Panglima Awang
Pejuang Melayu
buktikan bumi bulat selepas terbabit dalam pelayaran bersama Ferdinand de
Magellan dari Barat ke Timur
“MASYARAKAT kita
terlalu mengagungkan Barat; kita memandang hebat pelayar asing seperti Vasco de
Gama, Christopher Columbus dan Ferdinand de Magellan sehingga melupakan sejarah
siapa Panglima Awang.”
“Kita lupa Panglima
Awang adalah manusia pertama mengelilingi dunia. Beliau adalah bangsa pertama
membuktikan Bumi adalah bulat, bukannya Barat,”
Jasa Panglima Awang
bukan kecil. Lelaki Melayu itu membuktikan tanggapan bahawa bumi leper adalah salah.
Beliau sebaliknya membuktikan bumi itu bulat dan menghubungkan Timur dengan
Barat. “Sejarah besar itu bermula ketika Portugis berjaya menakluk Melaka pada
1511,” Kisah seorang pahlawan Melayu
digelar Panglima Awang atau Enrique dalam menyumbang sesuatu kepada peradaban
dunia, sebuah sejarah yang jarang diketahui ramai termasuk bangsa Melayu
sendiri.
Tewas dalam usahanya
menentang Portugis yang cuba menjajah tanah airnya iaitu Melaka, anak muda
digelar Panglima Awang dan ratusan lelaki Melaka akhirnya ditawan dan disumbat
ke dalam kapal besar milik bangsa Barat itu. Rakan-rakan lain ramai yang
terkorban ketika membela tanah watan, betapa gagah dan meluapnya semangat
mengusir penjajah, akhirnya Panglima Awang dan rakan-rakannya tewas dengan
kelengkapan senjata senapang dan meriam Portugis.
Dalam kesayuan
mengenangkan hilangnya tanah air tercinta akibat dijajah, pemuda Melaka
dirantai tangan dan kaki mereka serta dikurung di dalam kapal besar itu.
Bagaimanapun Panglima Awang diasingkan kurungannya daripada pemuda Melaka lain.
Kehebatan dan keperkasaannya menyebabkan Wizurai Portugis, Alfonso de
Albuquerque menetapkan bahawa Panglima Awang adalah tawanan peribadinya sekali
gus hamba kepada dirinya seorang.
Selepas beberapa
lama, sauh diangkat dan kapal itu mula belayar membelah lautan meninggalkan
bumi Melaka menuju ke benua asing bersama tawanan dan hasil rampasan perang.
Kapal itu singgah di Goa dan sebahagian tawanan dijual sebagai hamba di hentian
itu. Seterusnya pelayaran diteruskan menuju Lisbon, ibu negara Portugal.
Pelayaran jauh yang
memakan masa lama akhirnya merapatkan hubungan antara kapten kapal, Ferdinand
de Maggellan dengan Panglima Awang. Betapa lelaki Portugis itu amat tertarik
dengan perwatakan pemuda Melaka itu sehingga Panglima Awang diberi keistimewaan
dengan dilepaskan dari kurungan manakala rantai di kaki dan tangannya dibuka.
Panglima Awang diarah menjadi kuli di atas kapal sepanjang pelayaran dengan
syarat pemuda itu tidak memberontak.
Mangellan
Ketika itu jugalah
Ferdinand menukarkan nama Melayu Panglima Awang kepada ‘Enrique’, bagi
mengelakkan wujudnya diskriminasi kaum dan agama antara masyarakat Portugis dan
kelasi kapal lain dengan pemuda Melaka itu. Setiba di Lisbon, Ferdinand
memastikan Panglima Awang terus bersamanya. Persahabatan yang semakin erat
menyebabkan kapten itu mengutuskan surat kepada Alfonso memohon lelaki Melayu
itu ‘dijual’ kepadanya.
