,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Saturday 3 May 2014

APA YANG PAS MAHU - Hudud, Undi atau PEROSAK AGAMA?


MASALAH YANG DIHADAPI SELEPAS KEWAFATAN NABI MUHAMMAD

Pengenalan
Nabi Muhammad wafat pada hari Isnin 12 Rabiulawal 11 Hijrah di Madinah. Baginda tidak pernah mengatakan secara lisan siapakah yang baginda pilih sebagai pemimpin umat Islam yang seterusnya. Namun perundingan yang dijalankan di kalangan masyarakat Islam di Madinah telah memutuskan untuk melantik Abu Bakar al-Siddiq sebagai Khalifah yang pertama.

Masalah yang Dihadapi
Terdapat Perselisihan Pendapat Mengenai Kewafatan Nabi
Terdapat perselisihan tentang berita kewafatan Nabi Muhammad. Terdapat sebahagian daripada umat Islam termasuk Saidina Umar sendiri yang tidak dapat menerima berita tersebut. Umat Islam berada dalam keadaan yang penuh kekeliruan dan emosi. Penyelesaian dilakukan oleh Saidina Abu Bakar apabila beliau membacakan ayat al-Quran yang antara lain bermakna bahawa Nabi Muhammad hanya seorang pesuruh Allah seperti rasul yang terdahulu yang pernah hidup dan kemudiannya akan mati. Namun, Islam tepat kekal dan tidak akan mati.

Perselisihan Tentang Tempat Pengebumian Nabi
Umat Islam kemudiannya berselisih pendapat tentang tempat untuk mengebumikan jenazah baginda. Sebahagian pihak mahukan agar baginda dimakamkan di Mekah manakala pihak lain mahu baginda dimakamkan di Madinah. Ada juga yang mahukan Nabi dimakamkan di Baitul Muqaddis. Perselisihan tersebut diselesaikan oleh Abu Bakar apabila dibacakan kepada mereka sepotong hadith di mana Nabi Muhammad pernah bersabda yang bermaksud "para nabi dikebumikan di mana mereka meninggal dunia". Oleh itu, Nabi Muhammad dikebumikan di Madinah.

Menyelesaikan Masalah Perlantikan Khalifah
Selepas kewafatan Nabi Muhammad, sebahagian besar golongan Ansar telah berkumpul di sebuah dewan bernama Saqifah untuk melantikan Saad Bin Ubadah sebagai pengganti Nabi. Abu Bakar, Umar dan Abu Ubaidah al-Jarrah telah mendengar berita tersebut lalu menuju ke Saqifah Bani Saidah.

Masalah pemilihan pengganti Nabi menjadi kusut apabila golongan Ansar bersungguh-sungguh mahukan jawatan tersebut dengan alasan mereka adalah pembela Allah dan Islam. Perjuangan mereka terhadap Nabi dan agama Islam adalah tidak ternilai dan golongan Muhajirin adalah sebilangan kecil dari mereka dan mereka berada di Madinah dalam keadaan merantau atau menumpang.

Abu Bakar telah memberikan hujah dan alasan yang sebaik-baiknya mengapa pemilihan bakal pengganti Nabi mestilah dari golongan Muhajirin. Beliau juga membacakan hadis Nabi yang bermaksud "Para imam adalah daripada golongan Quraisy".

Hujahnya ini dapat menyebarkan golongan Ansar tentang kepentingan memilih golongan Muhajirin sebagai pengganti Nabi Muhammad. Akhirnya, Abu Bakar dipilih sebagai pemimpin umat Islam. Melalui cara ini, krisis perlantikan Khalifah yang amat kritikal itu dapat diatasi dan diselesaikan dngan cara sebaik-baiknya. Ia berjaya menghindari umat Islam dari kemungkinan bahaya perpecahan politik yang amat membimbangkan.

