,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Wednesday, 26 February 2014

KRISIS AIR SELANGOR - KENAPA RISAU....SUPERANWARKAN ADA

SUPARANWAR DATANG.......

Kerajaan Selangor Salah Guna Kuasa Tolak Langat 2 - Noh Omar
Noh Omar
SHAH ALAM,Selasa, 02 April 2013 -- Pendirian kerajaan negeri Selangor tidak meluluskan pembinaan projek loji rawatan air Langat 2 adalah satu penyalahgunaan kuasa yang akan memberi kesan buruk terhadap ekonomi negeri ini dan lambat laun akan menjadikannya negeri yang mundur, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar.

Noh, yang juga Timbalan Ketua Badan Perhubungan UMNO Negeri, berkata kerajaan Barisan Nasional sejak 16 tahun dahulu merancang projek membawa air mentah melalui terowong dari Pahang berharga RM4 bilion yang kini hampir siap dan kerajaan negeri ketika itu bersetuju kawasan di Langat digunakan untuk loji berkenaan.

"Dalam perjanjian asal, kerajaan negeri bersetuju untuk kita menggunakan tanah di kawasan Langat untuk dijadikan loji Langat 2. Itu sahaja...kuasa dia hanya membenarkan kita memulakan projek. Ini sahaja kuasa dia, tetapi dia nampaknya nak tunjuk kuasa dan dia salah guna kuasa," katanya kepada Bernama dalam satu temu bual.


"Rakyat Selangor juga harus sedar bahawa isu air hanya satu gimik politik kerajaan negeri pimpinan pakatan pembangkang yang kerap menyatakan mereka akan menyelesaikan masalah air tetapi realitinya, keadaan semakin buruk".

"Percayalah cakap saya, mereka tidak akan dapat menyelesaikan isu air selagi mereka memerintah negeri Selangor. Kerana isu nak ambil alih air, isu Langat 2, dulu dia tuduh kita nak bagi kroni. Tetapi bila kita buat tender terbuka untuk Langat 2, dia tak masuk pun open tender itu,".

"Kerajaan Persekutuan telah membuat keputusan untuk meneruskan pembinaan loji Langat 2 demi masa depan rakyat Selangor sementara Peguam Negara sedang mengkaji daripada segi undang-undang demi kepentingan rakyat".

"Sekiranya loji Langat 2 tidak disiapkan, rakyat Selangor dan negeri ini yang merupakan nadi kepada pembangunan negara akan berdepan dengan krisis air".

"Betul, kuasa meluluskan development order (arahan pembangunan) kuasa kerajaan negeri tetapi daripada segi undang-undang, kita kena tengok yang mana lebih penting. Kepentingan nak menunjukkan kuasa kerajaan negeri atau pun public interest (kepentingan awam). Walau apa pun, kita telah minta Peguam Negara untuk membuat kajian dan kita akan teruskan projek itu," - NOH OMAR.

Tahun 2012 Dah Bagi Tau Dah Selangor Akan Alami Krisis Air Pada Tahun 2014 TAPI Khalid Degil

 

Kajian krisis air telah dibuat pada 1980-an dan mendapati Selangor kurang sumber air dan 50 % loji-loji sedia ada yang sudah lama. Ketika itu tidak ada lagi Putrajaya dan KLIA.

Percambahan yang sangat pesat di Selangor dan Lembah Klang sudah pasti memerlukan bekalan air yang sangat besar, lihatlah pertambahan perumahan tak ubah seperti cendawan tumbuh, begitu juga dengan pembangunan serta semakin banyak kilang kilang perindustrian. Semua ini perlukan bekalan air...!!

Statistik rasmi Jabatan Perangkaan pada 2010, Selangor mempunyai penduduk seramai 5.4 juta, KL 1.6 juta dan Putrajaya 72,413 orang. Urbanisasi di Selangor pada kadar 91.4 %, sementara KL dan Putrajaya 100 %.
Apabila Langat 2 siap, ia mampu merawat 1.89 bilion liter air mentah untuk pengguna domestik dan industri.

Krisis air yang serius boleh mencapai tahap kritikal dijangkakan akan berlaku pada tahun 2014.
 
 
 
 
KERAJAAN RAKYAT ATAU DERITA RAKYAT?

Mantan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Khir Toyo juga pernah membidas kedegilan Khalid Gagap yang berkelakuan sombong bodoh enggan bekerjasama dengan kerajaan pusat BN melaksanaka Projek Langat 2. Khir Toyo menulis dalam blognya pada 29 Mei 2012, beliau menyatakan krisis air pasti berlaku pada tahun 2014.

Menurut Mantan MB Selangor itu, Isu Air di Lembah Klang tidak akan selesai selagi kerajaan Selangor ditadbir oleh Pakatan kerana kenyataan demi kenyataan Khalid Ibrahim sejak mengambil alih pentadbiran negeri pada 2008 menunjukkan kesungguhan beliau dan Pakatan untuk mempolitikkan isu ini.
Malah Khir Toyo tidak pasti mengapa Khalid begitu bersungguh-sungguh melengahkan dua isu besar air di Lembah Klang ini iaitu Penstrukturan Semula Air Selangor dan juga Pembinaan Loji Pembersih Air Langat 2 yang bertujuan untuk menampung keperluan penduduk Lembah Klang yang ramai dan semakin pesat...
 
 
 
AMUKANMELAYU - Kenapa kecoh-kecoh......FITNAH, Tipu timbangan, Berzina, Melayu, Raja, Tok Guru, Mufti, Islam, Rasul dan ALLAH pun di hina.....apalah salahnya sesekali ALLAH mendera kita. Kitakah yang HEBAT atau ALLAH sedang memerhatikan kita kerana dosa-dosa kita? Allah akan MENGHANTAR Pemimpin yang ZALIM untuk RAKYAT yang ZALIM......adakah kita zalim? Jawapannya ada pada diri kita......