 Seorang
 daripada ulama di nusantara yang terbabit dalam perjuangan menegakkan 
Islam ialah Haji Sulong Al-Fatani. Nama sebenarnya ialah Haji Sulong bin
 Haji Abdul Kadir bin Muhammad bin Haji Zainal Abidin bin Ahmad 
Al-Fatani. Beliau yang merupakan pejuang Islam yang dianggap sesetengah 
pihak sebagai ’Imam Bonjol Patani’ bukan sahaja menghabiskan usianya 
menegakkan syiar agamanya tetapi mengakhiri hayatnya untuk perjjuangan 
Islam.
Seorang
 daripada ulama di nusantara yang terbabit dalam perjuangan menegakkan 
Islam ialah Haji Sulong Al-Fatani. Nama sebenarnya ialah Haji Sulong bin
 Haji Abdul Kadir bin Muhammad bin Haji Zainal Abidin bin Ahmad 
Al-Fatani. Beliau yang merupakan pejuang Islam yang dianggap sesetengah 
pihak sebagai ’Imam Bonjol Patani’ bukan sahaja menghabiskan usianya 
menegakkan syiar agamanya tetapi mengakhiri hayatnya untuk perjjuangan 
Islam.
Peristiwa
 kematian Haji Sulong Al-Fatani diselebungi misteri hingga sekarang 
kerana selepas dipanggil menemui seorang pegawai penyiasat polis, dia 
terus hilang. Kehilangan Haji Sulong Al-Fatani itu menjadi tampatan 
hebat kepada umat Islam Patani kerana mereka bukan saja kehilangan tokoh
 agama tetapi juga seorang pejuang Islam.
Beliau
 dilahirkan pada tahun 1895 di Kampung Anka Ru, Patani, ulama ulung yang
 bergerak dalam perjuangan rakyat Islam di negeri itu turut dihangatkan 
oleh bahang tekanan pemerintahan Siam. Ketika itu, negeri Patani Darul 
Salam diperintah oleh Sultan Sulaiman Sharifuddin. Ketika itu, hampir 
semua negeri Melayu di utara menghadapi keadaan yang sama dengan Patani.
Haji
 Sulong menerima pelajaran asas dan al-Quran dari ayahnya sendiri 
sehingga pandai. Apabila sudah berusia 12 tahun, beliau berangkat ke 
Makkah untuk menyambung pelajaran di sana selama 17 tahun. Beliau brguru
 kepada para ulama dari Arab Saudi, Mesir dan yang datang dari 
Nusantara. Pada tahun 1924, beliau kembali ke tanah air bersama-sama 
isterinya yang dikahwininya semasa di Makkah. Keadaan negeri Patani 
Darus-Salam masih sama sama dengan ketika Haji Sulong berangkat ke 
Makkah dulu, iaitu berada dalam tekanan Kerajaan Siam, malah lebih teruk
 lagi kerana Kerajaan Pagoda itu sdah ikut campur masalah dalaman Patani
 dan negeri-negeri di uatara semenanjung lainnya.
Di
 samping itu, Siam juga berusaha memasukkan negeri-negeri jirannya di 
semenanjung menjadi sebahagian dari wilayahnya. Tindakan tersebut telah 
dibantah oleh Sultan Abdul Kadir Kamaruddin yang memerintah Patani. 
Sebagai akibatnya, Sultan Abdul Kadir telah dibuang negeri oleh pengausa
 Sia, dan haknya sebagai Sultan dilucutkan.
Dari
 semasa ke semasa, kerajaan Siam terus meningkatkan kebencian dan 
tekanannya ke ataa umat Islam di Patani. Banyak pemimpin masyarakat dan 
agama seperti Haji Sulong yang diawasi oleh pihak Siam. Apa yang boleh 
dilakukan oleh ulama ssperti Haji Sulong diperingkat permulaan adalah 
menyedarkan masyarakat dan generasi muda akan haknya melalui pengajaran 
Islam.
Haji
 Sulong telah mendirikan Madrasah Al-Maarif Al-Wataniah di Patani. 
Beliau telah memperkenalkan sukatan pelajaran dan sistem kelas di 
madrasah itu. Walau bagaimanpun, tiga tahun berikutnya, kerajaan Siam 
telah memerintahkan madrasah itu ditutup.
