SUSULAN PERTEMUAN PKR-UMNO DI LONDON, PERTEMUAN MB SELANGOR DI PUTRAJAYA PULA
MSO - Otai yang berbisa |
Suasana Di Puncak Utama Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Dipenuhi Kereta Di Bahu Jalan |
Sebelum ini, rombongan PKR antara lainnya diketuai oleh Saifudin Nasution dengan beberapa Pemimpin Utama PKR telah bertemu secara sulit di sebuah bilik hotel di tengah kota London. Butir-butir pertemuan tersebut masih belum didedahkan lagi, walaupun rakan kecil mereka PAS telah menyindir beberapa kali.
Dengan pertemuan eksklusif oleh pasukan utama badan Eksekutif Selangor di Putrajaya tadi, khususnya menjelang PRK Kajang, kami menjangkakan beberapa tribut yang mengejutkan akan berlaku dalam kem Khalid dan kem Azmin tidak lama lagi.
Begitu juga, tindakan bersembunyi oleh kepimpinan PKR ke Putrajaya hari ini dijangka melebarkan lagi kemarahan dan kemelut PAS yang semakin mencurigakan PKR, malah DAP.
Kami tidak hendak menyatakan siapakah yang bertemu siapa, apakah Khalid Ibrahim bertemu lama dengan Perdana Menteri dan Menteri Pusat itu masih kami tidak ingin dedahkan. Apakah perbincangan mereka juga rasanya tidak perlu didedahkan di sini. Yang perlu ahli PAS tahu, yang perlu ahli UMNO tahu, yang perlu ahli DAP tahu ialah pertemuan demi pertemuan selepas di London kini sudah menuju ke Putrajaya.
Hanya kami boleh dedahkan ialah hal-hal kepentingan orang awam yang berkaitan SYABAS sahaja.
Hal-hal politik biarlah mereka mendedahkannya sendiri, kerana Saifudin Nasution sendiri bercakap dua minggu lalu, hal-hal politik parti hendaklah datang dari suara Presiden, Timbalan Presiden dan dirinya sendiri sebagai Setiausaha Agong PKR.
Pertemuan ketiga akan dikhabarkan kepada anda. Azmin Ali atau sesiapapun, tidak sepatutnya marah dengan pertemuan dua pemimpin utama dua buah kerajaan di Putrajaya ini.
Budak Budak Khalid Berjaya Dapatkan Rakaman Pengakuan Wanita Dalam Foto Skandal Seks Azmin.....
Ramai yang agak sinikal dengan dakwaan
berhubung kemelut dalaman antara Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dengan
Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim. Para penyokong parti itu sebelum
ini menyifatkan dakwaan tersebut sebagai ‘perang saraf’ Umno yang sengaja
dilakukan.
Namun bagi penyokong Azmin dan Khalid,
perkara itu bukan lagi isu rahsia, kerana ada di kalangan mereka sendiri yang
turut memainkan peranan untuk menyerang dan londeh-melondeh antara satu sama
lain.
Terdahulu, akhbar Suara Keadilan yang
merupakan lidah rasmi kepada parti itu telah menyiarkan rencana yang menghentam
Azmin secara terbuka. Artikel yang ditulis oleh Hishamuddin Rais itu telah
disiarkan oleh akhbar tersebut pada keluaran 160, bertarikh 11 Februari 2014 di
muka surat 22.
Pada tarikh yang sama, artikel tersebut turut disiarkan oleh portal Malaysiakini yang juga merupakan media tidak rasmi kepada pembangkang.
Pada tarikh yang sama, artikel tersebut turut disiarkan oleh portal Malaysiakini yang juga merupakan media tidak rasmi kepada pembangkang.
Hishamudin di dalam artikel yang bertajuk
‘Khalid dan Azmin’ itu antara lainnya melabelkan Azmin sebagai pemimpin PKR
yang mempunyai unsur dan ideologi Umno sehingga menyebabkan dia kurang
disenangi oleh pimpinan parti termasuklah dari Pas dan DAP.
