,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Saturday 3 May 2014

GRIK - PERJUANGAN SEMANGAT MELAYU MASIH ADA DI HULU PERAK


SEJARAH GERIK PERAK 

Aku hanya PEJUANG SIBER
Aku di lahirkan di sebuah kampung di pendalaman Perak....kira Orang Hululah aku ni. Bila sesekali aku ke Gerik atau ke Kuala Kangsar......aku heran, bagaimana orang dulu-dulu boleh membuka kampung sejauh itu. Tapi dari mana mereka berasal. Siapa keturunan aku, dari mana mereka ini bermula...dan bermacam-macam lagi persoalan yang timbul dalam benak fikiran aku. 

Kini aku dah jauh merantau....berbelas tahun aku tinggal di Kedah, lepas tu ke Pulau Pinang, balek ke Kedah semuala dan akhirnya aku menjadikan Olak Lempit Selangor sebagai perhentian terakhir. Tapi  rasanya belum berakhir lagi. Betul kata pengkaji sejarah dan bahasa. MELAYU membawa maksud MENJAUH atau MENGHINDAR atau membawa diri. RAJUK adalah kambing hitam yang di jadikan alasan untuk membawa diri. Walau pun sebabnya hanya sedikit benar, seperti terlupa nak "panggil kenduri".  Alasan ini di gunakan sepenuhnya kononnya adek beradek telah "MEMBUANG" dia...maka di bawalah dirinya ke pemergian hingga bertahun lamanya tau hilang terus tanpa dapat di kesani.

Hari ini aku nak menyingkap sejarah kewujudan Bandar yang di penghujung Hulu Perak dan ianya selalu menjadi kerinduan aku jika aku dari KL untuk balek ke Kedah pasti aku akan singgah di rumah kakak aku di Kg. Chepor Lenggong yang sebenarnya inilah Kampung Kelahiran Aku, Kampung yang aku dambakan hampir setiap waktu, selepas tidur semalam di rumah kakak....pasti aku akan melewati Bandar Grik jika hendak kembali ke Kedah kerumah mertua aku di Kg. Natoi Hosba Kedah.

Jadi sebagai anak kelahiran PERAK sekurang2nya aku kena ambil tahu tentang sejarah Negeri dan tempat asal usul aku. Sesetengah orang mungkin ada yang tak mengetahui GERIK tuterletak di mana,apatah lagi sejarahnya. Banyak sejarah-sejarah hebat yang terukir di GERIK ini sebenarnya. Sejarah dari zaman penjajahan,zaman jepun, zaman komunis dan yang terbaru sejarah hitam Alma'unah,ingat lagi kah..?

Jom kita mengembara ke Hulu Perak.....Grik, aku datang.....


Gerik terletak kira2 146 km dr ipoh dan 102 km dr kuala kangsar..terletak bersempadan dengan jeli di bahagian pantai timur yg jaraknya lebih kurang 115km.pekan2 berhampiran antarnya lenggong,55km dan baling,kedah,57km.. Gerik merupakan 'ibu daerah' bagi daerah hulu perak yg merangkumi hutan belum,lenggong dan pengkalan hulu yg bersempadan dgn kedah..daerah nih mempunyai 2 kawasan parlimen iaitu lenggong dan gerik..dan mempunyai 4 dun.. 

Keunikannya ialah dikelilingi hutan tebal yg masih tidak terusik lagi..difahamkan tempat nih diterokai oleh org2 melayu pattani yg lari dari siam..loghat di sini amatlah berlainan dr tempat2 lain di perak kerana loghatnya seakan-akan kelantan + kedah ..  bandar Gerik majoritinya didiami oleh kaum cina yg mengusahkan perniagaan manakala org india amatlah sedikit kedapatan mereka disini..majoriti penduduknya adalah org melayu.. 

Di gerik..segala2 kemudahan adalah lengkap walaupun tanggapan umum mengatakan tempat ni adalah terpencil dan tidak ada apa2 kemudahan..di sini terdapat masjid,kedai2,bank,kem askar dan pelbagai kemudahan lain..sama spt di tempat lain. Bagi mereka yg datang dr arah kuala kangsar..grik merupakan tempat persinggahan utama sebelum menuju ke arah pantai timur atau utara semenanjung iaitu baling..begitu juga sebaliknya



SEJARAH GERIK
__________________

MENURUT sejarah, orang yang mula membuka Gerik ialah Tun Saban iaitu anak Tun Perak, Bendahara Kesultanan Melaka pada awal kurun ke-16. Semasa kejatuhan kerajaan Melaka ke tangan Portugis, Tun Saban berhijrah ke Hulu Patani sebelum berpindah ke Belum, Gerik. Beliau menjadi ketua masyarakat di Belum.