Keizinan diperoleh
dan bermulalah hidup Panglima Awang di tanah asing yang jauh berbeza budaya dan
bentuk muka bumi berbanding Melaka. Panglima Awang ditugaskan mengusahakan
ladang epal di belakang rumah lelaki Portugis itu. Peribadi mulia dan kegigihan ditunjukkan
Panglima Awang semakin membuahkan kepercayaan dan rasa hormat di hati Ferdinand
malah turut menarik hati adik lelaki asing itu iaitu Miriam. Hari yang terus
berlalu mengeratkan hubungan hati antara dua bangsa itu malah Ferdinand turut
merestui hubungan cinta berkenaan.
Sejarah mengelilingi
dunia bermula apabila Ferdinand melarikan diri ke Sepanyol bersama Panglima
Awang angkara fitnah pihak tertentu yang memusuhinya. Kehebatan, kemahiran dan
pengalaman luas selaku pelayar menyebabkan Raja Portugal menghargai Ferdinand
tetapi ia turut membenihkan hasad dengki di kalangan musuh yang akhirnya memfitnah
kapten kapal itu. Bagaimanapun, pelarian Ferdinand dan Panglima Awang ke
Sepanyol diterima baik ketua negara itu, Raja Charles I, lantaran reputasi
Ferdinand selaku pelayar hebat Portugal sememangnya dikenali dan dikagumi orang
Sepanyol.
Di Sepanyol,
kemahiran dan pengalaman luas Ferdinand selaku pelayar dimanfaatkan apabila
Raja Charles I mengarahkan lelaki Portugis itu belayar mencari tanah dan harta
kepada Kerajaan Sepanyol. Beberapa tahun diperuntukkan untuk membuat persediaan
sehingga beberapa kapal berjaya dibina untuk ekspedisi itu dengan kapal
terbesar dinamakan ‘Victoria’.
Cadangan pelayaran
Sepanyol itu akhirnya sampai ke pengetahuan pemimpin tertinggi Kristian seluruh
dunia ketika itu iaitu Pope di Rom. Pope mensyaratkan jika Sepanyol ingin
belayar, mereka tidak boleh lagi menghala ke Timur kerana ia sudah
diperuntukkan kepada Portugis. Sebaliknya Sepanyol perlu belayar ke Barat. Tindakan
itu menimbulkan kekhuatiran di kalangan ramai kelasi kerana pelayaran ke Barat
masih belum banyak diterokai. Akibatnya, tanpa kelasi, Ferdinand terpaksa
mengambil banduan sebagai anak kapal dengan tawaran kebebasan dan kemewahan
jika mereka mengikuti pelayaran itu. Selain Panglima Awang, seorang lagi orang
kanan Ferdinand adalah Sebastian del Cano dan pencatat pelayaran, Pigafetta.
Pada 1519, kapal
besar itu berangkat meninggalkan pelabuhan Seville menuju ke horizon Barat.
Pelayaran itu amat sukar berikutan anak kapal tidak berpengalaman malah ada
jatuh sakit dan mati. Ramai memberontak dan meminta berpatah balik. Bagaimanapun
penentangan dan konflik yang tidak kunjung padam sepanjang pelayaran sedikit
terlerai apabila pelayaran menemui daratan di Barat, kapal itu sudah menjejaki
benua baru di Amerika Selatan, setahun kemudian. Pelayaran itu turut menemui
Selat Magallaes yang dinamakan sempena nama Ferdinand.
Tidak puas dengan
penemuan dunia baru itu, Ferdinand ingin meneruskan pelayaran ke Barat sehingga
konflik kembali tercetus di kalangan kelasi. Tanggapan bahawa bumi adalah leper
menyebabkan mereka khuatir pelayaran terus ke Barat menyebabkan mereka terjatuh
ke bawah dunia. Walaupun menerima tentangan, Ferdinand meneruskan perjalanan
dengan sokongan Panglima Awang. Pelayaran yang memasuki Lautan Pasifik kali itu
semakin mencetuskan pelbagai masalah. Beberapa kapal hilang malah krisis
bekalan makanan yang meruncing menyebabkan kelasi terpaksa memburu tikus dan
lipas sebagai makanan.