Meneruskan Gerakan Ketenteraan Usamah Bin Zaid
Sebelum Nabi Muhammad wafat, baginda telah membentuk sebuah angkatan tentera yang diketuai oleh Usamah Bin Zaid Bin Harithah untuk menentang penduduk Daerah Ghassan yang telah membunuh beberapa orang utusan Nabi.

Apabila Abu Bakar menjadi Khalifah beliau menghadapi masalah yang kritikal sama ada untuk meneruskan atau membatalkan sahaja gerakan ketenteraan tersebut. Ada yang berpendapat ia perlu dibatalkan kerana Mekah dan Madinah sendiri menghadapi ancaman dan pemberontakan dari kaum Absy dan Zubyan. Tambahan pula, Usamah Bin Zaid masih dalam usia belasan tahun. Namun, Khalifah Abu Bakar menunjukkan ketegasannya dengan meneruskan gerakan tersebut.

Tentera Usamah mencapai kejayaan gemilang dalam tempoh 40 hari. Kemenangan ke atas wilayah kekuasaan Rom ini memberikan kesan politik yang penting terhadap negara Islam. Ia menyedarkan kaum-kaum yang ingin menyerang Madinah bahawa masyarakat Islam bukan mudah diugut atau digugat. Kemenangan ini juga mengukuhkan kedudukan politik dan keselamatan umat Islam kerana tentera Usamah Bin Zaid ditugaskan untuk menjaga keselamatan Madinah.

Menentang Gerakan al-Riddah
Al-Riddah ialah gerakan anti kerajaan Islam atau gerakan mengingkari ajaran-ajaran Islam. Ia terdiri dari gerakan 3 golongan iaitu golongan-golongan nabi palsu, golongan yang murtad dan golongan yang enggan membayar zakat. Kesemua golongan ini merupakan anasir yang membahayakan kerana boleh menghancurkan keutuhan Islam jika tidak dihadapi dan ditentang bersungguh-sungguh.

Langkah awal Khalifah Abu Bakar ialah menghantar utusan-utusannya kepada ketua golongan tersebut dan mengajak mereka kembali ke pangkal jalan. Hanya segelintir dari mereka menyahut seruan Khalifah Abu Bakar seperti Bani Abdul Qais di Bahrain. Namun kebanyakannya masih degil.

Oleh itu, Khalifah Abu Bakar telah membentuk sebanyak 11 pasukan tentera yang diketuai oleh panglima-panglima Islam yang terkenal dan dihantarkan ke seluruh Tanah Arab untuk memerangi gerakan al-Riddah.

Akhirnya, semua gerakan al-Riddah dapat dilenyapkan dan Islam kembali menjadi agama yang suci dan tunggal di Tanah Arab. Golongan penentang Islam berjaya ditundukkan supaya mematuhi ajaran-ajaran Islam.

Rumusan
Pelbagai masalah sosial, politik dan kepimpinan telah dihadapi oleh umat Islam sebaik sahaja wafatnya Nabi Muhammad. Namun, umat Islam menunjukkan ciri-ciri perpaduan dan persefahaman dengan menyelesaikan setiap masalah secara kolektif dan perbincangan sehingga akhirnya semua masalah dapat diatasi demi untuk kebaikan ummah dan negara Islam itu sendiri. Tapi sekarang perkara itu kini kembali dengan berselindung di sebalik Islam.

