014 nanti? Sekarang sudah hujung 2011, tinggal berapa tahu sahaja lagi rakyat Selangor akan menderita. Sumber Sel13
Sungai Semantan 'hidupkan' Selangor
KEHIDUPAN selama beberapa bulan tanpa bekalan air di rumah membuatkan keluarga Mohd. Zuki Yazid, 34 dan isterinya, Normah Abdul Razak, 33, terpaksa mengambil air bukit di Sungai Long, Kajang, Selangor yang terletak kira-kira 10 kilometer dari rumahnya. Bekalan air ke rumah mereka telah dipotong beberapa bulan lalu kerana kesempitan hidup akibat kemalangan yang menimpa anak keduanya kira-kira lima tahun lepas. Normah dan suaminya akan pergi ke bukit berkenaan untuk mengambil air setiap hari sejak bekalan air ke rumahnya dipotong.
“Bagi saya dan keluarga biarlah tiada elektrik daripada tiada air kerana air lebih penting untuk menguruskan kehidupan seharian. Air merupakan keperluan asas kepada kita untuk melakukan segala aktiviti seharian,” katanya.
Namun atas keprihatinan pihak Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dia diberi air percuma selama enam bulan melalui program Tabung Budi.
“Saya bersyukur sangat kerana keluarga kami terpilih untuk menyertai program tersebut. Keluarga kami akan menggunakan air dengan cermat dan tidak membazir kerana menyedari betapa berharga air untuk kami meneruskan kehidupan,” tambahnya.
Masalah yang dihadapi Mohd. Zuki dan Normah mungkin salah satu contoh kecil pengurusan air kediaman yang boleh memburuk dan menjadi isu yang lebih besar.
Daripada sebuah masalah keluarga yang tidak berkemampuan, kehilangan sumber utama itu boleh menjadi krisis yang lebih dahsyat. Kekontangan bekalan air mampu mencetus ketidakselesaan komuniti, melumpuhkan mekanisme perniagaan dan industri serta menjejas psikologi sosial.
Terpanjang di Asia Tenggara
Dalam senario terkini, faktor kepentingan air kepada penduduk dan kekurangan punca sumber air mentah di negeri Selangor pada masa depan telah mendorong kerajaan mengambil keputusan untuk menyegerakan pelaksanaan pembinaan Projek Penyaluran Air Mentah Pahang - Selangor (PPAMPS).
Projek itu melibatkan dua fasa utama iaitu pertama, pembekalan air mentah dari Pahang ke Selangor termasuk terowong bawah tanah antara Karak di Pahang dan Hulu Langat di Selangor, serta kedua, pembinaan loji rawatan air di Hulu Langat.
Projek berimpak tinggi yang bernilai RM3.936 bilion itu dijangka siap pada tahun 2014. Apabila projek itu siap nanti terowong itu akan menjadi terowong air mentah terpanjang di Asia Tenggara dan yang keenam di dunia. Pelaburan besar negara ke atas projek yang mengambil masa kira-kira empat tahun lagi itu penting kerana air merupakan keperluan penduduk. Bagi Setiausaha Kerja Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan, ketiadaan sumber air merupakan satu isu yang berat kepada pengguna.
Katanya, projek penyaluran air mentah dari Pahang itu akan memberikan impak yang positif kepada pengguna apabila ia siap kelak.
“Usaha yang dilakukan kerajaan itu sangat bermanfaat memandangkan bekalan air bersih amat penting untuk segenap lapisan masyarakat. Masyarakat Islam misalnya, memerlukannya untuk berwuduk, bersuci dan sebagainya,” ujar beliau.
Tambah Nadzim, pada masa yang sama, masyarakat perlu dididik untuk bertindak sebagai pengguna air yang berhemah.
“Kita perlu menghargai air kerana sebanyak manapun air itu disalirkan, jika ia tidak digunakan dengan sebaik mungkin, ia akan habis juga,” kata beliau.
Punca air
Menurut Pengarah Projek PPAMPS, Datuk Ir. Ismail Mat Noor projek tersebut bertujuan untuk menyalurkan air mentah dari Sungai Semantan di Pahang ke Hulu Langat, Selangor.
Jelas beliau, Sungai Semantan dipilih sebagai sumber untuk menyalurkan air ke Selangor kerana keupayaan sungai tersebut membekalkan air.
