SYEIKH Abdul Samad al-Falimbani dilahirkan pada 1116 H/1704 M, di 
Palembang, meninggal di Pattani, Thailand pada 1832. Nama lengkapnya 
ialah Abdul Samad bin Abdullah al-Jawi al-Falimbani. Sementara itu, 
sumber Arab pula menamakannya sebagai Sayyid Abdul al-Samad bin Abdul 
Rahman al-Jawi. Abdul Samad adalah panglima perang Pattani dan Kedah 
melawan tentara Siam (1828-1832).
Karya-karya dan al-Falimbani dalam bidang penulisan amat banyak, di antara karyanya ialah: Zuhrah al-Murid fi Bayan Kalimah al-Tauhid, Hidayah al-Salikin Fi Suluk Maslak al-Muttaqin, Tuhfat al-Raghibin fi Bayan Haqiqat Iman al-Mukminin, Al-’Urwah al-Wusqa wa Silsilah Ulil-Ittiqa’, Ratib ‘Abdal-Samad, Zad al-Muttaqin fi Tauhid Rabb al-’Alamin.
Tentang nama lengkap Syeikh Al-Falimbani, yang tercatat dalam sejarah, ada tiga versi nama. Yang pertama, seperti yang diungkapkan dalam Ensiklopedia Islam, beliau bernama Abdus Samad Al-Jawi Al-Falembani. Versi kedua, merujuk pada sumber-sumber Melayu, sebagaimana ditulis oleh Azyumardi Azra dalam bukunya Jaringan Ulama Timur Tengah dan Kepulauan Nusantara Abad XVII dan XVIII (Mizan: 1994), ulama besar ini memiliki nama asli Abdul Samad bin Abdullah Al-Jawi Al-Falembani.
Sementara versi terakhir, tulisan Rektor UIN Jakarta itu, bahawa apabila merujuk pada sumber-sumber Arab, nama lengkap Syeikh Al-Falembani ialah Sayyid Abdus Al-Samad bin Abdurrahman Al-Jawi. Dari ketiga nama itu yang diyakini sebagai nama Abdul Samad, Azyumardi berpendapat bahwa nama terakhirlah yang disebut Syeikh Abdul Samad.
Berkaitan dengan ajaran tasawufnya, Syeikh Al-Palembani mengambil jalan tengah antara doktrin tasawuf Imam Al-Ghazali dan ajaran ‘wahdatul wujud’ Ibnu Arabi; bahwa manusia sempurna (insan kamil) adalah manusia yang memandang hakikat Yang Maha Esa itu dalam fenomena alam yang serba aneka dengan tingkat makrifat tertinggi, sehingga mampu ‘melihat’ Allah SWT sebagai ‘penguasa’ mutlak.
Di Nusantara, khususnya di Indonesia, pengaruh Al-Palembani dianggap cukup besar, khususnya berkaitan dengan ajaran tasawuf. Banyak meriwayatkan cerita yang menarik ketika Sheikh Abdus Shamad berada di negerinya Palembang. Oleh karena rasa bencinya kepada Belanda, ditambah pula dengan peristiwa di atas kapal itu, beliau bertambah kecewa karena melihat pihak Belanda yang kafir telah memegang pemerintahan di lingkungan Islam dan tiada kuasa sedikit pun bagi Sultan.
Maka beliau merasa tidak betah untuk tinggal di Palembang walaupun beliau kelahiran negeri itu. Sheikh Abdus Shamad mengambil keputusan sendiri tanpa musyawarah dengan siapa pun, semata-mata memohon petunjuk Allah dengan melakukan salat istikharah. Keputusannya, beliau mesti meninggalkan Palembang, kembali ke Makkah.
Lantaran anti Belanda, beliau tidak mau menaiki kapal Belanda sehingga terpaksa menebang kayu di hutan untuk membuat perahu bersama-sama orang-orang yang patuh sebagai muridnya. Walaupun sebenarnya beliau bukanlah seorang tukang yang pandai membuat perahu, namun beliau sanggup mereka bentuk perahu itu sendiri untuk membawanya ke Makkah. Tentunya ada beberapa orang muridnya mempunyai pengetahuan membuat perahu seperti itu. Ini membuktikan Sheikh Abdus Shamadal-Falimbani telah menunjukkan keteguhan pegangan, tawakal adalah merupakan catatan sejarah yang tidak dapat dilupakan.