Penderitaan di
kelilingi lautan akhirnya berakhir apabila pada pertengahan 1521, tilikan
Panglima Awang menerusi teropong terlihat sesuatu seperti pohon kelapa dari
kejauhan. Berita itu disampaikan dan disambut gembira anak kapal bahawa
penderitaan mereka berakhir. Mereka tiba di Pulau Mazzava, Cebu, Filipina. Berlabuh
di situ, Panglima Awang merasakan telahannya yang pelayaran berterusan mereka
ke Barat sudah menemui dunia Timur adalah benar apabila mendapati pertuturan
penduduk pulau itu menyamai Bahasa Melayu. Jauh di sudut hati, dirasakan negeri
tanah tumpah darahnya iaitu Melaka semakin hampir.
Kepastian Panglima
Awang dan Ferdinand mengenai bumi adalah bulat dan pelayaran mereka ke Barat
sudah tembus ke Timur disampaikan kepada anak buah dan disambut gembira.
Bagaimanapun satu kesilapan dilakukan. Kegembiraan kelasi menyebabkan mereka
melepaskan bedilan meriam kononnya sebagai keraian tetapi tindakan itu
menyebabkan pemerintah Cebu, Raja Hamabun menyangka kehadiran kapal asing itu
adalah untuk berperang dan mereka memulakan serangan.
Dalam pertempuran
itu, Ferdinand dan ramai anak kapal terbunuh malah kapal Sepanyol itu
dihancurkan sehingga tinggal sebuah kapal saja iaitu Victoria yang sempat
meloloskan diri. Berikutan Panglima Awang berbangsa asing, Sabastian dipilih
selaku kapten tetapi dia tidak memiliki semangat dan pengalaman luas
menyebabkan tugas mengemudi pelayaran dilakukan mengikut arahan Panglima Awang.
Pandangan Panglima Awang bahawa mereka sudah hampir dengan Melaka ternyata
benar apabila melintasi tanah Semenanjung. Tetapi disebabkan khuatir diserang
Portugis yang menguasai Melaka lantaran Sepanyol adalah seteru Portugal, kapal
itu tidak singgah di tanah kelahiran Panglima Awang.
Tambahan pula mereka
sudah ‘melanggar’ perintah Pope dengan memasuki kawasan pelayaran orang
Portugis menyebabkan mereka menukarkan bendera Sepanyol kepada bendera Portugis
sebagai penyamaran dan meneruskan perjalanan pulang ke Sepanyol. Pelayaran
diteruskan dan berakhir apabila mereka tiba kembali di Sepanyol. Di hadapan
Raja Charles I, mereka menghadap mempersembahkan cerita besar pelayaran mereka
ke Barat sehingga pulang dari arah Timur.
Bagaimanapun raja
itu kecewa kerana bukan bukti besar itu yang dimahukannya, raja itu kepingin
harta dan tanah jajahan baru menerusi pelayaran itu. Memandangkan Panglima
Awang berbangsa asing, pengiktirafan sejarah itu diberikan kepada Ferdinand
walaupun Panglima Awang adalah orang yang bertanggungjawab menyelesaikan
ekspedisi mengelilingi bumi buat julung kalinya selepas Ferdinand gagal dan
mati di Cebu.
Pengiktirafan itu
turut menenggelamkan nama ‘Melayu’ selaku bangsa pertama yang mengelilingi bumi
seterusnya jasa Panglima Awang turut tidak diketahui ramai termasuk bangsa
Melayu.
“Mengikut catatan
novel sejarah Harun Aminurrashid, Panglima Awang akhirnya kembali semula ke
Melaka selepas bertahun berada di tanah asing,” kata Dr Tuah menamatkan kisah
perjalanan wira Melayu yang tidak didendang itu.
Kompas Panglima Awang
FAKTA Panglima Awang
Asal usul Panglima
Awang sebelum ditawan Portugis masih kekal misteri malah nama sebenarnya dalam
Melayu masih tidak diketahui. ‘Panglima Awang’ hanyalah gelaran diberikan Harun
Aminurrasid dalam catatannya mengenai sejarah lelaki itu. Selain ‘Panglima
Awang’, tokoh pahlawan Melayu itu turut dikenali sebagai ‘Enrique’, ‘Henry The
Black’, ‘Henrich’, ‘Ariberto’, ‘Espinosa’ dan pelbagai lagi mengikut sebutan
sesuatu bangsa.