“Sungai Semantan merupakan sungai yang berpunca dari tiga sungai yang lain seperti Sungai Telemung, Sungai Kelau dan Sungai Bentong. Namun, untuk persediaan awal jika berlaku sebarang kemungkinan kami juga akan membina sebuah empangan di Kelau,” ujar Ismail.
Jelasnya, empangan di Kelau itu bertujuan untuk menyimpan air mentah untuk dibekalkan ke Selangor.
“Misal kata air di Sungai Semantan mengalami kemarau dan kekurangan air. Air dari empangan itu akan dilepaskan ke dalam terowong tersebut. Itu merupakan persediaan yang dibuat untuk menampung air jika kekurangan air di sungai itu,” ujar beliau.
Selain itu, Sungai Semantan turut dipilih kerana faktor kebersihan dan kualiti airnya yang masih boleh dirawat dengan mudah.
“Boleh dikatakan kebanyakan sungai di Pahang mempunyai kualiti air yang baik termasuklah Sungai Pahang.
Demi untuk menjayakan penyaluran air itu nanti mengikut masa yang ditetapkan, empat komponen utama terdiri daripada terowong penyaluran air, empangan Muka Sauk dan empangan Kelau, saliran paip berkembar dan Stesen Pam Air Semantan.
Terowong air mentah itu berkeupayaan membekalkan air mentah sebanyak 1,890 liter air sehari apabila siap kelak.
Teknologi canggih PPAMPS
Dengan status projek mega beberapa mesin berteknologi tinggi digunakan dalam proses untuk menyiapkan Projek Penyaluran Air Mentah Pahang ke Selangor (PPAMPS).
Antara mesin yang berkhidmat dengan PPAMPS sehingga projek itu selesai ialah beberapa buah Tunnel Boring Machine (TBM), New Austrian Tunneling Method (NATM) dan Conduit.
Setiap mesin atau kaedah yang digunakan itu mempunyai keistimewaannya yang tersendiri.
Pada 29 November yang lalu, TBM3 telah memulakan operasinya untuk mengorek terowong bawah tanah sejauh 11.2 kilometer (km).
Ismail berkata, projek terowong itu sahaja bernilai RM1.3 bilion bakal menyalurkan air mentah dalam lima tahun lagi. Menurutnya, TBM3 atau juga dikenali sebagai Tiara Midori, melakukan kerja-kerja mengorek bersama dua lagi mesin pengorek iaitu Kamila (TBM1) dan Selpah (TBM2).
“Mesin pengorek Tiara Midori yang panjangnya 205 meter akan mengorek sejauh 11.2 kilometer dari sini (Semantan) dan ia mampu mengorek sejauh 1,000 meter setiap bulan.
“Mesin Tiara Midori akan beroperasi 24 jam menggunakan tenaga kerja sebanyak 20 orang untuk satu-satu syif,” ujarnya.
Tambah beliau, pihaknya turut melakukan beberapa persediaan sebelum kerja mengorek bermula seperti menyelidik jenis batu.
“Jika batu jenis keras kita tidak perlu melakukan forepoling. Forepoling merujuk kepada teknik untuk menahan tanah atau batu dari runtuh di kawasan yang tidak kukuh,” jelasnya.
Berdasarkan kajian awal, katanya, kira-kira 90 peratus dari kawasan yang bakal dikorek ialah kawasan berbatu keras.
Jelas Ismail untuk kawasan berbatu, pihaknya menggunakan mesin yang dikenali sebagai New Austrian Tunneling (NATM) beberapa meter sebelum TBM memulakan tugasnya.
“NATM adalah satu kaedah dimana satu mesin akan menggerudi batu di kawasan tersebut.
“Dalam projek ini, kaedah NATM hanya digunakan di Inlet (air masuk) dan Outlet (air keluar) terowong sahaja,” katanya.
Projek yang dijangka siap pada bulan Jun 2014 itu akan menyalurkan air mentah sebanyak 1,890 juta liter sehari.
Sebanyak empat syarikat terlibat dalam usaha sama itu seperti IJM Corp. Bhd., UEM Builders Bhd. Shimizu Co rporation dan Nishimatsu Construction Co. Ltd.
Projek itu diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan bagi memenuhi keperluan bekalan air di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.