Ciri-ciri Atau Sifat-sifat Orang Munafik !
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah,
Memang kita selalu dengar perkataan MUNAFIK itu dan pernah tak kita tanya apakah ciri-cirinya. Oleh itu saya ingin kongsikan di sini:
Mungkin kita selalu mendengar perkataan munafik di dalam kehidupan kita sehari-hari. Pada kita ia perkara biasa dan tak ade apa pun.Namun sebenarnya munafik itu adalah suatu sifat yang amat buruk dan mencelakan.
Apakah kita termasuk orang yang munafik?
Mungkin kita dengan tegas mengatakan kita adalah bukan orang munafik kerana kurangnya kefahaman kita mengenai apa itu sifat munafik yang sebenarnya.
Hadis Nabi Muhammad SAW menjelaskan tanda-tanda orang munafik :
Nabi SAW bersabda maksudnya : “Tanda orang-orang munafik itu ada tiga keadaan. Pertama, apabila berkata-kata ia berdusta. Kedua, apabila berjanji ia mengingkari. Ketiga, apabila diberikan amanah (kepercayaan) ia mengkhianatinya”.(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).
Ciri-Ciri / Sifat-Sifat Munafik :
1. Apabila berkata maka dia akan berkata bohong / dusta.
2. Jika membuat suatu janji atau kesepakatan dia akan mengingkari janjinya.
3. Bila diberi kepercayaan / amanah maka dia akan mengkhianatinya.
Untuk disebut sebagai orang munafik sejati sepertinya harus memenuhi semua ketiga syarat di atas iaitu pembohong, pengkhianat dan pemungkir janji. Jika baru satu atau dua ciri saja mungkin belum menjadi munafik tapi sudah ada ciri-ciri munafik dalam dirinya.
1. Berbohong / Dusta
Bohong adalah mengatakan sesuatu yang tidak benar kepada orang lain. Jadi apabila seseorang itu tidak jujur kepada orang lain maka dia boleh menjadi orang yang munafik. Contoh bohong seseorang mengatakan dia ada di pejabat untuk menerima temu janji tetapi apabila orang yang di berhajat berjumpa dengannya dia menghilangkan diri. Dia berbohong dan memberi alasan yang tidak benar.
2. Mungkir dan Ingkar Janji
Seseorang terkadang suka membuat suatu perjanjian atau kesepakatan dengan orang lain. Apabila orang itu tidak mengikuti janji yang telah disepakati maka orang itu telah ingkar janji. Contohnya seorang majikan berjanji hendak membayar gaji pekerjanya tetapi bila sampai masa dia mungkir janji dengan alasan yang direka-reka. Sifat seperti ini sungguh buruk lebih-lebih lagi dia menunjukkan akhlak yang tidak baik kepada orang-orang dibawahnya. Sifat buruk ini menjadi umpatan orang lain dibelakangnya. Apabila sifat mungkir janji ini dilakukan berulang-ulang menyebabkan kepercayaan orang lain kepadanya sudah hilang.
3. Berkhianat/ Tidak Amanah
Khianat mungkin yang paling berat kelasnya dibandingkan dengan sifat suka bohong dan suka ingkar janji. Contohnya seorang yang di amanahkan menjaga harta tapi beliau menggunakan harta itu untuk kepentingan dirinya sendiri. Ketuanya mengamanahkan wang gaji kepadanya tetapi wang tersebut dilesapkannya untuk membayar hutang peribadinya atau untuk kepentingan dirinya sendiri. Hidup orang yang tidak amanah ini tidak akan berkat dan dia akan mendapat balasan kerana sifat pecah amanah yang dilakukannya.
Demi
politik.... Demi undi... Kesian bilaku perhatikan.. Hilang prinsip,
hilang gah, hilang nilai perjuangan, skrg semua dah boleh gamaknya..
agaknya dah x mgapa kalau x bertudung malah kalau tolak hudud terang2
pun dah boleh bekerjasama...politik oh politik...Kejadian ini berlaku di
Afrika, tiada kena mengena dgn Malaysia, harap maklum.
-Ustaz Kazim Elias
-Ustaz Kazim Elias
Barangkali kepimpinan PAS tidak sedar tentang momokan pengundi-pengundi
Melayu dan Islam di Teluk Intan tentang parti ini serta seluruh
kepimpinannya. Bukan kerana parti yang memperjuangkan Islam ini tidak
baik, melakukan dosa atau membawa lari sejumlah besar wang negara ke
seberang laut, tetapi kerana perangai sesetengah kepimpinan terutama
sekali yang kiblat mereka kepada Lim Guan Eng dan Anwar Ibrahim, yang
ditunjukkan sepanjang kempen PRK Teluk Intan.
