,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Wednesday, 14 May 2014

AHMAD SAID TETAP HERO DAN PENYAMBUNG TALIAN HAYAT UMNO DI TRENGGANU




Olak Lempit, 14 Rejab, Rabu.....Krisis Trengganu amat meletihkan Kepimpinan UMNO. Tapi Mat Said tetap bijak dalam berpolitik. Apa bezanya dengan MB baru dan MB lama. Adakah dengan menukar MB baru, kerusi UMNO di Trengganu akan bertambah? Ini yang di katakan "Mendengar Guruh Di Langit, Air Di Tempayan Di Buang-buang".

Semua pakat duk marah dengan Mat Said. Tapi dalam masa yang sama Mat Saidlah telah menyelamatkan UMNO Trengganu.....bukan Najib dan bukan Ku Nan. Dengan pengistiharan Mat Said dan kekawannya keluar UMNO.....sebenarnya UMNO telah musnah di Trengganu, tp dalam masa yang sama Mat Said menjadi bebas dan menyokong UMNO, ia dengan sendirinya menampakkan Mat Said bukan seorang yang pendendam. Mat Said adalah HERO yang membolehkan MB baru berada di tehtanya. Habis, kenapa mahu marah-marahkan Mat Said? UMNO.....tolonglah belajar menghargai Orang....jangan kerana kita terlalu rapat dengan pucuk pimpinan kita boleh mencatorkan apa saja mengikut kehendak kita.

Baru sahaja dua hari lepas, Umno menyambut ulang tahunnya yang ke-68. Meriah suasananya dengan potongan kek dan semangat untuk terus kuat.

Waktu itu, Umno menafikan akan ada pertukaran Menteri Besar (MB). Tiba-tiba semalam MB Terengganu meletakkan jawatan dan digantikan dengan MB baharu.

Macam ada yang tak kena dengan kata-kata pemimpin Umno, menafikan hal yang betul-betul akan berlaku. Mengapa tidak belajar dari pengalaman tahun 2008 dahulu semasa PM ketika itu menafikan Dewan Rakyat akan dibubarkan, tiba-tiba esoknya dibubarkan? Dan hasilnya berlaku tsunami politik.

Semoga selepas ini, kita sama-sama belajar untuk berkata jujur dalam politik. Akibat pertukaran MB semalam, maka bekas MBnya mengisytiharkan keluar parti untuk menjadi Adun Bebas.

Alasan bekas MB keluar parti pun remeh, kecewa dipaksa meletakkan jawatan kerana dekat dengan majlis perkahwinan anaknya. Tindakan beliau ini diikuti oleh dua Adun lain.

Maka, jadilah kedudukan kerusi di DUN Terengganu sekarang BN 14, PR 15 dan Bebas 3. Keadaan ini boleh menyebabkan kerajaan negeri bertukar tangan.

Penulis fikir tidak sesuai hanya dengan tindakan beberapa Adun keluar parti, maka kerajaan Terengganu bertukar tangan. Jika bertukar tangan, biarlah ‘rakyat’ yang menjadi penentunya.

Bubarkan Dun dan serahkan pada rakyat untuk membuat pemilihan semula. Itu yang terbaik untuk menjunjung demokrasi.

Jadikan pengalaman di Perak pada Februari 2009 dahulu sebagai pengajaran. Serahkan kembali kuasa kepada rakyat atau jika tidak mahu mengadakan pilihan raya atas alasan untuk menjimatkan kos, buatlah undi tidak percaya di lantai Dewan.

Pas dan PKR pula tidak perlulah pula kelam-kabut mengambil kesempatan dari krisis ini untuk mempengaruhi lagi Adun atau ahli Parlimen dari Umno keluar parti.

Jika masih ada Adun atau Ahli Parlimen Umno yang mahu keluar parti, biarlah mereka melakukannya sendiri tanpa pujukan dan sogokan.

Yang jelas, kapal Umno di Terengganu semakin bocor. Bolehkah diselamatkan dari tenggelam?

Terkini : Adun Bukit Besi tarik balik surat keluar Umno!

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Besi Roslee Daud menarik balik surat keluar daripada Umno dan kembali menjadi wakil rakyat Barisan Nasional (BN).

Perkara itu disahkan Exco Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Mohd Jidin Shafee.

Mohd Jidin, yang juga Adun Permaisuri, berkata Roslee telah menarik kembali keputusan beliau untuk keluar daripada Umno dan menjadi wakil rakyat Bebas selepas dinasihati rakan-rakan seperjuangan beliau.

"Kenapa beliau membuat keputusan tersebut awal pagi tadi tak perlu kita sebut lagi. Tetapi, yang penting kita dalam parti perlu bersatu padu," katanya ketika dihubungi Bernama.

Mohd Jidin berharap situasi politik yang berlaku di negeri itu dapat ditangani dengan baik.

Sebelum ini, Roslee mengisytiharkan bahawa beliau telah keluar daripada Umno dan menjadi wakil rakyat Bebas selepas bekas Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said, yang juga Adun Kijal, dan Adun Ajil Ghazali Taib berbuat demikian.

Mereka bertindak demikian selepas Adun Seberang Takir Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu yang baharu di hadapan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin di Istana Syarqiyyah malam semalam bagi menggantikan Ahmad yang meletak jawatan sebagai Menteri besar.

