Klasifikasi
Kingdom: Plantae (Tumbuhan)
Subkingdom: Tracheobionta (Tumbuhan berpembuluh)
Super Divisi: Spermatophyta (Menghasilkan biji)
Divisi: Magnoliophyta (Tumbuhan berbunga)
Kelas: Liliopsida (berkeping satu / monokotil)
Sub Kelas: Commelinidae
Ordo: Zingiberales
Famili: Zingiberaceae(suku Halia)
Genus: Curcuma
Spesies: Curcuma heyneana Val. & V
PENGENALAN
Dalam tulisan yang dipos kan pada
bulan December 2011 dahulu bertajuk “KUNYIT
BUKAN SEKADAR RAMUAN UNTUK MASAKAN” ada dicatitkan beberap
jenis dari keluarga kunyit diantaranya adalah Temu Lawak, Temu Hitam,
Temu Putih, Temu Pauh dan Temu Emas. Temu giring (Curcuma heyneana
Val.&V), adalah salah satu diantara keluarga Temu yang tidak kurang
hebat dibandingkan dengan sepsis sepsis sejenisnya. Banyak penyelidikan
dan uji kaji telah dan sedang dijalankan diseluruh dunia bagi mencari
punca peyembuhan yang terkandung di dalam temu diantaranya adalah ;
Research ArticleAntitumour
Effects of Isocurcumenol Isolated from Curcuma zedoaria Rhizomes on
Human and Murine Cancer CellsS. Lakshmi,1 G. Padmaja,2 and P.
Remani11Division of Cancer Research, Regional Cancer Centre,
Thiruvananthapuram, Kerala 695011, India
Curcumin is a Modulator of
Bilayer Material Properties.:Biochemistry. 2007 Aug 17;Ingolfsson HI, Ii
RE, Andersen OS. Cornell / Rockefeller / Sloan-Kettering
Tri-Institutional Program in Computational Biology & Medicine, New
York, New York 10065, Department of Physiology and Biophysics, Weill
Cornell Medical College, New York, New York 10065, Department of
Chemistry and Biochemistry, University of Arkansas, Fayetteville,
Arkansas 72701.
Chromosome numbers and genome
size variation in Indian species of curcuma (zingiberaceae).:Ann Bot
(Lond). 2007 Sep;100(3):505-26. Epub 2007 Aug 8.Leong-Skornickov¨¢ J,
S¨ªda O, Jarol¨ªmov¨¢ V, Sabu M, F¨¦r T, Tr¨¢vn¨ªcek P, Suda
J.Department of Botany, Charles University in Prague, Ben¨¢tsk¨¢ 2,
Prague 2, CZ-128 01, Czech Republic.
A pilot and feasibility study on
the effects of naturopathic botanical and dietary interventions on sex
steroid hormone metabolism in premenopausal women.:Cancer Epidemiol
Biomarkers Prev. 2007 Aug;16(8):1601-9.Greenlee H, Atkinson C, Stanczyk
FZ, Lampe JW.Mailman School of Public Health, Columbia University, 7th
Floor, 722 West 168th Street, New York, NY 10028, USA.
hg2120@columbia.edu
Primary study on rapid
propagation of Curcuma xanthorrhiza.:Zhong Yao Cai. 2007
Apr;30(4):383-5. Chinese.L¨¹ P, Wei LJ, Pang XH, Yu BC, Su WP, Ye
QT.Biotechnology Center, Gunagxi Institute of Subtropical Crops,
Nanning, China. plvgx@126.com
Antihyperglycaemic effect of
'Ilogen-Excel', an ayurvedic herbal formulation in
streptozotocin-induced diabetes mellitus.:Acta Pol Pharm. 2007
Jan-Feb;64(1):53-61.Umamaheswari S, Prince PS.Department of Biochemistry
and Biotechnology, Annamalai University, Annamalainagar, Tamil Nadu,
India-608 002.