Walaupun nama
Panglima Awang tidak tercatat dalam manuskrip sejarah Melayu, namanya tercatat
dalam catatan sejarah pelbagai bangsa asing. Antaranya catatan Itali
menyebutnya sebagai ‘seorang lelaki dari Melaka’ selain catatan Figafetta
mengenai pelayaran itu sekali gus membuktikan kewujudan tokoh itu. Bagaimanapun
ada juga ahli Barat yang cuba menutup sejarah kejayaan bangsa Melayu dengan
menafikan kewujudan Panglima Awang.
Pautan lain mengenai Enrique namun pengakhiran yang sedikit berbeda baca disini
Kenyataan Daripada
History Channel mengenai Enrique- Baca sini
Orang Pertama Keliling Dunia
Pejuang Melayu buktikan bumi bulat selepas terbabit dalam pelayaran bersama Ferdinand de Magellan dari Barat ke Timur
“MASYARAKAT
kita terlalu mengagungkan Barat; kita memandang hebat pelayar asing
seperti Vasco de Gama, Christopher Columbus dan Ferdinand de Magellan
sehingga melupakan sejarah siapa Panglima Awang.”
“Kita
lupa Panglima Awang adalah manusia pertama mengelilingi dunia. Beliau
adalah bangsa pertama membuktikan Bumi adalah bulat, bukannya Barat,”
kata penulis yang juga pakar motivasi, Dr HM Tuah Iskandar mengenai
peristiwa besar bangsa Melayu itu yang kini mulai hilang dari lembaran
sejarah negara ini.
Suasana hening di pejabatnya di Bandar Manjalara, Kuala Lumpur seolah-olah menggambarkan kesayuan yang terdetik di jiwanya tatkala mengenangkan sejarah Panglima Awang. Ada nada kesal dalam intonasi suaranya ketika menceritakan mengenai pahlawan Melayu itu.
Suasana hening di pejabatnya di Bandar Manjalara, Kuala Lumpur seolah-olah menggambarkan kesayuan yang terdetik di jiwanya tatkala mengenangkan sejarah Panglima Awang. Ada nada kesal dalam intonasi suaranya ketika menceritakan mengenai pahlawan Melayu itu.
Walaupun
Panglima Awang pernah menobatkan martabat bangsa di persada dunia,
anak-anak kecil hari ini sudah tidak mengenali jasa mahupun siapa lelaki
itu.
Jasa
Panglima Awang bukan kecil. Lelaki Melayu itu membuktikan tanggapan
bahawa bumi leper adalah salah. Beliau sebaliknya membuktikan bumi itu
bulat dan menghubungkan Timur dengan Barat.
“Sejarah
besar itu bermula ketika Portugis berjaya menakluk Melaka pada 1511,”
sambung Dr Tuah seterusnya memulakan kisah seorang pahlawan Melayu
digelar Panglima Awang atau Enrique dalam menyumbang sesuatu kepada
peradaban dunia, sebuah sejarah yang jarang diketahui ramai termasuk
bangsa Melayu sendiri.
Tewas
dalam usahanya menentang Portugis yang cuba menjajah tanah airnya iaitu
Melaka, anak muda digelar Panglima Awang dan ratusan lelaki Melaka
akhirnya ditawan dan disumbat ke dalam kapal besar milik bangsa Barat
itu.
Rakan-rakan
lain ramai yang terkorban ketika membela tanah watan, betapa gagah dan
meluapnya semangat mengusir penjajah, akhirnya Panglima Awang dan
rakan-rakannya tewas dengan kelengkapan senjata senapang dan meriam
Portugis.
