,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Tuesday, 13 May 2014

MB VS PRESIDENT UMNO - SIAPA YANG BULI SIAPA?


Terkini: 

DUN Negeri Terengganu dibubarkan secara rasmi bermula 13 May 2014 bersamaan 13 Rejab 1435H. Pilihanraya Dewan Undangan Negeri Terengganu akan diadakan dalam masa 60 hari daripada tarikh DUN dibubarkan. Sebarang maklumat akan diwarwakan melalui sidang media tergempar pada petang ini.  

SUK/TRG/MNT13514:79

AIRMATA - Tangisan ini sudah tidak  berharga lagi dalam PERJUANGAN UMNO


KeGELOJOHan ISU perTUKARan MB Terengganu hasil perCATURan puak-puak berOTAK LIBERAL dalam UMNO bakal mengHANCURkan UMNO seluruh NEGARA.. SAAT ini kita perhatikan MANTAN MB Terengganu DS Mat SAID diHENTAM oleh para penCACAI UMNO segenap penjuru.. Namun, mereka ini GAGAL memBUKTIkan bahawa DS Mat SAID yang diPILIH oleh DYMM SULTAN Terengganu ini begitu BURUK perangai..
1) Apakah DS Mat SAID pernah meLARIkan anak SULTAN seperti di Selangor?

2) Apakah DS Mat SAID pernah diTAHAN kerana memBAWA seJUMLAH WANG ke Australia?

3) Apakah DS Mat SAID pernah diSIASAT kerana pemBELIan HARTANAH di bawah NILAI seperti seorang MANTAN MB di Selangor?

4) Apakah DS Mat SAID pernah mengGADAIkan NEGERInya kepada pihak LUAR?

5) Apakah DS Mat SAID pernah diCEKUP berKHALWAT atau 'MenJUBOR' seSAMA JANTINA?

6) Apakah DS Mat SAID ini pernah diSABITkan dengan keSALAHan POLITIK WANG dalam pemilihan PARTInya?

TIDAK.. SEMUAnya TIDAK.. Tatkala DS Mat SAID ini diHENTAM kiri dan kanan kerana meLETAK JAWATAN dan memilih untuk menjadi ADUN BEBAS, RAMAI yang LUPA bahawa DS Mat SAID ini langsung TIDAK ada REKOD BURUK terhadap PARTInya.. Semasa PRK DUN Kuala Besut pun DS Mat SAID sanggup meLUPAkan perSENGKETAannya sesama rakan POLITIK demi keMENANGan BN?

Kita TIDAK perlulah mengUNGKIT keBERANIan DS Mat SAID yang 'PECAH' lori GARDENIA untuk agihkan ROTI kepada mangsa BANJIR.. Malah, biarkanlah RAKYAT Terengganu sendiri menyebarkan di dalam FACEBOOK GAMBAR-GAMBAR DS Mat SAID ini sanggup panjat BUMBUNG untuk TUKAR ATAP rumah orang MISKIN dan sebagainya.. Biarkan para penCACAI UMNO meLABELkan DS Mat SAID sebagai pengKHIANAT PARTI dan sebagainya.. UMNO sebenarnya yang terlalu KOTOR.. Ada terSEBAR di beberapa MEDIA penCACAI UMNO KONONnya Mat SAID tak AMANAH pasal JANJI pegang MB seTAHUN aje, tetapi itukan HAK RAKYAT?


UMNO/BN nyaris KALAH di Terengganu pada PRU-13 lalu.. Para penCACAI menyalahkan DS Mat SAID tetapi RAKYAT Terengganu sendiri MAKLUM bahawa RAMAI CALON UMNO itu MUKA yang mereka tak pernah KENAL.. Malah, ada yang pernah KALAH di PRK DUN Ladang pun masih diCALONkan semula kerana keAKRABannya dengan 'BOSS' Pemuda UMNO.. Apakah itu masih SALAH DS Mat SAID? Apabila dia berjaya memPERTAHANkan 17 DUN di Terengganu walaupun diTIKAM oleh PARTInya sendiri, dia TIDAK diSANJUNG pun seperti Leftenan Adnan semasa PERANG Jepun dahulu.. Dia pulak yang diperSALAHkan?


