,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Sunday 8 April 2012

WARKAH UNTUK BATEN NAJIB DARI KUALA GANDA.... dengarlah rintihan mereka ini.

Paku A/L Tok Baten Bah bersama Aki
 
SABTU 17 Jamadilawal 1433 - KUALA GANDA Pahang, Sebelum sampai ke Pusat Konsevesi GAJAH Kuala Ganda kita akan berjumpa dengan Perkampungan Orang Asli Terlebih dahulu. Sebelum Pusat Konservesi Gajah Kuala Ganda di buka, Kampung Asli Kuala ganda telah ada. Sebelum Pekan Lancang di buka, Orang Asli Kuala Ganda telah ada. Sebelum Penghijrahan Cina ke Pekan Lancang dan Mentakap, Orang Asli di Kuala Ganda telah ada di sana. 

Peta Kedudukan Perkampungan Orang Asli di Kuala Ganda.

Baten Bah menjadi Penghulu kepada 300 orang Asli berhampiran Pusat Konserversi Gajah Kuala Ganda. 3 orang dari anaknya walau pun tiada pendidikan telah di terima menjadi kakitangan Tetap Pusat Konservesi Gajah di Kuala Ganda. Marikh, Bunot dan Paku adalah 3 bersaudara yang bekerja disini. "Saya bersyukur kerana Menteri mengambil bekeje di sini....tapi kami duduk macam menompang disini. Anak kamik banyak tak bersekolah, Tanah kamik disini ada 500 ekar kami tanam getah....tapi RISDA tak bantu....tanah takdak geran...Encik...kalu boleh tolong...cakap la dengan Batin NAJIB(PM) beri la geran dengan kami. Ini tanah kami"......rungut Marikh dengan Aki.

Tiada alasan lagi....sebelum Tanah Adat hak Orang Asli ini di ratah oleh "Penyamun Berlesen" sesuatu perlu di di lakukan. Kita menuding jari mempersalahkan orang lain bila Tanah Orang Asli di mamah dengan rakus di Gua Musang. Jangan pula Orang Tertawakan kita kerana kita pun serupa. "Ketuk Dulang paku yang serpih. Kata kat orang....sebenarnya kita yang lebih".

amukanmelayu - Sepet yang datang kemudian dah melepaskan lelah....yang dahulu masih di belakang.