Dengan perkembangan terbaharu itu, BN kini memegang 16 kerusi Dun termasuk satu kerusi Speaker manakala Pas (14), PKR (1) dan Bebas (2).

Suara Politik
Belantan

KRISIS TRENGGANU: SIAPA YANG BERSALAH? AHMAD SAID ATAU TUAN PENASIHAT?

Aku nak share dengan korang pasal isu Terengganu seperti yang ditulis oleh Dr Novandri the politician blogger:

1. Negara dikejutkan dengan pergolakan kerajaan BN di negeri Terengganu. Bukan sahaja di dalam blog tetapi kesemua platform media sosial hangat memperkatakan isu ini.

2. 3 nama menjadi topik panas :

1. DS Ahmad Said, ADUN Kijal
2. Ghazali Taib, ADUN Ajil
3. Roslee Daud, ADUN Bukit Besi




3. Di saat artikel ini ditulis, 3 nama di atas telah keluar parti UMNO dan menjadi wakil rakyat Bebas tetapi masih menyokong kerajaan BN negeri.

4. Ahmad Said telah memberi alasan supaya ditangguh pertukaran beliau selepas majlis perkahwinan anak beliau pada 17 Mei ini. Tetapi apabila ditanya, mengapa mengheret soal perkahwinan anaknya sehingga berbuat demikian, Ahmad mendakwa:

"Saya ada prinsip. Anak saya nak kenduri, kalau boleh bagi kenduri selesai. Tapi jadi begini. Saya tidak ada masalah, saya boleh terima (pertukaran MB)," katanya. 5. Persoalannya, apakah betul Ahmad Said 'ada prinsip' atau pun beliau yang engkar 'prinsip' dan janji yang beliau meterai sebelum ini?

6. Realitinya, pertukaran Menteri Besar di Terengganu itu timbul selepas Ahmad Said menandatangani surat persetujuan bahawa beliau akan memegang jawatan itu hanya selama setahun selepas Barisan Nasional menang tipis pada PRU13.

7. Maklumat mengatakan bahawa PM Najib Razak telah memberikan Ahmad Said tempoh penangguhan selama setahun selepas PRU13. Ahmad Said dikatakan telah menandatangani surat itu, dua minggu selepas pilihan raya umum pada 5 Mei tahun lepas.

Surat itu, yang hanya sepanjang dua perenggan, menyatakan bahawa Ahmad akan meletak jawatan sebagai Menteri Besar dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri selepas setahun. 8. Maksudnya, Ahmad Said tahu bahawa tempoh beliau sebagai Menteri Besar sudah tamat pada Mei tahun ini dan beliau tahu perkara ini sejak tahun lepas lagi.

9. Dan tempoh penangguhan selama satu tahun telah diberikan dan bukannya diminta letak jawatan dengan serta merta.

Bubar DUN - Jawapan MBBaru

14 MEI: Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu tidak akan dibubarkan kerana Barisan Nasional (BN) masih lagi memerintah.
Demikian ditegaskan Datuk Ahmad Razif Abd Rahman yang memulakan tugas rasmi Menteri Besar yang baru sekali gus menolak andaian DUN Terengganu akan dibubarkan supaya pilihan raya negeri (PRN) diadakan bagi menyelesaikan krisis politik di negeri itu.
Menurut beliau, pembubaran DUN bukan pilihan dan desakan PAS supaya dilakukan pembubaran itu bukan perkara baru.

ahmadrazif
MB Baru
Katanya, tidak ada apa yang berlaku kerana dua Adun yang isytihar keluar UMNO juga masih belum menghantar sebarang notis rasmi kepada Speaker DUN berkenaan tindakan mereka sekali gus menyaksikan mereka masih lagi ahli UMNO.
Mereka ialah bekas Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said dan Adun Kijal Gazali Taib.
Adun Bukit Besi Roslee Daud yang turut berbuat demikian dilaporkan sudah menarik balik surat keluar UMNO.

“Secara rasmi dua Adun itu masih ahli UMNO. Speaker tidak terima apa-apa secara rasmi.
“Pembubaran DUN bukan pilihan di Terengganu,” katanya kepada pemberita pada sidang media di Wisma Darul Iman di Kuala Terengganu, selepas beliau mengetik kad perakam waktu 7.45 pagi, Rabu.
Katanya, desakan PAS untuk membubarkan DUN juga bukan perkara baru.
“PAS minta bubar itu kerja mereka. Dulu, kini, dan selamanya.
“Sebenarnya tiada apa-apa permasalahan yang berlaku. Saya yakin dan percaya persepsi yg berlaku tidak beri apa-apa kesan. BN masih lagi akan terus memerintah,” katanya.
Dalam pada itu, Ahmad Razif berkata, beliau dan Adun BN Terengganu akan mengadakan perjumpaan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tengahari nanti.
Beliau dijangka mengadakan sidang media selepas pertemuan tersebut.-bnbbc.my


Apa-apa pun aku yakin PM takkan buat kesilapan yang bodoh macam orang dok tuduh la ni, tapi satu benda aku nak cakap. Aku amat benci Tuan Penasihat yang selalu memasukan agenda peribadi dan kroni yang menyusahkan PM..siapakah tuan penasihat ni?


AMUKANMELAYU - Mat Said berada di persimpangan atau UMNO yang tersilap memilih simpang. Jalan Mati atau jalan yang lurus.......