PENYAKIT UMNO ialah apabila mereka dapat seseBUAH NEGERI, habis NEGERI itu diPARIAHkan sesama kePIMPINan dalam UMNO.. Yang bukan ASAL dari NEGERI itu pun turut SAMA nak meROMPAK dan MENYAMUN samada dengan berGELAR 'PUNAH-Sihat' mahupun yang berJAWATAN dalam Pemuda, Wanita atau kePIMPINan UMNO PUSAT.. Apabila ada orang macam DS Mat SAID ini yang diKENALi dan POPULAR di kalangan RAKYAT Terengganu, dia pasti akan diCANTAS untuk menJAYAkan AGENDA para peROMPAK dan PENYAMUN tadi.. Oh.. Tak boleh KATA apa.. Pasal bagi DS Najib, mereka ini berOTAK LIBERAL!

Selepas ini GILIRan siapa pulak? DATUK Mukhriz di Kedah? DATUK Zambry di Perak? Atau DATUK Mat Hassan di NEGERI Sembilan? Ya.. Mereka ini pasti diCANTAS jugak asalkan diLABELkan bukan berOTAK LIBERAL atau pun TIDAK berSEMANGAT 1 Malaysia oleh para penCACAI dan 'PUNAH-Sihat' DS Najib.. Yang TIDAK diCANTAS pulak yang cuma buat PROGRAM SYOK sendiri ala-ala ARTIS seperti 'BOSS' Pemuda UMNO? Atau yang dah berKALI-KALI 'KENCING' DS Najib seperti BADAN PerHUBUNGan UMNO Selangor dan Pulau Pinang atau MCA dan Gerakan? NAMPAKnya, DS Najib nih tak SENANG duduk kalau tak GANGGU kePIMPINan Melayu UMNO di NEGERI-NEGERI..
Wallahualam..
AIRMATA........

PERJUANGAN kita ikhlas. Kita berjuang demi agama, bangsa dan negara bukan seperti pemimpin pakatan pembangkang.

Inilah ungkapan yang sering kita dengari di perhimpunan Agong Umno dan kempen-kempen pilihanraya Barisan Nasional dan Umno.

Kini krisis sedang melanda Umno Terengganu berikutan tindakan Najib Razak menggantikan Menteri Besar Terengganu.

Terkini, Umno adalah kerajaan minoriti berikutan tindakan bekas MB Ahmad Said serta beberapa Adun yang menyokongnya mengumumkan keluar parti.

Selama ini kita mudah termakan yang kononnya pemimpin-pemimpin politik di negara kita ikhlas di dalam perjuangan mereka, kononnya mereka berjuang demi agama, bangsa dan negara.

Bekas MB Terengganu Ahmad Said membuktikan bahawa semua ini adalah mitos. 

Ahmad Said membuktikan bahawa perjuangan demi Bangsa, Agama dan Negara adalah perkara kedua. Semua pemimpin, tak kira BN, Umno dan pembangkang, pentingkan jawatan dan diri sendiri. Itu fakta.

Selepas dinobatkan sebagai "reformer" oleh Presiden dari negara paling berkuasa di di dunia, Barack Obama, Najib mahu meneruskan usaha "reform" beliau dengan menukarkan Ahmad Said.

Kalau tak silap kita, selepas PRU-13, bukan Ahmad Said sahaja yang hendak ditukarkan. 

MB Pahang juga dikatakan mahu ditukarkan.

Tetapi kenapa hanya Ahmad Said di"buli" Najib? Kenapa tidak ditukarkan Adnan Yaakob dan Musa Aman serentak.

Sekiranya Najib benar-benar mahu melakukan reform, seharusnya beliau menukarkan kesemua mereka ini dalam satu masa.

Sejak Najib mengambil alih tampuk pemerintahan negara dari Abdullah Ahmad Badawi, inilah krisis paling besar yang beliau telah tempuhi.

Krisis ini amat menarik bagi pemerhati politik.

Inilah masanya kita menilai dan menganalisa ketokohan berpolitik Najib dan bagaimana beliau mahu memastikan survival politik beliau.

Terengganu adalah sebuah negeri yang kaya seperti juga Pulau Pinang dan Selangor.

Jatuhnya Terengganu ke tangan Pas akan bermaksud hilang lah satu lagi sebuah negeri yang kaya ke tangan pembangkang.

Apa pun kesudahannya di Terengganu, kita berharap Najib tidak putus semangat untuk meneruskan reform beliau termasuk menukar MB yang membawa masalah kepada Umno antaranya Negeri Sembilan dan Pahang-

MB Baru  - Tahziah Untuk UMNO..!!!


