Almarhum Kiai Tuan Haji Salleh |
Antara guru-guru Haji Mohd Salleh ialah Haji Hussein (belajar agama dan al quran), Haji Alias, Haji Adam dan Haji Ahmad. Beliau juga turut belajar daripada Haji Abdul Fadhil bin Abu Bakar Banten yang membawa ajaran Wirid Khaujakan di Johor selepas mendapat perkenan Sultan Ibrahim dan telah dilantik sebagai ketua kumpulan Wirid Khaujakan di Batu Pahat , Johor.
Haji Mohd Salleh atau lebih dikenali sebagai Panglima Salleh atau "Kiai Salleh" atau "Panglima Salleh Selempang Merah" merupakan seorang pahlawan Melayu keturunan Banjar yang bangkit menentang kekejaman komunis semasa selepas kekalahan Jepun semasa Perang Dunia II.
Jasa
Kepimpinan
Haji Mohd Salleh terserlah semasa kekalahan pihak Tentera Jepun di
tangan pihak Tentera Berikat pada pertengahan bulan Ogos 1945. Di
Semenanjung Tanah Melayu, peristiwa tersebut menimbulkan apa yang
dinamakan tempoh Kekosongan Kuasa. Tempoh tersebut berlangsung selama
dua minggu sehingga ketibaan Askar British yang menandakan permulaan
Pentadbiran British Baru di Tanah Melayu.
Sebelum ketibaan pihak British, pihak komunis yang dikenali sebagai Askar Bintang Tiga yang sebelum itu berjuang menentang Jepun di bawah payung Malayan People Anti-Japanese Army atau MPAJA telah mengambil kesempatan untuk berkuasa dan bertindak kejam terhadap orang-orang yang dianggap bekerjasama dengan Jepun. Mereka tidak mengenal mangsa dan menghukum sesiapa sahaja yang dianggap bersalah tanpa mengikuti proses undang-undang yang betul. Lazimnya mereka yang di dapati bersalah akan dikenakan hukuman mati.
Kekejaman Askar Bintang Tiga berleluasa di Tanah Melayu termasuk di kawasan Batu Pahat dan Muar di Johor. Masyarakat Melayu di kawasan Parit Sulong, Batu Pahat, Johor, yang pada ketika itu tidak mempunyai kelengkapan senjatapi untuk mempertahankan diri telah memilih Haji Mohd Salleh untuk memimpin pakatan untuk mempertahankan diri dari kekejaman Askar Bintang Tiga.
Almarhum Mbah Sor Binti Mangon (Isteri Kiai Salleh) |
Dengan hanya bersenjatakan parang panjang dan amalan Ayat Empat, Haji Mohd Salleh telah memimpin masyarakat Batu Pahat untuk menggempur kubu-kubu Askar Bintang Tiga di Bukit Berdiri dan Bukit Alam, Parit Sulong, di Parit Lubok, Semerah, di Kangkar Senanga, dan di Air Kuning, Bakri, Muar. Pasukan pejuang di bawah pimpinan Haji Mohd Salleh terkenal dengan gelaran tentera parang panjang dan 'Selempang Merah iaitu sejenis kain selendang berwarna merah yang dibekalkan kepada setiap orang ketika menghadapi atau berhadapan dengan musuh.
Terdapat pelbagai kisah mengenai kehebatan ilmu kebatinan Haji Mohd Salleh dan pengkutnya mendakwa ramai Askar Bintang Tiga melihat beribu-ribu pejuang yang tinggi menggalah menuju ke arah mereka untuk mencabut nyawa mereka, sedangkan yang datang itu hanyalah Panglima Salleh dan pasukanya yang dianggarkan berjumlah seratus orang sahaja.
Walauapapun yang sebenarnya berlaku, yang jelas adalah Haji Mohd Salleh bin Abdul Karim berjaya menyekat kegiatan Askar Bintang Tiga pada masa itu secara berkesan sehinggalah pihak British kembali menjajah Tanah Melayu.
Kegagahan dan keberanian, Haji Mohd Salleh diiktiraf oleh Kebawah Duli Sultan Johor Almarhum Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar yang bertitah pada 26hb Disember 1945 bahawa Haji Mohd Salleh adalah Panglima Melayu. Sejak itu Haji Mohd Salleh mendapat gelaran Panglima.
Sebagai mengenang jasa Haji Mohd Salleh, DYMM Sultan Johor telah mengurniakan beliau Pingat Ibrahim Sultan (PIS)pada 17hb September 1955. Haji Mohd Salleh menghembuskan nafas yang terakhir kerana diserang penyakit radang paru-paru di Hospital Besar Johor Bahru pada 21hb April 1959.
Tentera Selempang Merah
Tentera Selempang Merah berasal dari Johor, Malaysia di bawah pimpinan seorang kiai yang bernama Kiai Salleh yang penuh dengan ilmu kebatinan Melayu.
Tentera Selempang Merah ini menjadi terkenal selepas kekalahan tentera Jepun. Apabila Bintang Tiga mengamuk den membunuh tokoh agama dan pemimpin kampung, Tentera Selempang Merah tampil mempertahankan masyarakat Melayu dengan menyerang komunis dan tali barut mereka.