Karya Sheikh Abdus Shamad al-Falimbani tidak sebanyak karya sahabatnya, Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani. Ini karena Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani memperoleh ilmu pengetahuan dalam usia muda dan umurnya juga panjang. Sedangkan Sheikh Abdus Shamad al-Falimbani, maupun Sheikh Muhammad Arsyad bin Abdullah al-Banjari umumnya jauh lebih tua daripada Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani bahkan boleh dijadikan ayahnya. Walau bagaimanapun, Sheikh Abdus Shamad al-Falimbani dan Sheikh Muhammad Arsyad al-Banjari termasuk dalam klasifikasi pengarang yang produktif. (fed/berbagi sumber)

LEMBARAN
 akhir kitab Siyarus Salikin dinyatakan diselesaikan di Taif pada tahun 
1203 Hijrah. SHEIKH Abdus Shamad al-Falimbani adalah seorang ulama sufi 
yang agung di Nusantara, beliau sangat anti terhadap penjajah dan ia 
telah menunjukkan kesanggupan luar biasa untuk berjuang demi ketinggian 
Islam semata-mata. 
Prof. Dr. Hamka
 menyebut dalam salah satu karangannya, bahawa setelah belajar di Mekah,
 Sheikh Abdus Shamad Palembang tidak pernah kembali ke tanah airnya 
Palembang, lantaran bencinya terhadap penjajah Belanda. 
Sebagaimana
 disebutkan bahawa yang sebenarnya menurut khabar yang mutawatir, dan 
bukti-bukti bertulis bahawa Sheikh Abdus Shamad al-Falimbani pulang buat
 kali pertamanya ke Nusantara bersama-sama sahahat-sahabatnya iaitu 
Sheikh Muhammad Arsyad bin Abdullah al-Banjari, Sheikh Abdul Wahab 
Sadenreng Daeng Bunga Bugis, Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani, dan 
Sheikh Abdur Rahman al-Masri.
Diceritakan
 oleh Sheikh Abdur Rahman Shiddiq al-Banjari dalam Syajaratul 
Arsyadiyah, bahawa gurunya menasihati mereka jika ke Mesir untuk 
mendalami ilmu pengetahuan, hal itu akan mengecewakan kerana Sheikh 
Abdus Shamad dan Sheikh Muhammad Arsyad Banjar itu bukan layak menjadi 
mahasiswa, akan tetapi layak menjadi mahaguru. 
Di
 Mesir adalah sukar mencari ulama yang lebih tinggi pengetahuannya 
daripada ulama-ulama yang berasal Jawi itu. Tetapi gurunya tidak 
melarang maksud suci itu, namun gurunya itu menegaskan jika ke Mesir 
hanya ingin bertemasya melihat keindahan dan peninggalan-peninggalan 
kuno khas Mesir, hal itu adalah merupakan suatu ilmu pengetahuan 
perbandingan pula. 
Sheikh
 Abdus Shamad dan kawan-kawan dikatakan sempat ke Mesir tetapi bukan 
belajar di sana melainkan ingin mengunjungi lembaga-lembaga pendidikan 
di Mesir ketika itu. Mereka bukan saja ke Kaherah tetapi termasuk 
beberapa kota kecil, bahkan sampai ke pedalaman dan di hulunya. Banyak 
madrasah dan sistem pendidikannya menjadi perhatian mereka bahawa mereka
 bercita-cita menerapkan kaedah Mesir yang agak berbeza dengan kaedah 
pendidikan di Pattani. 
Sekembali
 dari Mesir, mereka tidak tinggal lama di Mekah mahupun Madinah. Setelah
 diizinkan oleh Sheikh Muhammad bin Abdul Karim as-Samman, maka mereka 
berangkat menuju ke Jeddah. Dari Jeddah mereka menumpang sebuah perahu 
layar, pulang ke tanah air. Berbulan-bulan di laut sampailah mereka di 
Pulau Pinang. Mereka kemudian menziarahi Kedah dan Perak, kemudian 
melalui jalan darat terus ke Singapura. 