Dalam
kesayuan mengenangkan hilangnya tanah air tercinta akibat dijajah,
pemuda Melaka dirantai tangan dan kaki mereka serta dikurung di dalam
kapal besar itu. Bagaimanapun Panglima Awang diasingkan kurungannya
daripada pemuda Melaka lain.
Kehebatan
dan keperkasaannya menyebabkan Wizurai Portugis, Alfonso de Albuquerque
menetapkan bahawa Panglima Awang adalah tawanan peribadinya sekali gus
hamba kepada dirinya seorang.
Selepas
beberapa lama, sauh diangkat dan kapal itu mula belayar membelah lautan
meninggalkan bumi Melaka menuju ke benua asing bersama tawanan dan
hasil rampasan perang. Kapal itu singgah di Goa dan sebahagian tawanan
dijual sebagai hamba di hentian itu. Seterusnya pelayaran diteruskan
menuju Lisbon, ibu negara Portugal.
Pelayaran
jauh yang memakan masa lama akhirnya merapatkan hubungan antara kapten
kapal, Ferdinand de Maggellan dengan Panglima Awang. Betapa lelaki
Portugis itu amat tertarik dengan perwatakan pemuda Melaka itu sehingga
Panglima Awang diberi keistimewaan dengan dilepaskan dari kurungan
manakala rantai di kaki dan tangannya dibuka. Panglima Awang diarah
menjadi kuli di atas kapal sepanjang pelayaran dengan syarat pemuda itu
tidak memberontak.
Ketika
itu jugalah Ferdinand menukarkan nama Melayu Panglima Awang kepada
‘Enrique’, bagi mengelakkan wujudnya diskriminasi kaum dan agama antara
masyarakat Portugis dan kelasi kapal lain dengan pemuda Melaka itu.
Setiba
di Lisbon, Ferdinand memastikan Panglima Awang terus bersamanya.
Persahabatan yang semakin erat menyebabkan kapten itu mengutuskan surat
kepada Alfonso memohon lelaki Melayu itu ‘dijual’ kepadanya.
Keizinan
diperoleh dan bermulalah hidup Panglima Awang di tanah asing yang jauh
berbeza budaya dan bentuk muka bumi berbanding Melaka. Panglima Awang
ditugaskan mengusahakan ladang epal di belakang rumah lelaki Portugis
itu.
Peribadi
mulia dan kegigihan ditunjukkan Panglima Awang semakin membuahkan
kepercayaan dan rasa hormat di hati Ferdinand malah turut menarik hati
adik lelaki asing itu iaitu Miriam. Hari yang terus berlalu mengeratkan
hubungan hati antara dua bangsa itu malah Ferdinand turut merestui
hubungan cinta berkenaan.
Sejarah
mengelilingi dunia bermula apabila Ferdinand melarikan diri ke Sepanyol
bersama Panglima Awang angkara fitnah pihak tertentu yang memusuhinya.
Kehebatan, kemahiran dan pengalaman luas selaku pelayar menyebabkan Raja
Portugal menghargai Ferdinand tetapi ia turut membenihkan hasad dengki
di kalangan musuh yang akhirnya memfitnah kapten kapal itu.
Bagaimanapun,
pelarian Ferdinand dan Panglima Awang ke Sepanyol diterima baik ketua
negara itu, Raja Charles I, lantaran reputasi Ferdinand selaku pelayar
hebat Portugal sememangnya dikenali dan dikagumi orang Sepanyol.
Di
Sepanyol, kemahiran dan pengalaman luas Ferdinand selaku pelayar
dimanfaatkan apabila Raja Charles I mengarahkan lelaki Portugis itu
belayar mencari tanah dan harta kepada Kerajaan Sepanyol.
Beberapa
tahun diperuntukkan untuk membuat persediaan sehingga beberapa kapal
berjaya dibina untuk ekspedisi itu dengan kapal terbesar dinamakan
‘Victoria’.
Cadangan
pelayaran Sepanyol itu akhirnya sampai ke pengetahuan pemimpin
tertinggi Kristian seluruh dunia ketika itu iaitu Pope di Rom. Pope
mensyaratkan jika Sepanyol ingin belayar, mereka tidak boleh lagi
menghala ke Timur kerana ia sudah diperuntukkan kepada Portugis.
