TOK MORIS @ TOK MO REH @ SYED IDRIS
Pahlawan Tok Moris 
atau Bomoh Idris merupakan salah seorang hulubalang dari bumi Kedah yang
 diceritakan pernah pergi bersama rakan-rakannya ke Bangkok dalam masa 
perang Perang Bisik untuk menyelamatkan Sultan Ahmad Tajuddin  II.
Sultan
 Ahmad Tajuddin II atau Almarhum Melaka ini telah diperdaya oleh tali 
barut musuh sehingga Tuanku ditangkap oleh angkatan Thai apabila pulang 
dari persembunyian dari Melaka. Tungku dipenjarakan di Bangkok dan pada 
masa itu tidak ada sesiapa yang berani pergi menyelamatkan Tuanku kerana
 takut dengan kehebatan angkatan Thai, tambahan lagi telah ramai 
angkatan Melayu telah ditangkap dan dipenggal kepala mereka serta 
dihimpunkan kepala-kepala itu semua di sebuah bukit di Bangkok.
Akhirnya,
 angkatan Tok Moris dengan hanya seramai 7 orang sahaja telah bergerak 
ke Bangkok serta membuat serangan hendap yang dasyat terhadap tentera 
Thai. Satu pertempuran yang sangat  hebat
 dari segi keilmuan berlaku antara kedua-dua pihak. Dengan pakaian ilmu 
‘sulam kalimah’ dari angkatan Tok Moris telah dapat menewaskan musuh dan
 berjaya memecahkan masuk penjara tentera Thai lalu Tuanku Sultan telah 
diselamatkan. 
Namun, kehebatan  ilmu
 pahlawan Thai amat sukar dibunuh di bumi mereka sendiri maka pasukan 
Tok Moris mengheret para pahlawan Thai seramai 40 ke 50 orang ini dengan
 dicucuk rotan ke telinga tawanan kemudian diikat secara beramai-ramai 
dan dibawa pulang ke bumi Melayu (kampung Perupok). Di sana mereka 
ditahan beberapa hari sebelum dibunuh lalu kesemuanya di tanam di Kubur 
Panjang.
Anugerah Sultan:
Di
 atas jasa Tok Moris dan rakan-rakannya, mereka telah dianugerahkan 
Tanah Ampun Kurnia seluas seratus ribu relong. Tanah ini dikatakan 
luasnya bermula dari Kampung Patani di timur (arah dari Kubur Panjang) 
hingga ke Kampung Perupok di barat. Dari Mukim Lesong di utara hingga ke
 Sg Rambai di selatan.
Rakan-rakan  Seperjuangan:
Ramai
 rakan-rakan Tok Moris telah turut serta berjuang bersama beliau dalam 
pertempuran sejak dari awal tahun 1817 sehinggalah membawa ke perang 
Musuh Bisik. Nama mereka-meraka ini adalah seperti Tok Imam Ha (Taha), 
Tok Git Nui (Taib Kecik), Tok Panglima Arshad, Tok Panglima Kecik, Tok 
Mo Syen, Tok Merah, Tok Kameh dan beberapa ramai lagi yang tidak dapat 
dipastikan nama atau gelaran mereka.
Senjata-senjata Tok Moris:
Senjata
 milik Tok Moris ada yang masih disimpan oleh waris pahlawan ini dan 
salah sorang cicit kepada beliau iaitu Haji Idris dikatakan masih 
menyimpan sebilah pedang yang berukuran lebih kurang 3 kaki panjangnya. 
Pedang ini yang boleh digulung menjadikan sebagai tali pinggang dan 
boleh menegak apabila digunakan sebagai senjata pentempuran. Selain itu 
masih terdapat dalam simpanan oleh warisnya sebilah keris pakaian Tok 
Moris.
PENEMUAN 1 :
Pahlawan
 Tok Moris ini merupakan keturunan dari Raja Ayutthaya iaitu Sharif Shah
 adik kepada Paduka Bonda (isteri pertama Tengku Muhammad Jiwa III). 
Sharif Shah dikatakan lari meninggalkan Ayutthaya ketika pihak Burma 
menyerang dan berhijrah bersama pengikutnya seramai angkatan baginda 
mengandungi 40 ekor gajah ke negeri Kedah dan membina kubu dan kota dan 
kemudian dikenali sebagai Kota Mengkuang.
