 Llebih dikenali sebagai Seman di kampung halamanya, Tok Bahaman adalah seorang yang pandai 
bersilat dan juga mempunyai ilmu kebal . Kelebihan yang dimilikinya ini 
menyebabkan beliau digelar sebagai 'Seman Tahan' oleh penduduk di 
sekitar kawasan itu. Nama 'Seman Tahan' semakin hari semakin masyur di 
kalangan penduduk di sepanjang sungai yang tidak bernama ketika itu 
sehinggakan sungai itu diberi nama Sungai Seman Tahan dan seterusnya 
menjadi tempat persinggahan British.
Llebih dikenali sebagai Seman di kampung halamanya, Tok Bahaman adalah seorang yang pandai 
bersilat dan juga mempunyai ilmu kebal . Kelebihan yang dimilikinya ini 
menyebabkan beliau digelar sebagai 'Seman Tahan' oleh penduduk di 
sekitar kawasan itu. Nama 'Seman Tahan' semakin hari semakin masyur di 
kalangan penduduk di sepanjang sungai yang tidak bernama ketika itu 
sehinggakan sungai itu diberi nama Sungai Seman Tahan dan seterusnya 
menjadi tempat persinggahan British. Perang Semantan ini dipimpin oleh seseorang pembesar bernama Dato' Bahaman . Punca utama pemberontakan ini ialah rasa tidak puas hati orang-orang Besar Pahang , terutamanya sekali Dato' Bahaman (Orang Kaya Semantan) terhadap campur tangan British ke atas kawasannya.
Sebenarnya ketegangan di antara Dato' Bahaman dengan pihak British telah bermula sejak tahun 1890 lagi tetapi ketegangan itu memuncak pada tahun 1891. Ketegangan itu bermula pada bulan Disember 1890 bilamana Dato' Bahaman dikatakan telah marah dan mengata-ngata E.A Wise (Pegawai Jajahan Temerloh) kerana E.A Wise hendak mendirikan sebuah balai polis di Lubuk Terua iaitu satu tempat yang termasuk dalam kawasan Dato' Bahaman , tanpa terlebih dahulu berunding dengannya .
Apabila Hugh Clifford ( Pemangku Residen British Pahang ketika itu ) mengetahui hal tersebut , beliau telah menasihatkan Sultan dan baginda kemudiannya memanggil Dato' Bahaman supaya pergi ke Pekan agar perkara itu dapat disiasat . Oleh kerana Dato' Bahaman enggan ke Pekan , Sultan telah mengeluarkan surat perintah yang melucutkan pangkat dan tarafnya sebagai Orang Kaya Semantan .
Tindakan melucutkan pangkat dan taraf itu menyakitkan hati Dato' Bahaman . Keadaan ini menyebabkan Dato' Bahaman dan pengikut-pengikutnya menyerang hendap C.E.M Deaborough dan pengikut-pengikutnya pada 15 Disember 1891 ketika mereka sedang mudik Sungai Semantan. Serangan itu dilakukan oleh Dato' Bahaman kerana ia menyangka Desborough datang untuk menangkapnya.
Dalam serangan yang mengejut itu , pihak Desborough telah kalah dan beliau melarikan diri ke Bandar Temerloh . Setelah mengetahui peristiwa di Semantan itu , pegawai-pegawai British di seluruuh Pahang mula sibuk mengatur tentera mereka untuk melawan orang-orang Melayu yang menentang British .Ekoran dari itu , pada 21 Disember 1891 , satu pasukan yang diketuai oleh Clifford dan Tengku Mahmud telah pergi ke Kampung Kelubi yang merupakan kubu kedua pertahanan Dato' Bahaman . Di sini berlaku sekali lagi pertempuran antara pihak British dengan Dato' Bahaman tetapi pihak British sekali lagi mengalami kekalahan .
Dato' Bahaman Orang Kaya Semantan
Latar Belakang Ringkas.

Nama
 asal Dato’ Bahaman adalah Abdul Rahman bin Tuanku Imam Nuh. Bapanya 
ialah Tuanku Imam Nuh yang berasal dari Bangkinang, Kampar, Riau. Ibunya
 pula ialah Rokiah Abdul Rahman, anak perempuan Tok Setia Perkasa 
Semantan yang berketurunan Bugis dari Sulawesi Selatan. Walaupun beliau 
dilahirkan di Rantau Panjang iaitu sebuah kampung di Bentong, beliau 
banyak menghabiskan masa di Pekan kerana berkhidmat dengan Bendahara Ali
 iaitu ayahanda kepada Sultan Ahmad.