Sheikh
 Daud bin Abdullah al-Fathani walaupun telah dekat dengan negerinya 
Pattani namun beliau tidak pulang tetapi disebabkan semangat 
setiakawannya, beliau mengikuti teman-temannya ke Singapura.
Sheikh
 Daud bin Abdullah al-Fathani hanya sampai di Singapura saja, tetapi 
dalam riwayat lain ada yang mengatakan beliau menghantar sampai ke 
Betawi. Sheikh Abdus Shamad al-Falimbani dan Sheikh Muhammad Arsyad 
meneruskan pelayaran ke Betawi (Jakarta).
Setelah
 di Betawi, pada satu hari Jumaat, mereka sembahyang di Masjid Kampung 
Sawah Jambatan Lima, Betawi. Walaupun masjid itu telah lama didirikan, 
menurut Sheikh Abdus Shamad al-Falimbani, dan Sheikh Muhammad Arsyad bin
 Abdullah al-Banjari bahawa adalah arah ke kiblat masjid itu tidak tepat
 sebagaimana semestinya.
Orang
 yang hadir dalam masjid itu sangat hairan melihat mereka melakukan 
solat tahiyatul masjid jauh miring dari seperti apa yang dikerjakan oleh
 orang lain. Lalu ada yang bertanya dan dijawab oleh mereka bahawa arah 
kiblat menurut biasa itu adalah tidak tepat, dan yang betulnya seperti 
yang mereka lakukan dan. Maka, berlaku sedikit salah faham antara mereka
 dan hadirin tersebut. 
Dengan
 tangkas Sheikh Muhammad Arsyad bin Abdullah al-Banjari maju kemuka. Ia 
berdiri di depan sekali, diangkatkannya tangannya ke arah hadirin majlis
 Jumaat hari itu, sangat aneh dan ajaib sekali tiba-tiba saja yang hadir
 itu langsung dapat melihat Kaabatullah ke arah lurus tangan Sheikh 
Muhammad Arsyad itu. Suasana tenang kembali, tiada siapa berani 
membantah.
Khalayak
 ramai maklum bahawa orang-orang yang melakukan solat tahiyatul masjid 
yang berbeza dengan mereka itu adalah para wali Allah yang ditugaskan 
Wali Quthub Sheikh Muhammad bin Abdul Karim as-Samman yang terkenal itu.
 Kononnya, mulai hari Jumaat itu arah kiblat diubah atau diperbetulkan 
dengan dibuat garis merah sebagai tandanya. 
Peristiwa
 itu akhirnya diketahui penguasa Belanda, selaku kuasa penjajah pada 
zaman itu. Belanda menangkap Sheikh Abdus Shamad al-Falimbani, Sheikh 
Muhammad Arsyad al-Banjari, dan Sheikh Abdul Wahab Bugis dan mereka 
dituduh sebagai pengacau keamanan. Mereka dibawa ke atas sebuah kapal 
yang sedang berlabuh di Betawi, di atas kapal itulah mereka disoal, 
dihujani dengan pelbagai pertanyaan yang sukar dijawab. Akan tetapi 
pihak Belanda sangat mengagumi pengetahuan mereka sehingga setelah tiga 
hari tiga malam, barulah mereka dibebaskan begitu saja.
Setelah
 peristiwa itu barulah mereka kembali ke tempat kelahiran masing-masing.
 Sheikh Abdus Shamad al-Falimbani pulang ke Palembang, Sheikh Muhammad 
Arsyad al-Banjari pulang ke Banjar, kemudian Sheikh Abdul Wahab Bugis 
juga ke Banjar mengikut Sheikh Muhammad Arsyad al-Banjari. 
Ramai
 meriwayatkan cerita yang menarik ketika Sheikh Abdus Shamad berada di 
negerinya Palembang. Oleh kerana rasa bencinya kepada Belanda, ditambah 
pula dengan peristiwa di atas kapal itu, beliau bertambah kecewa kerana 
melihat pihak Belanda yang kafir telah memegang pemerintahan di 
lingkungan Islam dan tiada kuasa sedikit pun bagi Sultan. 
Maka
 beliau rasa tidak betah untuk diam di Palembang walaupun beliau 
kelahiran negeri itu. Sheikh Abdus Shamad mengambil keputusan sendiri 
tanpa musyawarah dengan siapa pun, semata-mata memohon petunjuk Allah 
dengan melakukan solat istikharah. Keputusannya, beliau mesti 
meninggalkan Palembang, mesti kembali ke Mekah semula. 