Haji
 Sulong tidak patah semangat, kerana menyiarkan agama Islam adalah wajib
 dan tidak terbatas di bangku sekolah yang memakai sukatan pelajaran 
saja. Selanjutnya beliau menukar teknik mengajar di madrasahnya. Sejak 
itu beliau lebih banyak membacakan kitab-kitab agama iaitu kitab-kitab 
ulama zaman dahulu kepada para pelajarnya. Kuliahnya yang tidak lagi 
berbentuk sekolah pondok sepenuh masa tetapi hanya bimbingan mingguan, 
Maghrib dan Isyak telah mendapat sambutan penduduk tempatan. Haji Sulong
 Al-Fatani sangat arif mengenai usuluddin dan tafsir. Bidang itulah yang
 menjadi tumpuan pengajarannya hingga meletus Perang Dunia Kedua.
Pernah
 dikatakan, Haji Sulong Al-Fatani pernah mengajar agama di Kemboja dan 
pernah diburu pemjajah Perancis kerana kegiatan itu. Bagaimanapun beliau
 diselamatkan oleh orang Cham di selatan Vietnam.
Apabila
 rampasan kuasa berlaku di Negeri Thai pada tahun 1932, corak 
pemerintahan beraja bertukar kepada rejim berperlembagaan. Perubahan itu
 benar-benar menekan masyarakat Melayu Islam di selatan Siam. Ini kerana
 apabila Phibul Songgram berkuasa pada tahun 1938, beliau melaksanakan 
dasar kebudayaan ’mensiamkan’ semua rakyat bagi matlamat kebangsaannya.
Undang-undang yang memaksa rakyat memakai pakaian cara Barat iaitu berseluar dan bertopi bagi  lelaki
 serta bergaun dan berbaju pendek bagi wanita, termasuk orang-orang 
Islam di Patani. Siam juga telah mengharamkan penggunaan bahasa Melayu 
di pejabat-pejabat kerajaan.
Pelbagai
 tekanan dan ancaman itu telah menyebabkan pimpinan masyarakat Islam 
seperti Haji Sulong Al-Fatani menubuhkan Badan Hukum Syariah bagi 
melindungi hak dan kepentingan agama. Apabila meletus Perang Dunia 
Kedua, Phibul Songgram telah mengubah lagi dasar, iaitu tidak lagi 
mengamalkan dasar berkecuali. Beliau telah memihak kepada Jepun dengan 
membenarkan tentera asing itu melalui Negeri Thai untuk menyerang Burma 
dan Tanah Melayu.
Pada
 tahun 1944, Phibul Songgram telah memansuhkan jawatan kadi, membubarkan
 undang-undang keluarga Islam, memansuhkan sistem pembangunan waris cara
 Islam lalu menggantikannya dengan undang-undang sivil. Tindakan Siam 
tersebut telah melampau batas hak asasi manusia. Untuk itulah Haji 
Sulong dan para pemimpin Islam lainnya telah mengadakan pertemuan untuk 
membincangkan masalah yang semakin menekan tersebut..
Mulai
 tahun 1947, perjuangan masyarakat Islam Patani bertambah memuncak 
hingga tahun 1954. Selama tujuh tahun itu, Haji Sulong Al-Fatani terus 
mempertahankan agama dan bangsa sebagai Yang Dipertua Majlis Agama Islam
 Patani (MAIP).
Hasil
 pertemuan pemimpin Islam setempat di Patani, Haji Sulong Al-Fatani 
mengemukakan memorandum ’Tuntutan Tujuh Perkara’ kepada kerajaan Negeri 
Thai pada tahun 1947. Memorandum itu mengandungi permintaan untuk 
mengadakan:
- Seorang ketua beragama Islam bagi empat buah wilayah yang dipilih oleh anak negeri dengan diberikan kepadanya kuasa penuh.
- Mengadakan pelajaran Bahasa Melayu pada setiap sekolah bagi kanak-kanak berumur tujuh tahun sebelum mereka belajar bahasa Siam atau mata pelajaran lain dalam bahasa Siam.
- Hasil yang diperoleh dari empat wilayah itu hendaklah dibelanjakan di wialyah itu sahaja.