The detection of antibacterial
actions of whole herb tinctures using luminescent Escherichia
coli.:Phytother Res. 2007 Jul 27;Watt K, Christofi N, Young R.Pollution
Research Unit, Applied Research Centre for Health, Environment and
Society (ARCHES).
Study on effect of different extracts in curcuma long on stability of curcumin.:Zhongguo Zhong Yao Za Zhi. 2007 May;32(10):915-7. Chinese.Han G, Liu ZM, Wang XY, Wang YN. Pharmaceutical Department, North China Coal Medical College, Tangshan Key Laboratory of New Drug Research, Tangshan 063000, China. tsyxhg@163.com
Study on effect of different extracts in curcuma long on stability of curcumin.:Zhongguo Zhong Yao Za Zhi. 2007 May;32(10):915-7. Chinese.Han G, Liu ZM, Wang XY, Wang YN. Pharmaceutical Department, North China Coal Medical College, Tangshan Key Laboratory of New Drug Research, Tangshan 063000, China. tsyxhg@163.com
Curcumin reverses impaired
hippocampal neurogenesis and increases serotonin receptor 1A mRNA and
brain-derived neurotrophic factor expression in chronically stressed
rats.:Brain Res. 2007 Aug 8;1162:9-18. Epub 2007 Jun 21.Xu Y, Ku B, Cui
L, Li X, Barish PA, Foster TC, Ogle WO.Department of Biomedical
Engineering, University of Florida, Gainesville, FL, 32611, USA.
Protection from acute and
chronic lung diseases by curcumin.:Adv Exp Med Biol. 2007;595:379-405.
Review.Venkatesan N, Punithavathi D, Babu M.Faculte de Medecine,
UMR-7561, CNRS UHP, Vandoeuvre l¨¨s Nancy, France. vnar12@yahoo.com
Cancer chemopreventive effects
of curcumin.:Adv Exp Med Biol. 2007;595:149-72. Review.Surh YJ, Chun
KS.National Research Laboratory of Molecular Carcinogenesis and
Chemoprevention, College of Pharmacy, Seoul National University, South
Korea. surh@plaza.snu.ac.kr
dan banyak lagi. Temu giring banyak terdapat di Indonesia, selain dari digunakan sebagai ubatan Am, khususnya adalah dalam bidang penjagaan kecantikan dan kulit.
dan banyak lagi. Temu giring banyak terdapat di Indonesia, selain dari digunakan sebagai ubatan Am, khususnya adalah dalam bidang penjagaan kecantikan dan kulit.
Deskripsi Tanaman
Temu giring (Curcuma heyneana
Val.&V) merupakan tumbuhan tahunan. Ia memiliki ketinggian mencapai 2
meter. Temu giring tumbuh liar di hutan, terutamanya dihutan jati.
Herba temu giring memiliki ubi yang tumbuhnya menyebar ke kiri dan kanan
batang secara memanjang sehingga kelihatan kurus dan bengkok ke bawah.
Temu giring kurang dikenali ramai. namun dalam dunia pengubatan
tradisional tanaman ini merupakan salah satu tanaman yang bernilai. Ubi
bagian tepi umumnya memiliki rasa yang lebih pahit, merupakan ubat bagi
berbagai penyakit. dan bila dibelah akan kelihatan isinya yang berwarna
kuning dan berbau aromatis khas.
Curcuma heyneanaVal. Termasuk jenis
tanaman empon-empon dari famili Zingiberaceae. Sebagai tanaman ubat,
temugiring banyak ditanam melalui ubinya di pekarangan atau pun dikebun.
Temu giring mempunyai bentuk yang hampir sama dengan kunyit. Tanaman
ini berbatang semu dengan tinggi tanaman hingga 2m. Daunnya berwarna
hijau, berbentuk rebung dengan permukaan daun halus. Kandungan Kimia ubi
bagian dalam berwarna kuning, beraroma khas, dan berasa sedikit pahit.
Ubinya banyak mengandung amilum, damar, lemak, tanin, zat pahit
sertaminyak atsiri dengan kadar 0,8-3%.