Maklumat
 dan kisah Tok Moris ini telah diperolehi melalui rujukan di Arkid 
Negara dan sebahagiannya telah diceritakan oleh sejarahwan Kedah iaitu 
Almarhum Datuk Ismail Saleh pada tahun 2004 melalui sumber kajian dan 
temuramah beliau dengan keturunan tersebut. Dalam rombongan kami, sempat
 kami melawat kawasan tanah Ampun Kurnia dan Masjid Perupok di mana 
terdapat makam Tok Moris.
Cerita tentang 
kehebatan Tok Moris ini diwarisi turun temurun oleh keturunannya yang 
bertebaran di tanah air ini terutamanya di Kampung Kubur Panjang, 
Pendang, Kedah Darul Aman. Tok Moris atau Tok Mo Reh ini merupakan 
singkatan nama Tok Bomoh Idris. Gelaran Tok Bomoh ini merupakan nama 
penyamaran yang digunakan ketika saat kritikal pasca Perang Musuh Bisik 
1821. Nama sebenar beliau ialah Syed Idris yang suatu ketika dulu pernah
 menjadi Raja Kota Star, Kedah. 
Foto1: Pedang milik Wan Darus yang mempunyai hulu yang hampir sama dengan hulu pedang Tok Moris.
Nama
 penuh Tok Moris menurut urutan salasilah ialah Syed Idris ibni Syed 
Hatta ibni Sultan Muzaffar III ibni Syarif Abu Bakar Syah ibni Sultan 
Muhyiddin Mansur Syah ibni Sultan Mahmud ibni Nai Hisbu Muadzam Syah 
ibni Sultan Zahiruddin Muhammad Syah I (Pengasas Empayar Mughal India). 
Jika dilihat kepada pedang yang digunakan oleh Tok Moris kelihatan 
dengan jelas wujudnya pengaruh Mughal dalam reka bentuk pedang tersebut.
Foto 2: (Dari buku The Last Mughal, William Dalrymple) menunjukkan  pahlawan
 Mughal menggunakan 2 pedang mirip seperti pedang Tok Moris dan Wan 
Darus. Persoalan mula timbul adakah Tok Moris dan Wan Darus adalah orang
 yang sama? Idris @ Idrus, Deris @ Derus @ Darus? Persoalan ini hanya 
berdasarkan pahlawan Mughal di atas menggunakan 2 bilah pedang untuk 
seorang.
Menurut
 manuskrip Undang-Undang Kedah ciri-ciri pedang yang dimiliki oleh Tok 
Moris menggambarkan beliau adalah seorang anak raja. Dan sememangnya 
gelaran panglima pada masa dahulu juga adalah untuk anak dan putera 
raja. Anak dan putera raja inilah yang akan mempertahankan ayahanda 
mereka iaitu raja yang memerintah. Tok Moris merupakan Raja Kota Star 
yang telah dilantik oleh datuknya Sultan Muzaffar III atau lebih 
dikenali sebagai Koya Long @ Po Chan @ Raja Kemboja.
Foto
 3: Kota Star yang pernah menjadi pusat pentadbiran dan pertahanan di 
bawah pemerintahan Tok Moris. Dapat dilihat dengan jelas motif Bunga 
Teratai atau Bunga Tunjung pada pintu gerbang kota tersebut.
Kelompok
 keturunan Tok Moris yang terdapat di Kampong Kubur Panjang adalah dari 
jurai isteri pertama beliau iaitu Nai Long Anyai yang merupakan kakak 
kandung kepada Sultan Jaafar Muadzam Syah ataupun lebih dikenali 
sekarang ini di dalam sejarah mainstream
 sebagai Encik Long Jaafar. Perkahwinan ini merupakan perkahwinan antara
 sepupu kerana Syed Hatta merupakan adik kepada Syed Alang Alauddin @ 
Panglima Bukit Gantang. Manakala Panglima Bukit Gantang pula merupakan 
ayah kepada Long Jaafar. Selain dari Nai Long Anyai ada lagi beberapa 
orang isteri beliau termasuk salah seorang dari keturunan Cina Manchu.
