,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Sunday 18 May 2014

PAS - PEMBOHONG APA SAJA


PAS DISERANG PENYAKIT SINDROM PENAFIAN LAGI?

17 MEI: Penyakit sindrom penafian (denial syndrome) yang diburukkan masalah hilang ingatan PAS mungkin agaknya kembali menyerang parti berkenaan di Bukit Gelugor, Pulau Pinang, selepas kali terakhir diserang ketika pendakwah bebas, Ustaz Kazim Elias ditawarkan untuk menjadi Ahli  Majlis Tertinggi UMNO pada November tahun lalu.
Dua penyakit itu memaksa ahlinya yang berhasrat menjadi calon Bebas pada pilihan raya kecil (PRK) Parlimen kawasan itu Mohamed Nabi Bux Mohd Nabi Abdul Sathar terpaksa bertegas menyatakan beliau adalah ahli PAS.
Mohamed Nabi, 63, percaya pemimpin parti yang dianggotainya itu enggan mengakui hakikat berkenaan kerana khuatir penyokong PAS di Parlimen Bukit Gelugor akan menyokong beliau pada PRK 25 Mei nanti, sedangkan mereka sudah berjanji akan menyokong dan membantu calon DAP, Ramkarpal Singh.
Mohamad Nabi Bux
Mohamed Nabi - Ahli PAS yang di nafikan Keahliannya

Namun Mohamed Nabi berkata beliau tidak kisah dengan tindakan pemimpin tertinggi PAS menafikan keanggotannya kerana mempunyai bukti yang sahih dan jelas bahawa beliau adalah anggota parti itu.
“Saya ada baca dalam akhbar hari ini bahawa Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali masih menafikan keahlian saya.
“Memang sedih tetapi saya sebenarnya percaya pemimpin tertinggi parti itu sekarang ini sudah melatah dan takut mengakuinya,” katanya ketika ditemui pemberita selepas berkempen di Flat Kampung Melayu, di Air Itam, George Town, Sabtu.
Isu kesahihan keahlian Mohamed Nabi dalam PAS mula diperkatakan sejak beliau menawarkan diri untuk bertanding pada pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gelugor dan berhasrat melaksanakan hukum hudud di Pulau Pinang menjelang 2020.
Dalam PRK Bukit Gelugor 25 Mei ini, selain Ramkarpal, Mohamed Nabi akan berdepan dengan Naib Presiden Parti Cinta Malaysia, Datuk Huan Cheng Guan, serta seorang lagi calon Bebas Abu Backer Sidek Mohamad Zan.
Sementara itu agensi berita Bernama melaporkan, bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Hassan Ali ketika dihubungi berkata, umumnya jika seseorang mempunyai sijil perakuan anggota PAS, beliau adalah sah anggota parti itu kecuali keahliannya dibatalkan atas sebab-sebab tertentu.
Pada 1 Disember tahun lalu, PAS yang digegarkan berita Ustaz Kazim ditawarkan lantik ahli Majlis Tertinggi UMNO tidak senang hati lalu mengeluarkan kenyataan mendakwa beliau masih ahli parti itu.
ustaz kazim jumpa pm
Ustaz Kazim ketika tiba di Parlimen untuk berjumpa Najib pada 2 Disember 2013

Kenyataan melalui Dewan Pemuda PAS Perak mengesahkan Mohammad Kazim Elias adalah Ahli parti itu sejak beliau mendaftarkan diri pada 17 Julai 1998 dengan nombor keahlian 0475276 di PAS Kawasan Tambun dan PAS Cawangan Kampung Manjoi.
Namun PAS kemudian membuat satu lagi kejutan apabila mendakwa sebenarnya Ustaz Kasim sudah dipecat dan usul pemecatannya diluluskan sebulat suara dalam Muktamar Dewan Ulamak PAS negeri Perak pada 14 Mei 2011 di Markas Tarbiyah Air Kuning, Perak.
Bagaimanapun ketika PAS masih bercelaru dan keliru, Ustaz Kazim sendiri selepas satu pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Parlimen pada 2 Disember 2013 mengumumkan keluar dari PAS sama ada beliau sudah dipecat atau tidak oleh parti itu.
Bercakap kepada media selepas pertemuan dengan Najib itu, Ustaz Kazim berkata beliau amat kesal dan kecewa kerana pemimpin PAS memburuk-burukkan beliau termasuk dipanggil ‘kambing yang akan dimakan serigala’ serta ‘anak babi’.
Menurutnya, fitnah dan tohmahan itu semakin menjadi-jadi selepas dirinya ditawarkan sebagai ahli Majlis Tertinggi UMNO sehingga ada yang sanggup menggelarnya sebagai binatang, munafik dan barua UMNO walau beliau tidak menerima lantikan berkenaan.-bnbbc.my


AMUKANMELAYU - Tiada apa lagi yang nak di harapkan pada UMNO dan PAS......