Kaum masyarakat
Jawa Timur mahupun Jawa Tengah telah lama memanafaatkan tumbuhan ini
sebagai ubat kecantikan luaran dan dalaman yang dikenali sebagai lulur
yang bermanafaat untuk menghaluskan kulit secara khas dan untuk menjaga
kesihatan secara am.
KAJIAN PHYTOKIMIA DARI RHIZOME
CURCUMA HEYNEANA VAL. OF V. ZIJP
Menurut satu uji kaji
yang dijalankan oleh Puan Hasnah M. Sirat,* & Lee Lay Meng
dari Department of Chemistry, Faculty of Science, Universiti Teknologi
Malaysia, 81310 Skudai, Johor, Malaysia. Komposisi kimia minyak pati
Curcuma heyneana yang diperoleh secara penyulingan hidro dianalisis
dengan KG rerambut dan KG/SJ. Komponen utamanya terdiri daripada
a) seskuiterpena, kurkumanolida
(19.6%),
b) dehidrokurdion (17.2%),
c) isokurkumenol (13.7%),
d) kurkumenon (6.4%), dan
e) germakron (5.0%).
Sebatian diterpenoid, labda-8(17),
12-diena-15,16-dial (4.8%) juga dikenalpasti sebagai satu daripada
komponen dalam minyak pati ini. Komponen kimia ini juga telah diasingkan
dan dikenalpasti daripada ekstrak kloroform rizom kering.
Sifat
Antioxida dan anti-radang (anti-inflammatory) curcumin.: Adv Exp Med
Biol. 2007;595:105-25. Review.Menon VP, Sudheer AR.Department Bio-chemistry & Center for Micronutrient Research,
Annamalai University, Tamilnadu, India. biocmr@sify.com
Curcumin, bintik (pigmen) kuning dari
Curcuma heyneana
Val.&V, merupakan komponen utama kunyit dan biasanya digunakan sebagai
ejen rempah dan pewarna makanan. Ia juga digunakan sebagai kosmetik dan
dalam beberapa persediaan perubatan. Pencegahan yang wajar atau
anggapan sebagai mempunyai nilai rawatan daripada curcumin juga
dikaitkan dengan antioksida dan anti-radang. Kerana radikal
bebas-berperantaraan peroksidaan lipid membran dan kerosakan oksidatif
DNA dan protein dipercayai berkait dengan pelbagai komplikasi patologi
kronik seperti kanser, aterosklerosis, dan penyakit neurodegenerative,
curcumin dipercayai memainkan peranan penting terhadap keadaan patologi.
Kesan anti-radang curcumin berkemungkinan menjadi perantaraan melalui
keupayaannya menghalang cyclooxygenase-2 (COX-2), lipoxygenase (LOX),
dan inducible sintase nitrik oksida (iNOS). COX-2, LOX, dan iNOS enzim
penting yang menjadi pengantara proses keradangan. Kecelaruan keatas COX-2 dan/atau iNOS dikaitkan dengan
patofisiologi beberapa jenis kanser manusia serta gangguan radang.
Kerana keradangan berkait rapat dengan peningkatan ketumbuhan (tumor),
curcumin dengan sifat mujarab anti-radang dijangka mendatangkan kesan
chemopreventive keatas karsinogenesis. Oleh itu, beberapa dekad yang
lalu telah menyaksikan penyelidikan sengit yang dikhaskan untuk
antioksida dan sifat anti-radang curcumin.
Kandungan Kimia:
Menurut
Puan Sofiana Sembiring, seorang pengkaji pascapanen Balittro, Isi
kandungan zat aktif yang terdapat dalam temugiring ialah:
a) piperazin sitrat
b) atsiri
c) amilun
d) damar
e) lemak
f) tannin
g) flavonoid
h) minyak asiri
i) kurkumin
j) monoterpen
Menurut
puan Sofiana lagi, Kandungan minyak asiri menjadikan temu giring
menghasilkan aroma khas. “Selain untuk kecantikan, temu giring juga di
manafaatkan sebagai ubat cacing bagi kanak- kanak dan sumber aktioksida
yang cukup tinggi”.