Pergerakan ini membantu membantutkan kekejaman komunis sehinggalah kehadiran kembali Tentera British ke Tanah Melayu selepas Perang Dunia II. Sewaktu kejadian 13 Mei, pasukan ini datang dari Johor untuk membantu orang melayu di Kuala Lumpur, bagaimanapun telah ditahan oleh pihak polis sebelum sempat membantu.
Apakah disebabkan phobia kepada SELEMPANG MERAH, maka mereka yang
memakai SELEMPANG HIJAU (rida hijau) diserang dan usaha mewujudkan
phobia ke atas masyarakat dilakukan oleh Wahabi Salahpi Takfiri ??? Agar
musuh2 Islam mudah memusnahkan aqidah dan pegangan umat Islam ???
Yang pastinya SELEMPANG MERAH dan SELEMPANG HIJAU, ada banyak persamaan kerana dari sumber yang sama. Sunnah Rasulullah SAW. Hanya warna yang berbeza berdasarkan usaha (operasi) yang dilakukan. Jangan disangka yang berpakaian sunnah ini lembik. TETAPI disebaliknya terselindung keberanian dan ketangkasan.
Tentera Selempang Merah ini menjadi terkenal selepas kekalahan tentera Jepun. Apabila Bintang Tiga mengamuk den membunuh tokoh agama dan pemimpin kampung, Tentera Selempang Merah tampil mempertahankan masyarakat Melayu dengan menyerang komunis dan tali barut mereka.
Pergerakan ini membantu membantutkan kekejaman komunis sehinggalah kehadiran kembali Tentera British ke Tanah Melayu selepas Perang Dunia II. Sewaktu kejadian 13 Mei, pasukan ini datang dari Johor untuk membantu orang melayu di Kuala Lumpur, bagaimanapun telah ditahan oleh pihak polis sebelum sempat membantu.
TENTERA SELEMPANG MERAH |
Yang pastinya SELEMPANG MERAH dan SELEMPANG HIJAU, ada banyak persamaan kerana dari sumber yang sama. Sunnah Rasulullah SAW. Hanya warna yang berbeza berdasarkan usaha (operasi) yang dilakukan. Jangan disangka yang berpakaian sunnah ini lembik. TETAPI disebaliknya terselindung keberanian dan ketangkasan.
TOKOH YANG MENENTANG KOMUNIS. INGAT KEPADA YANG MENGANGKAT PKM SEBAGAI PEJUANG KEMERDEKAAN ANTUM MENABUR FAKTA YANG SONGSANG.
Haji Mohd Salleh atau lebih dikenali PANGLIMA SALLEH SELEMPANG MERAH.
Pahlawan berketurunan Banjar.Berjasa krn menghalang kekejaman komunis PKM di Muar dn Batu Pahat.Panglima Salleh sanggup turun pdng memerangi sendiri komunis.
Keperwiraan panglima Salleh diasuh sejak kecil apabila menuntut ilmu kepahlawanan drp pendekar Pagoh antaranya Hj Hussein Hj Alias Hj Adam dn Hj Ahmad.Ketika tentera jepun diambang kekalahan komunis semakin brmaharajalela diJohor.Pada 4 april 1945 brmulalah penentangan Salleh trhadap komunis.
Dgn pedang pusaka Raja Riau disisip dipinggang brpakaian serba hitam Salleh mula melangkah gagah memasuki gelanggang perang bersama doa dan bacaan ayat suci yg dibaca berulang kali..Serangan demi serangan mula dilancarkan pasukannya yg turut digelar 'Tentera Selempang Merah'.
Selain serangan secara berpasukan,pnglima Salleh juga bertindak berani apabila berbasikal seorg diri hampir setiap malam semata mata mencari komunis bagi dibunuh dan dicantas kepalanya.Semangat perjuangan dikalangan penduduk berkobar2 ketika itu dan mereka mula merancang satu serangan besar besaran terhadap komunis di Bandar Penggaram.Bagaimanapun rancangan itu berjaya dihalang oleh Datuk Onn Jaafar dan beliau cuba mengaturkan perdamaian dgn pihak komunis.
Pada 15september 1945 termeterai perjanjian perdamaian.Perdamaian itu tidak kekal lama kerana dikhianati oleh pihak komunis dengan terus melakukan pembunuhan kejam terhadap penduduk tempatan.Pengkhianatan itu segera membangkitkan kemarahan panglima Salleh dan beliau kembali mengumpulkn tentera selempang merah utk menentang komunis. Sehingga komunis terpaksa berundur ke hutan-hutan di Pahang.
Selepas menabur begitu banyak jasa terhadap agama bangsa dan tanah air,Panglima Salleh akhirnya meninggal dunia diHospital Besar Johor pada 21april 1959 akibat penyakit bengkak paru2.
Tokoh pahlawan ini meninggalkan nama dan keperwiraannya sbg kisah pejuang ulung yg meniti dari bibir ke bibir.Muda mudahan Allah mencucuri rahmat keatas rohnya.

AMUKANMELAYU - Akan lahir beribu lagi Kiyai Salleh untuk mempertahankan Alif, Ba dan Tha.