Sebaliknya Sepanyol perlu belayar ke Barat.
Tindakan
itu menimbulkan kekhuatiran di kalangan ramai kelasi kerana pelayaran
ke Barat masih belum banyak diterokai. Akibatnya, tanpa kelasi,
Ferdinand terpaksa mengambil banduan sebagai anak kapal dengan tawaran
kebebasan dan kemewahan jika mereka mengikuti pelayaran itu. Selain
Panglima Awang, seorang lagi orang kanan Ferdinand adalah Sebastian del
Cano dan pencatat pelayaran, Pigafetta.
Pada
1519, kapal besar itu berangkat meninggalkan pelabuhan Seville menuju
ke horizon Barat. Pelayaran itu amat sukar berikutan anak kapal tidak
berpengalaman malah ada jatuh sakit dan mati. Ramai memberontak dan
meminta berpatah balik.
Bagaimanapun
penentangan dan konflik yang tidak kunjung padam sepanjang pelayaran
sedikit terlerai apabila pelayaran menemui daratan di Barat, kapal itu
sudah menjejaki benua baru di Amerika Selatan, setahun kemudian.
Pelayaran itu turut menemui Selat Magallaes yang dinamakan sempena nama
Ferdinand.
Tidak
puas dengan penemuan dunia baru itu, Ferdinand ingin meneruskan
pelayaran ke Barat sehingga konflik kembali tercetus di kalangan kelasi.
Tanggapan bahawa bumi adalah leper menyebabkan mereka khuatir pelayaran
terus ke Barat menyebabkan mereka terjatuh ke bawah dunia.
Walaupun
menerima tentangan, Ferdinand meneruskan perjalanan dengan sokongan
Panglima Awang. Pelayaran yang memasuki Lautan Pasifik kali itu semakin
mencetuskan pelbagai masalah. Beberapa kapal hilang malah krisis bekalan
makanan yang meruncing menyebabkan kelasi terpaksa memburu tikus dan
lipas sebagai makanan.
Penderitaan
di kelilingi lautan akhirnya berakhir apabila pada pertengahan 1521,
tilikan Panglima Awang menerusi teropong terlihat sesuatu seperti pohon
kelapa dari kejauhan. Berita itu disampaikan dan disambut gembira anak
kapal bahawa penderitaan mereka berakhir. Mereka tiba di Pulau Mazzava,
Cebu, Filipina.
Berlabuh
di situ, Panglima Awang merasakan telahannya yang pelayaran berterusan
mereka ke Barat sudah menemui dunia Timur adalah benar apabila mendapati
pertuturan penduduk pulau itu menyamai Bahasa Melayu. Jauh di sudut
hati, dirasakan negeri tanah tumpah darahnya iaitu Melaka semakin
hampir.
Kepastian
Panglima Awang dan Ferdinand mengenai bumi adalah bulat dan pelayaran
mereka ke Barat sudah tembus ke Timur disampaikan kepada anak buah dan
disambut gembira. Bagaimanapun satu kesilapan dilakukan.
Kegembiraan
kelasi menyebabkan mereka melepaskan bedilan meriam kononnya sebagai
keraian tetapi tindakan itu menyebabkan pemerintah Cebu, Raja Hamabun
menyangka kehadiran kapal asing itu adalah untuk berperang dan mereka
memulakan serangan.
Dalam
pertempuran itu, Ferdinand dan ramai anak kapal terbunuh malah kapal
Sepanyol itu dihancurkan sehingga tinggal sebuah kapal saja iaitu
Victoria yang sempat meloloskan diri. Berikutan Panglima Awang berbangsa
asing, Sabastian dipilih selaku kapten tetapi dia tidak memiliki
semangat dan pengalaman luas menyebabkan tugas mengemudi pelayaran
dilakukan mengikut arahan Panglima Awang.