Gerik bersempadan dengan Negeri Reman di Utara Semenanjug. Raja Reman menceroboh ke Gerik dan menawan Klian Intan dan Kroh (Pengkalan Hulu). Menjelang kurun ke-19, sebahagian besar daerah Gerik ditakluki Raja Reman. Pada tahun 1902, sistem pemerintahan beraja di Reman dihapuskan oleh kerajaan Siam dan Gerik menjadi jajahannya.



Namun, pada 9 Julai 1902, kerajaan Siam membuat perjanjian dengan kerajaan Inggeris untuk menyerahkan Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu. Perjanjian itu ditandatangani di Bangkok oleh Sir John Anderson (Gabenor Negeri-negeri Selat).



Antara syarat perjanjian menuntut kerajaan Siam menyerahkan semua Gerik yang diambil Raja Reman kepada Perak. Istiadat penyerahan Gerik berlangsung di Kroh pada 16 Julai 1909.


ASAL USUL NAMA GERIK __________________________
 Kira-kira seratus tahun dahulu, tempat sekarang yang dikenali sebagai Gerik masih diliputi oleh hutan belantara dan masih terletak di bawah pemerintahan Raja Reman.



Dalam tahun 1870 beberapa orang datang dari Patani mengikut Sungai Hangai lalu membuka hutan di Kuala Sungai tersebut untuk dijadikan kampung. Mereka diketuai oleh Tok Ad (Tok Saad).


Tidak beberapa lama kemudian, Raja Reman yang juga mengguna gelaran Tuan Jagong, datang berburu gajah di Gunung Tujuh berhampiran Kuala Kenderong. Mereka mendengar cerita bahawa tidak jauh dari situ terdapat sebuah kampung di tengah-tengah hutan



Ketika Raja Reman tiba di kampung terbabit, baginda mendengar bunyi pelik dari celah rumpun buluh. Baginda kemudian memerintahkan orangnya supaya memagar kawasan berkenaan dan menggalinya bagi merungkai misteri bunyi terbabit.



Setelah habis digali hingga ke pangkal perdu buluh itu, maka kelihatanlah berpuluh-puluh ekor dekan sedang menggerit umbi buluh. Oleh kerana umbi buluh itu sangat keras, maka terbitlah bunyi yang berkerit-kerit apabila digerit oleh dekan-dekan itu.
Raja Reman telah menamakan tempat itu Kampung Gerit. Sebutan 'Gerit' itu telah digunakan beberapa lama dan kemudiannya sebutan dan ejaannya diubah daripada 'Gerit' menjadi 'Grik', kemudian menjadi 'Gerik' seperti yang digunakan sekarang.


*dekan : sejenis haiwan seakan-akan tikus; masih boleh ditemui di hutan Belum.
banyak sumber sebenarnya dari Wiki,Google,blog2,portal kerajaan,FB dan story nya 
lebih kurang sama jer.
**********************************************


SEJARAH ULUNG LAIN TENTANG GERIK
________________________________________
*aku ambil dari web seorang pengkaji.kredit
http://kushirolanguage.com/


Batu Bersurat Jepun 1942


Sebenarnya pihak JKR Gerik telah menjumpai 2 bungkah batu yang terukir tulisan "Cina" semasa melakukan kerja-kerja pembinaan jalan dan mereka terus menyimpannya ke dalam Setor kerana bentuk batu dan tulisan yang terpahat padanya agak pelik.


Sedang kami membelek-belek batu tersebut, salah seorang daripada pekerja JKR yang berbadan sasa bersuara."Sebenarnya ada sebiji lagi di Kroh (panggilan sekarang ialah Pengkalan Hulu), lokasi tempat di mana kami menjumpai kedua-dua batu ini."






