ISMA TERUS BALUN MELAYU BUTA KAYU..EH BUTA SEJARAH ! SYABAS ISMA..
1. Ada beberapa orang kawan bagi saya artikel yang ditulis oleh Rozhan Othman
 – Mereka-reka ‘sejarah’, tahyul dan menjaja kebencian. Difahamkan ini 
respon beliau hasil dari tulisan Presiden ISMA tentang kedatangan Cina 
ke Malaysia di zaman British yang disifatkannya sebagai penceroboh.
 Saya pun bacalah, tapi tak minat nak balas. Dia kata Presiden ISMA 
tidak tahu sejarah. Saya tak minat nak balas sebab saya tengok dia pun 
taklah pandai sejarah juga.
2.
 Dia kata ISMA naikkan nama Panglima Awang Hitam hasil dari bacaan novel
 tahun 1958. Huhu …. dia tahu tak saya yang menjadi Pengarah program tu?
 Saya pun tak pernah baca novel tu. Saya jemput Prof Khazin yang 
bertanggungjawab dalam kajian sejarah Panglima Awang untuk memberikan 
syarahan di hadapan lebih 1000 orang peserta. Prof Khazin ini seorang 
sejarawan la. Kajian tu bukan fiksyen …. itu fakta sejarah.
3.
 Dia (Rozhan) gambarkan Panglima Awang sebagai hamba Magellan yang bantu
 Magellan dalam mengkristiankan Raja Hamubon. Ceritalah sampai habis 
kalau tahu betul sejarah. Raja Hamubon selepas itu, pecahkan segala 
hadiah Magellan dan simbol kristian tak nak cerita? Panglima Awang pakat
 dengan Raja Hamubon bunuh pengikut-pengikut Magellan dalam satu majlis,
 itu tak nak cerita? Satu lagi kalau Panglima Awang tu hanya sekadar 
hamba, kenapa gajinya tinggi? Dan kenapa ada wasiat untuk berikan satu 
jumlah harta yang banyak bila Magellan mati? Tahu tak cerita tu? Kalau 
tahu, ceritalah juga. Barulah ilmiah namanya. Cerita sekerat sekerat apa
 kelas?
4.
 Cina dah ada awal di Tanah Melayu? Itu betul. Tahun 1600, lebih 50% 
penduduk Kuala Terengganu orang Cina? Menarik fakta tu. Nak juga tahu 
sumber mana fakta tu. Nak tahu juga apa yang berlaku sepanjang sejarah 
sampai tak ramai Cina di Terangganu sekarang ni.
5.
 Cina cuma gaduh sesama Cina dan tak pernah kacau Melayu? Tu pun macam 
best juga bunyinya. Baik betul kan? Saudara Rozhan pernah pernah Muzium 
Lukut? Pernah baca sejarah Lukut? Cina tak pernah bergaduh dan macam 
berperang dengan Melayu dalam merebut lombong timah di sana? Saya 
tersilap dapat sumber ke atau saudara Rozhan?
6.
 British tak bawa Cina ke Tanah Melayu dan Cina datang sendiri tanpa 
pakat dengan British? Macam mana pula dengan cerita yang dicatat oleh 
orang-orang Melayu Singapura dalam Syair Dagang Berjual Beli pertengahan
 kurun ke 19 dulu? Macam mana banci peratusan Cina di Singapura pada 
tahun 1819 dan 1853 boleh begitu jauh berbeza peningkatannya? Apa 
faktor? Orang Bugis lari ke pulau-pulau, kenapa?
7.
 Sultan Melayu yang restui kedatangan Cina? Tak nafi ada kes macam tu. 
Kes Sultan kena tipu dengan British jangan tak sebut. Nak marah Sultan 
sebab kena tipu, marahlah sekali British yang tipu. Penipu lagi hina 
dari yang kena tipu. Sultan Husain di Singapura …. sejarawan mesti tahu 
apa cerita macam mana British naikkan dia sebagai sultan dan macam mana 
British guna dia untuk perdagangan British dan Cina. Saudara Rozhan 
patut boleh jawab persoalan tu sebab dia kata dia pandai sejarah dan 
seorang tokoh akademik.
8.
 Yap Ah Loy menubuhkan pasukan polis pertama di Kuala Lumpur. Yang ni 
memang kelakar la. Saya nak pesan ni, harapnya saudara Rozhan tak cerita
 hasil kajian ni pada orang Bukit Aman. Yap Ah Loy pada sebahagian 
mereka ni adalah ketua kongsi gelap. Ke saudara Rozhan tak pernah dengar
 Yap Ah Loy ni sebagai samseng? Padan puji semacam.
9.
 Takpelah. Saya pun tak mahu panjangkan cerita. Sejarah ni intepretasi 
dari sumber primer. Ada sumber, cakaplah apa pun. Saya rasa saya nak 
jumpalah saudara Rozhan ni untuk berbincang tentang sumber-sumber 
beliau. Boleh? Siapa ada nombor beliau, boleh bagi kat saya? Saya nak 
minta pejabat ISMA usahakan satu forum terbuka tentang sejarah 
kedatangan Cina ke Tanah Melayu. Panel, saya dan saudara Rozhan. Moga 
dapat diusahakan.
Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni
Naib Presiden ISMA
AMUKANMELAYU - Lama dah tak dengaq suara yang BERHATI ISLAMELAYU. 
 

 