Temu
giring (Curcuma heyneana), mempunyai khasiat Kosmetik, mencerahkan dan
menghaluskan kulit. Tanaman ini merupakan tanaman kosmetik yang sangat
disukai sebagai ramuan pelangsing tubuh agar kelihatan ramping. Rimpang temu giring juga dapat menangalkan sel-sel
kulit mati sehingga menjadikan kulit kelihatan awet muda. “Biasanya yang
bakal menjadi pengantin sehari, sebulan sebelum hari perkhawinan
diadakan, si pengantin perempuan akan diluluri dengan temu giring selama
masa itu. Kalau yang sebelumnya berkulit hitam dan bersisik, ia akan
berubah menjadi kuning langsat,” (kata gurauan dari pengkaji
perubatan utama Balai Kajian Tanaman ubatan dan Aromatik (Balittro)
Bogor). Dalam banyak banyak jenis tanaman ubatan yang berkhasiat
untuk kecantikan kulit, tanaman kemuning dan temugiring termasuk yang
paling utama. (“Produk lulur untuk kulit, pasti menggunakan keduanya
sebagai bahan dasar,” ungkap Nunuk M. Januwati). Sehingga kini temu giring masih digunakan sebagai bahan
jamu untuk menjaga penampilan tubuh. Di samping itu, temu giring juga
masih digunakan sebagai ramuan luhur untuk menghaluskan dan menegangkan
kulit di beberapa tempat diNusantara.
Temu
giring juga dimanafaatkan untuk mengatasi perasaan gemuruh, tidak tenang
atau cemas, jantung berdebar-debar, sembelit, disentri, haid tidak
teratur, sakit sendi, menambah nafsu makan, meningkatkan stamina,
mengubati masalah berat badan anak-anak menurun, menghaluskan kulit,
jerawat, luka, kudis luka, cacar air, batuk, dan lainnya.
Diantara
manafaat dan khasiat Temu Giring dalam penjagaan Kecantikan ialah:
i) Menanggal sel-sel kulit mati
ii) Menghaluskan kulit
iii) Menanggal kotoran/daki
iv) Mencerahkan Kulit
v) Mengatasi bau badan
vi) Mengatasi penyakit kulit
vii) Menegang, melembut dan mencantikan Kulit
Cara Penggunaan:
Bagaimana
cara memanafaatkan temu giring untuk kulit? Ternyata cukup mudah dan
sederhana.
1) Pertama, ubi temu giring dicuci bersih lalu diparut.
2) Kemudian dicampur dengan beras yang ditumbuk kasar,
air jeruk limau, dan minyak zaitun.
3) Setelah itu lulurkan ramuan ini ke kulit sebelum
tidur.
Mempercantikan
kulit dengan ramuan herbal yang boleh dibuat sendiri, selain lebih
alami, ia juga lebih murah daripada mendapat khidmat salon kecantikan.
Keterampilan
cantik dengan kulit halus dan licin adalah impian setiap gadis dan
wanita, berbagai cara dilakukan untuk mendapatkannya. Pergi ke salon
seolah menjadi jadual wajib para wanita di waktu lapang. Padahal,
bayaran perkhidmatan salon juga tidak murah. Apatah lagi semua tempat
kecantikan menggunakan produk berkualiti. Jadi, bagi mereka yang
berkocek nipis tetapi ingin tetap mendapatkan kulit cantik alami, kenapa
tidak mencuba melakukannya sendiri? Meracik tanaman ubatan dan
mendapatkan langsung khasiatnya, tentu akan menjadi sensasi tersendiri.
Resepi Tradisional Untuk
pemakaian luar:
1) Luka pada kulit atau kudis. Gunakan temu giring yang
telah diparut, tambahkan santan kelapa secukupnya, masuk tawas
secukupnya lalu digaul rata dan ditampalkan pada bagian yang luka.