Gambar Batu Bersurat Jepun 1942


klik untuk zoom





Terjemahan pada Batu

Tulisan Asal yang terdapat pada batu




Tulisan yang telah ditukar ke dalam Bahasa Jepun Baku



Terjemahan ke dalam Bahasa Melayu

PERTEMPURAN BERDEKATAN BUKIT "SAORUDAN (SERDANG)"



"Pada 8hb. Dis. 1941 selepas pendaratan di suatu kawasan berhampiran dengan Patani, rejimen infantri "Maruya @ Marutani" iaitu unit askar bantuan barisan terkehadapan (front-liner) berjalan kaki pimpinan Leftenan Ando, semasa dalam perjalanan menuju ke "Betung, Thai" dengan semangat yang berkobar-kobar walaupun terpaksa meranduk laluan yang begitu sukar, pada 10hb., telah bertembung dengan askar-askar British-India seramai lebih kurang 1,500 orang yang lengkap dengan kereta perisai (tank) dan trench mortar yang sedang berkubu berdekatan Bukit Serdang setelah mencerobohi sempadan Malaya-Thai dalam misi mereka menuju ke arah Utara. Pertempuran kali pertama selepas pendaratan itu tercetus serta-merta lalu menyaksikan kubu musuh diserang bertalu-talu berbekalkan kekuatan sedia ada, masuk hari yang ketiga, berjaya menakluki satu persatu daripada 3 lapisan (atau barisan) pertahanan lalu menawan keseluruhan musuh. Tawanan-tawanan hidup dihapuskan sama sekali kesemuanya. Dengan ini, kemenangan mutlak yang seharusnya dibanggakan telah diperoleh.



Cuma dengan serangan berani mati secara aktif sejak dari awal pertempuran ini yang dilancarkan oleh rejimen infantri "Maruya" iaitu askar bantuan pimpinan Leftenan Ando terhadap tentera British-India telah menyebabkan hati musuh menjadi gerun. Selepas dari itu arahan dan strategi pertempuran mudah dilaksanakan.



Oleh yang demikian batu ini didirikan di sempadan negara Malaya-Thai ini sebagai tanda peringatan."



Kor (Corps) Matsui

Tahun 1942.





Siapa Matsui dan Ando?



Parti Komunis Malaya (PKM)
____________________________
*sejarah ringkas kekejaman komunis di Gerik dan sekitarnya



Parti Komunis Malaya (b. Inggeris: Malayan Communist Party) atau singkatannya PKM ialah sebuah pertubuhan yang diasaskan di Tanah Melayu (sekarang Malaysia) pada tahun 1930. Pertubuhan ini menentang penjajahan British yang ketika itu itu sedang memerintah Tanah Melayu. Ketika kedatangan Jepun, PKM membentuk Malayan People's Anti-Japanese Army (MPAJA) untuk berperang dengan mereka.


Pemberontakan bersenjata (1948 - 1989)


Setelah Jepun menyerah kalah, MPAJA yang juga dikenali sebagai Parti Komunis Malaya ditubuhkan pada 20 April 1930. Yang pada awalnya bekerjasama dengan pihak British untuk menentang pendudukan Jepun berdasarkan perjanjian yang dibuat pada 8 Disember 1940, mengambil peluang untuk membalas dendam terhadap sesiapa yang dianggap bersubahat dengan Jepun.


Terbentuknya Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948 merupakan kekalahan kepada Parti Komunis Malaya kerana golongan ini telah diketepikan oleh British. Parti Komunis Malaya telah menukar strategi dan mula mencetuskan kegagasan melalui mogok dan rusuhan. Pihak British bertindak balas dengan mengharamkan pemimpin politik daripada mengetuai kesatuan pekerja, dengan itu melemahkan kedudukan komunis Bintang Tiga.


Pihak komunis Bintang Tiga kemudiannya mulai mengangkat senjata dan beberapa siri serangan dan serangan telah berlaku. Bagaimana pun, insiden pada 16 Jun 1948 iaitu pembunuhan tiga orang pengurus estet berbangsa Eropah di Sungai Siput, Perak telah membawa kepada pengistiharan darurat oleh Sir Edward Gent. Apabila keadaan bertambah teruk, pada 12 Julai 1948, darurat diistiharkan ke seluruh negara. Parti Komunis Malaya telah diharamkan pada 23 Julai 1948. Seluruh angkatan bersenjata telah digerakkan termasuk Senoi Praaq bagi menentang komunis.