“Hanya PAS dan DAP sahaja yang dapat
menjawab kenapa mereka merasa tidak yakin terhadap si Azmin… Dalam masa yang
sama Azmin Ali yang tidak diyakini ini berpangkat Timbalan Presiden PKR.
“Mungkin PAS dan DAP juga menyedari dan
terpengaruh apabila mengetahui bahawa sosok yang bernama Azmin Ali ini tidak
diminati ramai dalam PKR sendiri.
Azmin Ali disurahkan sebagai pemilik DNA - United Malays National Organisation. Azmin disurahkan sebagai sedang membawa budaya gerombolan ‘lanun Melayu’ ke dalam badan politik PKR”, dakwanya.
Azmin Ali disurahkan sebagai pemilik DNA - United Malays National Organisation. Azmin disurahkan sebagai sedang membawa budaya gerombolan ‘lanun Melayu’ ke dalam badan politik PKR”, dakwanya.
Hishamudin yang merupakan antara penyokong
kuat Anwar itu turut mengatakan, disebabkan Azmin membawa DNA barah, dia adalah
antara punca berlakunya masalah di Selangor dan PKNS sehingga MEMAKSA campur
tangan Anwar.
“Dalam masa yang sama kisah Azmin dan duit
ini masuk akal juga. Untuk pengundi di Gombak atau di Seri Setia – mereka
tertanya-tanya kenapa si Azmin ini gila-gila sangat nak jadi MB Selangor...?
Kenapa begitu gian hendak jadi MB? Tidak cukupkan menjadi Adun dan YB Parlimen Gombak? Kalau ingin membantu rakyat, kalau mahu menolong warga miskin apakah perlu menjadi MB? Soalan-soalan ini telah berdengung di semua kepala yang berfikir. Macam ada Cukong di sebalik Gombak.
“Mari kita lihat perangai Azmin semenjak selesai PRU13 dahulu. Apabila rakyat bangun membantah penipuan PRU13 – Si Azmin Ali ini baling sepana. Azmin memberi ingatan agar orang ramai TIDAK dibawa ke jalan raya.
Twiter Azmin yang mempertikaikan langkah turun ke jalan raya untuk membantah penipuan PRU13. Isi Twiter si Azmin ini jelas bersifat ‘sabotaj’. Ini ciri dan watak DNA United Malays National Organisation” dakwa Hishamudin lagi.

Disebabkan artikel tersebut disiarkan
dalam akbar terbitan Suara Keadilan, para penyokong PKR khusus ‘orang-orang’ Azmin
mula bising dan mempertikaikan tindakan tersebut. Sehinggakan ada yang mendakwa ia adalah merupakan
permainan politik murahan dan kotor serta sebahagian dari usaha Anwar dan Wan
Azizah untuk‘membunuh’ karier politik Azmin.
Mungkin bagi mengelakkan serangan balas
dari kumpulan Azmin yang mungkin akan melakukan sabotaj terhadap Anwar di
pilihan raya kecil Kajang, Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil segera membuat
kenyataan bagi menafikan dakwaan tersebut.
Menurutnya PKR tidak terlibat dalam
penyiaran artikel tersebut dan keputusan untuk menyiarkannya di dalam akhbar
rasmi parti adalah merupakan keputusan pihak editorial Suara
Keadilan. Namun, Fahmi mengakui isu tersebut ada dibincangkan kerana
wujudnya bantahan daripada beberapa pemimpin yang dikaitkan nama dalam artikel
tersebut.- by
Medan Info Kita.
AMUKANMELAYU - Nak tengok Anwar pegang "TOMBAK" selepas PRK KAJANG nanti. Tombak siapa lebih TAJAM antara TOMBAK DYMM Sultan Selangor atau TOMBAK Anwar?