SIAPA PAS JAWI? SIAPA PAS RUMI? - BUDIMAN ZOHDI

KELAKAR apabila melihat sebilangan Adun Selangor daripada PAS meloncat apabila Adun Sungai Panjang, YB Budiman Zohdi tiba-tiba mengeluarkan kenyataan Pas Jawi dan Pas Rumi. Ini berikutan usul daripada Adun DAP yang ingin membenarkan orang Islam dan bukan Islam bersekedudukan bersama di Selangor.
Apabila usul yang dibawa Adun DAP dibahaskan, tiada seorang pun wakil daripada PAS untuk membantah. Seumpamanya mereka membenarkan khalwat antara orang Islam dan bukan Islam.
Kadang-kadang kreatif jugak idea Adun Sungai Panjang ini apabila berbahas dalam dewan. Tidak pernah terfikir dek akal beliau akan mengeluarkan pertanyaan yang nampak ringan tetapi amat tajam menusuk kalbu.
Siapa PAS Jawi?
Siapa PAS Rumi?
Betullah kata YB Budiman, di Sungai Panjang masih lagi ramai PAS Jawi berbanding di kawasan bandar, sudah menjadi PAS Rumi.
Pas Jawi adalah ahli Pas yang masih lagi kuat pegangan agamanya. Tanpa memikirkan parti, di Sungai Panjang ahli Pas dan Umno masih lagi boleh duduk semeja berbincang soal agama, bangsa dan negara. Masih lagi boleh dibawa bergurau. Ambil contoh, Ustaz Fadzlin Taslimin, YDP PAS Sungai Besar yang merupakan calon 3 kali berturut-turut Dun Sungai Panjang, namun tidak pernah menang. Ustaz Fadzlin masih lagi boleh berunding dan bermuzakarah bersama pemimpin UMNO. Tiada masalah dalam permuafakatan umat Islam. Inilah salah seorang ahli Pas Jawi.

YB Budiman bersama jentera kempen PAS Sungai Besar
Pas Rumi pula seperti sedia maklum, ramainya daripada golongan bandar. Yang tidak boleh ditegur, yang tidak boleh dibawa berbincang. Penuh dengan sikap benci dan dengki dengan pemimpin UMNO sedia ada walaupun mempunyai persamaan dari segi matlamat demi agama, bangsa dan negara. Tidak perlulah dihuraikan dengan lebih mendalam.
Jadi senang je nak tau yang mana satu Pas Jawi, yang mana satu Pas Rumi.
Pas Rumi hanya bersetuju dengan DAP walaupun melibatkan agama Islam yang kian dicemar, namun masih lagi menjadi balaci dalam pakatan.
Pas Jawi pula yang mendesak supaya tidak terlalu ikut perangai DAP. Masih ada lagi persefahaman antara pemimpin Pas dan UMNO.