Jejak kejam - Lubuk komunis di Perak
Oleh Mohd Azis Ngah
azis@bharian.com.my


LENGGONG, GRIK dan isu komunis - satu kaitan fakta sejarah yang kekal dalam ingatan dan menjadi igauan masyarakat yang menyaksikan puluhan ribu anggota keselamatan terkorban mempertahankan negara dengan pelbagai peristiwa kekejaman komunis.
Catatan, bukti kezaliman Bintang Tiga terus hantui penduduk Lenggong, Grik 
Antara kezaliman komunis sekitar Lenggong dan Grik: 


* 800 komunis mengganas di Grik, Lenggong, Baling dan di Kroh sehingga menjadi padang jarak padang tekukur. 
* Bermula 1945, membakar rumah penduduk kampung yang enggan menerimanya sebagai pihak berkuasa iaitu:

* Bukit Buloh. 
* Malau. 
* Kubang. 
* Kuala Kenering. 
* Sungai Terap. 
* Kampung Chua. 
* Kampung Beko 
* Manong 
* Kampung Chepor 
* Bukit Sapi, Lenggong. 



Peristiwa itu merujuk kepada serangan komunis ke atas sebuah bas awam ulang alik dari Taiping ke Grik yang digelar penduduk sebagai Mail Car kerana sering membawa bungkusan pos dan penumpang pada 1952. Ketika tiba di Bechah Kemahang, semua 30 penumpang diarahkan turun kerana komunis mengesyaki bas itu membawa anggota risik. Selepas menggeledah dan menyoal siasat, komunis tidak menemui individu dikehendaki menyebabkan mereka bertindak ganas.

 
Osman Mat Piah, komunis menggantung sampai mati seorang wanita Cina dan dua wanita Melayu di pondok estet di tepi jalan. Penumpang lain dibawa ke gua di Bintang Hijau dan dikurung.

 
Pasukan gerila Melayu Force 136 yang ketika itu telah mengambil kuasa daripada tentera Jepun di Pekan Gerik, telah bergegas menuju Pekan Lenggong dan berjaya merampas Pekan Lenggong daripada gerila Bintang Satu.  Dalam tahun1945,ketika pengganas komunis berpengkalan dekat Gerik Klian Intan Kroh, Hulu Perak, gerila Bintang Tiga telah membakar banyak rumah penduduk kampung yang enggan menyokong pergerakan mereka.



Bangkit untuk membina gerik selepas melalui pelbagai sejarah hitam.
dan keperitan berada di pelbagai zaman.






Setelah sekian lama terbentuknya sebuah daerah di Hulu Perak.

hasil keringat orang-orang terdahulu yang banyak berjasa dalam pembentukan

Daerah GERIK ini.

Maka rancaklah pembangunan didirikan di awal kewujudannya





Tugu gajah yang di katakan mempunyai sejarah tersendiri ketika di bina di awal 60'an
memang juga di kenali sebagai habitat utama  Gajah-gajah di sekitar kawasan hutan
Gerik ini sama ada yang jinak dan liar.




Masjid jamek Gerik










Balai BOMBA Gerik




Pejabat POS Gerik




Balai Polis Gerik




Simpang Empat Gerik




Pekan Gerik




Suasana Pekan Gerik



LAIN-LAIN GAMBAR NOSTALGIA


Lake garden belakang ESSO gerik 1941



Banding sebelum jadi tasik lagi time ni 1964



 Sekolah taman inai 1940



Malay school Gerik 1939



Perarakan maulid nabi 1959..jalan masjid melalui depan balai polis Gerik


-Terharu pulak dapat lagi tengok gambar2 nostalgia macam ni.
sekurang2nya dapat sedikit feel zaman aku tak wujud lagi.



Hospital gerik.








Gambar tahun 1985

patung gajah ni dh tak wujud lagi dah..di ganti dengan tanduk rusa pulak.

sumber gambar:Gerik D' Hulu Perakian.




AMUKANMELAYU - Negeri kita ini terlalu banyak dengan darah Islamelayu yang mengalir membasahi Buminya kerana mempertahankan Tanah Air Tercintai ini kerana Allah dan tuntutan Ugama dan perjuangan menjadi mudah kerana SYAHID di hadapan mata kerana kita kenal PENJAJAH adalah musuh kita. Tapi kini PERNUANGAN terlalu sukar kini kerana MUSUH ada di dalam diri kita.......