,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Friday, 20 April 2012

BUDAK GELANDANGAN YANG MENUNGGU KAK JAT datang membantu....


Setiap seorang di jadikan Allah ke atas muka bumi ada peranannya yang tersendiri. Seorang gila yang merayau di jalanan adalah untuk kita menginsafi tentang kenikmatan akal dan kesihatan yang di beri Allah. Seorang Pengurus di sebuah Kilang di berikan kelebihan dapat mengawal pekerjanya. Seorang Imam di lantik dan ianya setuju...maka menjadi tanggungjawabnya menegur dan menjaga anak khariahnya.

Setiap seorang dia mampu menjana semula apa yang ada padanya untuk faedah orang lain. Seorang murid yang tak mahu pergi kesekolah, ianya menjadi salah. tapi jika semua murid tak mahu pergi kesekolah.....maka kita tidak perlukan sekolah dan guru dengan sendirinya tidak lagi berfungsi. Jika 30 orang budak tidak mahu hadir kekuliah.....ianya dengan sendiri menjadi salah. Kerana dalam masa yang sama ada beratus ribu lagi sedang berada dibilik kuliah.

Ramai orang mencipta sejarah dengan kebijaksanaan keintilektualnya. Tapi ramai juga yang tidak habis sekolah berjaya dalam hidupnya dan adanya di antaranya menjadi pemimpin. Hanya terpulang kepada orang kebanyakan PEMIMPIN bagaimana yang dia mahu. Pemimpin yang ber IQ rendah sudah semestilah IQ pengikutnya  jauh lebih rendah. Seorang guru yang hebat sudah semestinyalah melahirkan murid yang hebat.

Lihatlah Tok Kenali, Syeh Daud Al-Fathoni dan Syeh Ahmad Al-Banjari.....mereka adalah ILMUAN yang hebat. Ramai yang mahu menjadi dan mengaku menjadi anak muridnya. Ianya bermula dengan akhlak mereka. Seorang guru yang berakhlak mulia, ia tidak akan mengajar anak muridnya memusnahkan walau pun sehelai daun. Mereka telah membuktikannya. Mereka mendirikan pengajian mereka di pendalaman. Mereka lari dari kesombongan manusia. Tapi mereka menjadi buruan setiap pemuda untuk berguru dengan mereka. Mereka adalah pemangkin kepada PEMIKIRAN mengEsakan ALLAH, secara halusnya mereka tidak akan mendatangkan kemarahan kepada orang lain.

Mereka sentiasa membawa diri mereka ketahap yang lebih tinggi mencari keredhaan Allah. Mereka tidak menjerit, mereka tidak menyiksa diri mereka, mereka sentiasa menunjukan contoh yang baik kepada orang lain. Mereka akan mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah dan Rasulnya dan mereka juga mengikut arahan ketua masyarakan di mana mereka berada. Mereka masih berhenti di lampu merah walau pun tidak di sebut didalam kitab JENAYAT.


Jadi apalah hebatnya kita mencuri hak orang lain untuk berseronok atau hak untuk bersantai di DATARAN MERDEKA? Kamu mendatangkan kemarahan kepada orang lain....hanya untuk memuaskan nafsu kita dan ketua kita....kita merasakan kita begitu HEBAT kerana pihak yang berkuasa tidak dapat bertindak keatas kita. Sebenarnya kita telah silap. Kerana kita lagi teruk dari Wak Deraman yang berkelana di tepi lombong. Tanpa kita sedari, apabila kita berada di hadapan KHALAYAK .....maka banyaklah keburukan-keburukan kita yang akan terkeluar atau tercakap yang mencermin yang sebenarnya siapalah kita.


Kita kini adalah budak-budak GELANDANGAN yang perlukan Kak Jat selesaikan. Tapi malang kita menjadi gelandangan semasa Kak Jat sudah tidak mampu lagi untuk menempatkan kita di asrama GELANDANGAN. Mungkin kita merasa menang....tapi menang seperti ini tidak mendatangkan apa-apa kesan kepada orang lain. Selepas ini anda hanyalah bekas pelajar, penganggur, budak gelandangan, sukar mencari pekerjaan dan lebih malang ada di antara kamu yang masyarakat telah kelasifikasikan kamu sebahagian dari masyakat mereka yang sakit mental (gila berkala)menjadi anak durhaka dan anda menjadi pemusnah kepada harapan kedua orang tua yang sedang uzur di kampung menanti kepulangan kamu dengan segulung Ijazah yang telah menukarkan PTPTN menjadi biasiswa........wallahuaklam
Bakal Pemmpin Yang Akan Menghancurkan Negara di masa Hadapan

amukanmelayu - akal yang pintar sering tidak berguna bila Iblis mengikat nafsu dan di perbodohkan oleh pemimpin yang gagal menjadi pemimpin yang berakal bijak.