Tak tahu nak Tahniah atau Tahziah..! Ini ler natijah apabila buat kerja ikut kata punahsihat..! Bukan soal Ahmad Said MB atau tidak..! bukan juga soal Razif atau siapa juga yang dilantik menggantikan Mad Said..! Mad Said atau Razif atau Jailani Ngah sekalipun yang diangkat jadi MB tapi kalau esok pagi kena kosongkan kerusi dan kuasa di Dewan Negeri buat apa? 

 



Ini tempoh yang paling mencabar bagi Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO. Baru beberapa hari lepas sahaja, Tun Mahathir memberikan ingatan bahawa Kerajaan yang dipimpin Najib adalah sebuah kerajaan yang lemah dan bila-bila masa sahaja boleh meruap, nampaknya keputusan yang dibuat, hampir pasti membuatkan UMNO hilang pegangan ke atas sebuah negeri di Pantai Timur yang juga merupakan kubu kuat PAS secara semulajadi.
Daripada berita yang diterima, individu yang sama jugalah yang memalukan Najib dengan menjadikan Ustaz Kazim sebagai modalnya. Orang yang sama jugalah yang kemudian mencipta cerita kononnya, Tun Mahathir mahu menjatuhkan Najib menerusi bekas orang kuat Anwar Ibrahim iaitu Azwandin Hamzah. Najib telah ditipu dan diperdayakan sehingga akhirnya bersetuju dengan Konsensus Nasional antara PM dengan Anwar Ibrahim yang sedang kelemasan sekaligus memberikan nyawa politik kepada Anwar Ibrahim yang sangat-sangat memerlukannya ketika itu.

Walau apa pun perbincangan atau keputusan yang telah dibuat berhubung pemaksaan ke atas Ahmad Said untuk meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Terengganu, ternyata keputusan tersebut benar-benar telah merugikan UMNO dan Barisan Nasional. Hanya beberapa jam selepas mengangkat sumpah, Menteri Besar Terengganu yang baru, Abdul Razif Abdul Rahman besar kemungkinan menjadi Menteri Besar pertama yang tidak sempat masuk pejabat apabila jawatannya dilucutkan menerusi pembubaran DUN Terengganu.

Ini adalah kerana Mat Said dan seorang lagi ADUN telah melepaskan semua jawatan mereka di dalam parti dan mengumumkan keluar UMNO sekaligus menjadi ADUN Bebas, menyaksikan penguasaan Barisan Nasional di DUN Terengganu menjadi 15 kerusi sahaja, sama jumlahnya dengan kerusi DUN yang dikuasai oleh PAS dengan dua kerusi lain dipegang ADUN Bebas.

Sudah terdengar khabar berita, hari ini, beberapa orang lagi ADUN Terengganu dari Barisan Nasional akan menyusul dan meletakkan jawatan serta keluar parti. Sekaligus menyebabkan UMNO dan Barisan Nasional kehilangan sepenuhnya penguasaan ke atas Terengganu.

Di kalangan para pemimpin PAS, Presidennya, Abdul Hadi Awang, sudah pun meninggalkan Pulau Pinang dan bergegas pulang ke Kuala Terengganu untuk bertemu para penyokong dan pemimpin-pemimpin PAS Terengganu yang lain. Difahamkan, Abdul Hadi Awang sudah bersiap-sedia untuk mengambilalih jawatan Menteri Besar Terengganu daripada Abdul Razif Abdul Rahman yang menjawatnya untuk tempoh beberapa jam sahaja.

Difahamkan ada rundingan konsensus melibatkan Ahmad Said dengan pimpinan PAS Terengganu sehingga lewat malam tadi, walaupun pada masa yang sama, diberitakan, ADUN Batu Buruk, Syed Azman dan Hadi Awang bertemu Najib Abdul Razak di lokasi yang berasingan.

Suka atau tidak, keadaan ini sudah dijangka dari awal apabila penguasaan 17-15 diganggu gugat oleh golongan yang cuba berlagak bijak. Natijahnya mungkin bersifat DOMINO seandainya tidak ditangani dengan kebijaksanaan...
PAKATAN RAKYAT khususnya DAP sudah tentu menjadi orang yang paling gembira dengan perkembangan terbaru ini. Segala tumpuan terhadap kacau bilau proses pemilihan dan pengundian PKR nampaknya beralih kepada pergolakan politik UMNO di Terengganu dan beberapa negeri lain.-



AMUKANMELAYU - Dah banyak terbukti dalam sejarah, Negeri-negeri Melayu tergadai hanya kalah sabung ayam. Najib KALAH SABUNG APA?