 Zahid Hamidi persoalkan kejujuran Pas

Ds Zahid persoalkan kejujuran Pas dalam melaksanakan hudud apabila dewi besar Dap Teresa Kok yang disayangi PAS mendedahkan perbincangan sulit diantara mereka.
Teresa mendedahkan Pas sebenarnya lebih takut hilang undi daripada melaksanakan hudud..
Kenyataan Teresa ini harus dijawap oleh Pas , sejauh manakah keseriusan mereka untuk melaksanakan hudud atau hanya dijadikan pelaris meraih undi.
Kenyataan Ds Zahid Hamidi ada benarnya dan harus dijawap oleh pimpinan tertinggi Pas.
KUALA LUMPUR 2 Mei – Pas digesa memberikan jawapan yang konkrit terhadap cadangan pelaksanaan hukum hudud di Kelantan, sama ada benar-benar berlandaskan hukum Islam sepenuhnya atau sekadar mahu meraih sokongan politik.
Penegasan itu disuarakan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang turut meminta kejujuran Pas menjawab kenyataan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok yang mendakwa parti tersebut mengambil inisiatif melaksanakan hudud bagi mengelakkan kehilangan sokongan Melayu.
“Kenyataan Teresa pada 29 April lalu seperti disiarkan portal Malaysiakini menjelaskan seperti ‘ada udang di sebalik batu’. Kita mahu bertanya Pas, adakah mereka benar-benar ikhlas dalam niat melaksanakan hudud ini? Jika benar apa yang dinyatakan Teresa bahawa hudud ini untuk memerangkap UMNO dan mencapai tujuan politik Pas, tentunya hukum ini yang bakal dilaksanakan dan hajat mendapatkan sokongan UMNO merupakan taktik politik yang harus dinilai semula oleh umat Islam.
“Kita lihat cadangan Pas ini tak mendapat sokongan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR). Walaupun ada pimpinan PKR Melayu dan Islam, mereka sendiri tak sokong hudud. Ertinya ada penentangan daripada dalam (pakatan pembangkang),” katanya dalam sidang akhbar di Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.
Menurut laporan Malaysiakini, Teresa yang hadir dalam satu pertemuan bersama kerajaan Pas Kelantan mendakwa pemimpin Pas menjelaskan kesukaran dalam berdepan dengan masyarakat kampung Melayu kerana UMNO menguar-uarkan dak­waan mereka dikawal DAP, sekali gus tidak boleh berdiam diri setelah mene­rima cabaran yang diberikan UMNO berhubung isu hudud.
“Jika tidak respon dalam keadaan ini, lebih banyak sokongan Melayu akan hilang,” kata Teresa.
Ahmad Zahid berkata, susulan kenyataan Teresa itu, UMNO akan mengkaji semua kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin Pas tentang maksud tersurat dan tersirat tujuan pelaksanaan hudud tersebut.
Berhubung cadangan pelaksanaan hudud, beliau yang juga Menteri Dalam Negeri menegaskan UMNO tidak pernah menolak hukum tersebut, malah parti itu memberi dukungan kepada cadangan melaksanakannya yang merupakan hukum qat’ie (yang tidak boleh dipertikaikan), selagi berlandaskan hukum Islam sepenuhnya, berdasarkan kepada al-Quran dan hadis, ijmak ulama dan kias.
“UMNO tetap konsisten dengan pendirian perjuangan Islam, bukan sahaja terhadap hukum jenayah Islam tetapi maslahat Islam itu sendiri yang bersandarkan kepada ‘Maqasid al-Syariah’. Kepada Pas, hudud ini bukan (sekadar) satu aspek sahaja.

POLITIK GILA PAS

Parti Islam Se-Malaysia dalam Bahasa Melayu Rumi sepatutnya dibaca PIS
PAS lebih betul dibaca Parti Agama Se-Malaysia atau;
Mungkin lebih teruk lagi PAS = Parti Ajaran Sesat.
PAS tidak sudah-sudah mengamalkan POLITIK GILA dengan bermacam-macam fatwa dan ajaran bangang, menyesatkan dan memecah-belahkan Umat Melayu Islam Malaysia.