Dato’ 
Bahaman juga dikatakan pernah menjadi anak angkat kepada Bendahara Ali 
dan menjadi rakan sepermainan kepada Sultan Ahmad ketika mudanya. 
Apabila Sultan Ahmad menjadi Sultan Pahang, Dato’ Bahaman dilantik 
sebagai pembesar berdasarkan jasa bakti beliau kepada tanah air. 
Kehandalannya dalam ilmu persilatan tidak perlu disebut kerana memang 
telah diakui ramai.
Menentang British.
Perlantikan
 John Pickeragill Rodger dilantik sebagai Residen yang pertama di Pahang
 pada 1888 menandakan bermulanya campurtangan secara rasmi British dalam
 hal-hal pentadbiran  di negeri 
tersebut. Dikatakan pada masa itu Sultan Ahmad terpaksa menerima campur 
tangan British baginda merasa terhutang budi dengan pihak British yang 
telah ‘membantu menghadapi 
pemberontakan dari adindanya sendiri. Dengan campur tangan ini, secara 
tidak langsung Temerloh menerima pengaruh British. J.P Rodger telah 
melantik beberapa orang pegawai British untuk membantunya mentadbir 
jajahan-jajahan. Pegawai-pegawai ini juga telah berfungsi sebagai 
Pemungut Hasil (collector) dan Hakim (magistrate).
Di jajahan Temerloh, E.A. Wise telah dilantik 
sebagai pentadbir British yang pertama. Banyak perubahan telah dibuat 
untuk memudahkan pentadbiran, antaranya ialah pengenalan system 
pentadbiran berasaskan penghulu pada sekitar tahun 1887. Walau 
bagaimanapun, penghulu-penghulu ini tidak mempunyai kuasa yang luas 
kerana ia tertakluk di bawah kekuasaan Pegawai Daerah. 
Peraturan-peraturan baru yang diperkenalkan telah mencabar kewibawaan 
kepimpinan tradisional di Pahang. 
Peranan
 Raja dan pembesar-pembesar negeri dengan sendirinya telah berubah. 
Pembesar yang selama ini begitu berkuasa di setiap jajahan termasuk 
dalam soal percukaian tidak lagi berhak tanpa izin pihak British. Inilah
 punca tercetusnya Perang Semantan.
Pembesar
 Semantan ketika itu ialah Dato’ Bahaman Orang Kaya Semantan. Beliaulah 
yang memimpin pemberontak menentang British di Semantan menzahirkan rasa
 tidak puashati orang-orang Melayu. Sebenarnya ketegangan di antara 
Dato’ Bahaman dengan pihak British bermula pada 1890 tetapi mencapai 
kemuncak pada 1891. Pada bulan Disember 1890, Dato’ Bahaman telah 
menyatakan kemarahannya apabila Pegawai Jajahan Temerloh, E.A.Wise 
dikatakan mahu mendirikan sebuah balai polis di Lubuk Terua iaitu satu 
tempat yang termasuk dalam kawasan Dato’ Bahaman, tanpa terlebih dahulu 
berunding dengan beliau. 
Apabila Hugh 
Clifford, iaitu pemangku Residen British Pahang ketika itu mengetahui 
hal tersebut, beliau telah menghasut baginda Sultan dan baginda 
kemudiannya memanggil Dato’ Bahaman supaya datang ke Pekan (pusat 
pentadbiran ketika itu), agar siasatan dapat dijalankan. Dato’ Bahaman 
yang memahami “jarum” yang 
sedang dimainkan oleh British, membuat keputusan tidak pergi ke Pekan. 
Ekoran daripada itu Sultan telah mengeluarkan surat perintah yang 
melucutkan pangkat dan tarafnya sebagai Orang Kaya Semantan. 
Situasi ini
 menyebabkan Dato’ Bahaman  dan 
pengikut-pengikutnya menyerang hendap C.E.M Desborough rombongannya pada
 15 Disember 1891 ketika sedang mudik Sungai Semantan. Serangan itu 
dilakukan kerana Dato’ Bahaman menyangka Desborough datang untuk 
menangkapnya. Serangan mengejutkan itu memaksa Desborough melarikan diri
 ke Bandar Temerloh.