2) Menghaluskan kulit. Gunakan 50 gram temu giring, 30
gram daun kemuning, 25 gram kulit limau mandarin kering, 150 gram beras
yang telah direndam hingga lembut, semua bahan ditumbuk halus. Ambil 1-2
sudu besar ramuan tersebut, tambahkan air secukupnya lalu dilumurkan
kebadan sambil digosok-gosok sehingga keluar kotoran dan daki.Lakukan
sebelum mandi.
3) Boleh juga menggunakan 10 gram temu giring yang
dihaluskan, tambahkan air mawar secukupnya. Ketan
hitam yang telah direndam dihaluskan, kemudian dilemurkan badan
sambil digosok-gosok sehingga tertanggal kotoran dan daki dari
kulit.Lakukan secara teratur 2-3 kali seminggu.
4) Luka: Jika kulit tercalar, kupas atau luka, ambil
sejari ubi temu giring lalu parut, campurkan campuran tersebut dengan
sedikit santan dan tawas. Kemudian ditampalkan pada kulit atau bahagian
yang luka.
Untuk Kegunaan Dalaman:
1) Bagi yang mengalami perasaan tidak tenang atau cemas
atau darah gemuruh. Gunakan 15 gram temugiring dihiris nipis, 30 gram
daun kemuning, 30 gram pacar air
direbus dengan 400 cc air hingga tersisa 200 cc, lalu disaring dan
diminum airnya semasa hangat. Lakukan pada pagi hari.
a)
Jantung berdebar-debar. Gunakan 5 gram temu giring dipotong halus, 3
ulas bawang merah, 5 gram pulasari, 1
sudu teh adas, 5 butir anggur yang
telah dibuang biji.Semua bahan tersebut direbus dengan 600 cc air hingga
tersisa 300 cc, lalu diminum dua kali sehari masing-masing 150 cc.
2) Kegunaan sebagai tonik, ambil 5-20 gram temu giring
direbus dengan air secukupnya lalu ditapis dan airnya diminum semasa
panas.
3) Menghaluskan kulit. Gunakan 10 gram temu giring
diparut, tambahkan 50 cc air semasa diperah. Kemudian tambahkan madu
secukup rasa, lalu digaul dan diminum. Lakukan secara teratur 2kali
sehari.
4) Cirit-birit (Dysentery). Gunakan 10 gram temu giring
dipotong halus, 5 gram daun delima putih muda, 5 gram adas, 1 jari pulasari ditumbuk hingga halus. Kemudian
dicampurkan dengan200 cc air mendidih lalu ditapis dan airnya diminum
semasa hangat.
a)
Ambil sejari ubi temu giring, tambahkan 5 gram daun (muda) delima putih,
3 biji adas manis,
1 jari pulasari, dan 1 siung bawang merah. Tumbuk semua bahan hingga
halus, tambahkan secawan air panas, perah, dan tapis. Minum air
perahannya, dan diikuti dengan berkumur dengan air teh “O” hangat.
5) Berat badan anak menurun. Gunakan 5 gram temu
giring, 20 gram daun kemuning, 20 gram daun
pacar kuku direbus dengan 800 cc air hingga baki 450 cc. Kemudian
ditapis dan airnya diminum 3 kali sehari masing-masing 150 cc.
6) Cacing. Gunakan 5 gram temu giring diparut,
tambahkan 100 cc air panas dan dibiarkan selama kurang lebih 2 jam,
kemudian ditapis dan airnya diminum pagi hari sebelum makan.
a) Sediakan 20 gram ubi temu giring untuk usia 3-8 th
atau 40 gram untuk usia 9-12 th. Rebus ubi tersebut dalam segelas air,
tambah dengan sedikit garam. Setelah air mendidih dan berbaki setengah,
angkat, tapis, disuamkan kemudian diberi minum kepada anak 2 jam sebelum
sarapan pagi. Lakukan hal ini selama 5-7 hari.
b) Atau gunakan 10 gram temu giring, 10 gram temu
hitam, 10 gram lempuyang wangi, 7 gram
adas direbus dengan air secukupnya hingga mendidih, ditapis. Lalu airnya
diminum diwaktu pagi sebelum sarapan.
c) Atau gunakan ubi temu giring segar 4 g, Temu giring
diparut kemudian dicampur dengan air mendidih hingga diperoleh 1/4
cawan. Diminum 1 kali sehari 1/4 cawan.