Pandangan
Panglima Awang bahawa mereka sudah hampir dengan Melaka ternyata benar
apabila melintasi tanah Semenanjung. Tetapi disebabkan khuatir diserang
Portugis yang menguasai Melaka lantaran Sepanyol adalah seteru Portugal,
kapal itu tidak singgah di tanah kelahiran Panglima Awang.
Tambahan
pula mereka sudah ‘melanggar’ perintah Pope dengan memasuki kawasan
pelayaran orang Portugis menyebabkan mereka menukarkan bendera Sepanyol
kepada bendera Portugis sebagai penyamaran dan meneruskan perjalanan
pulang ke Sepanyol.
Pelayaran
diteruskan dan berakhir apabila mereka tiba kembali di Sepanyol. Di
hadapan Raja Charles I, mereka menghadap mempersembahkan cerita besar
pelayaran mereka ke Barat sehingga pulang dari arah Timur.
Bagaimanapun
raja itu kecewa kerana bukan bukti besar itu yang dimahukannya, raja
itu kepingin harta dan tanah jajahan baru menerusi pelayaran itu.
Memandangkan
Panglima Awang berbangsa asing, pengiktirafan sejarah itu diberikan
kepada Ferdinand walaupun Panglima Awang adalah orang yang
bertanggungjawab menyelesaikan ekspedisi mengelilingi bumi buat julung
kalinya selepas Ferdinand gagal dan mati di Cebu.
Pengiktirafan
itu turut menenggelamkan nama ‘Melayu’ selaku bangsa pertama yang
mengelilingi bumi seterusnya jasa Panglima Awang turut tidak diketahui
ramai termasuk bangsa Melayu.
“Mengikut
catatan novel sejarah Harun Aminurrashid, Panglima Awang akhirnya
kembali semula ke Melaka selepas bertahun berada di tanah asing,” kata
Dr Tuah menamatkan kisah perjalanan wira Melayu yang tidak didendang
itu.
FAKTA Panglima Awang
Asal usul Panglima Awang sebelum ditawan Portugis masih kekal misteri malah nama sebenarnya dalam Melayu masih tidak diketahui.
‘Panglima
Awang’ hanyalah gelaran diberikan Harun Aminurrasid dalam catatannya
mengenai sejarah lelaki itu. Selain ‘Panglima Awang’, tokoh pahlawan
Melayu itu turut dikenali sebagai ‘Enrique’, ‘Henry The Black’,
‘Henrich’, ‘Ariberto’, ‘Espinosa’ dan pelbagai lagi mengikut sebutan
sesuatu bangsa.
Walaupun
nama Panglima Awang tidak tercatat dalam manuskrip sejarah Melayu,
namanya tercatat dalam catatan sejarah pelbagai bangsa asing. Antaranya
catatan Itali menyebutnya sebagai ‘seorang lelaki dari Melaka’ selain
catatan Figafetta mengenai pelayaran itu sekali gus membuktikan
kewujudan tokoh itu.
Bagaimanapun ada juga ahli Barat yang cuba menutup sejarah kejayaan bangsa Melayu dengan menafikan kewujudan Panglima Awang.
PROFIL
Nama sebenar: Tidak diketahui
Gelaran: Panglima Awang, Enrique, Henry The Black, Henrich, Ariberto, Espinosa.
Asal: Melaka (lahir sekitar zaman kejatuhan Melaka)
Bangsa: Melayu
Sumbangan: Manusia pertama mengelilingi dunia dan membuktikan Bumi adalah bulat.
Gelaran: Panglima Awang, Enrique, Henry The Black, Henrich, Ariberto, Espinosa.
Asal: Melaka (lahir sekitar zaman kejatuhan Melaka)
Bangsa: Melayu
Sumbangan: Manusia pertama mengelilingi dunia dan membuktikan Bumi adalah bulat.
Oleh Nasron Sira Rahim
AMUKANMELAYU - Sejarah yang kini terbuka selepas beratus tahun di sembunyikan...
AMUKANMELAYU - Sejarah yang kini terbuka selepas beratus tahun di sembunyikan...