PAS secara jujur, tidak menghantar petugas yang ramai sepertimana PRK-PRK lalu. Sebaliknya PAS hanya menghantar sebahagian kecil anggota kempen terutama membabitkan jentera Muslimat, agar tidak dikatakan oleh DAP yang kita memboikot PRK ini dan enggan membantu DAP apatah lagi DAP menampilkan seorang calon perempuan Melayu mewakili parti itu.
Dengan peruntukan kecil iaitu hanya sekitar RM15,000 untuk jentera PAS berkempen bagi memenangkan DAP di Teluk Intan, tidak banyak yang boleh dilakukan. Jangan pula ada yang berkata, DAP sebenarnya sama seperti PAS, tidak ada banyak duit seperti BN dan UBN. Justeru, perbelanjaan perlu dilakukan secara berhemah dan PAS juga perlu berkorban untuk memenangkan DAP. Menang DAP bererti menang Pakatan Rakyat. Menang Pakatan Rakyat bererti PAS juga telah menang.
Benarkah begitu?
Setidak-tidaknya, itulah yang kerap diberitahu kepada ahli-ahli PAS yang lain. Kemenangan Pakatan Rakyat bererti perjuangan PAS untuk mewujudkan sebuah Negara Islam/Negara Berkebajikan di Malaysia akan tercapai.
Hakikatnya, ia tidak seperti yang digambarkan dan diberitahu kepada ahli-ahli PAS sehingga sesetengah daripada kita lebih percayakan DAP dan PKR berbanding parti sendiri. Semua itu hanyalah momokan dan retorik semata-mata.
Apa yang berlaku ialah, semakin kuat DAP, semakin lemahlah perjuangan kita. Semakin banyak kemenangan bermajoriti besar yang diperolehi oleh DAP, semakin longgarlah akidah kita kepada Islam.
Itu yang terbukti apabila para pemimpin kita memberikan hukum-hukum mudah membabitkan calon DAP, Dyana Sofya terutama dalam hal menutup aurat.
Jangan fikir apabila Dyana Sofya memakai selendang dan bertudung ketika bersama-sama kita berkempen dari satu tempat ke satu tempat di Teluk Intan, maka kita sudah boleh dibutakan dan dibodoh-bodohkan. Sedangkan ketika berkempen di hadapan masyarakat bukan Islam, calon DAP yang juga merupakan ahli PERKASA bersama-sama ibunya yang pernah menjadi Ketua Wanita PERKASA yang pertama dan masih lagi ahli UBN, menunjukkan sikap liberal yang amat keterlaluan sehinggakan hukum hudud pun disamakan dengan hukum sekular, bahkan dipandang lebih hina.

Sudah tiga orang pemimpin PAS membuat ulasan tentang aurat terbuka Dyana
Sofya. Semuanya menghalalkan perbuatan Dyana Sofya. Sehinggakan dalam
satu khutbah Jumaat di sebuah masjid di Kampung Banjar, imamnya turut
menghalalkan perbuatan Dyana Sofya dengan memberitahu para jemaah bahawa
Dyana Sofya hanyalah MUDARAT KECIL berbanding UBN yang perlu ditentang
habis-habisan.
Amat memalukan dengan sikap sebegini kerana kita begitu mudah bersikap TAK APA kalau membabitkan geng kita sendiri tetapi kita akan melakukan apa-apa sahaja, hatta fitnah yang kejam terhadap pihak musuh sebagaimana yang kita umpatkan tentang aurat Rosmah Mansor sehinggakan ada pula di kalangan kita yang MENGHUKUM KAFIR kepada Rosmah Mansor kerana enggan menutup aurat walaupun sudah tua bangka.
Hukum Islam tidak berpilih-pilih. Yang dikatakan assobiyyah ialah apabila kita menyokong kumpulan atau puak sendiri untuk melakukan kezaliman dan penindasan bukannya bersikap kebangsaan atau nasionalisme sebagaimana yang diajarkan kepada kita selama ini.
Di PRK Teluk Intan, memang jelas, kita bersalah kerana bersikap assobiyyah dan kita semua melakukan kezaliman kepada Allah Taala, agama Allah Taala, Rasulullah s.a.w dan umat Islam secara keseluruhannya.
Semoga kita semua tidak terus dibutakan dengan perbuatan sesat seperti ini sebaliknya kembali semula ke jalan kebenaran iaitu berpesan-pesan kepada kebenaran, meninggalkan segala kebatilan, sekalipun yang kita bakal hadapi adalah kumpulan kita sendiri.