Pasca
 Perang Musuh Bisik 1821 memberi tekanan yang amat dahsyat kepada 
keturunan Merong Maha Wangsa kerana selain dari berperang dengan 
penjajah British dan Thai mereka berhadapan dengan musuh dalam selimut, 
duri dalam daging, gunting dalam lipatan dan api dalam sekam dari kaum 
kerabat yang sanggup bersekongkol dengan penjajah semata-mata mahukan 
kuasa tanpa maruah. Semasa saat kritikal ini penyamaran dengan pelbagai 
nama dan karektor dilakukan untuk keselamatan keturunan. British dan 
Thai amat mudah dikenali tetapi pengkhianat dan talibarut dari bangsa 
sendiri amat sukar dikenalpasti. Ini adalah perkara lumrah yang juga 
berlaku kepada Tengku Muhammad Saad, Mat Kilau dan lain-lain yang 
terpaksa menyamar untuk tidak dikenali oleh pengkhianat dan talibarut 
penjajah. Pejuang- pejuang ini bukanlah orang kebanyakan tetapi terdiri 
dari anak atau putera raja dan kerabat yang tidak mahu bersekongkol 
dengan penjajah.
Legasi
 perjuangan ini terus diwarisi dan dizahirkan oleh salah seorang anak 
Tok Moris iaitu Syed Zainal yang juga dikenali sebagai Tok Jenai @ 
Janai. Tok Jenai ini merupakan datuk dari sebelah ibu kepada Mahaguru 
Silat Seni Gayong iaitu Dato Meor Abdul Rahman. Dan sesungguhnya Silat 
Seni Gayong yang dizahirkan oleh Dato Meor Abdul Rahman ini adalah 
warisan Hang Tuah boleh diperjelaskan melalui salasilah keturunan Merong
 Maha Wangsa. Titisan darah Hang Tuah sememangnya mengalir dalam tubuh 
Dato Meor Abdul Rahman kerana beliau ialah cicit kepada Syed Idris, yang
 merupakan cucu kepada Sultan Muzaffar III, yang merupakan anak kepada 
Puteri Suryamarin, yang merupakan anak kepada Sultan Langkat @ Tok 
Pasai, yang merupakan anak kepada Laksamana Hang Tuah @ Tun Saaban @ 
Narai Maharaja Ayuttaya @ Sultan Iskandar Mahkota Alam Acheh.
Berdasarkan
 perkara tersebut di atas, tidak hairanlah jika terdapat tari Bunga 
Teratai atau Bunga Tunjung yang merupakan tari sembah Silat Seni Gayong.  Begitu
 juga lambang naga dan harimau yang digunakan oleh Silat Seni Gayong 
menunjukkan satu legasi Merong Maha Wangsa yang dizahirkan oleh 
mahaguru. Bersesuaian dengan sajak mahaguru yang berbunyi
Seni Gayong seni pusaka
Dipimpin oleh putera negara
Supaya dapat taat setia
Amanah guru harus dijaga
Dipimpin oleh putera negara
Supaya dapat taat setia
Amanah guru harus dijaga
Siapakah
 putera Negara yang dimaksudkan? Mereka ialah Hang Tuah, putera kepada 
Nai Hisbu Muadzam Shah. Mereka ialah Sultan Muzaffar III, putera kepada 
Syariff Yang Di Pertuan Abu Bakar Syah. Mereka ialah Panglima Bukit 
Gantang, putera kepada Sultan Muzaffar III. Mereka ialah Syed Idris, 
putera kepada Syed Hatta Raja Kayang Indera Sakti. 
Akhirkata :
“Hulubalang
 Bumi Jawi seperti Tok Moris ini adalah amat penting bagi anak-anak 
Tanah Jawi. Dewasa ini terdapat beberapa blog sedang membincangkan 
kewujudan phulubalang sebenar yang mempertahankan Tanah Air, walaupun 
perbincangan di blog seperti ini masih terdapat pertikaian namun bak 
kata sejarawan “sejarah itu hidup”. Apapun kita sama-sama teruskan 
membongkar ketuanan Hulubalang kita dan InsyaAllah di satu hari yang 
terdekat ini, Hulubalang sebenar Bani Jawi akan menjadi sumber kekuatan 
semangat dan iktikad anak-anak di Tanah Jawi ini agar bersatu dan cekal 
mempertahankan yang haq”
AMUKANMELAYU - Hulubalang Melayu....manusia mati meninggalkan nama....
AMUKANMELAYU - Hulubalang Melayu....manusia mati meninggalkan nama....
 


 