7) Sembelit. Gunakan 10 gram temu giring, 1 jari
pulasari, 5 gram adas, gula merah secukupnya direbus dengan 600 cc air
hingga tersisa 300 cc lalu ditapis dan airnya diminum. Lakukan 2 kali
sehari masing-masing 150 cc.
8) Bau badan: Ambil ubi temu giring segar sepanjang 1/2
jari tangan, cuci bersih, kemudian dimasukkan kedalam air panas 100 ml.
Dibiarkan selama 5 menit, lalu tapis. Minum habis airnya sehari sekali
dan lakukan secara rutin selama seminggu.
9) Kegemukan: Ubi temu giring segar sepanjang 1/2 jari
tangan, daun kemuning segar 1 genggam, daun pacar kuku segar 1 genggam
masukkan air secukupnya dan dibiarkan mendidih. Ditapis dan diminum
airnya 1 kali sehari 1/4 cawan.
10) Campak: Sediakan 2g temu giring, 3g herba benalu kelor, 4 gram daun cangkring, dan air secukupnya. Cuci semua
bahan tersebut, lalu masukan ke dalam 110 ml air. Didihkan selama 15
minit, lalu diperah dan tapis sehingga mendapat 100 ml. minum 2 kali
sehari, pagi dan petang, masing-masing 100ml.
Resepi Alami untuk
Membuat Vagina Senantiasa Segar dan Harum
Sebagian
besar wanita lebih mengutamakan perawatan wajah dan tubuh. Namun untuk
merawat bahagian intim, terkadang seperti dipandang sepi. Mungkin kerana
vagina merupakan organ yang tersembunyi, maka ia tidak memerlu
penjagaan tambahan. Wahal organ intim seharusnya merupakan bagian tubuh
paling utama yang harus dihargai dan diberi perhatian.
Merapat
dan mengetatkan cengkaman vagina (Mengencangkan
vagina) agar vagina kembali
seperti semasa remaja. Bagi kaum wanita khususnya yang sudah bersuami
dan menginginkan vagina yang ketat, harum dan segar agar suami sentiasa
gembira bersama, kini boleh dilakukan sendiri di rumah dan caranya juga
mudah.
1) Sediakan sebanyak 100 gr bahan herbal kering, di
antaranya kunyit, daun sirih, kayumanis, temugiring, daun pandan, halia,
brotowali, daun misai kucing, kulit kayu pule, dan jati belanda. Rebus bahan-bahan tersebut dalam 1/2 liter
air selama 10 menit atau sampai warnanya bertukar kuning kecokelatan.
Suhu merebus adalah diantara 27-28 darjah celcius. Tempatkan rebusan
herbal dalam sebuah periuk.
Cara
Penggunaan:
a) Sediakan sebuah bangku atau kerusi berlubang di
bagian tengah, setentang dengan posisi vagina lalu letakkan periuk
rebusan herbal di bawahnya.
b) Duduklah di atasnya dengan tenang dan selesa.
Selimuti bagian pinggang ke bawah dengan kain agar wap rebusan herbal
dapat diarah ke bahagian intim.
c) Rasakan sensasi dan keharuman khas yang tercipta.
Lakukan selama 30 minit atau sampai wap rebusan herbal sudah tidak ada
lagi.
d) Lakukan dua minggu sekali. Vagina akan harum, bebas
dari masalah keputihan, segar, tidak berpeluh dan tegang.
Lihatlah
hasilnya, vagina akan terasa tegang, harum, bebas dari keputihan,
kering dan segar. Tentunya suami akan bertambah sayang dan suka sentiasa
berada dirumah, maka janganlah hairan bila suami jadi bertambah sering
menginginkan hubungan intim bersama Anda.