Lantaran
 terlalu anti Belanda, beliau tidak mahu menaiki kapal Belanda sehingga 
terpaksa menebang kayu di hutan untuk membuat perahu bersama-sama 
orang-orang yang patuh sebagai muridnya. Walaupun sebenarnya beliau 
bukanlah seorang tukang yang pandai membuat perahu, namun beliau sanggup
 mereka bentuk perahu itu sendiri untuk membawanya ke Mekah. Tentunya 
ada beberapa orang muridnya mempunyai pengetahuan membuat perahu seperti
 itu.
Ini
 membuktikan Sheikh Abdus Shamadal-Falimbani telah menunjukkan keteguhan
 pegangan, tawakal adalah merupakan catatan sejarah yang tidak dapat 
dilupakan.
Pulang ke nusantara buat kali kedua 
Setelah
 perahu siap dan kelengkapan pelayaran cukup, maka berangkatlah Sheikh 
Abdus Shamad al-Falimbani dari Palembang menuju Mekah dengan beberapa 
orang muridnya. Selama di Mekah, beliau bergiat dalam pengajaran dan 
penulisan kitab-kitab dalam beberapa bidang pengetahuan keislaman, 
terutamanya tentang tasauf, fikah, usuluddin dan lain-lain. 
Untuk
 menunjukkan sikap antinya kepada penjajah, dikarangnya sebuah buku 
tentang jihad. Buku yang penting itu berjudul Nasihatul Muslimin wa 
Tazkiratul Mu’minin fi Fadhail Jihadi fi Sabilillah wa Karamatul 
Mujtahidin fi Sabilillah. 
Kegiatan-kegiatannya di bidang penulisan akan dibicarakan pada bahagian lain. 
Di
 sini terlebih dahulu diceritakan kepulangan beliau ke nusantara untuk 
kali kedua. Kepulangan Sheikh Abdus Shamad al-Falimbani kali ini tidak 
ke Palembang tetapi ke Kedah. Saudara kandungnya Sheikh Wan Abdul Qadir 
bin Sheikh Abdul Jalil al-Mahdani ketika itu ialah Mufti Kerajaan Kedah.
 Seorang lagi saudaranya, Sheikh Wan Abdullah adalah pembesar Kedah 
dengan gelar Seri Maharaja Putera Dewa.
Meskipun
 Sheikh Abdus Shamad al-Falimbani lama menetap di Mekah, namun hubungan 
antara mereka tidak pernah terputus. Sekurang-kurangnya mereka berutus 
surat setahun sekal, iaitu melalui mereka yang pulang selepas 
melaksanakan ibadah haji. 
Selain
 hubungan beliau dengan adik-beradik di Kedah, Sheikh Abdus Shamad 
al-Falimbani turut membina hubungan dengan kaum Muslimin di seluruh Asia
 Tenggara. Pada zaman itu hampir semua orang yang berhasrat mendalami 
ilmu tasauf terutama di sektor Tarekat Sammaniyah, Tarekat Anfasiyah dan
 Tarekat Khalwatiyah menerima ilmu daripada beliau. 
Beliau
 sentiasa mengikuti perkembangan di Tanah Jawi (dunia Melayu) dengan 
menanyakan kepada pendatang-pendatang dari Pattani, Semenanjung Tanah 
Melayu, dan negeri-negeri Nusantara yang di bawah penjajahan Belanda 
(pada zaman itu masih disebut Hindia Belanda). 
Ini
 terbukti dengan pengiriman dua pucuk surat kepada Sultan Hamengkubuwono
 I, Sultan Mataram dan kepada Susuhunan Prabu Jaka atau Pangeran 
Singasari Putera Amengkurat IV. Surat-surat tersebut jatuh ke tangan 
Belanda di Semarang (tahun 1772 M). 
Sheikh
 Abdus Shamad al-Falimbani telah lama bercita-cita untuk ikut serta 
dalam salah satu peperangan/pemberontakan melawan penjajah. Namun 
setelah dipertimbangkan, beliau lebih tertarik membantu umat Islam di 
Pattani dan Kedah melawan keganasan Siam yang beragama Buddha.
