,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Saturday 14 April 2012

PERLIMENT SUDAH HILANG SIFATNYA SEBAGAI TEMPAT UNTUK MERANGKA PLAN UNTUK KEMAJUAN RAAYAT>


Kecoh..! Peristiwa berlaku di Perliment apabila didapati 2 orang pegawai yang bekerja dengan pihak pembangkang didapati telah menceroboh Dewan Rakyat dan mengambil keluar risalah larangan.

Difahamkan pihak pengurusan Parlimen telah mengedarkan Laporan Jawatankuasa Khas Parlimen ( PSC ) kepada semua Ahli Parlimen berkenaan penambahbaikan perjalanan Pilihanraya yang masih lagi bersifat EMBARGO atau dilarang untuk disiarkan kepada awam sebelum diluluskan.
-Untuk makluman dukumen Parlimen di anggap sulit sebelum di bentangkan dan di luluskan.

Kejadian kehilangan laporan PSC tersebut disedari apabila Ahli Parlimen Ketereh menanyakan risalah yang sepatutnya ada di meja beliau kepada Bentara Dewan. Pertanyaan beliau menyebabkan rakan sebaris beliau Ahli Parlimen Tanah Merah, Kelana Jaya dan Petaling Jaya Selatan yang semuanya dari PKR turut sama hairan kerana laporan tersebut juga tidak terdapat diatas meja mereka.

Perkara tersebut diajukan kepada Dato Rosmee selaku Setiausaha Dewan Rakyat yang akhirnya membuat siasatan bagaimana naskah penting yang masih lagi bersifat rahsia/embargo yang telah diletakkan diatas meja Ahli Yang Berhormat boleh hilang!

Hasil siasatan menerusi cctv Dewan berjaya menemukan dua orang Pegawai Pejabat Pembangkang telah masuk kedalam Dewan sekitar jam 9.30-9.40 pagi telah mengambil risalah tersebut. 2 orang pegawai tersebut bukannya Pegawai Khas peribadi kepada Ahli Parlimen terbabit. 

Setelah disoal siasat oleh pihak pentadbiran Parlimen serta Ahli Yang Berhormat yang berkaitan, kedua mereka mengaku bahawa perbuatan mereka dilaporkan telah diarahkan oleh YB Subang iaitu YB Sivarasa. 

Apabila mendengar pengakuan pegawai perempuan berketurunan Melayu dan cina tersebut...kesemua Ahli Parlimen tersebut terus lembik dan diberitakan tidak lagi melenting dan marah malah hanya menyifatkan kejadian tersebut sebagai salah faham..!!!

Arahan Sivarasa beb...orang kanan tuhan politik..! mana berani marah! terus tukar tune..!!!

Setakat ini mengikut sumber masih belum lagi dipastikan tindakan yang bakal dikenakan kepada 2 orang pegawai tersebut. Mereka boleh dikenakan tindakan dibawah peraturan Dewan kerana menceroboh dewan atau menghina dan melanggar peraturan yang melarang naskah larangan dibawa keluar dari Dewan Rakyat.

Lu Fikir La Sendiri!!!
 
di petik dari blog putra merdeka.
 
amukanmelayu - cacing sudah naik kemata.