Siri Pertempuran
Pada
 Oktober 1891, British telah menangkap 3 orang pengikut Dato’ Bahaman di
 Sungai Semantan dan dibawa ke rumah pasong Lubuk Terua untuk diadili 
dan dihukum. Pihak Inggeris menuduh Dato’ Bahaman menyuruh ketiga-tiga 
orang itu mencuri hasil hutan tanpa kebenaran dan memerintahkan Dato’ 
Bahaman ditangkap dan dihukum. Salah seorang pengikut Dato’ Bahaman yang
 telah ditangkap berjaya melepaskan diri dan memberitahu Dato’ Bahaman 
tentang rancangan jahat Inggeris. 
Dato’ Bahaman bertindak menyerang 
pasukan British yang membawa 2 pengikutnya ke rumah pasong. Melihat
 perkembangan yang berlaku di Semantan, pada 21 Disember 1891, Brtish 
telah menghantar sepasukan askar yang diketuai oleh Clifford dan Tengku 
Mahmud, untuk menyerang Dato’ Bahaman yang sedang bertahan di Kampung 
Kelubi. Askar British telah tewas dalam pertempuran di situ. 
Pada
 Disember 1891, Tengku Mahmud bersama-sama dengan 200 orang pengikutnya 
dan Hugh Clifford bersama-sama dengan 60 orang Sikh di bawah pimpinan 
Kapten Summer telah mengaturkan gerakan untuk menyerang dan menangkap 
Dato’ Bahaman dan orang-orangnya. Bagaimanapun gerakan ini menemui 
kegagalan setibanya di Kampung Kelubi kerana keengganan pasukan Melayu 
bekerjasama dengan pasukan polis Sikh. Pihak British yang diketuai Hugh 
Clifford mengalami kekalahan dan terpaksa berundur dan meminta bantuan 
dari Singapura.
Pada
 Januari 1892, pihak British telah memaksa Sultan Wan Ahmad untuk 
menamatkan kebangkitan Dato’ Bahaman di Pahang. Satu pasukan yang 
dinamakan “Gerakan Sultan” telah dilancarkan pada 22 Januari 1892 dengan
 kekuatan 800 orang. Seramai 140 daripadanya mempunyai senjat api yang 
dipimpin oleh Tengku Ali, Rodger (Residen Pahang), Panglima Garang 
Yusof, Saiyid Ali Badoh dan Abdullah dari Bera. Gerakan ini juga menemui
 kegagalan kerana selain daripada hanya dapat memusnahkan 11 buah kubu 
kecil termasuk Kubu Batu Ampar, jejak Dato’ Bahaman tidak dapat dikesan 
dan tidak ada tanda-tanda yang memungkinkan Orang Kaya Semantan itu dan 
pengikut-pengikutnya yang terdekat akan tertangkap. Pada awal bulan 
Februari, 1892, keadaan tegang dianggap telah berakhir. Untuk sementara 
waktu, daerah Semantan telah diletakkan dibawah jagaan Abdullah Bera.
Pada
 Mac 1892, pasukan Dato’ Bahaman berjaya menawan semula Lubuk Terua. 
Perjuangan Dato’ Bahaman menjadi lebih hebat kerana dibantu oleh Tok 
Gajah. Pihak British kalah dan Abdullah Bera terpaksa pulang ke Bera. 
Kubu Lubuk Terua dikawal oleh orang-orang dari Cempaka dan Buluh. 
Ternyata mereka bersimpati dengan gerakan penentangan Dato’ Bahaman 
terhadap British.
Pada
 Mei 1982, British telah menyerang Lubuk Terua lagi. Pejuang Pahang 
terpaksa berundur ke Kelantan dan Terengganu. Di Terengganu, Ulama Tok 
Ku Paluh telah menyemarakkan semangat pejuang Pahang untuk berjihad 
menentang British. Pada 14 Jun 1894, Kuala Tembeling dan Jeram Ampai 
berjaya ditawan oleh Dato’ Bahaman bersama 100 orang pengikutnya.