Sebelum
 perang itu terjadi, Sheikh Wan Abdul Qadir bin Sheikh Abdul Jalil 
al-Mahdani, Mufti Kedah mengirim sepucuk surat kepada Sheikh Abdus 
Shamad di Mekah. Surat itu membawa maksud agar diumumkan kepada kaum 
Muslimin yang berada di Mekah bahawa umat Islam Melayu Pattani dan Kedah
 sedang menghadapi jihad mempertahankan agama Islam dan watan (tanah 
air) mereka. 
Dalam
 peperangan itu, Sheikh Abdus Shamad al-Falimbani memegang peranan 
penting dengan beberapa panglima Melayu lainnya. Ada catatan menarik 
mengatakan beliau bukan berfungsi sebagai panglima sebenarnya tetapi 
beliau bertindak sebagai seorang ulama sufi yang sentiasa berwirid, 
bertasbih, bertahmid, bertakbir dan berselawat setiap siang dan malam. 
Banyak
 orang menuduh bahawa orang sufi adalah orang-orang jumud yang tidak 
menghiraukan dunia. Tetapi jika kita kaji beberapa biografi ulama sufi, 
termasuk Sheikh Abdus Shamad yang diriwayat ini adalah orang-orang yang 
bertanggungjawab mempertahankan agama Islam dan tanah air dari hal-hal 
yang dapat merosakkan Islam itu. 
Golongan
 ini adalah orang yang berani mati dalam menegakkan jihad fi sabililah. 
Mereka tidak terikat dengan sanak keluarga, material duniawi, pangkat 
dan kedudukan dan sebagainya, mereka semata-mata mencintai Allah dan 
Rasul dari segala apa pun juga. 
Kepulangan
 Sheikh Abdus Shamad al-Falimbani ke Kedah memang pada awalnya bertekad 
demi jihad, bukan kerana mengajar masyarakat mengenai hukum-hukum 
keislaman walaupun beliau pernah mengajar di Mekah. Dipendekkan kisah 
akhirnya Sheikh Abdus Shamad al-Falimbani dan rombongan pun berangkat 
menuju ke Pattani yang bergelar ‘Cermin Mekah’. 
Sayangnya kedatangan beliau agak terlambat, pasukan Pattani telah hampir lemah dengan keganasan Siam. 
Sementara
 itu, Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani dan pengikut-pengikutnya telah
 mengundurkan diri ke Pulau Duyung, Terengganu untuk menyusun semula 
langkah perjuangan. 
Pattani
 telah patah dan kekuatan lenyap dengan itu Sheikh Abdus Shamad pun 
berkhalwat di salah sebuah masjid di Legor. Ada orang mengatakan beliau 
berkhalwat di Masjid Kerisik yang terkenal dengan ‘Pintu Gerbang Hang 
Tuah’ itu. 
Para
 pengikut tasauf percaya di sanalah beliau menghilang diri tetapi bagi 
kalangan bukan tasauf, perkara ini adalah mustahil dan mereka lebih 
percaya bahawa beliau telah mati dibunuh oleh musuh-musuh Islam. 
Mengenai
 tahun peperangan yang terjadi antara Kedah dengan Siam, dalam Al-Tarikh
 Salasilah Negeri Kedah menyebut bahawa kejadian tersebut berlaku pada 
1244 H bersamaan dengan 1828 M. Sungguhpun demikian, seorang ahli 
sejarah Kedah, Hj. Wan Shamsuddin, berpendapat bahawa kemuncak 
peperangan terjadi ialah pada 1254 H/1838 M, iaitu 10 tahun kemudian 
dari yang disebut oleh Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah itu. Oleh itu, 
yang mana yang lebih tepat antara 1244 H/1828 M atau 1254 H/1838 M, 
perlu kepada penyelidikan lanjut.
Kesimpulannya,
 kembalinya Sheikh Abdus Shamad al-Falimbani untuk kali yang kedua itu 
adalah juga merupakan tahun kepulangannya beliau ke rahmatullah sebagai 
seorang ‘syuhada’.
Koleksi tulisan Allahyarham WAN MOHD. SHAGHIR ABDULLAH
AMUKANMELAYU - Pejuang akan meninggalkan Pusara tanpa Nisan 