1. PAS sanggup mengkafirkan Umat Melayu Islam lain yang tidak menyokong pegangan ideologi mereka.
2. PAS sanggup mengkafirkan Umat Melayu Islam yang bekerjasama dengan orang kafir. Tetapi kemudian mereka sendiri bersekongkol dengan orang kafir untuk menumbangkan Kerajaan Malaysia yang diterajui oleh Umat Melayu Islam.
3. PAS menolak usaha penyatuan Umat Melayu Islam Malaysia yang bertujuan memelihara ketinggian dan kesucian Agama Islam di Malaysia. Kerana PAS mengangap pegangan Islam mereka sahaja betul manakala pegangan Islam orang lain semuanya tak betul. Macam mereka sahaja Islam tetapi orang lain tidak!
4. PAS mengangkat pemimpin mereka sendiri sebagai tok guru atau ulama. Tak ubah seperti masuk bakul angkat sendiri . Atau bolehlah dikatakan lantikan dan gelaran syok sendiri. Sedangkan mereka ini semua ahli politik biasa sahaja. Mereka ini semua berjuang kerana ideologi kepartian dan bukan kerana Agama Islam. Mereka tidak pernah diktiraf oleh keseluruhan Umat Melayu Islam atau pemimpin masyarat Islam Malaysia sebagai ulamak. Umat Islam lain di seluruh dunia langsung tak kenal mereka ini semua. Mereka hanya diangkat dan dipuja oleh ahli PAS sahaja.
5. PAS membutakan mata dan memekakkan telinga dengan gelagat penyokong tegar mereka sebelum ini seperti sembahyang dua imam, memulaukan masjid dan surau, majlis agama, kenduri dan bermacam-macam lagi perlakuan bangang, karut-marut dan meloyakan yang lain.
6. PAS mengangkat Ibrahim Libya yang menjadikan wanita dan kanak-kanak sebagai benteng manusia manakala dia sendiri dijumpai mati sedang menyorok di bawah katil sebagai pejuang yang mati syahid. Orang mati syahid sepatutnya mati di barisan hadapan. Orang mati syahid akan berani berjuang bermati-matian dan tidak takut mati. Orang yang mati sedang menyorok bawah katil atau dalam jamban macam Noordin Md Top bukan mati syahid tapi….MATI KATAK! Patutkah kita samakan katak dua ekor ini dengan para syuhadah sebenar yang mati syahid bermandikan keringat dan darah mempertahankan keamanan dan kedaulatan Agama, Bangsa dan Negara???
7. PAS sanggup menghalalkan apa sahaja untuk menjaga kepentingan politik dan meraih sokongan. Sehinggakan bekerjasama dengan IBLIS pun dihalalkan demi mencapai kejayaan perjuangan mereka.
8. PAS menawarkan syurga kepada mereka yang menyokong mereka macam syurga tu mak bapak diaorang yang punya.
9. PAS sanggup menyokong Anwar Ibrahim membuta-tuli kerana kepentingan politik. Anwar Ibrahim tak perlu bersumpah tidak pernah meliwat. Anwar Ibrahim seolah-olah maksum macam nabi. Bangang ke apa ni? Bersumpah pun jadi isu besar? Si Saiful bersumpah selamba saja. Kenapa Anwar tak boleh? Anwar dipuja secara melampau. Anwar Ibrahim tu siapa? Ulamak besar? Ahlul Bait? Pemimpin Islam Tersohor? Mujahid? Apa jasa beliau ke atas Islam? Mana perjuangan beliau membela dan mengangkat Islam? Tiada satupun negara Islam di dunia ini mengangap beliau pejuang negara Islam. Tetapi Amerika dan Yahudi mengangkat Anwar Ibrahim sebagai Pemimpin Islam tersohor. Tak nampak-nampak lagikah apa yang sedang berlaku?  Apa yang bagus sangat Anwar Ibrahim hinggakan Akhbar Harakah pun dah jadi AKHBAR ANWAR!!!
10. Terbaru PAS dengan bangangnya mensyaratkan calon mereka yang bertanding berbai’ah jatuh talak tiga ke atas isteri jika lompat parti. Yang peliknya semua pemimpin politik PAS yang kononnya Tok Guru dan Ulama buat bodoh sahaja. Tok Guru PAS dah macam TOK MERAPU dan ulamak PAS dah jadi ULAMAK NASI LEMAK.
Rakyat Malaysia terutama Umat Melayu Islam ingin melupakan kisah lampau. Mereka mahu mengangkat PAS sebagai parti alternatif kepada UMNO. Umat Melayu Islam mahu  melupakan apa yang telah berlaku dulu dan memberikan sokongan mereka kepada PAS. Tetapi PAS masih tidak mahu berubah. PAS dengan bangangnya terus mencipta fatwa dan ajaran sesat baru untuk meneruskan POLITIK GILA mereka.



POLITIK GILA PAS MESTI DIHENTIKAN! PAS MESTI BERUBAH!!. BERUBAH DEMI ISLAM
Orang yang mengaku diri mereka tok guru atau ulamak patutnya memberikan pertunjuk jalan yang benar dan lurus bukannya jalan yang bengkok dan sesat. Ya ALLAH….lindungilah kami dan berikan kami petunjuk. Alfatihah….amin. - by PEMBELA



AMUKANMELAYU - PAS bukan lagi membawa WADAH PERJUANGAN ISLAM.......sebaliknya mereka hanya mempermaikan Islam dengan BERSELINDUNG di sebalik JUBAH Islam.....