Penjagaan Keintiman
Agar
vagina sentiasa harum dan segar secara alami bebas dari penyakit dan
jangkitan, penjagaan pada bahagian keintiman harus diutamakan. Ia boleh
dilakukan tanpa mengeluarkan pembelanjaan yang besar.
Bahan-bahan:
5 helai
daun sirih
5 gelas air
5 gelas air
Cara membuat:
1) Rebus air sehingga mendidih
2) Ambil 5 helai daun sirih dibasuh bersih
3) Lalu rebus selama 5 minit kemudian dibiarkan sejuk
4) Bahagikan air rebusan daun sirih dibahagikan kepada
(dijadikan) 3 gelas
5) Satu gelas air rebusan daun sirih, diminum
6) Selebih 2 gelas digunakan untuk membasuh vagina
7) Lakukan seminggu sekali secara berterusan. Hasilnya
akan dirasai sendiri
BEDAK TEMUGIRING
Temu giring yang selama ini digunakan secara
tradisional dalam bidang kecantikan, melangkah setapak kehadapan
dijadikan dalam bentuk bedak dan lulur tradisional.
Hasil
ini dikeluarkan oleh sekumpulan mahasiswi jurusan pendidikan matematik
Fakulti MIPA Universiti Negeri Yogyakarta; iaitu Husna Arifah, Ria Intan
Permatasari dan Hemi Eviana Fitri yang membuat temugiring menjadi bedak
dan lulur tradisional. Menurut Husna Arifah selama ini temu giring
banyak dimanfaatkan di bidang kesihatan sebagai ubat tradisional, antara
lain untuk mengatasi perasaan tidak tenang atau cemas, jantung
berdebar-debar, kecacingan, sembelit, disentri, haid tidak teratur,
reumatik, menambah nafsu makan, meningkatkan stamina, berat badan
anak-anak menurun, batuk, dan lainnya. “Ternyata temugiring juga
mengandung minyak atsiri, amilun, damar, lemak, tannin, saponin, dan
favlonoida. Dengan kandungan seperti ini, temu giring dapat di
manfaatkan sebagai ubat kecantikan yang baik untuk kulit sebagai bahan
lulur ataupun campuran bedak untuk menghaluskan kulit.” kata Husna.
Ria
Intan Permatasari menjelaskan bahawa untuk menjadi bedak atau lulur,
temugiring perlu diolah menjadi temu giring kering. Pertama-tama temu
giring mentah dicuci sampai bersih, kemudian diiris nipis-nipis agak
menyerong dengan ketebalan kira-kira 0,3 cm. Temu giring yang sudah
diiris kemudian disusun rata di atas loyang dan selanjutnya di keringkan
dalam oven (alat pemanggang) sampai benar-benar kering dan tidak
mengandungi air.
Pengeringan
1 kg temu giring yang masih mentah dan basah mampu menghasilkan
kira-kira seperempat kilo temu giring kering. Sedangkan untuk dijadikan
bedak, temu giring kering digiling sehingga halus bersamaan dengan
ekstrak bunga kemudian ditambahkan tepung kanji sebagai bahan tambahan.
Bahan tersebut kemudian di tapis hingga menghasilkan bedak yang
benar-benar halus. Untuk mendapatkan bedak halus dengan berat 100 gram
diperlukan temu giring kering sebanyak 125 gram dan tepung kanji 40
gram. “Untuk membuat lulur temu giring kering digiling sampai halus
bersamaan dengan ekstrak bunga tanpa ada penambahan tepung kanji sebagai
bahan tambahan. Bahan tersebut kemudian di tapis sehingga menghasilkan
butiran-butiran halus namun tidak perlu sampai sehalus seperti pada
bedak. Untuk mendapatkan lulur halus dengan berat 100 gram diperlukan
temu giring kering 125 gram.” kata Ria.
Catatan: Untuk penyakit yang serius disarankan tetap
berjumpa dengan doktor.
Untuk
penggunaan resepi tanaman herba adalah disaarankan penggunaannya 1-2
kali sehari