- 80% daripada kakitangan kerajaan mestilah terdiri daripada orang Islam.
- Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa rasmi.
- Mengasingkan Mahkamah Syariah daripada pejabat undang-undang negeri serta mengadakan undang-undang khas untuk memutuskan pendakwaan yang bersabit dengan hukum Islam.
- Mengiktiraf rakyat di empat buah wilayah itu berketurunan bangsa Melayu.
- Mengadakan pelajaran Bahasa Melayu pada setiap sekolah bagi kanak-kanak berumur tujuh tahun sebelum mereka belajar bahasa Siam atau mata pelajaran lain dalam bahasa Siam.
- Hasil yang diperoleh dari empat wilayah itu hendaklah dibelanjakan di wialyah itu sahaja.
- 80% daripada kakitangan kerajaan mestilah terdiri daripada orang Islam.
- Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa rasmi.
- Mengasingkan Mahkamah Syariah daripada pejabat undang-undang negeri serta mengadakan undang-undang khas untuk memutuskan pendakwaan yang bersabit dengan hukum Islam.
- Mengiktiraf rakyat di empat buah wilayah itu berketurunan bangsa Melayu.
Kesan
 perjuangan itu, Haji Sulong Al-Fatani akhirnya ditangkap oleh 
pemerintah pada 16 Januari 1948 kerana dituduh ’menderhaka kepada 
negara’. Polis telah menemui salinan surat bukti dialamatkan kepada 
Tengku Mahmud Mahyiddin, iaitu pemimpin masyarakat Islam di rumah Haji 
Sulong Al-Fatani. Dua hari berikutnya, empat lagi rakannya telah 
ditangkap. Mereka ialah Wan Uthman Ahmad, Haji Wan Husain Wan Din, Ahmad
 (anak Haji Sulong) dan Che Ishak Abbas. Haji Sulong Al-Fatani 
dipenjarakan selama tiga tahun dua bulan selepas dibicarakan di Nakhon 
Si Thammarat (Ligor).
Sewaktu menunggu perintah hukuman di Ligor, Haji Sulong Al-Fatani menulis buku Gugusan Cahaya Keselamatan.
 Kemudian dimasukkan ke penjara Bang Kuang di Bangkok. Dalam penjara 
beliau menghasilkan empat buah kitab agama dan sebuah buku riwayat 
hidupnya, tetapi kesemua buku itu hilang entah ke mana.
Ekoran
 dari penangkapan para pejuang tersebut, rakyat di beberapa wilayah 
telah memberontak dan menuntut agar para pemimpinnya dibebaskan. Haji 
Sulong terus berada dalam tahanan dan baru dibebaskan empat tahun 
kemudian yakni pada 1954.
Rupanya
 pembebasan Haji Sulong dan pejuang lainnya hanyalah merupakan helah 
Siam untuk meredakan kemarahan rakyat saja. Di sebalik itu ada rancangan
 yang lebih jahat, tapi dengan cara halus. Ini terbukti apabila tidak 
sampai dua tahun kemudian Haji Sulong dan tiga lain rakannya (termasuk 
seorang anaknya sendiri) telah dipanggil secara terhormat untuk 
menjumpai ketua polis penyiasat Siam dalam suatu pertemuan tertutup.
Akan
 tetapi sejak pertemuan tertutup tersebut, beliau bersama rakan-rakannya
 tidak ada pulang lagi ke pangkuan keluarganya. Kehilangannya sangat 
misteri dan pihak Siam pun mendiamkan diri. Maklumat yang diterima oleh 
kaum keluarganya dan rakyat Patani menyebutkan bahawa Haji Sulong dan 
rakan-rakannya telah dibunuh secara rahsia dan jenazahnya dibuang ke 
Laut Senggora berhampiran Pulau Tikus pada malam Sabtu, 13 Ogos 1954. 
Beliau telah wafat dalam perjuangan di jalan Allah.
Pengorbanan Haji Sulong Al-Fatani iaitu penulis kitab Kashf Al-Litham tetap bersemadi dalam lipatan sejarah perjuangan umat Islam Patani. 
AMUKANMELAYU - Haji Sulung....pemergiannya tiada BERNISAN..... 
 
 