Pada
 29 Jun 1894 sepasukan tentera kerajaan British yang diketuai oleh 
Jeneral Walker menyerang kumpulan penentang British yang diketuai oleh 
Datuk Bahaman, Tok Gajah, Mat Kilau dan Mat Kelubi di Jeram Ampai, Kuala
 Tembeling, Pahang. Dalam serangan itu Pemangku Penguasa Ulu Pahang 
bernama Wise, terbunuh bersama empat anggota polis. Serangan tersebut 
menyebabkan Mat Kilau berundur ke Kelantan. Ini menandakan berakhirnya 
perang menentang British di Pahang.
Sir
 Hugh Clifford, Residen British di Pahang melancarkan serangan secara 
besar-besaran yang menelan belanja yang banyak, memburu mereka hingga ke
 Terengganu dan Kelantan.
Gerakan
 itu dihentikan pada bulan November 1995 apabila Datuk Bahaman, Pawang 
Nong dan Mat Lela dikatakan menyerah diri kepada kerajaan Siam tetapi 
diberi tempoh perlindungan dan ditempatkan di Chiengmai pada awal 1996, 
manakala Tok Gajah dan Mat Kilau diberitakan meninggal di Terengganu.
Kebangkitan
 Dato’ Bahaman selama 4 tahun (1891-1894) telah menyebabkan pihak 
British menanggung hutang yang banyak. Sultan Ahmad dipaksa membayar 
sebanyak 7200.00 dollar setahun bagi menyelesaikan hutang tersebut.
Kesudahan perjuangan
Semasa
 berada di Bunut Payung Kelantan, Dato Bahaman, Mat Kilau, Mat Lela dan 
Mat Kelubi membuat satu pengisytiharan persetiaan memberitahu bahawa 
mereka telah meninggal dunia.
Percubaan
 membunuh Dato’ Bahaman dan pengikutnya berlaku di Kuala Lebir, dekat 
Kota Bharu pada tahu 1896. Satu jamuan makan serabai dan bubur jagung 
muda telah diadakan oleh orang besar adik beradik iaitu Wan Ngah, Wan 
Nik, Dato’ Lela dan orang besar Lebir. Seramai 15 orang termasuk 8 orang
 besar Kelantan dan Siam serta 7 orang pejuang Pahang. Kuih Serabai, 
bubur jagung muda dan air minuman yang dijamukan telah dibubuh racun. 
Mat Lela telah melarang Dato’ Bahaman dan kawan-kawannya dari menjamah 
hidangan yang beracun tersebut. Akhirnya, pembesar Kelantan dan Siam 
yang khianat memohon maaf dan mengakui kesalahan mereka.
Memandangkan
 keadaan tidak selamat, Dato’ Bahaman dan pengikutnya telah mengambil 
keputusan pergi ke Siam. Sebelum itu satu persetiaan telah dilakukan di 
Kampung Bukit Haji Pak Jedih, Tanah Merah, di mana para pejuang 
bersumpah akan menggunakan nama lain dan tidak akan mendedahkan siapa 
diri mereka sebenarnya. Seramai 7 orang terlibat dalam sumpah persetiaan
 itu, iaitu Dato’ Bahaman (Panglima Kakap), Mat Kilau (Mat Siam, Mat 
Dahan, Mat Dadu, Mohamed Ibrahim), Mat Lela (Kilat Senja, Gong Poh), 
Mamat Kelubi (Tok Janggut).
Pada
 tahun 1911, Dato’ Bahaman telah kembali ke Kelantan manakala Mat Lela 
pergi ke Indonesia, sementara 2 orang pejuang lagi telah meninggal dunia
 di Patani, Siam. Pada tahun 1920, Dato’ Bahaman balik ke Kuantan dan 
tinggal di Kampung Paya Lalang (Padang Lalang) dengan memakai nama Lebai
 Deraman. Pada tahun 1926, Dato’ Bahaman berpindah ke Kampung Peramu dan
 dikenali sebagai Tok Guru Peramu. Mat Kilau pula dikatakan berpindah ke
 Kampung Aur Rompin, Tanjung Medang, Kampung pasir Panjang, Kampung Batu
 Tering Pekan, Kg. Batu Lima Jalan Gambang. Mamat Kelubi dan Panglima 
Hitam tidak diketahui kisahnya. Dato’ Bahaman tinggal di Kampung Peramu 
sehingga kematiannya.
AMUKANMELAYU - Masih bersisakah semangat mereka kepada kita? 
 
 
